Showing posts with label Sejarah Hidup. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Hidup. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Khairul Hamizah

Yeszaa... lamanya tak update blog.. aku bizi dong baca blog2 orang je hehehh.. sampaikan malas nak update blog sendiri...

UTM skrg baru je mula semester baru, so lepas ni aku akan bizi semula dgn kelas, walopon sem nih aku cuma ambik 2 kelas je, tu pun 1 tu aku nak drop sbb subjek tu aku sendiri ajar sem ni kat uniten.. harap2 boleh exempted...

yang aku nak stori ni ialah kes aku berjumpa semula dengan kawan baik aku masa sekolah taayah.. dalam ramai2 kawan, aku dan Mizah ni, sekelas dari form 1 sampai form 4.. tak pernah berpisah.. sorang lagi dengan Suhaila Hasbollah atau kami panggil Sbol.. Kami memang close la namun lepas je SPM, terus lenyap macam debu di tiup angin... hilang... lesap... tak dapat di kesan...

alkisah, selasa lepas time aku tgh layan FB sbb sekarang aku terlibat dalam karnival sukan budak2, so update kat dorang just announce dlm FB je.. tiba2 aku disapa oleh si Mizah.. menjerit aku dibuatnya! memang lama sangat dah aku dok cari Mizah ni, rupa2nya dia keje kat seblah UNITEN ni je... punyela dekat...

so kami janji makan nasik arab kat food court masjid.. kecoh juga lah dibuatnya bila masing2 nak bercerita selepas 21 tahun tak jumpa!!

dulu kami berkongsi hobi.. iaitu collect puisi2 yang keluar dalam suratkhabar, gunting dan tampal dalam 1 buku.. Buku tu Mizah yang punya.. suratkhabar tu pulak, waktu tu kelas kami melanggan, so memang cepat2 la cop puisi tu dan seterusnya.. ketika dah nak habis SPM, Mizah janji nak kasik pada aku buku puisi tu sebagai kenangan kami, tapi kami tak jumpa masa last2 tu (aku ingat lagi, maksu yang pickup aku kat sekolah dan bawak ke rumah dia sebaik je habis peksa).. sampailah hari ni.. so buku tu Mizah still simpan lagi..

semangat kami berborak macam2 isu dari kawan2 sampailah cikgu cikgu.. masuk juga kehidupan sekranga dan keluarga masing2... sampai org sekeliling dok jeling2 uhuhuhu..

rindu bangat pada Mizah.. nanti kita dating lagi yea..!!

Thursday, November 10, 2011

Prof Omar..!

Pagi2 ni aku kesiangan... subuh dah hampir habis baru terjaga... terpisat2... cepat2 solat, dan ke dapur kukus pau keladi frozen.. separuh bawak bekal, separuh tinggal utk abang..

harini kelas jam 8 sampai 10... nota dah siap, plan harini nak sambung module 5 separuh je, separuh lagi nak taruh next week... kemudian nak pulangkan mid term exam haritu, sambil discuss jawapan.. kemudian sebelom balik bagi 3 soalan quiz on the spot based on apa yang baru belajar harini dan last class..

semua berjalan lancar, ikut plan.. habis kelas melenggang kangkung mak limah menuju lif nak ke bilik technician pulangkan kunci dan remote projektor, seblom balik ke bilik melepaskan lelah.. di pintu lif, terserempak Saliza.. dulu saliza buat master di COIT sambil keje tutor di Ikal.. lama tak jumpa dia.. hi-hi gitu2 sekali dia cakap..

"kak june, Prof Omar kirim salam"

"prof Omar?" dlm hati memang takleh nak recall sesiapa bernama Omar yg berjawatan Prof..

"Prof Omar.. skrg dia keje di UPNM.. dulu dia kat UM.. dia jadi supervisor master kawan saya.."

"UM? Prof Omar?" macam nak kenal dh sikit2..

"ha.. dia cakap kenal tak staff Uniten pompuan muka macam cina, pakai spek.. lama saya nak pikir.. bila cakap noorazizun ke.. HAAA.. ye lah tu.. kimsalam kat dia yea"

"kenal kenal.. masyaAllah.. lama nyaaaa tak dengar kabo dia.. bilanya masuk UPNM?" sungguh kagum..

"dia masuk UPNM tu la dapat prof tu.. ke prof madya gitu laa... dia under security management kan.."

"a'ah.. memang org security.. dulu dia ajar kak june... adatlah mula2... gabra2, pastu kitorang selalu usik2 dia hehehe... dia jadi supervisor final year kak june tu.."

"yeke.. eh tapi dia tere sekarang.. semua org cakap dia best"

"iye?? isk iskkk.. tak sangka.. dia rambut kinting2 kan??" sekadar mengconfirmkan.. bukan ngutuk tau..

"a'ah.. ok kakjune.. bye...!"

"bye!"

wahhhhh... aku sungguh teruja!!

firstly, sbb Prof Omar ni dulu2 kami panggil Encik Omar je, now dh jadi Prof dh.. dan dh jadi someone dalam bidang security.. memang subjek dia ajar kami dulu subjek Disaster Recovery.. teringat notes dia yang bertulisan tangan dan sanat detail, sampai sekarang masih jadi rujukan aku dan Ana.. punyelah berkat ilmu yang disampaikannya..

secondly, Prof Omar ni masih ingat kat aku!! biasalah kalau anak murid ingat pensyarah kan, tapi pensyarah ingat anak murid after soooooo many years!! aku grad 1998, so hampir 13 tahun nan berlalu!! sungguh aku terharu.. aku harap2 Prof Omar ingat aku sbg pelajar yang baik dan tidak mendatangkan masalah... ke sbb aku strugle sgt masa final year project, tu pasal dia masih ingat kat aku?? huhuhu...

apa2 pun, harini, Prof Omar makes my day!! sengih je la aku...

Friday, September 9, 2011

Ke mana kawan2 ku?

Kalau diputarkan masa ke alam remaja, time2 raya camnih, apakah yang paling best sekali? Anggaplah cuti sekolah tu panjang dan raya pun panjang, so apekah yang kita buat, let say, umur dalam 15 tahun gitu?? auuwwww... mudanyaaaa... ehheheh

kalau budak2 skrg nih, hampehh... beraya pun main henpon... kalau tak call atau sms, sanggup tu main game dalam henpon tu.. bukannya nak bermesraan ngan sedara mara dan kawan2... isk iskkk...

sebenonya, aku teringat adik aku haritu masa kami gegas2 nak balik KL, dan mak abah gegas2 nak ke Lambor, dia tinggal sorang2 kat rumah, sbb kawan2 dia nak dtg beraya.. ehheheh... otomatik aku teringat kisah aku beraya bertahun2 dahulu, sewaktu aku masih muda rumaja ahakssss.....

seingat aku, masa aku sekolah rendah, aku tak pandai nak beraya sendiri tanpa mak dan abah... tapi bila aku dah sekolah menengah barulah aku dilepaskan untuk beraya sama kawan2... tapi masa tu, kami naik bas dari satu rumah ke satu rumah... bas kat kg aku tu pulak bertime, setiap setengah jam satu bas, tapi ada 2 bas yang boleh naik, iaitu bas Bidor-Teluk Intan, atau bas Bidor-Kg Coldstream.. dua2 pun lalu kg aku... tapi kekerapan ke Kg Coldstream tu agak limited.. sejam satu kot...

alkisah, kawan2 aku dulu kebanyakkannya tak raya mana2 pun, semua beraya kat kg aku tu.. kecuali yg aku ingat, famili Arwah Rusman.. kalau nak dtg rumah dia, kena dtg hari raya ke3, baru dia ada rumah, dan dapat makan laksa mak dia yang sangat sedap.. sanggup tu, nak makan laksa punya pasal... rumah Rozaini dan Supi adalah rumah yang paling hujung sekali menghala ke Batu 6, kemudian Hanom, diikuti oleh Samsul, Arwah Razak dan rumahku.. lepas tu baru jumpa rumah Jamal, kemudian tepi sekolah rumah Karim dan Rusman.. depa ni duduk Batu 5... selebihnya kawan2ku semuanya duduk di Batu 4, atas kongsi yang asalnya dibina untuk pekerja2 lombong bijih timah...

aku ingat 1 tahun tu, kami berkonvoi beramai2 naik bas pegi beraya.. yang last sekali kami raya kat rumah Maslina, masa nih rumahnya di Kg Pasir, dan hanya dia sorang je yg duduk situ.. selalu kami malas nak pegi sbb agak jauh, dan bazir 1 rumah je, tapi tahun tu kami pegi gak... seksa betul kena tgu bas! ada sekali tu kawan2 aku tak dtg rumah aku, tapi terus direct gi rumah Hanom.. sampai sana baru depa tepon aku suruh aku dtg rumah Hanom.. merajuk betul aku masa tu, sampai tahun depannya aku ungkit lagi!! ehheheh

ada sekali kami konvoi naik moto pulak, ni dh besar sikit, harus form 4 atau form 5 kot... aku naik ngan hanom, wati naik ngan ju.. budak2 lelaki konvoi ntah berapa bijik moto tah... tahun tu lah kami dapat beraya byk sikit rumah sbb senang nak gerak... taklah nak kena tgu bas...

disebabkan tu, kami semua rapat ngan parent each others, sbb dah tentu sekampung.. pastu kalau berkumpul tu, bukannya tanya nama kita, tapi depa tanya, "ko ni anak sapa?" "anak saad, makcik, cucu uteh" "ooooo.... !" mmg gitu lah cara org kg beramah mesra, kannnn...

bila time depa menyerang rumah aku plak, bapak aku mesti join sekaki sekejap seblom mak aku plak join... tapi selalunya depa pun memang kenal semua kawan2 aku so takde lah nak intebiu bagai... macam mak aku kata "alah mak ngan mak dia tu sama2 bawak perut ke klinik dulu.. " ngandung sama2 lah tu!! hehheeh..

rindunya aku ngan kawan2 sekampung aku tu!! kalaulah masa boleh diputarkan semula, aku nak bersama2 mereka merayau kampung, menziarah dari satu rumah ke satu rumah, makan kuih raya dan maruku sambil minum sirap bergelas2, sambil layan tv dan menghimbau cerita2 kelakar di sekolah rendah..

skrg ni masing2 sudah berkeluarga dan punya tanggungjawab terhadap suami/isteri disamping tanggungjawab hakiki kepada ibubapa.. masa cuti yang makin singkat pulak perlu dibahagi 2 kampung, dan banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk sesi ziarah rumah kawan2..

harapanku semoga semua sahabat2 sekampungku bergembira di hari raya yang mulia ini, dan sentiasa menyimpan kenangan manis usia remaja, dan mengenang diriku walau secebis sebagai salah satu fragmen yang pernah hadir dalam hidup mereka, sepertimana aku mengenang mereka sebagai sahabat2ku... insyaAllah, jika ada rezeki dan umur panjang, kita akan berjumpa semula, dan aku yakin sangat yang kita akan menghimbau semula cerita2 kelakar di sekolah rendah tu dan membina semula ikatan ukhuwah yang lebih erat. Amiinnnn...

Friday, August 5, 2011

Rumah baru ku..

