Salam Ramadhan... hari ni dah masuk hari ke 22 berpuasa... dan hari ni aku kena jaga budak2 pereksa final.. aku menggantikan Mona, sbb giliran aku sepatutnya Sabtu lepas, so, aku tukar dgn mona sbb aku balik kampung, berbuka dengan Mak tersayang..
pagi2 aku dah sampai Library level 6, tempat exam berlangsung... disebabkan dah lama aku tak jaga peksa kan, so agak semangat lah jugak heheheh... berkobar2 nih... tapi aku perhatikan, depa nih berbeza sgt dengat my time dulu2 sewaktu aku bergelar pelajar di UM..
pelajar2 ni dengan selambanya bawak masuk pencil case... pelbagai corak, warna, bentuk, malah ada bentuk arnab ke kucing ntah... ohhh aku teringat diriku sendiri pd minggu2 peperiksaan sebeginni di suatu waktu dahulu, hampir 20 tahun yang lalu... mak datuk.. lamanyaaaa..... iaitu zaman aku belajo di Asasi Sains Hayat di UM... malam sebelom hari periksa, masing2 dah sibuk carik rubber band, untuk ikat pensil, pen, pemadam dan pembaris.. takde sesiapa pun bawak pencil case, nak mampus!! Exam is a very strict business, i will never take it for granted.. one more, aku tak pernah bawak liquid paper, for me, it is just wasting time and money, silap2 gaya boleh rosak markah (kes padam, pastu lupa nak tulis balik).. dan kalkulator, walopon exam English.. takut nak jeopardize, manalah tahu tiba2 nak pakai, kan dah menyesal...
from my experience today, students does not bother to be a little bit aware of rules and regulations.. they can easily captured copying if, they accidentally put a piece of paper with some written note on it in their pencil case - which i know is common amongst student.. biasalah, small notes letak dlm pencil case, at least, i am one of those... let say terlupa nak keluarkan, dan terjulur keluar atas meja, eventhough it is from other subject (not related to current paper), or, the fact that you are not refering to it at all, it will not change the real fact that you have breach the rules and regulations. Hadiahnya, either FAIL dan ambik semula subject tu next sem, atau repeat exam.. tapi kalau kes camtu, memang tiada ampun bagimu, dapat 0 for final, so, harapkan kerja2 kursus shj, paling power pun, dapatlah D atau D+... nak ke??
satu lagi, kes handphone.. memang dah jelas dan nyata, students are not allowed to bring in handphone ke dalam dewan peperiksaan, still, they brought in. even though they put it on silent atau off, but still, it is NOT ALLOWED.. tak paham ke bahasa inggeris, kalau bahasa melayu pun tak paham.. nak kena cakap jerman lak agaknye huhuhu...
mujurlah aku tak jadi chief invigilator, kalau tak, memang semua tu aku filekan misconduct je... baru depa sedor diri... but this things will surely happen again, every semester.. i like to propose that before last class of every semester, lecturer kasik rubber band to all their students, and ask them to use it instead of pencil case. for phone problem, so far, no solution that i can think off... kalau confiscate karang, kita pulak yang kena, maklumlah, depa tu anak2 orang kaya belaka... tengok henpon pun mengerikan... heheheh
oh i miss the real exam situation!!
Monday, August 22, 2011
Jaga exam...
Monday, January 24, 2011
Naik bas
Selalu nya aku balik uni, samada aku drive serena kami atau aku naik bas aje.. rutin sekarang nih, setiap hari aku drive sendiri, kemudian balik rumah dalam pukul 4.30, makan, solat asar kat rumah, kemudian hantar abang gi Reservoir, dan aku duduk kat opis sampai malam. kecuali hari jumaat, sbb aku agak saspen duduk opis sampai malam kerana budak2 ramai mabuk todi kat dalam univ tu, ada bar kat dalam tu Ferguson Bar.. so, aku tak drive, tapi balik sendiri naik bas.
Biasanya bas kat sini memang punctual.. tak payahle nak tunggu lama2, asalkan tahu timing yang betul.. aku jugak dah beli kad bas Ritchie (syarikat bas), 10 trip hanya 10.20 je, compare kalu biasa (normal person), 10 trip 18dolar.. so jimat banyak kat situ..
