Tuesday, May 27, 2008

Engagement Celebration


So, the event went well and well planned also. Except for few waitings and searching (because of the number of vehicle involved and not all are familiar with Port Dickson), everything seems like agree with the engagement. We meet up at R&R Seremban - all of us - Shahril's car (Anje [my youngest sister], mak, opah and Zhafran [Anis' son - my nephew]), Mokde's car(drove by Abah, Mokde, Adik, Asraf [Mokde's son]), Anis's car (drove by Abe, Anis, Mira and Maktam [my neighbour]). Kami yang paling sesak sekali, my brother (Fairuz) drive Kancil diisi oleh he himself, his wife and son, Mak Andak with her son and daughter and me. Terhimpit sehhh. Once we reach Seremban R&R, quickly I moved to Shahril's, and Zahid (Mak Andak's son) moved to Mokde's. Pak Ngah then reach us at exit Seremban/PD, and there we go the 5 cars one after another. We headed straight to Masjid Lukut apart of the majlis will be held in Springhill. Arrive Masjid Lukut at 1.++pm, so just nice, we rest a bit, do the Zohor, and eat all the bekal since we are so hungry. About 2.00pm we headed to Springhill for the ceremony, joined by Pak Lang that waited for us somewhere near the Springhill road.


The family even rent a khemah for the ceremony and it is quite big. Pak Ngah did the talking and Opah then do the sarung cincin to Lin (my brother's fiancee).



From right: Pak Ngah, Pak Lang, Abah, wakil sana
Opah


We even manage to snap few photos of Lin and then both of Shahril and Lin. They seems so beautiful and handsome and all the hantaran things also are beautiful.

Lin masa nak sarung cincin



Shahril dan Lin bersama barang2 hantaran

Barang dari pihak lelaki



Anyway, after the celebration, we moved to Kondominium Blue Lagoon. We will stay there for one night. It is a 2-rooms apartment and 1 bathroom. Hazabnya bab bathroom tu because so many of us and the praying time is the hazabest time! Total up, there are 20 of us cramping in that apartment!! Me, Fairuz and family (3), Anis and family (3), Adik, Mira, Anje, Mak, Abah, Opah, Andak (3), Mokde (3), Pakngah, Makngah, Along and family (3), MakTam. Its 25 people, wow!! Nasib baik Jodi and family just came and not staying, kalau tak kena tambah lg 3. And Paklang also didn't stay with us.

Anyway, for dinner Paklang kasik rm100 for it, so abah ngan Fairuz gi carik sate. Our dinner mlm tu sate and lauk2 pauk kenduri which was given by Lin's family plus all the edible hantaran. Pukul 10 dah tido hihi sbb no activity and tv pun ada 14inch je. We miss the AF final!!

ok sambung nanti lah..

Zaman Sekolah Rendah - Part 2

Darjah 4
Masa Darjah 4 cikgu kelas kami Cikge Faezah. Cikgu ni terror English so memang tahun ni semua orang agak improve sikit English nya. Maklumlah, sekolah kampung kan.. English ni terror sikit2 pun org dah kagum gitu heheh.. Tahun ni kami banyak terlibat dengan persatuan dan sukan, so selalu lah balik lewat dari sekolah. Kadang2 tak balik, stay kat sekolah je sampai petang. Kadang2 balik rumah dulu, tukar baju pastu datang sekolah balik. Jarak ekolah dengan rumah aku adalah dalam tak sampai pun 100 meter so kalau jalan kaki tu kejap aje. Mak tak kasik bawak basikal sbb takut eksiden heheh, so sampai habis sekolah rendah memang tak pernah rasa naik basikal, in fact memang takde basikal pun.

Masa ni budak kelas aku cuma ada 29 org je.. sikit kan? Dan walaupun result akhir tahun lebih baik dari pertengahan tahun, aku hanya dapat no 2 je. No 1 Hanom, dan no 3 Rusman. Ni lah kawan2 aku yang asik bersaing ngan aku.