Salam 5 Ramadhan buat semua... sekejapan je kan kita dah masuk hari ke5 berpuasa.. sungguh laju masa berlari.. tak terkejar kita..

anyway, sepanjang 4 hari tu, semalam je aku pegi ke paso ramadhan.. tu pun paso yang paling dekat dgn rumah, gerainya adalah dalam 6,7 gerai je hehehe... hujan punyelah lebat tak hengat, menyebabkan aku basah kuyup... dan aku pun pegi ke gerai yang mula2, beli karipap 4 ketui + koci seketui (rm2) dan kuih tako 5 pcs (rm2).. tu jer.. aku pun balik.. cam tak berbaloi je kan basah2 beli banyak tu je huhuhu...

balik rumah, kena hon suruh abang keluar bukakan pintu pagor plak.. dah le pintu pago tu terkeluar dari kawasan yang dicover dari hujan, so abang memang kuyup jugak heheh.. baru adil kan.. bila aku amsuk rumah, salin baju dsbnya, sekali aku intai abang tgh mencangkul kat luar dalam hujan lebat!! apekehei?? rupanya, dia dah alang2 basah, terus mencangkul sikit sbb tanah tu tgh lembut... macam2... risaunya aku sbb kilat berdentum2... hishh... malam tu badan abang terus dedor2.. mujo tak demam... sengaja cari penyakit...

oh ya, kami dh pindah rumah baru... rumah sewa yang baru nih rumah setingkat... rumah kami sendiri di seri kembangan telah disewakan pada orglain, so selama sebulan lebih, kami menumpang umah kak ngah (kakak shukor), di bangi.. memang budget nak pindah sebelom puasa, alhamdulillah, dimakbulkan Allah... seronok sgt duduk rumah atas tanah, sebelom ni duduk atas awan je... heheh

alkisah, rumah ni ada 3 bilik... bumbungnya tinggi melangit, so siang2 memang terang benderang.. namun, ruang tamu, dapur, bilik 1 dan 3 telah bersiling, cuma bilik 2 dan bilik air 1 je yang nampak bumbung tinggi tu... dapurnya agak luas, bilik air ada 2 dan luas2 bilik airnya.. tu pun extra point tu sbb senang aku nak berligan dlm bilik air hehehhe... antara bilik 1 dan bilik 2 ada kwsn rehat kalau2 kita nak letak 2nd tv atau komputer memang sgt sesuai.. kiranya, agak tersorok lah kalau ada tetamu dtg berkunjung.. ruang tamunya luas sangat, dan panjang ke belakang.. lebih pjg dari rumahku dlu.. sangatlah selesa kalau sedara mara nak dtg tumpang bermalam...

kami cuma nak hidup seberapa sempoi yang boleh... sbb mungkin kami akan berpindah lagi dlm masa terdekat... namun, yang basic2 tu kami dh beli... peti ais, mesin basuh, Tv, dapur, meja lipat utk makan yg murah... perabot2 semua kami tak beli pun, so rumah kami sejuk je... memang best.. kami tidor pun atas toto je, bantal pun sorang satu je.. heheheh

kawasan rumah kami baru je start kumpulan berjaga malam... disebabkan banyak masalah kecurian baru2 nih, maka diwujudkanlah kumpulan2 ini yang duty setap hari 5 org.. boleh dikatakan, sorang akan duty 3 kali dalam 2 bulan.. tapi nama abang takde lagi dlm list, sbb kami baru je join.. haritu dh bayo duit join 50rm dan duit bulanan 10rm.. tapi abang mcm takleh join katanya, sbb semua pun org otai2 belaka.. set2 dh pencen je ramai duduk kawasan nih... abang perasan muda lah tu heheheh

rumah ni ada tanah sikit kat depan, belakangnya pulak, di luor pagar tu, seberang longkang memang ada tanah yang luas bangat, menghadap jalan  besar.. org sebelah kanan rumah siap buat reban ayam lagi.. dan tanam pokok buah2 besar macam mangga, rambutan, nangka, cempedak... perghh... best betul.. pagi2 aku suka duduk nengok hijau2 tu, terasa duduk di kampung... disahut pulak kokokan ayam bersahutan... memang tak syak lagi!!

surau pun sangat dekat dgn rumah aku nih... jalan kaki je kami gi terawih... kalau waktu subuh tu, depa ada buat kuliah subuh, tak payah pegi pun takpe, sbb boleh dengar dgn jelas dari rumah.. seronok betul!!

jiran2 pun macam ok... yelah, semua pun dh tua2, semua atas 60 tahun je... so, kami ni memang macam anak2 je lah.. deret kami tu ada berapa je rumah, yg mula2 en lim, pastu hashim, kami, anthony, tajwal, hassan, habibul, rama, halim, salauddin, azhar, nazir... tu je.. rasanya azhar tu je yang baya2 kami, yang lain tu semua otaiii... heheheh...

apa2 pun, seronok sangat lah duduk rumah nih.. gembira je rasa nak balik rumah.. tuan rumah pun ok, senang, tak banyak kira.. sewa pun 500 je, kira murah le kalau area2 bangi nih, mana nak dapat.. (apartmen tingkat 2 pun 600rm tau..!)

terima kasih Allah mempermudahkan urusan kami ini... :)

Saturday, July 16, 2011

Macam2 kisah kehidupan..!

Sahabat aku yang sama2 tinggal di PR (putra ria), baru sahaja melahirkan anak ke3.. kali ni dapat anak lelaki setelah dua orang perempuan. gembira bangat parent dia.. nama anaknya, Muhamad Haziq. Aku dan shukor masih tak berkesempatan nak melawat si kecil Haziq - ada sahaja aralnya - , insyaAllah, dalam sehari dua ni kami akan pegi. lagipun, Leha (mak si Haziq) berpantang di sini aje sementelah kakak Haziq (Nasuha) sudah bersekolah. Jadi tak dapat lah Leha berpantang di kg sepertimana ketika Nasuha dan Zulaika dulu.. Nasuha ni adalah anak penghuni PR yang pertama lahir di PR.. maklumlah, kami semua menghuni PR tu dalam tahun 2003, sebaik shj aku berkahwin, aku dan shukor terus duduk di situ.. ketika itu Leha tgh sarat mengandung.. skrg nih, dah berapa ramai anak kecil sekeliling rumah kami tu.. huhuhu... semuanya produktif, maklumlah, semua pun pasangan muda2 macam aku jugak.. (tiba2 perasan muda hehehe)

Minggu depan mak aku di kg akan mengadakan kenduri menyambut puasa.. ini tradisi masyarakat kg yang biasa dibuat org, di mana2 pun.. kami adik beradik akan pakat beramai2 pulang ke kg untuk sama2 pula menyambutnya dengan mak dan abah, dan membantu dr pelbaai segi - kewangan, tenaga, logistik - macam2 lah.. menu masih dlm pebincangan, tapi aku bercadang nak buat gulai lemak pucuk paku, ayam goreng berempah, ikan gelama jeruk, anatara menu nya jika kenduri waktu malam. Jika siang, kena tukar menu lain, dan jika minum petang aje, aku bercadang nak masak gado-dago iaitu rojak style perak..(ala2 pasembor penang).. tengoklah camna... biasa nanti, dalam bulan puasa, ada pulak booking tarikh utk moreh. Selalunya, arwah bapa saudaraku Pak Lang, awal2 dh tempah 1 hari moreh, namun tahun ini pastinya berbeza tanpa beliau...

OH ya, kalau korang diberi pilihan, nak rumah setingkat ke 2 tingkat, yang mana korang akan pilih? anggaplah, dua2 pun sama harga, dan lokasi pun sama2 strategik, cuma yg bezakan hanyalah 1 tingkat atau 2 tingkat? Sebenarnya, aku dan suami dalam proses nak mencari rumah atas tanah. Rumahku sebelum ni, di aprtmt PR tu, dah kusewakan pada orang lain. Proses mencari rumah nih bukanlah mudah, kami merayau dari satu tempat ke satu tempat mencari rumah2 lelong,rumah utk dijual dsbnya. Hari2 aku mengadap mudah.com.my untuk mendapatkan harga terbaik. tapi, pilihan aku adalah rumah setingkat! sebenonya aku ada sikit fobia dgn rumah 2 tingkat, gara2 terlalu byk tengok citer hantu kot mcm kes hantu merangkak turun tangga, pastu ada bunyi2 kat tingkat bwh.. ya ampun (ikut cakap Bejau).. tapi one thing for sure i can say, rumah skrg memang terlalu amat mahal harganya!! melampau!!

Selepas 8 tahun kami berkahwin, keluarga shukor akhirnya akan mengadakan sekali lagi kenduri kahwin.. alhamdulillah, adik iparku yang paling bongsu, Idris, telahpun bertunang dgn pilihan hatinya (kawan dari darjah 1 tuuu), pada 10 Julai yang lalu.. nama tunangnya Zulyana (sedap kan?), tapi panggil yana je.. majlis kahwin akan diadakan tahun depan, maknanya jarak 9 tahun la ye tak.. kami dulu jarak 10 tahun dr akak shukor.. wah... jauh2 jarak kenduri nih, bila nak habis nih?? Utk pengetahuan, Idris melangkah bendul 1 abang dan 2 kakak, tapi ahhh tak kisahle.. jalan je kalau dah sampai saat dan ketika...

Kereta adikku yang kami pinjam sebaik sampai ke Malaysia haritu telah selamat dipulangkan ke tuannya.. 2 hari sudah, aku, shukor dan adik pegi ke PD dalam 2 kereta, balik tu 1 keta aje lah.. sempatlah jugak main2 dengan si kecik Harris, menggomolnya sampai lemas huhahuha...

bercakap tentang budak kecik, kakak shukor yang kami panggil kakngah, tempat kami menumpang tinggal, memang kejenya menjaga budak.. setakat ni, ada 1 baby 7 bulan (harasy), sorang 2 tahun (asraf), 2 orang 3 tahun (aliff dan najlah), dan abang aliff (daniel) yang menumpang pagi, seblom ke sekolah waktu ptg.. ada 2 adik beradik2 lagi yang transit waktu tghhari aje.. so, memang aku seronok sgt le melayan budak2 tu.. sekrg nih, asraf tu dh mahu berkawan dgn aku, kalau dulu, langusng taknak.. asyik tutup muka dgn tgn je.. si aliff dan najlah pelatnya melampaui batas.. aliff ada gak bercakap2 walaupun susah nak paham, tapi najlah cuma cakap "ngak ngak ngak ngak" je... kekekek.. bile dia menangis, bunyi macam "ngenggggg ngenggggggg ngengggggg".. mcm bunyi motor lumba!!! si harash paling sensitif, kalau kita marah budak lain, budak tu tak nangis, tup2 harash yang nangis ehheh... seronok melayan budak2 nih...

hmmm... bersegi2 rupanya hidup aku nih yea...!!

Friday, July 15, 2011

Adik dah selamat bergelar isteri orang..!

*Kisah ini sudah sebulan berlalu, baru sempat aku nukilkan... tapi, beware, entri ini sangat panjang..*

Alhamdulillah seribu kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Allah yang maha besar, kerana segala perancangan berlangsung dengan baik sekali. Adikku yang kami panggil ADIK, telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan keluarga yang kemudiannya juga pilihan hatinya. Kisah trajis Adik tentang hidupnya secara ringkas ada aku ceritakan dulu dalam entri yang boleh direfer kat sini :  kisah adik.

