Showing posts with label Sejarah Untuk Dikenang. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Untuk Dikenang. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Prof Omar..!

Pagi2 ni aku kesiangan... subuh dah hampir habis baru terjaga... terpisat2... cepat2 solat, dan ke dapur kukus pau keladi frozen.. separuh bawak bekal, separuh tinggal utk abang..

harini kelas jam 8 sampai 10... nota dah siap, plan harini nak sambung module 5 separuh je, separuh lagi nak taruh next week... kemudian nak pulangkan mid term exam haritu, sambil discuss jawapan.. kemudian sebelom balik bagi 3 soalan quiz on the spot based on apa yang baru belajar harini dan last class..

semua berjalan lancar, ikut plan.. habis kelas melenggang kangkung mak limah menuju lif nak ke bilik technician pulangkan kunci dan remote projektor, seblom balik ke bilik melepaskan lelah.. di pintu lif, terserempak Saliza.. dulu saliza buat master di COIT sambil keje tutor di Ikal.. lama tak jumpa dia.. hi-hi gitu2 sekali dia cakap..

"kak june, Prof Omar kirim salam"

"prof Omar?" dlm hati memang takleh nak recall sesiapa bernama Omar yg berjawatan Prof..

"Prof Omar.. skrg dia keje di UPNM.. dulu dia kat UM.. dia jadi supervisor master kawan saya.."

"UM? Prof Omar?" macam nak kenal dh sikit2..

"ha.. dia cakap kenal tak staff Uniten pompuan muka macam cina, pakai spek.. lama saya nak pikir.. bila cakap noorazizun ke.. HAAA.. ye lah tu.. kimsalam kat dia yea"

"kenal kenal.. masyaAllah.. lama nyaaaa tak dengar kabo dia.. bilanya masuk UPNM?" sungguh kagum..

"dia masuk UPNM tu la dapat prof tu.. ke prof madya gitu laa... dia under security management kan.."

"a'ah.. memang org security.. dulu dia ajar kak june... adatlah mula2... gabra2, pastu kitorang selalu usik2 dia hehehe... dia jadi supervisor final year kak june tu.."

"yeke.. eh tapi dia tere sekarang.. semua org cakap dia best"

"iye?? isk iskkk.. tak sangka.. dia rambut kinting2 kan??" sekadar mengconfirmkan.. bukan ngutuk tau..

"a'ah.. ok kakjune.. bye...!"

"bye!"

wahhhhh... aku sungguh teruja!!

firstly, sbb Prof Omar ni dulu2 kami panggil Encik Omar je, now dh jadi Prof dh.. dan dh jadi someone dalam bidang security.. memang subjek dia ajar kami dulu subjek Disaster Recovery.. teringat notes dia yang bertulisan tangan dan sanat detail, sampai sekarang masih jadi rujukan aku dan Ana.. punyelah berkat ilmu yang disampaikannya..

secondly, Prof Omar ni masih ingat kat aku!! biasalah kalau anak murid ingat pensyarah kan, tapi pensyarah ingat anak murid after soooooo many years!! aku grad 1998, so hampir 13 tahun nan berlalu!! sungguh aku terharu.. aku harap2 Prof Omar ingat aku sbg pelajar yang baik dan tidak mendatangkan masalah... ke sbb aku strugle sgt masa final year project, tu pasal dia masih ingat kat aku?? huhuhu...

apa2 pun, harini, Prof Omar makes my day!! sengih je la aku...

Friday, August 26, 2011

Kisah raja-raja.. Tengku Amir Hamzah

Dalam 2, 3 hari ini (in fact, sepanjang minggu ni), aku bagaikan terkesima dengan kisah seorang Pahlawan Nasional Indonesia dalam bidang sastera, Tengku Amir Hamzah (TAH). TAH memperjuangkan penggunaan bahasa melayu ketika bahasa belanda diwajibkan di seluruh indonesia.

