Wednesday, January 18, 2012

Baucar Buku

Tak sangka, aku pun dapat gak.. yay!! boleh la beli buku banyak2... memang gumbira dapat baucar ni.. orang dah bagi, kita ambik je la kan.. huhuhu...

so, weekend ni, ke mana kita?? baucar ni dah le valid sampai 31/3 je.. so kena cepat2 le perabihkan huhuhu..

baucar ni boleh di tebus di Popular dan MPH, serta kedai2 buku lain... kena tanya dulu le samada depa bleh terima ke tak.. kalau boleh, terus je boleh tebus..

kak lijah SPS tu cakap, ada certain2 kedai hanya boleh terima pembelian buku je.. tapi ada setengah2 kedai boleh accept sebarang pembelian termasuk majalah, stationeries, buku citer dsb nya...

wuhuhuu.. boleh la tengok2 Ombak Rindu, kalu camtu hehehehh...

Thursday, January 5, 2012

Kata pujangga...

"kita menangis kerana tidak berkasut, sehingga kita melihat orang yang tidak berkaki.."

Anak-anak yatim..

Definasi ikut istilah, adalah mereka yang kehilangan ibu atau ayah, atau kedua2nya sekali.. kalau hilang kedua2nya, jadi yatim piatu lah dia.. kesian sungguh... apatah lagi jika umur masih muda, semuda 5 tahun.. tidak lagi merasa belaian kasih orang tua.. uhuk uhuk...

Rumah Bakti AlKausar di fasa 4 tambahan, bandar baru bangi, baru 3 bulan beroperasi.. ada 17 org anak yatim dan miskin melampau yang menumpang kasih di situ - 8 lelaki dan 9 perempuan.. paling kecil akan masuk 6 tahun (2012) dan paling tua akan masuk 15.. kebanyakkannya masih kecil2 dan memang fizikal mereka pun kecil jugak.. kesian kan, kat mereka.. kecil2 lagi dah terpaksa hidup sendiri.. cuma ada kawan2 sebaya je untuk bermanja..

aku memulakan gerak kilat untuk mengutip derma bagi memenuhi keperluan persekolahan mereka.. alhamdulillah... sumbangan datang mencurah2... ada yang bagi wang ringgit.. pakaiana... alat2 tulis dan peralatan sekolah... ada juga yang bagi ration makanan utk budak2 yang sedang membesar...

lepas ni, kita tumpukan pulak pada belanja bulanan mereka yang tidak kurang banyaknya.. maklumlah, 17 orang... mesti ada 17 kerenah berbeza...

hanya orang yang tertentu sahaja mampu bersabar dgn anak2 yatim.. semoga kita juga termasuk dalam orang2 yang mengasihi mereka... cair hati melihat hidup mereka yang tak seberapa.. betapa tabahnya mereka menghadapi ujian hidup seawal usia begitu..

jika kita di tempat mereka, adakah kita setabah itu??