Intention kami untuk menghabiskan round seluruh New Zealand akhirnya terlaksana jua.. inilah kisah perjalanan kami yg terakhir selama 5 hari selepas 4 hari ke Northland pada awal Mei haritu (masih belum diupdate dlm blog - later lah nampaknya.. langkah bendul huhuhu) *gambar akan diupdate kemudian
Hari 1
Lepas solat subuh, masing2 punyal ngantok, so tido dulu. pukul 8 baru bangun, padahal dah janji dgn Ajeep pukul 8 akan sampai kat rumah dia. ding dong sana, ding dong sini, pukul 9.00 pagi baru gerak ke rumah Nida. kami singgah makan nasik goreng dan punggah barang2 batch terakhir dari rumah 557 East Coast Rd. Akhirnya, dalam pukul 10 barulah sampai ke rumah Ajeep. Kesian Ajeep kena hantar kami pulak sedangkan Ajeep dan Dina tengah sibok untuk kemas barang2, mereka juga akan pulang ke Malaysia. si Ziqr pun sama sibuk tolong mengemas huhuhu..
Kami sampai di Ace Rental Car jam 11.00 pagi. Ajeep drop kami, dan dia terus balik. Ada org nak ambik TV dan barang2 kotak. Aku settlekan keta kejap. Dalam 20 minit urusan pun setel, dan kami dapat kereta comel macam keta Myvi, cuma beza kat boot dia je. Interior dalaman pun sama menyebabkan aku teringat keta Myvi merahku si WakkeRTu tu huhuhu... Apa2 pun, let's hit the road! KIta nak menjelajah south of north island ni, so enjoy!!
Plan perjalanan hari ni sangatlah panjang. Kami akan direct dari Auckland ke Hamilton. Dari Hamilton, kami akan ikut hiway 3 melalui Ohaupo, Te Awamutu, terus ke Otorohanga. Di Otorohanga kami berhenti sekejap untuk solat dan refresh. Kami minum kopi je, dan cari cenderamata. Dari Otorohanga, kami terus ke Te Kuiti, masih di hiway 3, terus ke Mokau dan straight ke pekan New Plymouth. Adalah berhenti sekejap2 untuk ambil2 gambar dan posing2. Kami sampai di New Plymouth, jam dah pukul 5.00 petang, so tak dapat nak singgah. Kedai cenderamata pun dah tutup, sedih betul. tapi perjalanan masih jauh nih, so kami tak tunggu lama.
Di New Plymouth, kami potong ke Inglewood, ikut hiway 3, dan menuju ke Stratford, Hawera dan menyusur tepi melalui pekan Patea dan Waitotara menuju Wanganui. Dari Wanganui, kami tak berhenti langsung, terus je melalui Bulls dan Sanson menuju Palmerston North. Kami sampai di PN, jam dah pukul 9.30. Kesian kak Laila yang mengantuk menunggu kami, sampai si bungsu Alya tertidur di sofa. Kami borak2 jap, pastu dihidangkan nasik panas. Sodap bukan main sampai berpeluh2 shukor makan hehheeh..
Pastu kami masuk tidur sbb esok kak laila dan abang mat keje dan anak2 semua nak sekolah. so, good nite!!
Hari 2
Pagi ni cam biasa lepas solat subuh, sambung sikit lagi tido. tapi kami dikejutkan dengan ketukan di pintu - si Alya, yang nak ke sekolah, nak salam dengan kami takut tak jumpa lagi. lepas salam2, tengok2 kat tangan dia ada kotak cadbury fundraising, bila tanya, rupanya ada 2 keping je lagi coklat yang tinggal, so aku suruh shukor beli. Shukor lak cakap, sayang pokde dulu, baru pokde beli. Sian si Alya ni, sangggup gi cium pokde dia yang masih tak gosok gigi lagi tu heiiiii....
Kol 9 lebih kami dan kak laila ke rumah kak shikin pulak. Ezanee dan wife nya Misah dah ada kat sana. Kak Shikin masak nasik lemak, sa,bal ikan bilis dan bahan2 nasik lemak yang lain, siap telur rebus. borak2 sakan, pastu Azanee terpaksa balik. Tak lama kemudian, Thaharah dan taufik plak sampai. Sambung lah lagi berborak. Sampai 10.30 terpaksa lah gerak sbb kak laila ada kelas dan kak shikin kena handle talk. tapi sempat lagi aku, shukor dan kak shikin gi kindi Farzana (anak kecil kak shikin - 2.5 years) kejap sbb nak jumpa budak comel tu.. geramnya tengok farzana yang dh pandai cakap sikit2 "i am pretty" tapi malangnya taknak kat orang.
Kejap je jumpa farzana, pastu kami gi Massey Univ pulak. Sampai sana, lepas parking, kami posing2 dulu, jalan2 ke kawasan library, kedai buku, bank dll, pastu balik. On the way nak keluar kawasan uni tu, stop dulu ambil gambar2 kat jalan utama. Cantik sgt gambar pokokr rapat2 dan daun yang banyak dah gugur.
Lepas tu kami ambil jalan kg aje menuju ke pekan Ashurst. Kalau sampai Palmy, memang le wajib untuk ke Wind Farm yang terkenal tu. Sampai pekan Ashhurst, pusing2 mencari jalan Blade Rd tak jumpa2.. last2 terpaksa tanya org stesen minyak. Barulah jumpa.. lega rasanya.. cantik sangat pemandangan di Wind Farm tu. dahla atas bukit, berangin kuat pulak tu, dan angin tu digunakan untuk jana electricity. Kan bagus kalau M'sia tiru teknik semulajadi ni. Kami posing2 tak lama sgt sbb hujan rintik2, sejuk jgn cerita la.. So, kami teruskan je perjalanan ke pekan Woodville. Kami singgah jap cari toilet, solat dan refresh, sebelom terus menuju ke Hastings ikut hiway 2.
Kami sampai di Hastings, jam dah pukul 5 petang, so, kami pusing2 bandar jap, tapi tak singgah mana pun. Kami terus tuju ke Napier, iaitu ke depan dalam 20km. Hotel kami iaiatu Spanish Lady Motel terletak sebelum Napier City Centre, tapi disebabkan kami sesat2, kami masuk jugak city center. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke motel jam 5.30 petang, leganya dapat rest2 atas katil.
bilik kami yang diberi iailah 1 bedroom motel, maknanya, ada 1 katil queen di ruang tamu, dan ada 1 bilik yg ada 2 single. dalam bilik tu takde heater (sejuk nak mampus!), so kami tidur di luar tu je.. ada dapur dan microwave, cerek, fridge dan perkakas memasak dan cutleries.. pendekkata, lengkaplah!
Tak lama lepas kami lepak2 jap dalam bilik, dapat call dari Thahirah, yang skrg bekerja di Napier buat sementara. Kami pun siap2 mandi dan solat dan keluar makan ngan Thahirah dan anaknya yang cheeky dan suka tersenyum - Fatihah. Kami makan di West Quay Rd, restoran Laos dan makan tomyam. nyum2 yummy!!Kemudian thahirah balik dan kami pun balik lah sendiri. Abang awal2 dh tidur - dia kan jadi drebar, so kena cukup rest. Aku layan TV jap, pastu tidor!
Sunday, May 22, 2011
South of North Island - Hari 1 dan 2
Labels:
Jalan-Jalan,
Kehidupan Auckland
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)