Aku dan shukor pulang ke kg dari hari rabu malam lagi. hari khamis tu memang buat persiapan terakhir dan kemas2 rumah yang berselerak. Adik2 aku pun semuanya balik hari khamis. Jumaat pagi, aku, mak dan mira, serta Munei, ke teluk intan untuk membeli lauk2 hidangan pengantin dan kelengkapan lain. shukor pulak dipertanggungjawabkan utk masak sup tulang seperiuk besor! perghhh... caya lah abang!
Majlis start dari akad nikah pada petang Jumaat jam 3 petang.. kami semua gegas2 ke masjid jamek kg jeram mengkuang, tempat yang sama aku dinikahkan hampir 8 tahun dahulu. dengan 2 kali lafaz, adik sah menjadi isteri kepada Hanizam Ali. Kemudian kami gegas2 pulak balik ke rumah untuk jamuan ringkas. Kaum keluarga dijamu dengan bihun sup yang abang masak tu. pergh sedap bangat!

Malam nya pulak ada majlis tahlil yang dikendalikan oleh orang masjid. Aku dan mira masa tu duduk dalam bilik tgh nengok2 cenderamata untuk org tahlil, sekali terperangkap dalam tu sbb org masjid dh sampai. duduklah aku ngan mira dalam bilik tu sampai sudah. mujur jugak kami duduk dlm bilik tu, sbb kami pantau pemberian utk org masjid, rupa2nya kuih wajik yang disedekah org, ada yang dah berkulat! mungkin sbb panas dlam bilik kot, namun alhamdulillah sempat kami selamatkan.
selepas selesai tahlil, org masjid pun dah balik, rupa2nya adik kena pulak majlis berinai. Naiklah dia ke pelamin dengan sepupu kami, si Piput (kaklang) yang akan naik pelamin disember nih. sempat lah kaum keluarga menepung tawar dan merenjis2 ke sana sini buat meriahkan majlis.

malam tu kami tidur lewat menyiapkan bunga pahar, dan mengemaskan barang2 utk masak esok harinya. Dalam pukul 6.30, Mak Jah yang mak harapkan untuk jadi tukang masak, datang ke rumah kami. kecoh2 beliau bagitau nak masak segera sbb ada org meninggal, dan mak jah nih yang akan menguruskan jenazah. segera lah aku bingkas bangun sbb aku kena ambil santan di pekan bidor, mujur dah janji awal2 so takdelah menunggu lama. aku pulak memang seblom subuh tadi dah bangun dan masukkan ayam 2 ekor dalam oven untuk buat ayam golek.
aku ke bidor ngan shukor je,sempat pulak abang ajak breakfast roti canai kat medan mara, minum teh ais, sebelum beli barang2 dan balik. pagi ni, selepas serahkan barang2 kat luor utk org masak2, aku terus segera berperang utk siapkan hidangan makan beradap. menunya ikan siakap stim, ikan kerapu sweet sour, udang panjat nenas, sotong goreng garam kunyit, hati lembu masak kari kering, sayur bak choy masak soy sauce, dan tak lupa ayam golek dgn char siu sauce. tukang hiasnya, aku tangkap muat je, Chik, Mar, dibantu oleh eli dan midah dan anak2 dara yg kecik2 tu.. rumit jugak kan bab2 menghias ni.. aku memang fail ler bab hias nih, aku ambik tender masak je huhuhuhu...

lepas abih siap semua hidangan dihantor keluar, aku terus mandi dan siap2 untuk majlis besonya.. time dh kol 12.. adik beradik aku yg lain semua dh pakai uniform.. pengantin sampai dlm pukul 12.30, terus le depa bersanding kejap, ditepung tawar oleh keluarga belah lelaki, dan terus gi makan.. time nih kecoh sekejap sbb tukang hias2 tadi terlupa nak letakkan sudu garpu kat hidangan, dengan air dan nasik pun tak letak lagi..!! aduhaiiii malunyaaaa.... mujorlah ada org2 yg cepat bertindak menyelamatkan keadaan...

aku keluar minum cendol yg abah charter utk harini, pastu ada pulak aiskrim.. tapi aiskrim nih kena bayo le.. aku pow munei utk belikan aku aiskrim.. mula2 dia belikan aku yg 1 menara je, aku ngengada nak jugak yg menara berkembo.. last2 yg 1 menara aku pass kat shukor.. wahahah.. sedapnya aiskrim org belanja!!

majlis usai dlm lebih kurang jam 3 petang.. pengantin pun dlm 3.30 tu dh tuko t-shirt utk sama2 mengemas khemah dan periuk belanga.. aku baru nak beronggeng umah makngah, bila tiba2 adik aku bagitau, ada kawan aku datang... terkejut aku.. sape lah yg dtg nih... rupa2nya Ejazul, besfren aku masa kat Taayah!! beliau dtg dari Ipoh, khas utk majlis adikku nih, sbb nak jumpa aku.. dtg dgn anaknya 2 org.. ohhh terharu sungguh!! lama jugak kami berborak, mengupdate kisah kuarga masing2, sbb dulu aku mmg rapat ngan famili ijah, selalu lepak umah dia kalau time balik kg, tapi malas nak balik bidor.. lepakle rumah dia.. tak lama lepas tu, Andak sefamili pulak sampai dari Gombak!! Ya Allah terharu sesangat, sbb anak andak si Zahid, masuk hospital, suspected denggi, tu yg dorang tak dpt balik.. namun, alhamdulillah, dapat jugak balik, walaopon agak lewat.. kami semua sangat2 gembira kerana andak melengkapkan keluarga kami..

dalam pukul 6.30 aku dan abang ke bidor lagi utk ambil kek utk acara malam nih.. gado2 yg juga telah ditempah, telah diambil terlebih dahulu oleh icah.. so, kami balik ke rumah ngam2 dah nak maghrib.. lepas maghrib, dalam pukul 8.30 gitu, semua dh berkumpul depan pelamin.. acara dimulakan dgn bacaan doa oleh atok, menggunakan heller yg dibawak oleh De..

macam biasa, soklan bocor yang wajib dijawab oleh pengantin, mcm yang pernah aku ceritakan di sini, kena pulak dijawab oleh pengantin baru nih.. sementara adik terpikat dgn hati ijam, ijam pulak terpikat dgn pipi dan lesung pipit adik!! Wahaha.. tepat sekali jawapan ijam tu, sbb dalam adik beradik, semua tak dapat menyaingi kegebuan pipi adik dan yg specialnya, adik ada lesung pipit di kedua2 belah pipinya.. memang disambut dgn meriahnya oleh keluarga akan jawapan ijam tu! Tentang saat perkenalan pulak, paling kelakar, kata ijam, dia dapat call dari maknya masa tgh keje buat stock check.. ada 5 tingkat stock, dan masa tu dia kat last level, last stock, tup2 bila dapat call tu, terus lupa!! Dah terpaksa kira semula..!! kahkahkah…
lepas tu, acara bukak hadiah dan potong kek… kemudian abah membuat cabutan bertuah yang special method nya.. abah dah siap2 isi dalam 30 sampul surat, duit yang tak sama bilangannya.. paling banyak 20rm, paling sikit 3rm… so, semua ahli keluarga akan cabut 1 nombor… kemudian nombor tu akan di matchkan dgn sampul kat abah, nasiblah dapat nombor berapa pun, sbb tak tentu isi kandungannya.. wahahhaha.. acara ini sungguh meriah dan kelakar sekali!! Yang best, aku dapat rm15, dan shukor dapat rm5.. total kami dapat rm20… andak la yg paling beruntung.. andak dpr rm15, zahida dapat cepuemas rm20, zahid dapat rm3.. tapi last abah bagi saguhati pada family, dapat lagi rm5.. total semua dapat 43rm.. perghhhh… tak sia2 andak balik.. lepas gak duit tol bagai ehhhehe…

lepas semua setel, kami pun bawak berehat… penat sgt badan…

esoknya pulak, kenduri adik di kampong ijam, lebih kurang 10 minit dari rumah kami je, iaitu kampong ayer hitam, jalan langkap. Kami sepatutnya gerak pukul 12, tapi paham2 le dah ramai tu… masing2 terlari sana, terlari sini, dan tunggu sana, tunggu sini, akhirnya, kami gerak dalam pukul 12.45… sampai je kat sana, dah dengar dh bunyi kompang, terus je depa naik pelamin dulu.. kemudian makan beradap.. lepas posing2 bagai, kami pun balik le ke bidor… adik tinggalle kat sana..

selesai sudah majlis adik.. semua org lega teramat sangat..  

Selamat Pengantin Baru ADIK!! Jalanilah kehidupan sebagai isteri dengan tabah dan banyak2 bersabar. InsyaAllah itulah kunci kebahagiaan sebuah rumahtangga, dan jangan tinggalkan solat, sesuai pesanan arwah Opah untuk anak cucunya… aminnn…

Tuesday, June 21, 2011

Aku dah kembali ke tanahair..!

banyak sungguh kejadian yang dah berlaku di seluruh dunia, namun dalam sisi hidupku pula, aku telah mengalami transisi yang sungguh tragis sekali. well, inilah kehidupan, kita hanya mampu merancang dan mengharap, namun kata putus nya terletak pada perancangan Allah yang maha mengetahui jua. sudah ditentukan begini liku kehidupan aku sebagai pelajar, aku redha dan teruskan perjuangan.

kepada yang masih belum tahu, aku telah kembali ke tanahair for good. Aku dh menjejakkan kakiku semula ke tanah tumpah darahku ini pada pagi 25hb Mei yg lepas, setelah selama hampir 20 bulan duduk merantau di NZ. banyak kisah suka duka yang aku kutip selama aku bergelar perantau. insyaAllah, aku akan kongsi bersama di sini sebagai kisah teladan dan sempadan.

buat sementara waktu ini aku telah diarahkan utk repot duty semula. wajiblah buat begitu, kalau tak, makan gaji buta pulak nanti. oppsss... tentang gaji buta nih agak sukar sikit nak cakap, sbb skrg ni benarnya aku tiada keje tertentu atau job spec.. dekan dan ketua jabatan ku telah mengarahkan aku duduk dulu, meneruskan kajian aku, memantapkan proposal aku, dan serahkan kerja2 mengajar dan yg berkaitan tu, kepada yang telah diassignkan dari awal. senang cakap, disebabkan semester pun dh separuh jalan, so go on ajer la.. kalau aku chirp in nanti, susah jadinya.. baik bosses..!

so, aku diberi bilik, komputer riba sebijik brand baru hp kapasiti 400GB, sebijik telepon dan kemudian memprint dgn printer yg dishare ramai2.. oklah sgt lah tu.. apa lagi yang boleh aku mintak selain syukur pada segala rahmatMu ya Allah...!!

offer letter dr UTM telahpun aku terima, tapi jawapan YES belum kuhantar lagi. aku masih menunggu keputusan JPP meeting berkenaan kes aku.. walobagaimanapun, tarikh registration ialah 5 sept, so aku masih ada 2.5 bulan untuk membuat itu ini dan cover semula masa2 yg terlepas dgn famili ku tercinta, terutama mak dan abah. betapa rindunya aku dgn mereka masa aku di NZ dulu, hanya suami aku, tempat aku mengadu domba.. dan alhamdulillah, si Shukor pun skrg masih belom boleh keje secara tetap, maklumlah segalanya bergantung pd aku.. syukur jugak aku direzekikan suami yang penyayang dan sentiasa di sisi, walau dalam apa situasi pun, beliau sentiasa menyokong diriku..

cuaca di Malaysia pun telah beransur normal, tidaklah panas menyengat seperti mula2 aku sampai haritu.. skrg ni, kami agaknya dh adapt semula, tidur malam pun dh semakin selesa, walaupun kena mandi dulu sebelom tidur huhuhu.. teringat di NZ, mandi adalah perkara yang dilakukan bukan tiap2 hari, kerana tak berpeluh pun.. tapi di sini, mandi 2,3 kali sehari tu perkara biasa je.. mujur duit air murah je huhuhu... oh yea, lupa nak cakap, aku dan shukor,, nampaknya menjadi pelarian terhormat huhuhu, sbb kami buat sementara ni menumpang di rumah kakak shukor, Kak Ngah dan abg ngah, di Bangi. bilik anak mereka Amanina, kosong kerana si Nina bersekolah asrama di Taiping. So, dapatlah kami menumpang teduh..

pelbagai corak dan kaler kehidupan aku kini.. namun yang pasti, belum lagi jadi pelangi.. :)

Friday, February 25, 2011

i feel blessed!