untuk balik ke rumahku di East Coast Rd, malangnya takde direct bas yang lalu. so, aku terpaksa ambik 2 bas. dan route yang paling dekat adalah dari Massey ke Constellation Station, kemudian dari Constellation Station ke East Coast Rd. maknanya, 1 hari aku pakai 2 trip, makanya 10 trip tu bertahan 5 hari shj, lainlah kalu ada driver bas yang baikhati yg kasik free ride (selalu dapat free ride kalau dah muka yang sama je naik bas dia kan, driver bas sini baik2, byknya org fiji/samoa dan india)
dari univ, aku ada 2 choices, samada naik bas 880 atau bas 887.. utk isnin-jumaat, dua2 bas beroperasi setiap setengah jam, 5 min pass the hour, cam 8.05, 8.35, 9.05, 9.35 dsbnya tapi 880 hanya sehingga 6.05 petang je. selepas itu, sejam sekali, iaitu pukul 7.05, 8.05, 9.05, 10.05, 11.05 malam. 887 pulak beroperasi setengah jam tapi 10 minute pass the hour, macam 8.10, 8.40, 9.10, 9.40 gitu.. sampailah 6.40.. lepastu, every hour lak, cam 7.40, 8.40, 9.40, 10.40.. maknanya, kalau siang, banyak lah choices yang ada, tapi dh lewwat tu, agak sikit lah..
tapi, disebabkan aku kena ambik 1 lagi bas dr constellation station utk balik, jadi kenalah disynchronizekan dgn another bas, iaitu bas nombor 886.. bas ni akan bertolak dari stesen, every hour tepat on the hour itself. di sinilah pentinganya perancangan. kalau balik lewat, kalau aku naik 880 jam 8.05 misalannya, aku akan sampai di Constellation jam 8.20, dan tercangak lah sampai pukul 9 malam.. utk mengelakkan tu, kalau aku balik lewat, aku akan ambil 887 instead, katakan 8.40, so sampai stesen 8.55, dan aku akan ngam2 sempat naik bas pukul 9 malam.. takdelah lama sgt tgu kat stesen tu kan..
ok tu kisah balik uni, aku dh memang expert.. huhuhu.. tapi, pagi tadi, aku bangun tidur je dalam pukul 9 gitu, tgk2 abang dh takde, tgk van pun takde, rupa2nya dia gi ke Devonport sana memancing... huhuhu.. camne nak gi opis nih, kalau nak suruh abang balik pun, ambik masa 30 minit jugak tu.. last2 aku buat2 merajuk dan cakap, takpelah, saya naik bas jer.. huhuhuu..
saspen jugak nak naik bas nih, tapi aku malas nak adventurous sgt, so aku naik je bas reverse order heheh.. naik 886 ke stesen, dan naik 887 ke uni, padahal aku tgk bas 550 yg ke uni pun ada dan akan sampai lebih cepat, tapi ah malas nak ambik pusing.. (sebenarnya malas nak baca peta jadual dan merancang dalam hujan gerimis lagi tu, sejuk pulak tuuu)
rekod gak pagi tadi, aku ditahan kereta, didalamnya org kesesatan jalan, menanyakan manakah arah Carlisle Rd.. Org tu tunjuk peta, so senanglah aku nak detect ye tak.. wah, dgn senang hatinya aku bagi instruction "u have to u-turn, and go back that way, go straight until u find big traffic light 4 junctions with Shell on your right, then turn right" heheh.. tak sangka aku dh adapt selok belok liku2 albany nih.. terharu lak pagi2 tak buta sangat tuh heheheh...
tu je lah citer nya.. naik bas.. sape2 yg jarang naik bas tu, boleh la try.. seronoknya bas kat sini bab punctual tu.. memang tak dapek di Malaysia..!
Tuesday, January 5, 2010
haiii student..
Tadi aku bukak email UNITEN. Ada 1 email dari student aku.. actually student ni adalah advisee aku kat sana. Di UNITEN setiap lecturer kena jaga dalam lebih kurang 15-25 org pelajar sebagai advisee.. biasanya perjumpaan wajib sekali setiap semester, dan yang tak wajib tu bergantung kepada kerajinan advisor masing2 lah..
Aku banyak kali juga buat acara tak wajib tu.. ada lah buat acara Breakfast Bersama, kemudian pernah juga Majlis Buka Puasa, Majlis Sambutan Raya.. kiranya mereka ni macam anak2 lah ngan aku tu..
so, berbalik pada email tadi, student tu nak buat appointment dengan aku untuk review permohonan dia untuk bergraduat.. memang advisee kena dapatkan signature advisor masing2 untuk bergraduat, sbb advisor akan cek samada student ni dah memenuhi syarat bergraduat dan dah ambik certain credit hour dsb nya.
abih tu, dah aku kat sini, aku channelkan dia pada HOD department aku lah..
Hai.. aku dah bagitau dah haritu, aku nak sambung belajo.. pastu takde pulak nak cari aku kat opis, sampai tak tahu aku dah takde kat UNITEN. tu laa.. suruh jumpa selalu, taknak.. kan dah ketinggalan keretapi.. isk..
sabo je aku...


