Tahu ke kimchi tu apa?? aku pun tak tahu, tak pernah makan, tak pernah jumpa.. mungkin aku akan suka atau tak suka, tak tahu lah... tapi, yang penting, KIMCHI ni asal dari korea... yeaa... korea yang melanda Malaysia dgn drama2 nya dan tarian kuda oppa gangnam style nya... tapi to be frank, aku tak pernah tengok pun drama korea tu huhuhu... yang tarian kuda tu adalah aku tengok ...
aku hantar 1 paper ke conference di South Korea, to be exact, ke Jeju Island. Jeju adalah sebuah pulau yea, yang terletak di bawah mainland Korea. Ia di bawah jajahan takluk Korea Selatan. Dekat juga dengan Jepun. Kelulusan sampai ke tangan aku pada hari Jumaat 20hb Dis, jam 3.45 petang... sedangkan conference tu pada 27hb disember... sudahlah 25 tu cuti krismas, dan 24 tu aku ambik cuti tahun sbb bercadang nak ajak budak2 pompuan taman aku sleep over kat rumah... Nampak gayanya jenuh la aku...
weekend tu memang kelam kabut cari flight dan hotel... hotel takpelah jugak sbb banyak, flight tu yg jadi masalahnya... yelah nak le yang murah.. walaopon kos ditanggung, tapi kena guna duit sendiri dulu, claim kemudian.. dan abang juga kena ikut sbb aku takut le nak gi sensorang.. bukannya dlm Malaysia... so, tambang abang kena la bayo sendiri...
so cari2, dapatlah tiket airasia yang bertolak hari khamis 26hb dan balik sini pada isnin 30hb... 4 malam di sana.. dr LCCT ke Busan, kemudian Busan ke Jeju naik internal flight Air Busan. Route yang sama untuk balik nanti..
hotel pulak, 3 malam di Jeju duduk di Goodday EJ Hotel, dan 1 malam di Busan duduk di The Sun Hotel.
itinerary pulak aku terpakse le google merata mencari tempat2 yg ok untuk di lawati.. fuhhhh...
sehari sebelum bertolak, semua telah ready utk KIMCHI getaway!!
Friday, January 10, 2014
Kimchi Getaway - Part 1
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|