Sedih sangat tengok gambar2 runtuhan di Christchurch kerana gempabumi berskala 6.3 richter.. walaupun bangunan yang runtuh tu bangunan gereja, tapi sedih sebab mengorbankan banyak nyawa dan masih ramai lagi terperangkap. Aku masih ingat ketika aku melawat Christchurh bulan disember dulu, aku juga was2 takut berlaku lagi gempabumi, namun syukur lah tiada apa2.. perjalanan kami lancar cuma hujan aje sikit2 menyukarkan pergerakan.. lain2 semua ok..

ketika aku sampi CHCH haritu, kebetulan Christmas Parade sedang berlangsung, betul2 di hadapan Cathedral Square tersebut, so, mmg cantiklah gambar2 christmas parade nya.. dapat jugak jadi kenang2an.. sempat juga kami melayari Avon River yg sangat jernih, sambil tangan celup dalam air merasakan kesejukannya naik ke badan.. mmg sejuk bangat air Avon river tu, sebab banyak pokok2 berjuntai kat tepi2 tebing dia memberikan teduhan.. so damai ajelah..

kejadian gempabumi terkini tu adalah antara yg paling buruk dalam sejarah NZ.. selain dari bangunan bersejarah yang runtuh, sistem saliran juga terganggu.. bekalah elektrik dan air terputus di tgh bandar, talian telekomunikasi juga terganggu.. water tanker digunakan utk menghantar air dan semua dinasihatkan masak dulu air tersebut seblom minum (org sini depa memang biasa minum air direct dr sinki.. kita pulak mesti nak masak dulu) dan dilarang flush toilet.. hmmm... camne tu.. tak tahu lah.. sbb menurut kawan yg terkandas di CHCH haritu, parit2 saliran semuanya membuak dan keluar macam larva gunung berapi kaler kelabu.. hatta Avon river pun airnya bertukar kelabu mcm air tanah liat.. sedihh...

ketika ini lah, rakyat diminta utk menghubungi sedara mara atau kawan2 untuk memastikan mereka selamat.. pihak polis akan mengeluarkan senarai org hilang dgn bantuan rakyat, dan jumlah sebenar mangsa akan dapat segera diketahui... ini lah pentingnya hidup bermasyarakat..

aku juga tidak terkecuali.. sedara mara di Malaysia, awal2 telah menghubungi aku dan suami bertanya khabar.. ayah mertua dan adik2 ku antara org terawal.. kemudian jiran2 ku di kawasan rumahku di Seri Kembangan pun sama bertanya kisah.. aku rasa blessed dengan rezeki yang diberi Allah ini.. rezeki mendapat jiran2 yang baik dan sentiasa mahukan yang terbaik buatku.. bukan semua org mendapat rezeki jiran yang baik nih.. ada yg aku baca (kisah di blog) mendapat jiran yg mendengki sangat sampai berbomoh2.. ada jiran yang selang berapa rumah pun tak jemput datang kenduri kawen anaknya.. shukurlah hidup aku di seri kembangan tu diwarnai dgn kawan2 yg baik hati, saling membantu dan paham erti hidup bermasyarakat.. walau aku jauh beribu batu, namun ingatan mereka tidak luput pada kami berdua.. terharu sangat... !

aku dan suami antara org terawal duduk di apartmen tersebut.. apartmen tu siap bulan 6, kami nikah bulan 7, dan terus duduk di situ.. semasa memilih unit dulu, aku masih bujang trang tang tang (2 years back).. walopon dh start berkawan ngan suami, tapi masih tiada bunga2 cinta.. aku ingat aku pilih unit yg di kiri kananku org Melayu, kebetulan tingkat aku tu (tingkat 5) paling ramai Melayu.. memang happening.. dan selalu jadi port utk sebarang acara keagamaan macam tahlil, kenduri, sambutan raya, dsbnya..

sedih lah jugak masa kami terpaksa meninggalkan kawan2 untuk berkelana mencari ilmu di negara orang.. namun insyaAllah, ada rezeki kelak, kita akan berjumpa lagi, dan kalau ada rezeki, kita akan menjadi jiran lagi.. kalau kita buat baik dgn org, insyaAllah baik lah pula org dengan kita.. ular yg paling bisa dalam dunia, tetap bisa walau ianya menyusur akar yang melata di bumi.. itulah yang aku pegang dan aku yakini, selain ketentuan Allah jua yang maha mengetahui hati setiap manusia.

semoga semua yang aku sayangi sentiasa dirahmati Allah jua!

Wednesday, February 23, 2011

Kisah last week (19-20 feb 2011)

banyak sangat yang berlaku dalam hidup aku yang sempoi ni, namun kerterbatasan masa (dan rasa bersalah kalau mengadap pc tanpa membuat kerja2 PhD) membuatkan aku lambat mengupdate kisah2 hidupku.. so aku ceritakan terbalik lah, dr yag latest kepada yg paling basi sekali heheheh

Hari ahad yang lepas, aku dan Bejau tumpang kereta sewa Della, pegi ke city. sebenarnya di city (lokasi sebenar di Albert Park) ada berlangsung Lantern Festival, ala tanglung org china lah.. sempena hari chap goh mei kan.. tapi tanglung depa bukan setakat yg kertas merah ada rambu2 kat tepi tu dan lilin kat dalamnya.. depa punya gempak siap ada tema bagai.. cth: padang salji dgn gunung putih, arnab dan haiwan2 lain di tgh padang, tuan puteri tidur di sebalik bulan, hah macam2 lagi.. besar2 tanglung nya... aku pulak tak bawak kamera, so takde bukti.. bukan apa, sbb kupikirkan aku akan balik nanti naik bas, so malas lah nak leceh2 nak jaga kamera bagai kan..

wah seronoknyaaaaaaaaaa pergi lantern festival tu sbb ada banyak gerai malaysian dan halal lagik!! yeehaaa... dah rasa macam pegi pasar malam, tapi humang aiiii, mahalnyaaaaaaaaaaa harga makanan yg depa jual... aku mmg dah aim ABC, so sampai2 tu kita pusing 1 round dulu, jalan sampai habis ke belakang.. dh aim dh apa nak beli nih.. pastu ntah apa2 ntah, aku gi beli lak corn in cup 3dolar.. lahai.. depa kukus je dah.. kan kalau kita gaul ngan butter + garam + susu ke apeke kan.. depa takde.. dah le manis jagung je.. tak best nya... pastu aku makan lak takoyaki iaitu octopus ball.. macam cekodok sotong aje heheheh.. 5 ketul beso mcm fishball tu 5 dolar... huh... cekik darah btul.. pastu aku makan lak ABC (s'pore ice grated).. mmg pakai mesin yg kaler hijau tu, dan ais dia pun kasar2.. sedap sgt tu taklah sbb depa tak bubuh susu cair pun.. buh sirap2 tu je... semangkuk tu 5dolar..

penatnya jalan2.. org dah makin ramai bila dh menginjak jam 7 tu.. aku beli murtabak (sekeping 5dolar, aku beli 2 keping), popiah besar (1 3dolar, tapi 2 5dolar, so aku beli 2), dan mee goreng sebungkus dr kedai zati (5dolar).. bejau plak beli murtabak 1 dan sticky rice 2 ketul (1 ketul 3dolar).. tu je lah yg kami bawak balik..

sebelom balik tu, singgah jap umah della, aku nak tumpang solat asar.. pastu kami berdesup ke Britomart sbb nak kejar bas jam 8 northen expressway.. first time nih naik bas dr city balik ke Albany.. huhuhu.. kami sampai ke albany, kendian tgu lornie dtg ambik kami.. lornie kena lah pulak hantar aku balik rumah hehehehh...

pagi ahad tu iaitu pada hari yang sama (kan ini adalah kisah mengundur ke belakang, so cerita pun terbalik ikut first in last out hehheh), ada majlis tahlil di rumah dina.. sempena 40 hari pemergian bonda dina dan kak asiah.. sekejap aje masa berlalu, insyaAllah rohnya tenang di sana berkat doa anak2.. kak asiah dan dina buat nasik lemak, sambal sotong kering, ayam masak merah.. aku sumbangkan daging goreng kelantan style, dan kawan2 lain bawak kuih2 dan lauk jugak.. memang banyak jadinya makanan..mmg selalu camtu pun hehheh... menyebabkan balik dr tahlil tu aku bantai tido sampai asar.. yeeeehaaaa!! 2-2 ekoq kantoi buat taik mata heheh..

hari sabtu seblom tu, aku, abang dan abang suhaimi menghantar famili adnan ke airport Auckland. mereka akan pulang ke tanah air. Adnan sebenarnya datang ke NZ awal 1 minggu dari aku, namun rezeki dia mungkin di Malaysia. cabarannya bermula bila supervisornya berpindah ke Waikato, dan adnan ikut berpindah setelah 6 bulan di massey albany.. kemudian confirmation reportnya ditolak oleh supervisornya dan ala2 diberhentikan dr PhD.. adnan kemudian terpaksa mencari alternatif lain buat di malaysia, kerana tajuk beliau ni agak pelik sikit.. melibatkan linguistik tapi itu bukan bidang dia.. ntah macamana ntah.. namun ini adalah ketentuan Allah jua.. kita hanya mampu merancang, namun yang terbaik itu adalah apa yang dihadiahkan oleh Allah setelah kita berusaha.. mungkin inilah yang terbaik.. sayu sangat hatiku, bila Adnan telepon masa tu kami dlm perjalanan balik, dia dah nak masuk balai berlepas, bila dia cakap, doakanlah aku dalam sujud terakhirmu, semoga cita2 kita tercapai juga..

sebenarnya aku juga menghadapi masalah dalam pengajianku, namun berjuang terus berjuang.. jika kita percaya pada diri kita sendiri, insyaAllah akan ada lorong nya.. dulu abang selalu cakap pd aku.. kalau kita tenung sangkar burung tu lama2, suatu hari nanti mesti ada burung dalam tu.. yang penting FOKUS.. kalau kita letakkan fokus kita dalam apa yang kita sedang usahakan, insyaAllah, percayalah, lorong2 ke arahnya akan terbuka satu persatu untuk kita selusuri.. aku pernah mengalami situasi begini dulu.. dan aku amat percaya bahawa fokus disamping doa dan memohon dariNya, adalah ramuan paling mujarab untuk berjaya..

jadi, soalnya sekarang, bagaimana mahu fokus?? wahhh... nanti boleh jadi 10000 perkataan nih hehehhe...

oh yea.. cukup dulu kat sini.. nanti aku akan kisahkan tentang satu kursus yang aku hadiri.. yg mengubah diriku dan memberi keyakinan kepadaku untuk aku belajar dan terus belajar, kerana sesungguhnya ilmu Allah ini sangatlah banyak.. malu rasanya kalau mengaku pandai, sedangkan pandai itu juga subjektif sifatnya, dan pandai itu juga bukanlah ukuran apa2 kerana ilmu Allah itu boleh didapatkan oleh siapa2 pun asalkan dia berkehendak..

wallahualam bissawab..

