Oh sungguh gembira dapat menyambut raya di tanahair sendiri... namun bukan itulah yang penting, yang penting sekali, kita meraikannya dengan cara yang betul, walau dimana bumi dipijak...
ketika di NZ tahun lepas, kami menghidupkan ramadhan di tempat orang kapir tu dengan tadarus, disusuli majlis khatam quran... juga kami buat dodol beramai2 sebagai pelepas kerinduan... malam raya pula kami buat takbir dari rumah ke rumah... pagi raya, kami berkumpul di rumah terbesar di kalangan kami, untuk menikmati suasana pagi hari raya... namun, pemberian angpau raya bukan tradisi di sana, maklumlah, semua pun hidup atas elaun diberi orang.. hehheh...
tahun ini, kemeriahan raya ada di mana2... jangankan pasaraya2 terkemuka, kedai runcit ah kau dan pasar mini ramayya pun meriah jugak... dengan pasar ramadhan di sana sini, bazar ramadan yg tumbuh melata, khemah2 menjual lemang serunding dan rendang, termasuk yang menjual mercun dan bunga api!
itulah tradisi yang takbleh tak ujud..
yang bestnya, tahun ni kami mengambil langkah drastik sekali untuk tidak melakukan apa yang lazim dibuat orang:
1. kami tak shopping baju raya pun.. semuanya recycle tahun2 lepas punya..
2. kami langsung tak berbuka luar, samada kedai tomyan atau hotel 2, 3 bintang.. (hotel 5 bintang memang tak pernah gi, kecuali org belanja huhuhu)
3. kami minimize habis penjengahan pasar ramadhan.. ada 2 kali je pegi kat area rumah aku nih, dan kat kg ku kat bidor, sekali je..
4. aku buat sendiri kuih raya iaitu almond london dan tart nenas... sedap!! dan paling penting, jimat..
5. kami merajinkan diri gi solat terawih since surau sgt dekat dan takde apa aral sbb tak buat kuih raya utk niaga pun.. yeehaaaa!
6. boleh dikatakan 80% abang yang masak lauk berbuka, aku cuma touch up sikit2 je huhuhuhu
tahun ni aku akan menyambut raya di Klang dahulu seblom balik ke kampungku di Bidor, mungkin ptg raya pertama, atau raya kedua... sambutan di klang tidak semeriah di bidor, namun kenalah bertolak ansur kan... kalau di bidor, pagi2 selepas balik sembahyang raya, mesti berkumpul dan bersalaman ikut umur.. aku lah yang start dulu, sampai adik yang bongsu.. mesti ikut giliran.. lepas tu biasanya keluarga makngah dan mak andak akan dtg ke rumah sbb mak ku anak sulung, mestilah adik yang mintak maap ngan kakak kan... tu lah tradisinya.. pastu kami ramai2 pulak ke kubur, untuk meraikan hari raya dengan mereka yang tersayang yang telah pergi menemui Ilahi - arwah Opah, Paklang, Tokmok, TokWan, abangku Yop Ajam dan sedara mara yang lain spt Opah emak (onyang), sepupu2 nya yang dah tiada spt Yang Mat, kawanku Rusman sekeluarga dan ramai lagi.
balik dari kubur, kami akan beramai pulak menyerang rumah mak andak dan rumah mak ngah... melepak makan kuih raya sambil bercerita itu dan ini.. ptg sikit, jika tiada sedara mara datang bertandang, barulah kami gerak ke rumah Opah Chik (mak saudara abah) di Tapah, atau Maklong Siah (kakak abah) di Teluk Buluh. Dulu kami akan juga ke rumah Maksu (adik abah) di Batu Masjid, dan rumah Tokcik (adik opah - bapa saudara mak) di Kg Cegar, namun maksu dah berkerat rotan berpatah arang dgn abah, dan Tokcik pula tak berapa sihat dan dibawa anaknya (MakNgah Khairi) ke Kedah.
saudara mara belah mak paling ramai datang berkunjung compare dgn sebelah abah. lagipun, rumah kami terletak seblah rumah opah, jadi sejak opah tiada, otomatik, mereka akan ke rumah kami, mentelah mak anak sulung dan paling dikenali oleh sedara mara.
tahun ni, anak2 mak semuanya raya rumah mentua masing2, tinggal 2 org yg bujang tu aje lah... mak pun bercadang buat lemang lepas raya je, sbb takde sapa nak tolong bako.. sian mak... sabarlah ye mak.. anakanda balik nanti kita buat lemang, ok!
opis pun dh sunyi, sbb ada yg dh mula bercuti... suasana dh makin terasa!!