Darjah 5
Cikgu kelas kami adalah cikgu baru kat sekolah kami, namanya cikgu Arbain b Saidi. Cikgu ni sungguh berhemah, kerja2nya sangat teliti dan handwritingnya sungguh cantik. Dia ajar kami BM, dan beliau sungguh berwibawa. Kami memang seronok dia jadi guru kelas kami. Tahun ni kami ambik Peperiksaaan Penilaian Darjah 5 (PPDL), so selalu sangat ada tusyen. Guru besar pun sama turun padang mengajar kami Matematik. Yang bestnya, guru besar tak lokek. Siapa yang siap awal latihan dia dan betul semua akan dapat 20sen. Kalau tusyen hari sabtu atau ahad tu, kadang2 aku dapat kumpul dekat seringgit heheh. Kami semua benar2 teruja dan belajar bagai nak rak, and the result of PPDL memang melebihi jangkauan pihak sekolah. Rusman jadi satu2nya pelajar yang dapat 5A. Hanom dan aku dapat 4A1B dan 2 org lagi (Samad & Ridzauddin). Karim dapat 4A1C. Pada masa tu, itulah kejayaan paling besar bagi sekolah kami. Ramai juga kawan kami yang lain dapat 3A dsb. Pada hujung tahun itu (tahun 1985), Datuk Seri Abdullah Badawi datang ke sekolah kami untuk merasmikan bangunan baru (yg dah siap sejak bertahun dah) dan menyampaikan hadiah pd kami2 ni. Paklah adalah Menteri Pelajaran pd masa tu, dan upacara penyampaian hadiah dibuat diluar bangunan sekolah iaitu open air. Gembiranya dapat bersalam dengan menteri bagi kami anak2 kampung ni sukar nak diceritakan. Muka bangga para ibubapa pun jelas terpancar dan rasa gembira guru2 juga masih jelas di ingatan. Kami sungguh gembira pada hari itu, selain dapat salam menteri, diberi juga penghargaan mengharumkan nama sekolah.

Darjah 6
Since kami dah habis PPDL, so, tahun ni merupakan tahun honeymoon dan enjoy sakan. Walaubagaimanapun, tahun ni kami banyak terlibat dalam mengisi borang permohonan ke asrama, pegi ujian bertulis, jamuan makan dan lawatan. Yes, lawatan yang sebenar! Guru kelas kami masih Cikgu Arbain yang kami sayangi dan tahun ni aku dilantik jadi Ketua Kelas. Memang lain dari kebiasaan, biasanya Ketua Kelas lelaki, Penolongnya pompuan, tapi Cikgu Arbain nak kelainan, so pompuan lak jadi Ketua, dan penolongnya lelaki (Ridzauddin @ Din). Tahun ni kami ada buat collection kelas, tak ingat bayar berapa. So pada hujung tahun kami murid2 darjah 6 plan untuk buat majlis perpisahan dengan semua guru2. Semua nya kami rancang sendiri, dari segi makanan dan hiasan. Kami gunakan bilik sebelah yang kosong sebagai bilik jamuan tersebut, dan semua orang bertungkus lumus menghiasnya. Cantik sangat jadinya bilik tu siap ada riben yang merentangi bilik dan pintu pun bergantungan riben2 macam rumah kap lam ya nga pun ada. Makanan pun sedap giler semua orang bawak makanan. Memang best lah! Cikgu2 pun puji atas kerjasama kami dan depa terharu sebab belum pernah ada murid2 buat majlis untuk cikgu. Lawatan pulak, aku masih ingat kami buat lawatan ke Penang. Kira tu paling jauh la tu. Kami bertolak pukul 10 malam dan sampai sana tgh malam. Entah apa kejadah nya kami bertolak malam2 tu pun aku pun tak tahu.. ye laa.. aku kan budak lagi masa tu. Padahal Bidor - Penang tu tak berapa jauh sgt pun. Aku bawak duit adalah RM30 ++ hasil sumbangan mak, opah dan tok heheh tapi masa tu 30 besar woo nilainya. Aku masih ingat dalam tgh malam tu sampai penang, kami park kat depan rumah Francis Light sementara tunggu pagi. Dengar bunyi ombak pukul2 benteng tu buat semua org jadi segar. Tak ngantuk punwalaupun pukul 2, 3 pagi. So, esoknya kami pegi naik Bukit Bendera, pegi Tokong Ular, pegi Botanical Garden yang banyak monyet tu, dan macam2 lagi. Makan sate, makan pasembor, kemudian lepak kat tepi pantai mana tah.. memang happening giler lah trip tu. Aku beli hadiah untuk semua ahli kuarga aku dgn duit 30++ tu siap makan minum kat sana lagi. Seronok sangat trip ke Penang tu sbb sampai sekarang aku masih boleh rasa angin laut menampar2 pipi masa kami duk kat depan rumah Francis Light tu sambil cuba nak tidur tapi takboleh...