Monday, February 21, 2011

South Island Hari 14 dan rumusan

alhamdulillah, kisah perjalanan aku ke South Island haritu dapat juga dimanfaatkan kepada orang lain yang punye misi serupa.. yelah, bumi NZ ni diibaratkan seperti "last heaven on earth" disebabkan kecantikan mukabuminya yang terpelihara zaman berzaman.. itu sudah rezeki mereka lah gamaknya.. jadi baiklah aku menghabiskan catatan perjalanan ku di hari ke 14 dan rumusan perbelanjaan, perjalanan, dan segalanya berkaitan trip 2 minggu tersebut.

Hari empat belas

hari ini kami berada di bumi christchurch sekali lagi, melengkapkan pusingan seluruh south island dalam masa 2 minggu. disebabkan kami tidur di Comfort Inn, agak selesa sebab boleh masak dan sebagainya, jadi kami usaha menghabiskan semua stok2 makanan yang ada.. mana yang lebih kami tinggalkan atau buang aje lah.. perlu diingat, kami ambik tiket flight yg paling murah, iaitu hanya hand luggage shj dibenarkan.. takde simpan beg dalam perut kapalterbang..

pagi2 lagi aku dh membasuh kain baju yg kotor, sbb kupikir senang kalau dh basuh siap2.. tak perlu pikir kain baju nak asing yang kotor dan masih bersih.. kami checkout macam biasa jam 10 pagi, dan terus tuju ke city center.. sbb kami dah breakfast siap2 kat bilik tadi (menghabiskan saki baki makanan), so kami terus boleh jalan2..

perkara pertama dibuat adalah menuju ke cathedral junction, untuk beli teket nak naik tran dan punting.. alhaamdulillah dapat parking dgn mudahnya, tambah pulak hari ahad, so senang sikit.. tapi parking still kena bayo walopon ahad, tapi kebetulan haritu ada function ape ntah, dapat free parking 2 jam kat certain2 jalan.. tapi rasanya jalan yg kami park tu kena bayo kot heheh...

ada 3 perkara2 yg best di CH nih.. 1) naik gondola 2) naik tram, dan 3) punting di avon river.. harga lain2, tapi kalau ambik combo, murah le sikit.. kalau ambik combo 3-3 sekali, lagi lah murah.. tapi memandangkan kami tak punya banyak masa, so, kami ambik tiket tram dan punting shj.. teket tram tu laku untuk 2 hari dan boleh pakai naik turun banyak mana pun sesuka hati.. dan memang kerap jugak tram tu frequensi nya.. memang menarik.. ala2 naik keretapi tgh bandar.. dan yg best dia lalu di kawasan2 yang jadi tempat tarikan, so kita hop-out kat A, pusing2, dan hop-in next tram utk ke destinasi seterusnya.. memang best!

salah 1 destinasi tram tu ialah avon river, yang boleh punting.. ada 2 tempat utk naik nih, samada nak melewati kawasan city centre, atau nak melewati botanical garden.. tiket yg kita beli tu hanya valid utk 1 je.. so kami pilih yg city centre.. sbb aku nih tak minat sgt bunga2 an.. heheh.. tukang bawak kami tu kelakar orgnya.. mcm2 die borak nga kitorang.. oh ye.. kebetulan naik punting tu 5 org je, semua org mesia.. yg 3 lagi tu chinese, husband and wife dgn anak lelaki dia.. peramah sgt auntie tu, siap kami berborak sakan dalam BM je heheheh...

lepas punting bagai, kami dah kelaparan.. so kami jalan2 kedai makan semua banyak pulak yg tutup.. mmg trend kat sini, lunch time 12-3 lebih kurang, pastu depa tutup kedai.. bukak balik kol 6 petang karang.. wah susah jugak nak cari kedai makan yg bukak.. last2 kami jumpa kedai siam.. hmmm ok ajelah.. kami makan yg seafood aje, termasuk kerabu sotong.. dan banana deep fried.. kerabu sangat sodapp... dan deep fried banana tu ialah pisang yg dibungkus macam popiah.. hehehhe... makan dgn aiskrim.. ok jugakla.. dh lapo tu semua sodap heheh..

lepas tu kami dah takleh nak kemana2 dah sbb kena pulangka kereta by 5pm.. kami terus je tuju ke Aces Rental, pulangkan kereta dan depa hantar kami ke airport.. hari masih awal lagi, walopon flight kami jam 7 malam.. kami sempat solat di airport.. just duduk je kat kerusi, make sure hadap kiblat (kompas kena ada yea), dan solat duduk atas kerusi.. alhamdulillah, masih diberi kesempatan solat, walaupun dalam kesulitan begitu.. takde lah darurat mana pun.. hehheh

naik flight jam 7 malam, kami sampai semula ke auckland jam 8.30 lebih kurang.. nihra ambil kami dari airport, dan bawa kami straight ke rumah chik piah.. wah wah wahhhh.. rupa2nya nida sudah masak nasik dan lauk best2 utk kami yg separa kebuluran heheheh... sedap ajelah makan heheh.. mekasih semua org!! welove you all!!

Rumusan

perbelanjaan kami ke South Island terbahagi 6 bahagian 1) teket kapalterbang 2) sewa kereta 3) hotel 4) perbelanjaan masuk tempat2 pelancongan 5) minyak kereta dan 6) rencam utk makan2 sepanjang perjalanan dan membeli cenderahati serta serba sedikit kenang2an

duit yang terlibat
1) 240 pergi balik AUCK-CH utk 2 org
2) 560 utk 14 hari
3) 1100 utk 14 malam di 13 tempat (te anau 2 malam)
4) 850
5) 450
6) tak dapat kira

tapi setelah disemak akaun bank dan diodit oleh diriku sendiri, didapati semua sekali dari A sampai Z, kami telah berbelanja 4400nzd.. wah banyaknya.. namun, insyaAllah dibayar dengan keindahan alam semulajadi yang terbentang didepan mata, tak boleh digambarkan.. juga kepuasan melihat bumi NZ dengan mata kepala sendiri, pengalaman melihat cara hidup org, dan pusing tempat2 yang tak pernah aku pegi, itu semua tidak dapat dinilaikan dgn wang ringgit..

insyaAllah, duit boleh di cari dan datang dan pergi dengan sekejapan, namun pengalaman dan coretan ini akan kekal, dan diharapkan boleh pula dimanfaatkan oleh orang lain.

Monday, January 17, 2011

South Island Hari 12 dan 13

Hari DuaBelas

Disebabkan perjalanan harini adalah yang paling pendek sekali (Blenheim – Kaikoura = 130km), maka kami malas nak gerak awal2 sangat.. pagi tu kami breakfast maggi je, dan minum air panas bancuh kat bilik.. dlm pukul 10 baru check-out dan kami terus tuju ke Makana Confectionery. Makana ni kilang buat coklat dan mcm2 candy berasaskan coklat.. memang kagum lah tgk pekerja dia salut coklat sebijik2 guna tangan je, manually pulak tu.. kami beli jugak sekotal candy bersalut coklat dan ditabur kacang macadamia.. mahal jugak tu 25dolar… satu tu je lah mampu nak beli heheh..

Pastu kami tuju pulak ke Omaka Aviation Heritage Centre (20 + 25).. ni adalah tempat pasal sejarah perang dunia dulu bagi semua negara2 terlibat, semuanya ada.. kebanyakkan pesawat yang digunakan, dibina semula ikut saiz sebenar dan org2 yg berjasa dipaparkan sejarah hidup mereka, pingat2 yang diterima dan jasa2 mereka.. memang seronok baca tentang kisah2 perjuangan begini, membuat kita insaf duduk dalam keadaan aman tenteram takde peperangan.

Lepas tu kami pusing balik jalan balik ke hotel smalam, sbb masa dtg ptg smalam kami Nampak ada tempat boleh petik your own cherry.. so, kami pun nak pegi lah utk pick our own cherry. Wah.. memang best sangat dan sangat lah sedapnya buah cherry tu.. buah cherry yang ditanam di kebun tu ada 2 jenis, iaitu yang biasa tu yang warna merah dan kehitaman bila dah tua tu, dan satu lagi, namanya white cherry, yang memang takkan kaler merah sepenuhnya.. kalernya macam buah peach je… tapi bila kami makan dua2 jenis, rupanya white cherry tu lebih sedap la pulak.. so kami pun ambik jugak dua2 jenis .. end-up, kami kutip 1.3 kg, which reganya per kg ialah 9dolar.. sangatlah murahnya even compare ngan beli semalam tu pun masih murah lagi sbb smalam tu 600gm je dh 10dolar..

kilang coklat

ladang anggur

Omaka Aviation Heritage

ladang cherry

yummeh!

bestnye nak petik cherry

kat sini bleh pegang sealion..

mkn crayfish a.k.a. lobster..

depan bilik motel kami

Dah kenyang makan buah tu so kami memang tak makan lunch.. kami gi city centre jap utk cari cenderamata, pastu terus masuk highway 1 menuju ke Kaikoura.. dlm perjalanan kami singgah kat satu tempat apetah namanya, tapi kat situ dapat tgk seal colony dengan sangat dekatnya… siap boleh posing2 lagi dgn seal tersebut.. abang suka sangat dpt dok dekat2 tu, tapi aku tak larat dok lama2 sbb bau sekitaran sgt busuk.. aku suspect tu bau bahan buangan seal2 tersebut, agaknyelah…

Pastu kami teruskan perjalanan lagi.. dah dekat nak sampai tu Nampak van tepi jalan yang jual crayfish fresh.. abang ajak singgah utk try crayfish tersebut… rupanya lobster yang dijual.. setiap sekor lobster tu rehanya dalam lingkungan 44-48 dolar, so kami ambiklah sekor, masak butter garlic.. memang superb sekali.. sedap sangat.. tambah2 lagi makan kat tepi pantai sambil tgk ombak memukul pantai dan angin bertiup perlahan, perghhh… kat situ gak terserempak ngan sorang akak dari JB yang kawin ngan org NZ, asal dari Nelson.. actually husband dia yg org Kiwi tu yg tegur kami dulu, cakap “apa khabar?”.. wah terperanjat kami tgk org kiwi cakap melayu pulak.. rupanya dia kawen org JB dan duduk di JB dah 10 tahun heheheh… ni katanya, balik kampong la… sampai2 imigresen je terus bukak kasut.. kelakar je.. memang dia berkaki ayam pun masa tu heheheh… akak tu pun peramah sgt.. seronok bersembang..

