Monday, March 31, 2008

Aja yang ku kenali..

heheh.. Aja ni kawan ku yang baik hati. Aku kenal dia dari sejak aku 2nd year di UM dulu sbb dia muda setahun dariku. Dia berkawan baik dgn beberapa housemates aku yang sebaya dia lah, kira 1 batch dia, so selalu datang lepak rumah kami. Masuk tahun berikutnya, dia pindah masuk rumah kami. Time tu aku 3rd year dan Aja 2nd year lah. Hubungan kami terus baik, sehingga aku grad, dan tahun berikutnya Aja pulak grad. Disebabkan Aja ni ambik course perguruan (TESL), maka bila posting tu, tup2 dapat kat kampung ku tercinta.

7 tahun Aja mengajar kat kampungku, dia kerap melawat mak dan adik2 kat rumah, lama2 jadi anak angkat mak. Sementelah, tak lama selepas Aja berpindah sekolah balik mengajar di kampung halamannya pula, ibu kandungnya meninggal dunia. Jadi mak ku lah jadi mak Aja, tempat dia mengadu masalah yang biasa dilakukan anak perempuan-mak.

Aja akhirnya mendirikan rumahtangga hujung tahun lepas dengan seorang ahli bomba yg tinggal di Johor. Seawal usia 2 bulan berkahwin, Aja disahkan mengandung. Tapi malangnya, bukan rezeki dia, Aja keguguran. Selain itu, kehidupannya biasa aje.

Hujung minggu lepas, Aja bertandang ke rumah mak. Yang pertama kali sejak dia berkahwin. Dia dalam perjalanan ke Cameron Highland untuk berbulan madu, jadi singgah di kampungku untuk jumpa mak dan tidur 1 malam di sana. Kebetulan aku pun balik kampung juga, jadi banyaklah cerita antara kami. Maklumlah, lama tak jumpa gitu.

Hehehe.. Aja ni rupa2nya ada problem.. Biasalah, orang baru kawen, baru nak adjust. Asyik gaduh aje katanya, benda kecik pun nak merajuk, itulah inilah. Mak cakap ' Alah siang gaduh, malam ko peluk jugak' hehehe.. adatlah kan, adjusting time. Memang banyak gaduh, banyak nangis.

'Kadang2 rasa macam nak gostan je time' katanya. Mak cakap 'Mana boleh. Dah tentu ada yg takleh nak digostan' hehehhe

Sabo je lah Aja. Ambik masa sikitlah nak adjust tu. Maklumlah, time bujang, ikut kepala sendiri aje. Nak kemana, makan apa, nak buat apa. Now kena mintak izin bagai. 'Izin tapi tak restu' Camne tu?

Nanti kita jumpa, kita sembang2 lagi yea Aja!

Rukun Negara..

Kalau2 kita terlupa yg negara kita yang tercinta ini, Malaysia, mempunyai rukun negara, maka di sini ditulis semula (sebenarnya ambik dr blog gidong), untuk renungan bersama yang kita MESTI menghormati RAJA dan SULTAN memerintah negara. Sultan payung negara!

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

TRANSLATION :

WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:
* achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;
* preserving a democratic way of life;
* creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;
* guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and
* building a progressive society that will make use of science and modern technology.

NOW THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:

* BELIEF IN GOD
* LOYALTY TO KING AND COUNTRY
* THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
* THE RULE OF LAW
* COURTESY AND MORALITY

p/s: Kepada pembiadap di T'ganu tu, elok sgt dibuang negara aje!

Friday, March 28, 2008

Today..

My husbank balik dari trip memancing dia harini. Actually dah sampai malam tadi tapi dia terus ke Klang dulu untuk bahagi ikan2 tu. Terus tidur rumah parent dia sbb letih sgt, and mintak tolong ayah dia siang ikan2 tu. Yelah ikan besar2 ni mana bleh siang pakai pisau kecik hulu kuning tu hehe.. tak berterabur hancur isi ikan tu karang..

By the way, harini aku bawak bekal gi opis. malam tadi sempat masak spagetti dan kuah dia sekali so harini jimat tak payah belanja. Tadi gi kutip duit tudung, orang taska bayar, terus gi Shell Sungai Ramal beli Dunkin Donut 2 ketul. I luv Dunkin Donut!

Malam ni insyaAllah nak balik kampung. Semalam dah belikan mak gamat Healin tu 2 botol. Ada kedai House of Healin baru bukak kat betul2 depan rumah aku seberang jalan tu. Punyalah teruk mencari kat mana ada jual last2 nya depan rumah je. Suka! Senang sikit nak maintain ubat mak nanti.

Tak sabar nak tunggu hubby balik petang nanti! Gembira dia selamat pergi dan balik! I luv U!