Hujung tahun ni, aku dapat tawaran masuk Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Hanom dapat 2 tawaran, Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Agama Gunung Rapat, 2-2 kat Ipoh. Rusman dapat Sekolah Sultan Abdul Halim, Jitra. Samad dapat sekolah Teknik kat Ipoh dan Karim dapat Sekolah Anderson, Ipoh. Din dapat Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Walaupun Hanom dapat sama sekolah ngan aku, tapi kami setuju untuk pegi sekolah lain2 sbb nanti kami boleh tukar2 kertas soalan dan mesti dapat kawan2 baru. Pengalaman pun berbeza so adalah cerita2 yang boleh dikongsi.

Periksa hujung tahun tu, Hanom dapat no 1, aku no 2 dan Rusman no 3. Kemudian, kami bawa haluan masing2 menuju sekolah2 yang berlainan. Tapi hubungan kami tak putus sbb semua satu kampung, so setiap kali cuti sekolah, atau hari raya kami akan berkumpul semula dan mengenang kenangan2 manis ketika sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang, Bidor, Perak yang tercinta.

Update:
Hanom antara yang paling awal kahwin. Balik dari oversea (Univ. of Newcastle upon Tyne), dia terus bertunang dan kawin tahun 1998. Sekarang ni anak dia 4 orang (semua lelaki), yg sulung dah darjah 3. Hanom pernah keje dgn Commerce Bank sblum ikut husband dia sambung belajar. Balik tu tak tahu keje mana, but now duduk kat area keramat/gombak sana.

Din pun kawin agak awal gak. Tamat sekolah teknik, Din sambung politeknik. Kemudian keje di Majlis Bandaran Ipoh. Isterinya 1 pejabat dengan dia. Anaknya seorang je, lelaki, now drjh 3.

Rusman masuk UPM lepas SPM, kemudian sambung di USM. Kat sana dia jumpa isteri nya. Mereka kawin tahun 2000, dapat 2 orang anak perempuan. Kemudian mereka sekeluarga pindah keje kat Sabah. Pd tahun 2004, mereka sekeluarga terkorban dalam kejadian banjir /air melimpah yang turut mengorbankan orggaji mereka. Keempat2 mereka dikebumikan dalam 1 kubur di Tanah Perkuburan Kampung Jeram Mengkuang pd waktu hampir senja dengan kesayuan seisi kampung tak dapat diceritakan.

Samad melanjutkan pelajaran ke politeknik dan bekerja sebagai pegawai bank di BSN. Dia kemudian berkahwin dengan anggota polis dan dapat 2 anak, yang sulung pompuan, yg kedua lelaki. Samad duduk di Kampung Pasir, sebelah Kampung Jeram Mengkuang dengan mak dan adik perempuannya.

Karim kawin agak lewat tapi mungkin sebab dia anak bongsu so kena jaga emaknya. Karim keje di Teluk Intan sekarang, isterinya orang situ juga. Mereka juga tinggal di kampung Pasir.

Cikgu Arbain dah tak mengajar di kampung kami lagi. Dia duduk di Tapah, jalan menghala ke Cameron Highland. Pada hari raya sebelum Hanom kawin (tahun 1998), kami beramai2 ada pergi ke rumahnya, tapi Cikgu Arbain tiada di rumah. Mungkin balik kampung agaknya. Takde rezeki nak jumpa cikgu.

Kawan2 lain: Razak meninggal masa kami sekolah menengah, eksiden betul2 di depan rumah dia. Zura kawin agak awal jugak, anak 2. Maslina kawen sebaik shj tamat SPM, anaknya 3 org. Jayan kawin masa sekolah menengah lagi, anaknya 5 org. Roslan pun ada 2 anak. Rozaini keje di IWK, anak sorang. Hamizat ada 2 anak. Norizan baru bertunang. Samsul ada sorang anak. Supi keje di Pulau Pinang, ada 2 anak. Wati keje di KL, ada 3 anak. Zanian keje di Tapah, taktahu berapa anaknya. Annuar A, Anuar B, Hamid A, Hamid B, Khairi, Mahairi, Jamal, tak dapat berita terkini. Mungkin mereka ada contact kawan2 lelaki yg lain kot.

