Selalu nya aku balik uni, samada aku drive serena kami atau aku naik bas aje.. rutin sekarang nih, setiap hari aku drive sendiri, kemudian balik rumah dalam pukul 4.30, makan, solat asar kat rumah, kemudian hantar abang gi Reservoir, dan aku duduk kat opis sampai malam. kecuali hari jumaat, sbb aku agak saspen duduk opis sampai malam kerana budak2 ramai mabuk todi kat dalam univ tu, ada bar kat dalam tu Ferguson Bar.. so, aku tak drive, tapi balik sendiri naik bas.
Biasanya bas kat sini memang punctual.. tak payahle nak tunggu lama2, asalkan tahu timing yang betul.. aku jugak dah beli kad bas Ritchie (syarikat bas), 10 trip hanya 10.20 je, compare kalu biasa (normal person), 10 trip 18dolar.. so jimat banyak kat situ..
untuk balik ke rumahku di East Coast Rd, malangnya takde direct bas yang lalu. so, aku terpaksa ambik 2 bas. dan route yang paling dekat adalah dari Massey ke Constellation Station, kemudian dari Constellation Station ke East Coast Rd. maknanya, 1 hari aku pakai 2 trip, makanya 10 trip tu bertahan 5 hari shj, lainlah kalu ada driver bas yang baikhati yg kasik free ride (selalu dapat free ride kalau dah muka yang sama je naik bas dia kan, driver bas sini baik2, byknya org fiji/samoa dan india)
dari univ, aku ada 2 choices, samada naik bas 880 atau bas 887.. utk isnin-jumaat, dua2 bas beroperasi setiap setengah jam, 5 min pass the hour, cam 8.05, 8.35, 9.05, 9.35 dsbnya tapi 880 hanya sehingga 6.05 petang je. selepas itu, sejam sekali, iaitu pukul 7.05, 8.05, 9.05, 10.05, 11.05 malam. 887 pulak beroperasi setengah jam tapi 10 minute pass the hour, macam 8.10, 8.40, 9.10, 9.40 gitu.. sampailah 6.40.. lepastu, every hour lak, cam 7.40, 8.40, 9.40, 10.40.. maknanya, kalau siang, banyak lah choices yang ada, tapi dh lewwat tu, agak sikit lah..
tapi, disebabkan aku kena ambik 1 lagi bas dr constellation station utk balik, jadi kenalah disynchronizekan dgn another bas, iaitu bas nombor 886.. bas ni akan bertolak dari stesen, every hour tepat on the hour itself. di sinilah pentinganya perancangan. kalau balik lewat, kalau aku naik 880 jam 8.05 misalannya, aku akan sampai di Constellation jam 8.20, dan tercangak lah sampai pukul 9 malam.. utk mengelakkan tu, kalau aku balik lewat, aku akan ambil 887 instead, katakan 8.40, so sampai stesen 8.55, dan aku akan ngam2 sempat naik bas pukul 9 malam.. takdelah lama sgt tgu kat stesen tu kan..
ok tu kisah balik uni, aku dh memang expert.. huhuhu.. tapi, pagi tadi, aku bangun tidur je dalam pukul 9 gitu, tgk2 abang dh takde, tgk van pun takde, rupa2nya dia gi ke Devonport sana memancing... huhuhu.. camne nak gi opis nih, kalau nak suruh abang balik pun, ambik masa 30 minit jugak tu.. last2 aku buat2 merajuk dan cakap, takpelah, saya naik bas jer.. huhuhuu..
saspen jugak nak naik bas nih, tapi aku malas nak adventurous sgt, so aku naik je bas reverse order heheh.. naik 886 ke stesen, dan naik 887 ke uni, padahal aku tgk bas 550 yg ke uni pun ada dan akan sampai lebih cepat, tapi ah malas nak ambik pusing.. (sebenarnya malas nak baca peta jadual dan merancang dalam hujan gerimis lagi tu, sejuk pulak tuuu)
rekod gak pagi tadi, aku ditahan kereta, didalamnya org kesesatan jalan, menanyakan manakah arah Carlisle Rd.. Org tu tunjuk peta, so senanglah aku nak detect ye tak.. wah, dgn senang hatinya aku bagi instruction "u have to u-turn, and go back that way, go straight until u find big traffic light 4 junctions with Shell on your right, then turn right" heheh.. tak sangka aku dh adapt selok belok liku2 albany nih.. terharu lak pagi2 tak buta sangat tuh heheheh...
tu je lah citer nya.. naik bas.. sape2 yg jarang naik bas tu, boleh la try.. seronoknya bas kat sini bab punctual tu.. memang tak dapek di Malaysia..!
Monday, January 24, 2011
Naik bas
Labels:
Kehidupan Auckland,
student
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|