Lepas makan crayfish tu kami tak singgah mana2 dah.. terus je ke kaikoura… dari highway 1, masuk jalan West End menuju ke town centre… esok boleh ambik highway 1 tu utk terus ke Christchurch.. oh tak sangka percutian kami dah nak sampai ke penghujungnya.. aku dh mula pikir pasal research aku semula.. ohhhh serabut terus kepala aku nih huhuhu…

Kat town centre tu, hanya jalan West End tu yg hujungnya bercantum ngan jalan Esplanade je yg happening.. so kebanyakkan motel, hotel, lodge dsb semuanya terletak di jalan tu, sbb facing ke laut.. memang seronok dapat layan laut lepas depan mata.. kami jalan2 jap kat kedai2 cenderamata yg ada sbb masatu belum pun pukul 5… dah jumpa apa yang dicari, kami pun gi check-in motel..

Motel kami Clearwater Motel yg terletak di jalan esplanade, betul2 menghadap laut.. bilik kami ada katil double, dan masuk lagi, jumpa dapur dulu, baru jumpa toilet dan bilik mandi, kemudian ada 1 lagi bilik tidur katil king.. wah… mewah betul ngan katil hehhehe…. Best jugak bilik ni selesa jugak, Cuma TV nya kecik je dan rendah.. kalau baring atas katil, tak nampak sgt tv tu hehehh..

Lepas solat dan lepak2 jap, kami keluar semula ke pekan.. perut dh rasa lapar… kami memang dah aim dari tadi, ada satu restoran thai, nak makan tomyam.. so, terus je tuju ke situ, kami order tomyam seafood, popiah vege, dan prawn apatah.. nasik putih 2, dan air kosong.. nak kata sedap sgt tomyam tu takdelah.. tapi bolehlah kalau nak tukar menu kan… asyik makan fish and chips je (aku suka, tapi abang tak lalu dah), kira boleh laaaa….

Lepas makan, kami pusing2 bandar kaikoura jap.. tapi takda apa pun sbb town centre Kaikoura adalah jalan West End – Esplanade ini lah.. so, jalan tu je lah yg happening nya pun huhuhu…

Kami pun balik bilik je, perut pun dh kenyang, sementara nak tgu isyak, aku tertidur dulu.. huhuhu… ni baru lah bangun semula, menulis diari ni dan layan TV jap.. kedengaran bunyi ombak menghempas pantai kat luar sana, maklumlah depan bilik aku ni jalan besar, past uterus laut lepas.. abang dah pun tidur, and aku pun dah ngantok nih… so, sambung je esok.. ada 2 hari je lagi aku nak menulis ni…

Hari TigaBelas
Dalam bahasa Maori, “kai” tu maknanya food, “kaura” tu maknanya crayfish.. jadi paham2 jelah Bandar kaikoura ni memang terkenal ngan crayfish.. kalau semalam masa dlm perjalanan tu kami boleh beli sekor dgn harga 45 dolar, sampai pekan kaikoura nih, sekor jadi 80dolar… separuh ekor dapatle 40dolar… mahal betul.. tapi memang sedap lah makan nya pun.. dh Kami terbangun agak lambat.. biasalah lepas subuh sambung dulu sepicing dua picing, last2 terbangun kol 9 pagi.. tapi aku tak kelam kabut sbb check-out rumah ni, walopon pukul 10, tapi sempoi je.. just tinggalkan kunci dalam bilik, dan tutup je pintu.. senang je heheh.. so aku terus prepare buat roti tuna salut telur.. kami pikir nak habiskan stok barang2 makanan je sbb malam ni adalah malam terakhir kami di South Island nih, dan esok last day kami… so kalau dah siap2 kemaskan barang2 nanti belasah ajelah makan kedai hehehhe…

Lepas makan roti ala kadar, dan minum air panas sorang secawan, kami pun gerak le ke tempat2 yg telah diplan lebih awal.. tapi kami perlukan info terlebih dahulu supaya pergerakan jadi lancar.. jadi kami terus ke i-centre dulu utk information.. di NZ ni i-centre atau i-site (Bandar besar ada i-site, tapi i-centre ni banyak di merata2) memang membantu.. kalau rasa tak tahu nak cari hotel ke, kereta sewa ke, sesat ke, atau nak tanya apa aktiviti menarik kat satu2 tempat2 ke, semuanya boleh dapat di i-centre.. mereka akan bantu dgn baik sekali..

Aku tanya kat i-centre berkenaan scenic flight utk tgk whales sbb kami plan nak pegi.. lepas dpt info, dan tanya lokasi, kami pun geraklah.. tempat pertama kami tuju ialah Farm Park yg terletak di luar kwsn Bandar Kaikoura, iaitu di Kowhai Rd.. bayaran masuk sorang 10dolar.. tapi kami dapat animal food free sbb ada kupon.. Farm park ni ada banyak binatang yang dipelihara nya, termasuklah guinea pig ada 2 ekor besar giler.. awal2 masuk aku terus bagitahu, on religious purposes, kami nak elakkan pig dan dog.. dia mcm terkejut tapi customers always right hehheh… so anjing dia, dia tambat dlm rumah, dan pig dia mmg dlm kandang, so kami takde lah masuk kandang yg ada pig tu…

kat farm park

abg bagi makan..

aloh comey comeyyyy

minum kopi dibelanja dek pilot huhuhu

scenery

Masuk2 je kandang yg ada kambing, goat, ilama, wallaby, ada sekor kambing kaler putih dtg meluru kat aku yg tgh pegang makanan tu… mak datuk terperanjat aku.. terus aku lari tapi dia dok kejar aku huhuhu.. cepat2 aku pas cawan food tu kat abang, terus dia ikut abang pulak.. huhuhu.. menakutkan.. tapi yg paling kelakar kambing tu je yg nak konker makanan tu sampaikan yg lain tak dpt.. kalau kami pegi jauh sikit, cepat2 dia dtg kat kami.. yg kelakar waktu tu hujan turun renyai2.. dan biasanya kambing2 lain nyorok takut hujan, tapi yang ni tak kira hujan, nak jugak makan hehehh..

Kami tgk rabbit, pastu tgk merak dan mcm2 burung serta haiwan2 lain mcm ayam yang pelik sikit rupanya tak mcm ayam yg biasa kita tengok tu, ada itik, ada turkey dan lain2.. kami tak lama sgt kat situ, ada lah dalam 45min, sbb hujan dan berlecak, tapi kami pakai boot yg disediakan dan pinjam baju hujan depa gak.. susah nak ambik gambar sbb kamera nanti basah..

Pas keluar dari Farm Park, hujan macam selo sikit tapi kabus kuat pulak.. so masa sampai kat sebelah airport Kaikoura, tempat nak naik scenic flight utk Wings Over Whales, cuaca memang tak sesuai.. pastu kami bayo rega teket (165x2), dan kapten tu beri penerangan tentang whales dan cara2 jika berlaku kecemasan.. nama kapten tu Pete, dan dia lah yg akan jadi pilot kami nanti.. sepatutnya flight kami pukul 12, tapi Pete suruh tunggu dulu kot2 mau clear.. tapi sampai 12.45 masih tak clear, last2 Pete kata terpaksa kenselkan je, dan dia refund semula duit kami.. siap bancuhkan kami mochacino sorang secawan pulak tu huhuh.. bukan senang nak rasa kopi yg dibancuh oleh pilot hehhehe…

Lepas tak dapat naik flight tu kami terus je menuju ke Christchurch.. ingat nak lalu jalan dalam, dan melencong ke Hanmer Springs, tapi abang dah malas nak mandi thermal spa so kami ikut jalan tepi pantai scenic route aje.. pemandangan kiri kanan, depan belakang memang sgt2 cantik, menyebabkan aku dok snap sana snap sini aje dlm keta.. kami singgah sekejap di Amberley, isi minyak kereta lagi 68.00 dolar, singgah toilet, dan teruskan perjalanan lagi sampai ke Christchurch…

Kami sampai hari masih awal, dalam pukul 4 petang.. aku ajak abang jalan2 dulu ke CBD, naik tram atau pegi lawat mana2 dulu, namun abang nak terus check-in.. katanya ptg nanti baru keluar.. aku yakin kalau dah masuk bilik tu, maknanya takde lah nak kuar lagi dah tu, memandangkan cuaca yg tak berapa cantik ni kan.. so, kami terus je lah check-in di Comfort Motel Carlton Mill, dapat bilik no 1 lagi tu hehheh… tapi yg tak best sikit, bilik tu kat tingkat 1, so kena naik tangga.. agak susah sbb barang2 kami agak banyak..

Naik je bilik terus suka sbb bilik ni ada dapur yang tertutup dr katil.. so takdelah berbau katil kita kan.. bilik air pun luas, Cuma toilet nye terasing dr bilik mandi, susah sikit lah bagi kita yg jenis nak guna air utk mencuci2 ni kan huhuhu… pastu dgn niat nak perabihkan barang2 yg ada, aku terus rebus telur 4 bijik, dan plan nak masak kari menggunakan rencah segera kari yang aku beli di Te Anau haritu.. sekali bila dah masak, sama gak tak sedap macam tomyam haritu.. terus kami masing2 masak maggi je, makan maggi ngan telur rebus tu sorang 2 bijik.. huhuhu.. frust betul la…

Pastu ptg tu aku gi laundry kain baju kotor, sbb senang sikit bawak baju dah siap basuh je balik.. sambil tu aku guna internet utk web check-in utk esok.. seat yg free dh tak banyak, terpaksa duduk belakang je.. takpelah.. kami pun dh nak balik.. janji sampai Auckland sudah lah.. huhuhu…

Malam tu sambil tengok tv baru lah masing2 kelaparan… kami pun turun ke bawah, masuk keta dan masuk ke CBD utk cari McD.. makan le sorang satu fillet o fish sama kentang.. restoran ni air nya free flow, so kejap2 tukar air lain, kejap karang dh ambik air lain lak heheheh…

Balik dr McD, kami lepak2 jap borang2 sambil tengok TV.. pastu tido.. besok byk lagi bende nak kena buat nih… hehehh… malam ni merupakan malam terakhir kami di South Island ni.. aku masih tak puas bercuti, abang pulak tak sabar nak balik.. hahhha… sabo aje laaa…!

Saturday, January 15, 2011

South Island Hari 10 dan 11

Hari Sepuluh

Pagi2 ni, aku masak nasik lemak, sambal tumis marinara, goring udang, potong timun dan rebus telur… perghhh punyelah sedap brekfas kami harini.. makan punyelah banyak huhuhu… ada lebih sikit lagi, kami bawak bekal je utk makan ptg nanti..