Sambung pula citer aku sekolah menengah.

Saturday, May 24, 2008

Zaman sekolah rendah

Zaman Tadika
Aku start sekolah Tadika masa umur aku 6 tahun. pada waktu tu, parents takdela taksub macam ekarang ni 3 tahun dah hantor sekolah. Zaman aku dulu paling awal pun 5 tahun je. Anyway, aku masuk je sekolah dah pandai tulih nama sendiri. Maklumlah, makcik2 aku ramai cikgu dan aku ni anak sedara mereka yang 1st, so semua org excited nak mengajar aku. Cuba sekarang ni, confirm dah tak larat nak layan anak sedara dah berderet heheh. So aku masih ingat Makde aku ajar tulis huruf2 nama aku tu. Kat Tadika ni aku tak pandai sangat nak berkawan sbb aku biasanya kawan ngan adik2 aku aje dan memori aku pun mcm tak ingat sgt kawan2 tadika kecuali yg join aku masuk sekolah rendah lah. Ada beberapa insiden masa sekolah tadika ni yg masih aku ingat.

1 nya masa tu kami ramai2 duduk kat beranda rumah tukang masak tadika ni (seblah tadika je umah dia).. takla kami tahu yg beranda nya reput. Tahulah budak2 kan melompat2 bagai siap main Datuk Harimau kat beranda tu sekali tu 'praaakkkkkk' !! runtuh beranda tu heheheh. Punya la terkejutnya kami ni semua pakat menangis siap tukang masak tu terpaksa jamu kami teh o dgn biskut kering pulak sbb nak console kami.

2. Masa kami ada buat lawatan ke Batu 4. Tadika kami di Batu 5, kiranya pegi melawat jaraknya sebatu aje hihihi.. tapi masa tu kira dah grand sesgt la tu pegi lawatan. Kat tempat lawatan tu macam ada funfair, siap ada khemah bagai. Hujan tiba2 lebat siap angin kuat bagai. Khemah tu terjatuh betul2 kena kepala ada sorang budak Singh nih. Berdarah punyala banyak dan kami pun semua kena dieksport balik dalam hujan2 tu. Tak bestlah lawatan tu.

Cikgu kami namanya cikgu Yati. Baik orgnya. Tukang masak kami namanya Mak Jah. Sijil tamat sekolah tadika tu masih aku simpan sampai sekarang.

Zaman Sekolah Rendah
Darjah 1
Ketika masuk darjah 1, kami diletakkan di bangunan lama. Djh 2 keatas je dapat duduk bangunan baru. Teringat masa 1st day masuk sekolah, beriya2 kami melambai2 senior2 yg duduk kat bangunan baru, macam jakun je heheh. (FYI, bangunan lama tu bangunan kayu, 1 blok dibahagi 2, separuh bilik kelas drjh 1, separuh lagi stor utk brg2 sukan. Bangunan lama ni terletak terasing dr bangunan lain. Kalau nak pegi ambik brg kat stor takutnya seram aje sbb hujung bangunan tu mcm semak2 dan kawasan nya berpaya sikit. Rumput pun tinggi2. Bangunan baru tu of course lah cantik sbb bangunan batu 2 tingkat lagi heheh) Cikgu kelas kami namanya Cikgu Zainal Abidin, dah tua cikgu ni banyak uban pulak tu. Selalunya bila aku dah siap kerja yg dia suruh buat, aku ambik upah cabut uban dia 3 helai 5sen. Sebelum cabut kena kumpul habuk kapur tulis tu sebagai bahan tak bagi licin nak tarik uban tu. Hmm.. Cikgu Zainal ni dah meninggal dah lama dah.

Masa hujung tahun aku dapat nombor 1. Famili aku semua taknak percaya, semua cakap aku tipu sbb apa taktau lah. Tension aje aku. Tapi aku tak ingat sapa dapat no 2 dan 3.

Darjah 2
Darjah 2 ni Cikgu kelas kami namanya Cikgu Hamid. Darjah 2 ni takde spesifik memori kecuali Van Milo datang sekolah, dan kena minum ubat cacing. Periksa hujung tahun aku dapat no 2 pulak. No 1 tak silap aku Hanom dan no 3 Nazeri.

