*Kisah ini sudah sebulan berlalu, baru sempat aku nukilkan... tapi, beware, entri ini sangat panjang..*
Alhamdulillah seribu kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Allah yang maha besar, kerana segala perancangan berlangsung dengan baik sekali. Adikku yang kami panggil ADIK, telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan keluarga yang kemudiannya juga pilihan hatinya. Kisah trajis Adik tentang hidupnya secara ringkas ada aku ceritakan dulu dalam entri yang boleh direfer kat sini : kisah adik.
Aku dan shukor pulang ke kg dari hari rabu malam lagi. hari khamis tu memang buat persiapan terakhir dan kemas2 rumah yang berselerak. Adik2 aku pun semuanya balik hari khamis. Jumaat pagi, aku, mak dan mira, serta Munei, ke teluk intan untuk membeli lauk2 hidangan pengantin dan kelengkapan lain. shukor pulak dipertanggungjawabkan utk masak sup tulang seperiuk besor! perghhh... caya lah abang!
Majlis start dari akad nikah pada petang Jumaat jam 3 petang.. kami semua gegas2 ke masjid jamek kg jeram mengkuang, tempat yang sama aku dinikahkan hampir 8 tahun dahulu. dengan 2 kali lafaz, adik sah menjadi isteri kepada Hanizam Ali. Kemudian kami gegas2 pulak balik ke rumah untuk jamuan ringkas. Kaum keluarga dijamu dengan bihun sup yang abang masak tu. pergh sedap bangat!Malam nya pulak ada majlis tahlil yang dikendalikan oleh orang masjid. Aku dan mira masa tu duduk dalam bilik tgh nengok2 cenderamata untuk org tahlil, sekali terperangkap dalam tu sbb org masjid dh sampai. duduklah aku ngan mira dalam bilik tu sampai sudah. mujur jugak kami duduk dlm bilik tu, sbb kami pantau pemberian utk org masjid, rupa2nya kuih wajik yang disedekah org, ada yang dah berkulat! mungkin sbb panas dlam bilik kot, namun alhamdulillah sempat kami selamatkan.
selepas selesai tahlil, org masjid pun dah balik, rupa2nya adik kena pulak majlis berinai. Naiklah dia ke pelamin dengan sepupu kami, si Piput (kaklang) yang akan naik pelamin disember nih. sempat lah kaum keluarga menepung tawar dan merenjis2 ke sana sini buat meriahkan majlis.
malam tu kami tidur lewat menyiapkan bunga pahar, dan mengemaskan barang2 utk masak esok harinya. Dalam pukul 6.30, Mak Jah yang mak harapkan untuk jadi tukang masak, datang ke rumah kami. kecoh2 beliau bagitau nak masak segera sbb ada org meninggal, dan mak jah nih yang akan menguruskan jenazah. segera lah aku bingkas bangun sbb aku kena ambil santan di pekan bidor, mujur dah janji awal2 so takdelah menunggu lama. aku pulak memang seblom subuh tadi dah bangun dan masukkan ayam 2 ekor dalam oven untuk buat ayam golek.
aku ke bidor ngan shukor je,sempat pulak abang ajak breakfast roti canai kat medan mara, minum teh ais, sebelum beli barang2 dan balik. pagi ni, selepas serahkan barang2 kat luor utk org masak2, aku terus segera berperang utk siapkan hidangan makan beradap. menunya ikan siakap stim, ikan kerapu sweet sour, udang panjat nenas, sotong goreng garam kunyit, hati lembu masak kari kering, sayur bak choy masak soy sauce, dan tak lupa ayam golek dgn char siu sauce. tukang hiasnya, aku tangkap muat je, Chik, Mar, dibantu oleh eli dan midah dan anak2 dara yg kecik2 tu.. rumit jugak kan bab2 menghias ni.. aku memang fail ler bab hias nih, aku ambik tender masak je huhuhuhu...
lepas abih siap semua hidangan dihantor keluar, aku terus mandi dan siap2 untuk majlis besonya.. time dh kol 12.. adik beradik aku yg lain semua dh pakai uniform.. pengantin sampai dlm pukul 12.30, terus le depa bersanding kejap, ditepung tawar oleh keluarga belah lelaki, dan terus gi makan.. time nih kecoh sekejap sbb tukang hias2 tadi terlupa nak letakkan sudu garpu kat hidangan, dengan air dan nasik pun tak letak lagi..!! aduhaiiii malunyaaaa.... mujorlah ada org2 yg cepat bertindak menyelamatkan keadaan...
aku keluar minum cendol yg abah charter utk harini, pastu ada pulak aiskrim.. tapi aiskrim nih kena bayo le.. aku pow munei utk belikan aku aiskrim.. mula2 dia belikan aku yg 1 menara je, aku ngengada nak jugak yg menara berkembo.. last2 yg 1 menara aku pass kat shukor.. wahahah.. sedapnya aiskrim org belanja!!