Alkisah aku telah membeli 1 buku cerita karya Masriah Masrom bertajuk "Nyanyi Sunyi". tajuk ni diambil dari satu ontologi puisi TAH dgn tajuk yang sama. Aku kebetulan teringat buku yang pernah kubaca dulu iaitu "Nyanyi Sunyi Seorang Bisu" karya Pramoedya Ananta Toer. Karya2 dari penulis Indonesia memang aku suka, tapi karya penulis malaysia pun aku ghairah juga huhu (kecuali penulis2 buku seperti yang melambak di pasaran - aku kurang minat kisah cinta tak berhaluan - maaf yea!)

dalam buku cerita tersebut, wataknya sangat diinspirasikan dengan hidup TAH dan wanita disekelilingnya. Kisah ini membuatkan aku nak sangat tahu tentang TAH, lalu apelagi, aku surf internet mencari bahan.

yang paling kukagumi dalam kisah TAH ini adalah kekuatan jiwa orang2 yang disayangi/menyayangi beliau. Semuanya mempunyai jiwa yang sangat besar. Pertama sekali, ibunya Tengku Mahjiwa yang melepaskan anak bungsunya belayar jauh mencari ilmu. ketika dia sakit tenat pun, masih direlakan anaknya tidak pulang kerana bakal menempuh periksa akhir, dan pergi menemui Ilahi tanpa sempat memeluk dan mencium anak tersayang.

kekasih hati TAH, Ilik Sundari lebih besar jiwa dan hatinya kerana merelakan kekasihnya menikahi perempuan lain. Ilik wanita terpelajar yang menguasai ilmu sastera hingga peringkat tinggi. Dia bukan sebarang orang, malahan puteri Solo dari keturunan Raden. Tapi demi TAH memberitahu yang dia perlu menikahi Tengku Kamaliah atas urusan tugas, Ilik memahami sesungguhnya TAH bukan miliknya lagi.

oh, betapa beratnya hati melepaskan kekasih yang tercinta, bila diketahui sang kekasih juga tidak rela!

Tengku Kamaliah kurang cantik dibandingkan dengan Ilik. Badannya sedikit berisi dengan muka bulat, sedangkan Ilik bermuka bujur dengan dahi luas, tulang pipi yang tinggi dan mulut menguntum seperti ciri biasa masyarakat Keraton Jawa. Namun hati Tengku Kamaliah bersih, ikhlas mencintai TAH selayaknya seorang isteri mencintai suami.Walaupun dia tahu keluh kesah TAH yang patah hati, sedikit pun dia tidak mengamuk atau marah2 menengking herdik, malah dia terasa bersalah pula memisahkan 2 hati itu. Niat sucinya nak menerjakan haji ber4 (TAH, Tengku Kamaliah, anaknya Tengku Tahura dan Ilik Sundari) tidak kesampaian kerana TAH ditangkap orang dan tidak kembali lagi.

Keinginan untuk mengorek cerita TAH lebih lanjut membuatkan aku kepingin sangat mencari buku karya NH Dini bertajuk Amir Hamzah: Seorang Pangeran Dari Seberang. Buku ini mengupas secara total seluruh kehidupan TAH dari mula dia lahir hingga saat dia dipenggal kepalanya semata-mata kerana fahaman anti-feudal dan beliau keluarga bangsawan. Tamatlah kisah beliau dalam umur 35 tahun, sangat muda.

"Cintaku hanya satu. Dan yang satu itu telah kuberikan kepadamu." - Amir Hamzah kepada Ilik Sundari.

Sayunya hatiku membaca kisah cinta trajis ini. Namun ringkasnya, mereka sentiasa meletakkan kecintaan yang lebih besar dihadapan mereka dan mendahulukan orang yang tersayang dari diri mereka sendiri.

1. Amir Hamzah mendahulukan tugasnya kepada masyarakat untuk mengembangkan sastera dan budaya bangsa dari mengikut kata hatinya untuk mengahwini Ilik.

2. Ilik Sundari mendahulukan Amir Hamzah dengan merelakannya pergi dan menikahi oranglain sedangkan Amir ialah kekasih hatinya, belahan jiwanya.

3. Tengku Kamaliah mendahulukan Amir Hamzah dalam kehidupannya sehingga sanggup dimadukan jika itu boleh membuatkan Amir hidup bahagia.

"Bukankah kebahagiaan itu melihat orang yang dicintai hidup bahagia? - Masriah Masrom, Nyanyi Sunyi.

Alangkah bahagianya jika semua orang mendahulukan orang lain dalam kehidupan untuk mencapai kebahagiaan abadi. Alangkah!!