Darjah 3
Tahun ni adik aku start Tadika dan kami masih dihantar oleh Atok, naik basikalnya. Biasa Atok hantar aku sorang, tahun ni 2 org pulak. Mula2 hantar aku, pastu hantar adik aku. Cikgu kelas aku masih Cikgu Hamid dan tahun nih kami mula berjinak2 dgn segala macam persatuan. Periksa hujung tahun aku dapat no 1 balik. Hanom no 2 dan Rusman no 3.

sambung part 2 plak..

Engagement

Harini aku dan famili agak sibuk sikit sbb adik lelaki aku akan bertunang. Bakal tunangnya orang Port Dickson. Lin namanya. So aku tak gerak dari kampung, dari sini aje. Since husband aku dah balik Melaka malam tadi hantor sepupunya balik, aku pun terpaksala tumpang adik aku kat Gombak sana. Mungkin dia sampai dalam kol 10.30 nanti.

Dari kampung, keta adik aku yg nak bertunang tu (Shahril), keta MakOde, keta adik aku Anis dan keta Maklong Hajar. Makngah aku gerak dari Kuala Kubu Baru dan Paklang aku gerak dari Rawang. Janjinya kami semua nak jumpa di RnR Seremban nanti.

Malam ni kami tidur di PD aje. Harap2 semuanya berjalan dengan baik dan selamat semua seperti yang diharapkan. Nanti aku update kemudian yea..

Saturday, May 17, 2008

AF week 9

Lama tak buat review. Anyway, first thing first I don't like Fabulous Cat, the singers and also the performance. And i don't know why group ni yang dipanggil buat opening, mungkin dia bayo banyak kot kat Astro. AC nampak glowing dalam baju kaler hijau pucuk pisang/kuning hijau ke apa ntah. Macam kelakar.

I like Afdlin Shauki and rambut Ning pun nampak cantik. At least a good start. Carta Kedudukan Undian: Stacy, Nubhan, Riz, Nadia, Stanly, Toi. Kedudukan yg selesa for Stacy, Nubhan and Riz. Nadia tu walaupun % sama dengan Riz tapi kedudukan bahaya takut jadi macam minggu lepas which is nyaris terkeluar kalau Astro tak umumkan tiada penyingkiran.

Stacy
Dengan lagu evergreen dan agak 80's, Stacy mungkin mengalami kesukaran menjiwai zaman. Persembahan Stacy agak agresif sesuai dengan maksud lagu tapi jiwa Stacy tiada untuk lagu ni sebegini. Tarian Stacy kadang2 tercepat dari penari. Walaupun lagu ni lain, tapi Stacy deliver macam dia buat lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi. No more no less. Since Stacy sudah berada in her own class, so tiada yang baru dari Stacy untuk minggu ni walaupun dia perform ok.

Toi
AC buat lawak slapstik masa nak announce Toi. Pleaselah! Kemudian dengan soalan pasal Seri yang ntah apa2. Anyway Toi start dengan cantik lagu hit ni, tapi di tengah2 Toi macam hilang kawalan, but towrds the end dia buck it up and control dengan cantik. Ending pun ok, Toi berjaya kawal suara dan persembahan dengan minimalis yang sepadan.

Stanly
Lagu ni memang sedihnya berhantu. In my opinion Stanly berjaya bawak lagu ni dengan baik, firstly sbb Stanly berjaya untuk tidak mengeluarkan suara tenor die tu, secondly sbb kesedihan yang dipaparkan oleh wajahnya (?) terasa menusuk hati gitu. Overall, persembahan Stanly tidak mengecewakan dan dia buat better dari persembahan2 minggu2 lepas.

Nadia
kihkihkih puas hati aku AC kena ngan Nadia. Tak berkenan dengan 1. Baju Nadia yang buat dia nampak pendek dan gemuk. Warna hijau tak sesuai untuk lagu ni, patut kaler merah atau kuning terang macam kaler merah baju penari dia tu. 2. Rambut Nadia sungguh out of this world dan menampakkan muka dia tak garang tapi manis sweet dan happy which is not the right mood for the song. Yang bagus tentang Nadia ialah bila dia nyanyi wording dia keluar bulat2 dan jelas. Lagu ni dideliver dengan baik oleh Nadia. Baik je, taklah excellent pun tapi ok.