Selamat Hari Raya semua!! Semoga Syawal ini membawa cahaya dalam hidup kita, dunia dan akhirat.. aminnnnn....
Thursday, August 25, 2011
Hari Raya dah makin hampir...
Friday, August 5, 2011
Rumah baru ku..
Salam 5 Ramadhan buat semua... sekejapan je kan kita dah masuk hari ke5 berpuasa.. sungguh laju masa berlari.. tak terkejar kita..
anyway, sepanjang 4 hari tu, semalam je aku pegi ke paso ramadhan.. tu pun paso yang paling dekat dgn rumah, gerainya adalah dalam 6,7 gerai je hehehe... hujan punyelah lebat tak hengat, menyebabkan aku basah kuyup... dan aku pun pegi ke gerai yang mula2, beli karipap 4 ketui + koci seketui (rm2) dan kuih tako 5 pcs (rm2).. tu jer.. aku pun balik.. cam tak berbaloi je kan basah2 beli banyak tu je huhuhu...
balik rumah, kena hon suruh abang keluar bukakan pintu pagor plak.. dah le pintu pago tu terkeluar dari kawasan yang dicover dari hujan, so abang memang kuyup jugak heheh.. baru adil kan.. bila aku amsuk rumah, salin baju dsbnya, sekali aku intai abang tgh mencangkul kat luar dalam hujan lebat!! apekehei?? rupanya, dia dah alang2 basah, terus mencangkul sikit sbb tanah tu tgh lembut... macam2... risaunya aku sbb kilat berdentum2... hishh... malam tu badan abang terus dedor2.. mujo tak demam... sengaja cari penyakit...
oh ya, kami dh pindah rumah baru... rumah sewa yang baru nih rumah setingkat... rumah kami sendiri di seri kembangan telah disewakan pada orglain, so selama sebulan lebih, kami menumpang umah kak ngah (kakak shukor), di bangi.. memang budget nak pindah sebelom puasa, alhamdulillah, dimakbulkan Allah... seronok sgt duduk rumah atas tanah, sebelom ni duduk atas awan je... heheh
alkisah, rumah ni ada 3 bilik... bumbungnya tinggi melangit, so siang2 memang terang benderang.. namun, ruang tamu, dapur, bilik 1 dan 3 telah bersiling, cuma bilik 2 dan bilik air 1 je yang nampak bumbung tinggi tu... dapurnya agak luas, bilik air ada 2 dan luas2 bilik airnya.. tu pun extra point tu sbb senang aku nak berligan dlm bilik air hehehhe... antara bilik 1 dan bilik 2 ada kwsn rehat kalau2 kita nak letak 2nd tv atau komputer memang sgt sesuai.. kiranya, agak tersorok lah kalau ada tetamu dtg berkunjung.. ruang tamunya luas sangat, dan panjang ke belakang.. lebih pjg dari rumahku dlu.. sangatlah selesa kalau sedara mara nak dtg tumpang bermalam...