Thursday, March 27, 2008

Yay..!

Suka!! Tengok CSI tadi si Grissom proposed si Sara. Yay!! Akhirnya setelah 8 season, baru Grissom berani nak proposed. A lot of emotions ada dalam new season of CSI. I likeeee!!!


Tuesday, March 25, 2008

Kawan2 masa kecik..

Masa aku kecik aku sekolah pun kat kampung je.. jalan kaki je dah sampai. Sepanjang aku sekolah rendah tu (dari tadika sampai drjh 6) ada beberapa kawan yang aku memang tak dengar khabar berita sampai sekarang ni. Antaranya:

1. Latha. Dia ni salah sorang dari 2 org je budak india perempuan kelasku. Dengan dia ni aku kamceng sangat dan waktu rehat memang aku ngam lah lepak dgn dia. Dia rajin ajar aku perkataan2 hindi dan kadang2 buat pop kuiz kat aku pulak hehhe. Dulu memang geng main batu seremban time rehat. Sanggup tak makan tuuu..

2. Norlela. Dia ni seingat aku pendiam sangat. Biasa aje takle kamceng sangat. Kalau ingatkan muka dia ni, jenis muka yang kahwin awal. Agaknya anak dah sekolah menengah kot hehhehe..

3. Zaitun. Zaitun ni kamceng dengan aku masa sekolah rendah dah besar sikit, macam drjh 3, 4, 5 tuu. Geng aku kalau cikgu suruh beli apa2 kat kedai seberang jalan depan sekolah (beli susu anak dia), kami mesti pergi berdua. Biasanya cikgu (cikgu Khamsiah tak silap aku) akan bagi extra la duit tu, nanti aku beli Krispy atau pun asam masin untuk makan dengan limau kasturi (limau kasturi tu pokoknya belakang sekolah, kena panjat pagar untuk ambik buahnya. Sapa punya pokok tak tau).

4. Supirabi. Nama dia ni memang pelik tapi org Melayu kita je. Rumah dia rasanya paling jauh dari sekolah menghala ke hilir. Insiden aku dan dia yang masih terpahat di ingatan aku ialah ada satu hari tu, hujan, dia datang rumah aku kna ajak pegi main2. Tapi dek kerana hujan, last2 kami main bawah rumah aku je. Kami korek lubang dan main congkak atas tanah tu. Kotor gile tangan, kuku semua penuh tanah. Tapi the feeling masa tu sampai sekarang masih teringat, tak tau lah kenapa. Supi dah kawin awal dia kawin dah beranak pinak dah pun, tapi tak pernah jumpa lepas sekolah rendah tu.

5. Nazri. Dia ni OKU, tapi perangainya nakal masyaAllah. Kaki dia sebelah hanya setakat lutut je, jadi kalau dia berdiri sebelah kaki, sama tinggi lah dengan kami, tapi kalau dia drop kaki nya, maka die setakat pinggang kami jer. Dia sekolah kat kampung aku sampai djh 2 aje kot. Dia selalu buat dajal kat org, biasanya tackle org sampai jatuh sbb dia kan pendek je. Ntah camne tah. Pandai jugak die ni, tak silap aku masa djh 1, aku dapat no 1 dia dapat no 2. So masa penyampaian hadiah tu, dia duduk sebelah aku la sbb seat kan cikgu2 dah susun ikut aturan naik pentas. Masa tu je kami baik sikit.

Ada beberapa org lg tapi aku tak ingat dah nama. Rasanya ada sorang Singh, masa kami tadika, ada lawatan ke kampung sebelah, khemah kat situ runtuh sbb hujan lebt. Khemah tu timpa anak singh ni, rasanya macam parah jugak. Aku pun tak reti sbb masa tu aku tadika. Ada Saiful, lawa budaknya. Masa tadika, masa hari persembahan aku ingat si Saiful ni jadi arnab hehhehe. Anak cikgu kelas aku, Azman namanya. Dia sekolah kejap je kat sekolah aku pastu dia tukar sekolah. Aku ingat dia ni hensem gile sampaikan ramai yg crush kat dia (termasuklah aku kot heheh). Setahun je dia sekolah kat kg aku, pastu tahun depan nya dia sekolah kat pekan bidor cehh.. Ada Mahanum gak, yang rupa2nya sedara aku tapi jauh la. Mahanum ni tinggi orangnya tapi badan agak bongkok sikit. Selalu lepak dgn dia petang2 bila habis training bolajaring kat padang.


Hmmm.. Sapa lg yea.. ramai jugak rupanya kawan2 aku yg da lost contact.. Kat mana depa ni sekarang yea??

Monday, March 24, 2008

Dia lebih mengetahui...