Riz
Lawo baju Riz. Persembahan Rock & Roll jarang sangat dipersembahkan dalam AF. Riz punya suara sangat masuk dengan lagu ni dan persembahannya pun tak mengecewakan. Suka ending dia which Riz nail lagu tu with high note followed with mumbling something and end. Rock & Roll all nite!!

Nubhan
Lagu ni memang macam lagu2 forte Nubhan and i don't expect Nubhan tak boleh bawak lagu ni sbb suara Nubhan memang masuk dengan range lagu yang mcm lagu Indon nih. Nubhan sampaikan dengan penuh emosi tapi spek hitam yg besar tu kacau betulla. So bila dia bukak spek tu emosi nya lebih sampai dan telus.

Stanly & Toi
Toi ok but Stanly over stress wording lagu ni. Tapi since lagu ni macam lagu fast and happy, so semua tu taklah obvious sgt.

Lain2

Terganggu seketika sebab my mom telepon hehhee.. terpaksa tengok tv sambil mulut bercerita ngan mak. Letak tepon je tup2 tanly terkeluar. Wasseyyy!!

Overall:
1. Baju paling buruk: Nadia
2. Baju paling lawa: Riz
3. Paling improve: Toi
4. Paling tak improve: Stacy (compared to last2 week, ok!)
5. Pengkritik tah hape2: Afdlin

6. Konsert final 5 org jer. Yay!

Happy weekend semua!!

Thursday, May 15, 2008

Durian oh durian..

Aku baru balik dari Muadzam Shah, Pahang. Ada kursus 3 hari 2 malam kat sana. Pergi pun naik bas je. So, husband hanto ke tempat keje pagi2 isnin to catch the bus, had a breakfast and off we went. Seronok jugak dapat berjalan jauh tapi pada masa2 begitu lah terasa 'Home Sweet Home'. Kami dapat apartmen 2 rooms and 1 apartmen untuk 2 org, meaning 1 orang sebilik. Tapi kami macam takut sket sbb students dah cuti cuma ada kami2 jer, so kami cramp 2 org sebilik, so 1 apartmen 4 orang. Oklah sikit takde lah takut sangat.

By the way, kursus tu taklah pack sangat, and kami kena actually discuss about KPI which will be use by all akademik staff. So, on the first day tu, malamnya kami ada BBQ rusa, ayam, sotong and much more. Aku rasa aku makan sotong half cooked sampai esok paginya aku terus diarhea. Mujur tak seteruk masa aku kena kat Bandung. Anyway, lepas BBQ kami sempat buat rombongan cik kiah ke Rompin. Tapi apa pun takde sbb dah malam sgt pun. Tidur je dalam bas.

Esonya kami berdiskusi sampai 4.30 ptg. Lepas tu, terus kami buat rombongan cik kiah lagi ke Segamat pulak. Sampai sana dalam 6 lebih, sempat pegi Jakel but i didn't buy anything. Saje jalan2 window shopping kat Segamat. Anyway, on the way back, kami singgah beli durian around 40kg to accomodate one whole bus of us. 1kg = rm5

On the last day, kami cepat2 finish up everything so that kami balik rightly on schedule. We manage to reach here tepat jam 6. So there goes our 3d2n course cum vacation. Well, today, I got a workshop kat Subang, and after that terus singgal di SELSET to submit my application. The PIC there very helpful and everything finish up in less than 5 minutes! I hope, really hope that my application goes well and everything going on just as smoothly as possible..

Balik tu singgah kat Jusco and aku beli lagi durian 3 packs = rm10.. Aku sorang je pun makan since husband tak berapa minat. And since tomorrow baru aku masuk office, malam ni bolehla rehat lagi.

Tomorrow lepas Maghrib, husband nak pergi trip lagi ke Besut, one of his series of trip. I only can hope the best for him and semuanya baik2 belaka.

tata.

p/s: Miss little Zhafran.

Sunday, May 11, 2008

Kecoh..