Kami keluar dari rumah ni dalam pukul 10 pagi, dan terus tuju ke Coaltown museum.. nak masuk ni kena bayar, (10x2). Coaltown ni museum ni asalnya tempat brewery wine, yang disedekahkan pada penduduk town Westport ni.. penduduk town ni jadikan bangunan tu sbg museum untuk memperingati kehidupan awal datuk nenek moyang mereka dulukala tahun 1850an.. memang bumi Westport kaya dgn hasil galian, emas, jade, arang batu, sampai maju pekan ni disebabkan dibina keretapi, tram, kereta kuda, kereta enjin dan sebagainya.. semuanya ditunjukkan dalam museum nih, malahan barang2 sebenar macam enjin wap, kepala kereta, stereng kapal, sauh kapal yg angkut arang batu, wool, emas, semuanya disimpan di museum nih.. rasa berbaloi sangat masuk sini…

Pastu kami jalan2 cari cenderamata.. masuk kedai antic kat pekan dia, tak lama pun kat situ, kami terus je memecut ke perhentian seterusnya iaitu Riwaka, Motueka.. kami sampai agak awal since takde apa2 aktiviti yang nak dibuat… rumah kami malam ni, terletak ke depan sikit dr pekan Motueka, nama kawasan tu Riwaka. Kawasan ni memang rumah sebijik sebijik dan kawasan tanah yang luas, semua org bercucuk tanam.. sepanjang perjalanan banyak nampak jualan sayur2an, buah2an, cherries, dan mcm2 lagi…

Kami sampai ke rumah penginapan, terletak agak jauh ke dalam dari jalan besar Riwaka.. tuan rumah kami menanam 1 rumah green house yg besar pokok bunga matahari, yang dijual a bunch 5dolar.. dia jugak jual hazelnut dan macadamia nut serta menanam macam2 sayuran mcm kacang, kobis, cauliflower, salad, jagung, dan macam2 lagi…

dalam coaltown

bahan sejarah dalam coaltown

scenery

kat mana tah..

kebun bunga matahari tpt kami menyewa chalet

Kami sampai2 je, terus masuk rumah dan rileks.. rumah kami studio style, ada dapur sekali dan sofa tmpt rehat.. ada jugak meja makan utk 2 org dan katil yg sangat sangat best.. cadar dia best sgt… dan katil nya pun sgt best.. kami keluarkan makanan pagi tadi, dan nasik lemak tu + nasik sejuk sebelum tu aku buat nasik goring.. kami makan ngan sambal marinara dan balance udang goring.. sedap giler lah heheheh…

Hari Sebelas
Harini memang kami dh plan nak naik water taxi di Kaiteriteri, iaitu terletak lebih kurang 10 minit dr Riwaka, dan 15 minit dari Motueka. Kaiteriteri ni pusat segala aktiviti air macam kayak, cruise, walking tepi pantai dan sebagainya, selain Marahau, yg agak ke depan lagi dari Kaiteriteri. Kami bangun dan siap2, breakfast ngan roti aje.. sapu butter dan jem, pastu dah siap2 angkut barang, kami pun gerak ke Kaiteriteri kol 8.30.. sampai kat sana, aku terus beli teket dari Wilsons sbb company ni yg di suggest oleh tuan rumah smalam.. rega tiket lebih kurang sama je semua company pun (74x2), Cuma Wilsons ni boat nya lebih terbuka kat atas so dpt ambik gambo ngan lebih senang..

Boat gerak pukul 9.30, so kami pun sempat le jalan2 jap kat kedai cenderamata kat Kaiteriteri tu.. ada 1 aje pun, merangkap pasaraya yang ada. Kejap je pun dah naik boat.. boat kami ni gerak dari Kaiteriteri, melepasi Marahau, Apple Split Rock, Anchorage, sampai penghujung ke laut lepas Tataranui, kemudian pusing balik mengikut arah yang sama sampai semula ke Kaiteriteri. Sepanjang perjalanan, ada 3 tempat yang boat akan merapat ke pantai, dan sapa2 nak turun, boleh turun dan buat aktiviti jalan kaki sampai ke mana2 tempat ikut peta.. nanti petang akan ada boat lain kutip balik depa2 tu..

Naik water taxi ni sangatlah selo motion…. Sbb byk sgt berenti.. walaupun pemandangan cantik dan laut pun cantik, tapi kami dh jenuh tgk pemandangan lebih cantik masa di Milford Sound haritu.. so takde lah eager sgt ambik gambar.. lagipun, badan kami masih penat, so lepas sampai Tataranui tu, sepanjang perjalanan balik kami tertidur dengan jayanya… sangat lena hehheheh…sedar2 je dh nak sampai Kaiteriteri semula huhuhu..

depan tpt beli tiket

nak naik cruise

dlm cruise..

split rock.. betul2 bentuk epal yg terbelah dua..

ngan abang

yeay.. dh sampai balik ke kaiteriteri

Jam dah pukul 1 masa kami turun semula di Kaiteriteri.. perut pun dh lapar.. so kami gerak semula menuju ke pekan Motueka.. dlm perjalanan, masa lalu kat Riwaka, kami beli buah cherry fresh, sebungkus dlm 600g, reganya 10dolar… sedapnyaaa makan buah cherry yang besar, manis dan berair tu di tgh2 panas tghhari!! Pergh… Sampai pekan, kami makan kat restoran india, namanya Simply India.. abang makan Fish Curry ngan nasik, aku ambik garlic naan ngan onion naan.. cicah ngan kari abang… sedap sangat tu roti naan nya, kenyang sangat aku makan perghhh…

Pastu aktiviti wajib, kami jalan2 masuk kedai cenderamata.. punyelah susah nak cari cenderamata yang ada tulis Motueka, jenuh kami cari.. last2 beli fridge magnet je.. pastu, kami pun terus gerak menuju Blenheim je.. Blenheim ni kalau ikutkan tak jauh pun dr Motueka, dalam 180km je… kira kalau nak compare ngan lain2 hari, kira ni pendek aje lah heheh..

Kami singgah di Nelson kejap sekadar tengok2 , dan meneruskan perjalanan… kami ikut highway 6 shj, jadi memang tak masuk pekan Picton. Pekan Picton ni taklah besar mana tapi penting sbb dianya Bandar penghubung jika nak ke North Island. Kami sampai ke pekan Blenheim, jam lebih kurang jam 5.. ingat nak terus ke Makana Confectionery sbb Makana ni tutup 5.30, tapi pikir2 balik, baik pegi esok pagi aje, lepak sikit.. taklah terkocoh2 sgt..

So kami terus gi check-in dulu di motel kami iaitu Admirals Motor Lodge, yang terletak di jalan utama iaitu Middle Renwick Rd.. kiranya, jalan highway 6 tu bercantum ngan Middle Renwick ni so memang senang nak cari… bilik hotel kami no 19. Terletak kat atas pulak.. alamak rasa leceh lak nak angkut barang2.. tapi tanya tuan punya tu boleh ke tukar yg bawah, dia cakap, yg bwh tu mahal le lagi, so aku redha ajelah dok atas pun.. janji murah heheh…

Masuk je bilik kami, wah best nyaaa… walaupun katilnya biasa je, tapi sbb barang2 dlm bilik tu yg lengkap buatkan kami suka hati hehheh… lepas lepak2 kat bilik, solat dan minum air panas, rasa lapo la pulak.. nak masak dh malas, so kami pun jalan ke pekan dan tgk apa2 yg boleh dibeli.. end up kami beli Dominos Pizza je, ambik garlic prawn, choc lava, cheesy garlic bread ngan cream brulee pastry. Kami bawak balik makan lam bilik je… Kenyang terover kami makan malam tu..

Petang tu hujan gerimis lagi, so kami miss jugak nak tengok sunset.. haii.. bile nak tangkap gambo sunset ni.. masih tak kesampaian…

Anyway, malam tu kami tido lambat (aku le, abang awal2 dh kalah) sbb layan movie.. motel ni walaupun nampak agak tua namun bagi kami Sky tuuu, hehhehe.. seronokle aku layan movie aje kejenya.. ok lah.. babai all.. sambung esok pulak…

Monday, January 3, 2011

South Island Hari 8 dan 9

Hari Lapan

Plan yang disusun utk Wanaka ni sebanarnya dah lari dr perancangan… ikut plannya, semalam, kami gerak awal ke Wanaka, dan habiskan sepetangan di Puzzling World.. esoknya pulak, pegi Museum of Cars and Toys pastu gerak ke Franz Josef.. tapi disebabkan decision last minute yang kami buat utk pegi cruise dan abg gi mancing, maka tak sempatlah gi Puzzling World ptgnya tu.. Jadi, hari ni kami nak spend masa dr pagi lagi di Puzzling World, pastu gi Museum, pastu baru gi Franz Josef.. harap2 tak lewat sgt tiba sana sbb agak jauh juga dari Wanaka ni.. lagipun, malam nanti kami plan nak berendam dalam Hot Pools kat sana..

Kami brekfas dgn roti vienna yg aku kerat tebal, kerat lg in between, sumbat sadin dan celup dlm telur, pastu goring dgn minyak sikit je… sampai habis semua roti sebuku tu aku buat, utk bekalan makan lunch sekali kalau berhenti kat mana2 nanti.. Bila check-out dr manuka Crescent Hotel, jam dah tunjukkan pukul 9.15.. okla ni kan.. sekali bila masuk pekan dia, kedai cenderamata semua blom bukak lagi.. camne nih?? Nak ke Puzzling World tu kita kena keluar dr pekan dah, tapi tak jauh la.. so kami pusing2 pekan, sekali terserempak ngan Sunday Art Market, atas padang depan Tasik Wanaka…. Sekali bila kami amati, kebanyakkan penjual nya adalah penjual yang sama yang menjual di Saturday Market di Queenstown semalam!!

Last2 kami Cuma beli buah cherry 1 punnet reganya 5dolar.. aku beli gak 2 punjut lavender kering reganya 2.50 satu… tu jer.. pastu kami decide, nak gi puzzling world dulu pastu baru balik semula ke pekan utk masuk kedai cenderamata dia… so off we go to puzzling world!! Hati aku bukanmain seronok lagi nak pegi nih sbb memang aku aim sangat nak pegi sini..

dalam Roman Toilet.. huhu


tere betulll!

tere tak aku diri gini hehheh...

kat luar bangunan..

kat air terjun fairfun..

Fox Glasier..

fox glasier lagi..

depan reception hotel kami..
Sampai2 je org agak ramai yg sampai set2 kami.. so takde ruang nak ambik gambar kat luar.. takpelah kami masuk dulu.. rega teket 12.50 sorang, tapi aku gunakan coupon Jason’s yang ada off 20%, so dapatlah 10dolar je.. memang best masuk puzzle world nih, ada macam2 mainan brain teaser.. ada 4 bilik yang setiap satunya ada lain2 puzzle.. kemudian kami masuk lak giant maze yang kena cari 4 tower dia pastu cari jalan keluar.. aku ngan abang Berjaya carik 4-4 tower dgn selamatnya..yeay!!!

Pastu kami masuk tolet dia dan tgk roman toilet yg famous tu.. pastu lak kami keluar nak balik tu barulah posing2 ambik gambo dgn bangunan dia dgn macam2 aksi.. best bangat…. Lepas tu kami balik semula ke town, dan beli cenderamata kecil. Lepas beli belah ala ,kadar, kami pun meneruskan perjalanan. Plan asal nak singgah museum terpaksa dibatalkan kerana museum tu terletak agak jauh menyimpang dari jalan utama kami menuju ke Franz Josef.