Tidak semua orang layak untuk segalanya. Hanya yang terpilih sahaja mampu memikul tanggungjawab tersebut. Itu yang aku baca dalam suratkhabar semalam (Ahad 23 Mac 2008). Berdesup rasanya masuk dalam jantung bila terbaca perkataan2 tu. Tak cukup bersyukurkah aku bila segalanya serba lengkap? Aku cuma belum dikurniakan anak penyambung zuriat tapi tidak semua orang layak untuk segalanya.

Kami dah hampir 5 tahun kahwin, namun belum ada rezeki. Pernah kusuarakan niat untuk ambil anak angkat namun suami tak mahu. Kami berusaha namun mungkin belum cukup usaha. Aku letakkan segalanya ditangan Dia yang lebih mengetahui kerana aku yakin sangat masa depan kita tak siapa tahu. Mungkin kalau kami ambil anak angkat, turn up dia tidaklah seperti yang dikehendaki, takut termenyesal pulak nanti. Kalau anak sendiri tu lainlah.

Makcik aku pun macam aku juga. Takada anak. 13 tahun lalu dia ambik anak angkat sorang. Lelaki. sekarang ni umur nya dah 13 tahun lah. MasyAllah degilnya. Pada hari kematian ayahnya (pakcikku lah), time orang sibuk2 tu dia boleh pegi cybercafe.. main game. Sepupu aku pegi, dapat pelempang sebijik. Tiap2 hari pegi CC, solat memang malas, belajar dah tentu la malas. Kesian makcikku, tambah2 lagi sekarang dia hadapi sorang2 kerenah anaknya since suami dah tiada.

Mungkin nasib aku taklah macamtu, mungkin juga macamtu, siapa tahu, kan?? Well, hanya Dia yang lebih mengetahui...

Sunday, March 23, 2008

Black spot

Many people come and go in my life. I'm not regret meeting them as the experience is what make me as i am today. but well, some of them still hold some black spot in my mind.. I don't know why i can't get rid of them. Somethimes, just think of it make me choke.

1. guru ngajar quran aku. this thing aku tak pernah citer kat sapa2 pun except my buddy. even my mum pun tak tahu. I hope he will get pembalasan di akhirat for what he did to me and others.

2. my first BF. I hope he find happiness now, but until now, i still don't know what i did wrong in the first place. The way he ended up everything is so childish it make me wonder how can I fall with that kind of guy? Must be because i was so desperate for a BF?? Silly me!

hmm.. the rest tu doesn't hurt me as much as they did. Btw, I got great life now. In another post I will tell another story.


Kimono..


Gambar dgn Shukor masa kami bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi in January. Sempat pergi Japanese Garden and then posing dgn kimono (aku la yg posing tu heheh). merasala jugak pakai kimono ok la kan??
Bukit Tinggi sangat cantik dan segar. Pemandangan superb, udara dahlah nyaman maklumlah atas gunung gitu. Anyway, kalau duduk lebih dari 3 hari rasanya dah tak tahu nak buat apa kat atas tu. kalau duduk hujung minggu okla ada banyak entertainment, tapi kalau weekdays tu macam bosan je.
Makanan kat situ memang sedap, harga biasalah, mahalla sikit kan tapi rasa macam berbaloi. Haritu saje je order room service.. ordernye burger aje tapi burger nye punyala besar 2 org makan pun kenyang.. okla tu.
Kami duduk bilik 1 room apartment, cantik betul katilnya hias mcm ala2 org dulu2 stail ada langsir keliling katil tu. boleh main cak2 gitu heheh.. ruang tamu dia besar giler kalau nak bawak famili ramai2 pun muat sangat kalau nak save budget la.
Anyway, next trip ialah yayyy.. ke Bandung! tak sabo nak gi.

My first story

Well, aku dah lama nak ada blog sendiri, tapi selalu tak jumpa cara - masa, kepandaian, cerita yang sesuai dsb - tapi entah macammana harini magiknya aku dah ada blog sendiri.

Harini aku tinggal sorang2 kat rumah. My hubby ada trip memancing kat pelantar minyak terengganu with other friends of him.. geng2 pemancing tegar gitu.. harap2 semuanya ok dan mereka dapat tangkapan yg ok dan selamat pulang. Kawan2 aku yg dok kat area rumah aku ni ada beberapa org jugak lagi yg pegi sekali so kami isteri2 bujang ni macam ada plan je nak jalan2 gitu.. tengoklah macammana esok lusa kalau free boleh gi Jusco kot.

Tadi ada jiran dtg rumah ajak gi makan2 esok kat kedai dia sempena opening ceremony gitu. siap tanya nak nasik putih ke nasik minyak. macam tak sesuai je nasik minyak sbb kenduri nya lepas Isyak.. InsyaAllah boleh pegi le esok. So, 1 plan dah ada hehehhe...

oklah post dulu this. babai..