Semalam kan hari Sabtu. So, apart from nak tengok AF dengan tenang dan buat sikit review, i have no specific plan. Tup2 my brother kat Gombak called, dia nak dtg rumah with his wife and son and i was kind of excited to meet my nephew so i called my other brother kat Shah Alam suruh dia pun dtg jugak bwk wife and daugther. So aku pun masak2 lah sikit for our dinner. Since lift kat rumah aku rosak, so aku memang malas nak turun so aku masak je apa yg ada kat rumah. End up, Asam pedas ikan, masak tempoyak ikan selar, goreng pekasam ikan lampam, sardin sweet sour, ulam2am dan ikan bilis goreng. Yummy!! We spend a quality time together despite Dania memang taknak kat sapa except ummi dan abbi dia je. Farhan pulak dah bergaduh dgn org and towards the extend ' Pahan taknak kawan ngan makngah' hihihi..

seronok nya, sampai AF pun tgk ala2 jer.. hmm.. takpe la kan.. since minggu ni takde sape terkeluar pun so kita review next week aje!!

Wednesday, May 7, 2008

Hari2 tension.. iyeke?

Well, kalau dah dihadap dan dimasuk dalam otak, memanglah tension. Tapi kalau kita dok pikir pasal sakit hati, iri hati, tidak adil, duku durian, sampai bila pun we are not moving. Come on, ada byk lagi isu in front of us, yang ni can be put aside buat sementara. Betul ke?? Macam tak caya je. Well, like I said, biarkan je si luncai terjun dengan labu-labunya, once dia terjun, baru dia tahu laut tu dalam tak berdasar, dan arus tu kuat menggila bak tsunami. Ha sekarang ko adjustlah sendiri.

Now in the middle nak isi form for promotion. Mampus CV aje dah 16 helai, karangan ada 5 pulak tu, 4 utk setiap basket ngan 1 tu yg typical la, 'Why u are qualify to become bla bla bla'. Ingat senang nak naik pangkat. Lainlah ada org tu yang dapat privilege super duper power tahap gaban. Tu belum masuk bahan bukti lagi nak kena kumpul, mahu semua dokumen ada lahh 1.5inci kot. Melampau kalah report AKC camni hihihi..

Anyway, tadi tgk CSI Las Vegas tu pasal laga anjing. Tak sangka lak anjing pun boleh ditrain untuk jadi anjing pelaga. Kadang2 manusia boleh jadi lebih binatang dari binatang, huh!! Anyway, tak best sangat sekarang sbb Sara Sidle dah takde. Dia dah berhenti terus. I like Sara sbb dia ni macam tough gitu, tapi walaupun die ni nampak kasar, dia masih sama je macam pompuan normal sbb dia jatuh hati ngan Grissom tu. And walaupun Grissom masih jual mahal macam harga beras, dia masih sanggup tunggu dan berharap Grissom akan suka dia. Pergh.. syahdu betul. Finally, bila Grissom dah suka kat dia, i think itulah hadiah terbaik dari Sara untuk peminat2 CSI Las Vegas. Ceh.. utk peminat pulak dahh.. bukan untuk dia hihihi

Next week kena pegi Muadzam 3 hari dr hari Isnin sampai Rabu baru balik. Naik bas aje sbb tak kuasa nak drive. Anyway, semua top2 management pun pegi and geng2 pun pegi sekali, so aku harap everything went well there and then.

tu ajelah dulu.. tata!!

Sunday, May 4, 2008

My Juniors


My three siblings, each got one kid, plus my cousin (Mak Ngah's son), got a daughter.

From left: Balkis Mum (Fizah), Balkis, Dania (in Dad's arm, Zunaidi), Farhan (beside Balkis), Zhafran (in Mum's hold, Anisah)


The eldest is my brother's son, Mohamad Farhan bin Mohd Noor Fairuz, about 3 years 5 months old. The second in line is my cousin's daughter, Balkis Ibtisam bt Khairur Rijal, now already 1 year 1 month old. Next, my second brother's daughter, Nur Dania Safiah bt Mohd Zunaidi, will turn 1 this August. then, the youngest is my sister's son, Mohamad Zhafran bin Mohd Firdaus, will turn 1 this November.


From left: Farhan, Zhafran, Dania, Balkis




I love them all with all my hearts. Their present brighten up my world!!

AF Review

AF Review has to be put aside first until i don't know when. Currently, too bz updating my profiles for promotion in my career. Tak sangka ada banyak sangat proof nak kena cari dan karangan nak kena buat.

Anyway, next week (week 8) maybe I can review something. Redah jerrrr....!!