majlis usai dlm lebih kurang jam 3 petang.. pengantin pun dlm 3.30 tu dh tuko t-shirt utk sama2 mengemas khemah dan periuk belanga.. aku baru nak beronggeng umah makngah, bila tiba2 adik aku bagitau, ada kawan aku datang... terkejut aku.. sape lah yg dtg nih... rupa2nya Ejazul, besfren aku masa kat Taayah!! beliau dtg dari Ipoh, khas utk majlis adikku nih, sbb nak jumpa aku.. dtg dgn anaknya 2 org.. ohhh terharu sungguh!! lama jugak kami berborak, mengupdate kisah kuarga masing2, sbb dulu aku mmg rapat ngan famili ijah, selalu lepak umah dia kalau time balik kg, tapi malas nak balik bidor.. lepakle rumah dia.. tak lama lepas tu, Andak sefamili pulak sampai dari Gombak!! Ya Allah terharu sesangat, sbb anak andak si Zahid, masuk hospital, suspected denggi, tu yg dorang tak dpt balik.. namun, alhamdulillah, dapat jugak balik, walaopon agak lewat.. kami semua sangat2 gembira kerana andak melengkapkan keluarga kami..
dalam pukul 6.30 aku dan abang ke bidor lagi utk ambil kek utk acara malam nih.. gado2 yg juga telah ditempah, telah diambil terlebih dahulu oleh icah.. so, kami balik ke rumah ngam2 dah nak maghrib.. lepas maghrib, dalam pukul 8.30 gitu, semua dh berkumpul depan pelamin.. acara dimulakan dgn bacaan doa oleh atok, menggunakan heller yg dibawak oleh De..
macam biasa, soklan bocor yang wajib dijawab oleh pengantin, mcm yang pernah aku ceritakan di sini, kena pulak dijawab oleh pengantin baru nih.. sementara adik terpikat dgn hati ijam, ijam pulak terpikat dgn pipi dan lesung pipit adik!! Wahaha.. tepat sekali jawapan ijam tu, sbb dalam adik beradik, semua tak dapat menyaingi kegebuan pipi adik dan yg specialnya, adik ada lesung pipit di kedua2 belah pipinya.. memang disambut dgn meriahnya oleh keluarga akan jawapan ijam tu! Tentang saat perkenalan pulak, paling kelakar, kata ijam, dia dapat call dari maknya masa tgh keje buat stock check.. ada 5 tingkat stock, dan masa tu dia kat last level, last stock, tup2 bila dapat call tu, terus lupa!! Dah terpaksa kira semula..!! kahkahkah…
lepas tu, acara bukak hadiah dan potong kek… kemudian abah membuat cabutan bertuah yang special method nya.. abah dah siap2 isi dalam 30 sampul surat, duit yang tak sama bilangannya.. paling banyak 20rm, paling sikit 3rm… so, semua ahli keluarga akan cabut 1 nombor… kemudian nombor tu akan di matchkan dgn sampul kat abah, nasiblah dapat nombor berapa pun, sbb tak tentu isi kandungannya.. wahahhaha.. acara ini sungguh meriah dan kelakar sekali!! Yang best, aku dapat rm15, dan shukor dapat rm5.. total kami dapat rm20… andak la yg paling beruntung.. andak dpr rm15, zahida dapat cepuemas rm20, zahid dapat rm3.. tapi last abah bagi saguhati pada family, dapat lagi rm5.. total semua dapat 43rm.. perghhhh… tak sia2 andak balik.. lepas gak duit tol bagai ehhhehe…lepas semua setel, kami pun bawak berehat… penat sgt badan…
esoknya pulak, kenduri adik di kampong ijam, lebih kurang 10 minit dari rumah kami je, iaitu kampong ayer hitam, jalan langkap. Kami sepatutnya gerak pukul 12, tapi paham2 le dah ramai tu… masing2 terlari sana, terlari sini, dan tunggu sana, tunggu sini, akhirnya, kami gerak dalam pukul 12.45… sampai je kat sana, dah dengar dh bunyi kompang, terus je depa naik pelamin dulu.. kemudian makan beradap.. lepas posing2 bagai, kami pun balik le ke bidor… adik tinggalle kat sana..
selesai sudah majlis adik.. semua org lega teramat sangat..
Selamat Pengantin Baru ADIK!! Jalanilah kehidupan sebagai isteri dengan tabah dan banyak2 bersabar. InsyaAllah itulah kunci kebahagiaan sebuah rumahtangga, dan jangan tinggalkan solat, sesuai pesanan arwah Opah untuk anak cucunya… aminnn…
|