Dlm perjalanan. kami singgah kat air terjun Fairfun Waterfall.. duduk lepak kejap sambil makan bekal roti sadin tadi.. memang cantik pemandangan.. maklumle air terjun depan mata.. rasa macam nak mandi je, tapi ramai gak orang datang singgah2.. hehehhe… lagipun cuaca memang tak berapa elok.. hujan gerimis je sepanjang hari…

Kami meneruskan perjalanan menuju Haast, singgah sekejap utk isi minyak je, pastu terus lagi jalan ke depan sampai Fox Glasier.. kat sini kami stop jap, sbb nak tengok camne rupa Fox Glasier tu… sekali nya haritu ada flooding dan glasier jatuh jadi kami Cuma dapat masuk tak berapa jauh.. kalau nak masuk lebih jauh kena ada tour guide yg lengkap peralatan dia lah kan… so, kami Cuma Nampak dari jauh je.. sempat jugak posing sana posing sini dgn sungai yg terhasil dr glasier yang jatuh dan bergeser dgn bukit limestone yg ada, menghasilkan air sungai tu keruh dan berwarna grey mcm warna uban huhuhu…

Tak lama kami kat sini kami terus tuju pekan Fox Glasier.. kami masuk kedai cenderamata dia je, dan jalan2 sikit lah… kat sini agak meriah jugak, maklumlah aktiviti flight seeing dan trekking paling popular di sebelah2 glasier sini… sama macam di Franz Josef gak… minyak kereta masa ni dh nyawa2 ikan, tapi kami bertahan sampai pekan Franz Josef… sampai2 je terus isi minyak dulu, kena 78 dolar…

Kami teruskan perjalanan untuk check-in di hotel kami, jam pun dh nak pukul 6 petang.. hotel kami namanya Mueller hotel, terletak 800m ke depan sedikit dari pekan Franz Josef… tak jauh mana pun.. dan hotel kami tu ok sangat, Cuma takleh masak dan takde laundry… dlm bilik ada fridge dan cerek je… sampai2 je kami dh lapar.. so aku cepat2 panaskan ikan salmon masak sambal haritu yg memang dok dlm periuk nasik.. pastu aku goring telur mata kerbau dan telur dadar, pastu goring sayur kobis, last sekali masak nasik.. agak lambat le sbb guna periuk nasik kan.. tapi akhirnya masak siap semua, kami pun ngap le apelagi.. hehheh

Dah siap semua tu, aku ajak abang gi Glasier Hot Spa, tapi abang cakap hujan lebat nih camne nak gi.. tapi dh kol 10 malam tu aku ajak gak abang gi pekan… bosan dok bilik.. lagipun kena lah tengok apa ada kat pekan kan.. tadi tak sempat ronda… rupanya Glasier Hot Spa tu tutup kol 10 malam.. hai.. dh menyesal tak pegi awal2… pastu perasan ada 1 tempat WildKiwi namanya, tempat ternak kiwi yg dh endangered.. ok, esok boleh pegi nih…

Balik bilik pastu, kami tertidur awal.. aku lah tu.. kol 2 baru terbangun solat, pastu tido balik huhuhu…


Hari Sembilan
Disebabkan malam tadi tido lambat, dan mujo gak subuh aku terbangun nak kencing, terus solat, jadi pagi ni aku bangun lambat giler… masa bangun jam tunjuk pukul 9.20… check-out mcm biasa pukul 10… hmmm… redah aje lah.. tak payah mandi sbb plan nak gi mandi Hot Spa tu kan… so, gosok gigi, kemas2 barang, masuk kereta semua barang2 tu, tinggalkan kunci dlm bilii, tutup pintu dan berdesup kami pegi.. memang pun semalam dia suruh buat camtu bila nak check-out, tak payah pulangkan kunci ke reception..

Persinggahan pertama kami, cafĂ© kat pekan Franz Josef, sbb harini kami plan nak minum coffee kat kedai heheh… so, kami minum mochachino sorang 1, abang punya decaf, aku punya biasa je.. pastu kami order chowder soup, dia bagi sekali ngan roti french, toasted sekeping.. tulah brekfas kami pagi tu.. pastu kami gi ke WildLife tu dulu, sbb spa tu bukak kol 12.. lambat lagi.. kebetulan masa kami sampai WildLife tu, next session utk backstage (bwk tengok anak kiwi baru lahir), schedule kol 11, ngam le sbb kami sampai 10.45 kat situ.. terus beli teket utk 2 org (40x2), dan spend masa kat WildLife tu agak lama gak… sampai kol 12.15… memang best tengok anak kiwi yang sgt comel.. kiwi ni jenis kiwi Rowi, iaitu sepsis yang paling sikit bilangannya kat NZ.. dh nak hamper pupus pun.. ada 4 ekor kiwi dewasa yang dipelihara dlm tu, selama 6 bulan… lepas tu, tukar lagi ngan 4 ekor yg lain… kalau depa bertelur dalam tu, telur tu masuk incubator, pastu anak kiwi di jaga dalam kotak sendiri.. waktu ni ada 3 lg telur belum netas, dan ada 2 anak kiwi baru netas.. sekor umor 15 hari, namanye Wawe, sekor lagi baru umor 5 hari (tak ingat nama).. nanti, selepas sebulan, depa akan dihantar ke pusat lain, dijaga sampai setahun, baru dilepaskan di habitat asal mereka… comel sgt lah kiwi2 nih…

Pastu kami terus lak menuju ke Glasier Hot Spa.. kami ambik private pool je sbb senang aku tak payah nak pakai tudung kan… public pool reganya 25 dolar sorang, ada 3 pool lain2 suhu; 36, 38, 40 darjah… yg kami ambik nih offer private pool, utk 2 org 70dolar.. kalau nak masuk public pool pun boleh sbb private pool tu hanya sejam je… memang private habis.. walopon pool nya open air, tapi sekeliling adalah pokok2 paku pakis dan native NZ yg besar2 dan memang takde sape pun lalu situ.. so, enjoy la kami mandi sampai sejam.. sampai tertidur aku dalam kolam tu sbb sooth sangat dan rasa rileks giler…

Kami keluar dr kolam jam dh tunjuk 1.30 tghhari.. kami dh lapar, tapi taknakle makan kat Franz Josef sbb takde apa2 pun… kami masuk kedai cenderamata je, beli cenderamata, pastu kami berdesup tinggalkan pekan Franz Josef menuju ke Westport pula..

private pool di glasier hot spa and pools

di kedai di Hokitika

depan pintu shantytown

kuda ni tresenyum heheh

dapat bergambo aje, jadi le...





lagi 6km nak sampai westport.. yeayyyy

Kami singgah di Hokitika sekejap utk tgk kedai2 jade dan paua serta bone... jam dh pukul 3, kami makan seafood platter di takeaway nya, rega 16dolar, kami kongsi 2 org.. memang banyak.. kenyang jugaklah kitorang… Hokitika memang terkenal dgn Bandar Jade, memang nama gelarnya pun ‘the city of jade’, sbb tu sgt banyak kedai yang menjual jade2 nih, rega pun boleh tahan… dan kita pun boleh tengok org2 yg tgh keje mengukir jade nih.. kami jalan dari satu kedai ke satu kedai.. cantik2 jade yg dihasilkan, dan banyak jugak jualan murah yg ditawarkan, namun kami tak beli pun.. kami cuma nengok2 je heheh… leka sungguh sampai tak sedar jam dh pukul 5..

Cepat2 kami gerak menuju ke Greymouth, sbb plan nak pegi ShantyTown… malang sungguh kami sampai depan pagar ShantyTown tu jam dh pukul 5.20, sedangkan ia dibuka sampai kol 5 je.. frustnya aku.. ShantyTown ni adalah town lama yang dihidupkan semula utk menceritakan sejarah camna org dulu2 hidup dgn pelombongan sbg aktiviti utama mereka.. sampai skrg pun sebenarnya masih byk xtvt perlombongan.. yang terbaru kan kisah lombong runtuh dan membunuh kesemua 36 mangsa pelombong di dalamnya, yg termuda 17 tahun.. keluarga pelombong di Greymouth – Westport ni memang telah wujud selama beberapa generasi dan hidup mereka, kalau baca sejarah, memang pedih dan tidak mewah, namun ikatan sesame pelombong sangat kuat dan erat..

Dah frust tak dapat masuk ShantyTown, kami terus aje ke Westport, sejauh 107km lagi dari Greymouth.. sepanjang perjalanan ada jugak tempat2 cantik nak ambik gambar, tapi kami tak dapat nak snap banyak sbb hujan agak lebat. Memang dari Franz Josef tadi dah hujan tak berhenti2 sepanjang perjalanan.. Cuma ada yg gerimis, dan ada yg lebat.. memang rupanya area sebelah sini selalu hujan dgn bacaan hujan nya 5100mm setahun.. huhuhu.. tak paham ni.. kena tanya Azlina, kalau nak compare ngan Malaysia heheh..

Kami lalu Pancake Rock dan Blowhole Rock, namun tak singgah sbb hujan yg lebat.. kamera pun jengah sikit2 je.. kami terus je ke pekan Westport, dan check-in kat hotel dulu.. hotel kami namanya Westport Motels, terletak di jalan Esplanade, menghadap Buller River.. ingatkan betul2 mengadap sungai, sekali tak nampak pun sungainya, sbb kat depan tu byk bushes dan rumput rampai setinggi orang hehheh… masa check-in jam dh kol 7.30, so kami cepat2 solat, angkut barang masuk bilik dan keluar semula…

Oh yea, bilik kami ni, murah je, sbb dh buruk sikit, dan ada 3 katil single.. yg best, ada dapur dlm bilik, boleh masak yahoo… pastu ada fridge, microwave, toaster, cerek, dan tv pun ada freeview.. best jugak.. bilik air punyelaaa luas, sangat selesa! Ada guest laundry dan internet pun free kat reception..

Kami keluar ke Westport, masuk New World.. plan nak cari udang nak masak tomyam je malam ni.. semangat nih, sekali dh nak tutup dh so barang2 semua dia dh simpan.. laa… boring betul.. terpaksa beli yg frozen marinara tu yg campur2 udang, sotong, mussel tu.. oklah tu.. plan kalau tak habis, esok buat sambal tumis dan masak nasik lemas, pun ok jugak.. hehhehe… lepas beli barang, kami pun keluar.. pastu saje je try tengok supermarket countdown pulak, rupanya countdown bukak lagi, sampai kol 9.. new world tadi sampai kol 8.30 je.. so kami masuk plak countdown, sambung shopping.. baru jumpa udang beli 5, 6 ekor je pun hehheheh…

Pastu sebelum balik kami ronda2 sikit pekan Westport, tengok apa2 yg ada.. Nampak ada museum, esok boleh pegi… pastu kami terus balik rumah, dan aku apelagi, dok le kat dapur.. tomyam paste yg aku pakai, aku beli masa kat Te Anau haritu, rupanya tak sedap langsung!! Potong stim betul nak makan tomyam, tapi tak sedap.. arghhh tension!.. tapi makan jugakla kan, nak wat camne…

Lepas makan semua, kami lepak2 tgk TV, pastu solat… pastu selo2 mata pun layu laaa… mari kita tidur!