Dua malam sudah telefon mak ku di kampung. mak tengah sembahyang maghrib, so, abah cakap, telefon semula lagi 15 minit. dengan abah tak reti nak cakap apa. memang macam tu, selalu telefon cakap ngan mak, kemudian dengar abah menyampuk sikit2 je, abah pun tak pandai bercakap ngan anak2 hehehh..
hampir 30 minit kemudian aku telefon mak semula.. memang mak yang angkat.. aku suspect mak dah tunggu tepi telefon heheh.. mak cerita macam2 tentang anak2nya, cucu2nya dan termasuk juga perkara2 bersangkutan majlis perkahwinan adikku yang akan berlangsung bulan 6 ini.
adikku ini anak yg ke6 kalau ikut yang hidup, tapi sebenarnya dia anak ke 7 (anak yg sulung, abang aku, meninggal kecil, kami semua tak sempat jumpa, nama panggilnya Yop Ajam.. yop tu memang nama gelar org perak kalau anak lelaki sulung, kalau pompuan, Yong. Walaupun tak jumpa, namun kami refer Yop sbg anak sulung, dan aku sendiri otomatik jadi kak nyah).. ok berbalik pada kisah adikku tadi..
dalam ramai adik beradik, adik ni lah yang agak kurang dari segi kecerdasan minda kalau SPM tu digunakan sebagai kayu pengukur. beliau fail SPM kerana BM dapat 7, namun beliau ambil semula paper Julai dan barulah lulus SPM nya. kecuali adikku yang bungsu (tgh tgu result SPM), yang lain insyaAllah lulus SPM masing2.
namun, di sebalik kekurangan itu, kelebihan beliau memang banyak. disebabkan adik beradik lain ada rezeki belajar jauh dan merantau meninggalkan kampung halaman, adik hany duduk di kampung dan keje di kampung. jasanya membantu mak dan abah, serta arwah opah dan atok memang tak dapat disangkal lagi. sakit pening keempat2 mereka, adik lah orang yang menguruskannya, mujur juga adik pandai bawa kereta dan ada lesen.
kerja adik yang mula2 adalah sebagai pembantu cikgu pra di sekolah kampungku, tempat kesemua kami bersekolah rendah. tugas beliau adalah sbg tukang masak, merangkap mengemas, melayan anak2 kecil dan macam2 lagi.. atas dengki org lain, kontrak beliau tak disambung, dan tak lama lepas tu, adik keje sebagai kerani di kilang papan, in between rumahku dan pekan bidor. kilang papan ni dah lama wujud dan masih beroperasi sehingga kini.
tak lama lepas adik keje, opah jatuh sakit. opah terus duduk di rumah kami, dan tidak lagi dibenarkan balik ke rumahnya (sebelah rumah kami je pun).. atok makan minum di rumah kami, cuma tidur je di rumahnya sendiri. adatlah org tua, memang tak suka tidur rumah orglain. ketika itu jugak, mak terseliuh kakinya, dan abah pulak penyakit kencing manisnya mendadak naik sehingga jari kaki kirinya terpaksa dipotong.
sepanjang episod2 duka tersebut, adik lah yang bertanggungjawab dgn urusan pegi balik ke hospital/klinik di samping adikku yg 2 org lagi yg ketika itu bersekolah harian di kampungku.. mereka saja yang dapat diharapkan.. menjaga waktu makan ubat pesakit2 dan mencuci luka kaki abah, merawat kaki mak, mendengar keluhan2 opah yang semakin lupa sekeliling, sgt mencabar, sehingga adik diberhentikan kerja oleh boss nya, semata2 kerana adik kerap sgt cuti utk urusan hospital/klinik .
dalam hubungan percintaan pula, beliau juga kurang bernasib baik. sejarah juga dlm keluarga bila hari pertunangan beliau, keluarga lelaki tidak datang sampai sudah. memang jantan keparat betul. tapi adik tak sempat nak berduka, kerana selang 10 hari selepas tu, opah pergi meninggalkan kami, dengan tahunya, adik sudah bertunang (opah dh lupa2 masa nih)..
adik kenal dgn tunangnya sekarang atas inisiatif keluarga lelaki. mak dan mak lelaki tu kenal baik, dan ntah bagaimana, sekejapan aje, urusan risik, bertunang jadi mudah dan lancar.. kalau ikut perancangan keluarga, majlis sebelah ku akan dibuat pada 11 jun ini.. abah merancang untuk menyembelih sekor lembu utk majlis ni, sedangkan anak2nya 5 org yg dah kawin sebelum ni takde satu pun abah buat besar begini. tapi kami semua rasa ianya patut, memandangkan adik byk berjasa kepada org tua, walaupun atas kertas beliau tidak belajar tinggi.
hatiku melonjak2 ingin ikut serta meraikan hari besar adik, namun perancanganku pula belum boleh diputuskan. banyak lagi perkara perlu kusiapkan sebelum sebarang perancangan balik ke Malaysia dibuat. aku harap aku dapat meraikan bersama, namun, jika tak dapat, aku doakan yang terbaik buat adik dan bakal suaminya..
Wednesday, January 26, 2011
adikku yang kami panggil ADIK
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|