kami cuma nak hidup seberapa sempoi yang boleh... sbb mungkin kami akan berpindah lagi dlm masa terdekat... namun, yang basic2 tu kami dh beli... peti ais, mesin basuh, Tv, dapur, meja lipat utk makan yg murah... perabot2 semua kami tak beli pun, so rumah kami sejuk je... memang best.. kami tidor pun atas toto je, bantal pun sorang satu je.. heheheh
kawasan rumah kami baru je start kumpulan berjaga malam... disebabkan banyak masalah kecurian baru2 nih, maka diwujudkanlah kumpulan2 ini yang duty setap hari 5 org.. boleh dikatakan, sorang akan duty 3 kali dalam 2 bulan.. tapi nama abang takde lagi dlm list, sbb kami baru je join.. haritu dh bayo duit join 50rm dan duit bulanan 10rm.. tapi abang mcm takleh join katanya, sbb semua pun org otai2 belaka.. set2 dh pencen je ramai duduk kawasan nih... abang perasan muda lah tu heheheh
rumah ni ada tanah sikit kat depan, belakangnya pulak, di luor pagar tu, seberang longkang memang ada tanah yang luas bangat, menghadap jalan besar.. org sebelah kanan rumah siap buat reban ayam lagi.. dan tanam pokok buah2 besar macam mangga, rambutan, nangka, cempedak... perghh... best betul.. pagi2 aku suka duduk nengok hijau2 tu, terasa duduk di kampung... disahut pulak kokokan ayam bersahutan... memang tak syak lagi!!
surau pun sangat dekat dgn rumah aku nih... jalan kaki je kami gi terawih... kalau waktu subuh tu, depa ada buat kuliah subuh, tak payah pegi pun takpe, sbb boleh dengar dgn jelas dari rumah.. seronok betul!!
jiran2 pun macam ok... yelah, semua pun dh tua2, semua atas 60 tahun je... so, kami ni memang macam anak2 je lah.. deret kami tu ada berapa je rumah, yg mula2 en lim, pastu hashim, kami, anthony, tajwal, hassan, habibul, rama, halim, salauddin, azhar, nazir... tu je.. rasanya azhar tu je yang baya2 kami, yang lain tu semua otaiii... heheheh...
apa2 pun, seronok sangat lah duduk rumah nih.. gembira je rasa nak balik rumah.. tuan rumah pun ok, senang, tak banyak kira.. sewa pun 500 je, kira murah le kalau area2 bangi nih, mana nak dapat.. (apartmen tingkat 2 pun 600rm tau..!)
terima kasih Allah mempermudahkan urusan kami ini... :)
Monday, August 1, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakah!
Kepada semua sahabat2ku diseluruh pelusuk alam, kutitipkan salam Ramadhan dgn penuh kesyukuran.. tahun ini kita berpeluang mengucup wajah Ramadhan lagi, berpeluang juga menghirup nafas dalam bulan yang suci ini... buatlah Ramadhan ini sebagai satu penghijrahan diri ke arah yang lebih baik lagi..
insaf rasanya akan kekerdilan diri, tahun ini kembali menyambut Ramadhan ditanahair tercinta.. terkenang juga pengalaman di rantau org dulu, di mana roh Ramadhan tidak disambut oleh rakyatnya.. jadi terpulang kepada kita utk menghidupkan semangat Ramadhan.. berbuka dan bersahur pun tidak sesempurna mana, namun itulah asam garam kehidupan di tempat org..
tahun lepas, Shukor berbuka di tempat keje shj, jadi peluang utk kami berbuka bersama, hanya 1, 2 hari shj, sementelah pula masatu shukor cover chik piah, yg pulang ke malaysia utk data collection. Jadi aku kena balik awal dr uni, masak ala kadar,dan bekalkan abang lauk + nasik.. kemudian tinggallah aku sorang2 di rumah, berbuka sendirian.. sahur pula kami makan sempoi2 aje, sbb siang pendek, jadi tak lapar sgt..
tahun ni, kami berazam utk berjimat cermat walaupun kehidupan Ramadhan di Malaysia dilimpahi makanan dan kuih muih sebagaimana lazimnya.. tengok, samada kami mampu utk melayani akal pikiran dari dikuasai nafsu makanan melampau.. huhuhuhu
kepada semua sahabat2 ku di luar negara, jadilah seperti ikan di laut, yang tidak masin isinya walaupun seumur hidupnya dalam air masin.. jadilah seperti kelapa yang semakin tua, semakin tebal isinya dan banyak pula gunanya... jadilah seperti padi yang semakin tunduk pula bila ia semakin sarat dgn isi dan semakin matang...
kepada semua sahabat2 seagama, saudara2ku di dunia dan diakhirat, marilah kita hidupkan roh Ramadhan sedaya kita, sebagai umat akhir zaman yang penuh dihimpit cabaran.. yakin BOLEH!!


