Yeszaa... lamanya tak update blog.. aku bizi dong baca blog2 orang je hehehh.. sampaikan malas nak update blog sendiri...
UTM skrg baru je mula semester baru, so lepas ni aku akan bizi semula dgn kelas, walopon sem nih aku cuma ambik 2 kelas je, tu pun 1 tu aku nak drop sbb subjek tu aku sendiri ajar sem ni kat uniten.. harap2 boleh exempted...
yang aku nak stori ni ialah kes aku berjumpa semula dengan kawan baik aku masa sekolah taayah.. dalam ramai2 kawan, aku dan Mizah ni, sekelas dari form 1 sampai form 4.. tak pernah berpisah.. sorang lagi dengan Suhaila Hasbollah atau kami panggil Sbol.. Kami memang close la namun lepas je SPM, terus lenyap macam debu di tiup angin... hilang... lesap... tak dapat di kesan...
alkisah, selasa lepas time aku tgh layan FB sbb sekarang aku terlibat dalam karnival sukan budak2, so update kat dorang just announce dlm FB je.. tiba2 aku disapa oleh si Mizah.. menjerit aku dibuatnya! memang lama sangat dah aku dok cari Mizah ni, rupa2nya dia keje kat seblah UNITEN ni je... punyela dekat...
so kami janji makan nasik arab kat food court masjid.. kecoh juga lah dibuatnya bila masing2 nak bercerita selepas 21 tahun tak jumpa!!
dulu kami berkongsi hobi.. iaitu collect puisi2 yang keluar dalam suratkhabar, gunting dan tampal dalam 1 buku.. Buku tu Mizah yang punya.. suratkhabar tu pulak, waktu tu kelas kami melanggan, so memang cepat2 la cop puisi tu dan seterusnya.. ketika dah nak habis SPM, Mizah janji nak kasik pada aku buku puisi tu sebagai kenangan kami, tapi kami tak jumpa masa last2 tu (aku ingat lagi, maksu yang pickup aku kat sekolah dan bawak ke rumah dia sebaik je habis peksa).. sampailah hari ni.. so buku tu Mizah still simpan lagi..
semangat kami berborak macam2 isu dari kawan2 sampailah cikgu cikgu.. masuk juga kehidupan sekranga dan keluarga masing2... sampai org sekeliling dok jeling2 uhuhuhu..
rindu bangat pada Mizah.. nanti kita dating lagi yea..!!
Friday, February 24, 2012
Khairul Hamizah
Friday, September 9, 2011
Ke mana kawan2 ku?
Kalau diputarkan masa ke alam remaja, time2 raya camnih, apakah yang paling best sekali? Anggaplah cuti sekolah tu panjang dan raya pun panjang, so apekah yang kita buat, let say, umur dalam 15 tahun gitu?? auuwwww... mudanyaaaa... ehheheh
kalau budak2 skrg nih, hampehh... beraya pun main henpon... kalau tak call atau sms, sanggup tu main game dalam henpon tu.. bukannya nak bermesraan ngan sedara mara dan kawan2... isk iskkk...
sebenonya, aku teringat adik aku haritu masa kami gegas2 nak balik KL, dan mak abah gegas2 nak ke Lambor, dia tinggal sorang2 kat rumah, sbb kawan2 dia nak dtg beraya.. ehheheh... otomatik aku teringat kisah aku beraya bertahun2 dahulu, sewaktu aku masih muda rumaja ahakssss.....
seingat aku, masa aku sekolah rendah, aku tak pandai nak beraya sendiri tanpa mak dan abah... tapi bila aku dah sekolah menengah barulah aku dilepaskan untuk beraya sama kawan2... tapi masa tu, kami naik bas dari satu rumah ke satu rumah... bas kat kg aku tu pulak bertime, setiap setengah jam satu bas, tapi ada 2 bas yang boleh naik, iaitu bas Bidor-Teluk Intan, atau bas Bidor-Kg Coldstream.. dua2 pun lalu kg aku... tapi kekerapan ke Kg Coldstream tu agak limited.. sejam satu kot...
alkisah, kawan2 aku dulu kebanyakkannya tak raya mana2 pun, semua beraya kat kg aku tu.. kecuali yg aku ingat, famili Arwah Rusman.. kalau nak dtg rumah dia, kena dtg hari raya ke3, baru dia ada rumah, dan dapat makan laksa mak dia yang sangat sedap.. sanggup tu, nak makan laksa punya pasal... rumah Rozaini dan Supi adalah rumah yang paling hujung sekali menghala ke Batu 6, kemudian Hanom, diikuti oleh Samsul, Arwah Razak dan rumahku.. lepas tu baru jumpa rumah Jamal, kemudian tepi sekolah rumah Karim dan Rusman.. depa ni duduk Batu 5... selebihnya kawan2ku semuanya duduk di Batu 4, atas kongsi yang asalnya dibina untuk pekerja2 lombong bijih timah...
aku ingat 1 tahun tu, kami berkonvoi beramai2 naik bas pegi beraya.. yang last sekali kami raya kat rumah Maslina, masa nih rumahnya di Kg Pasir, dan hanya dia sorang je yg duduk situ.. selalu kami malas nak pegi sbb agak jauh, dan bazir 1 rumah je, tapi tahun tu kami pegi gak... seksa betul kena tgu bas! ada sekali tu kawan2 aku tak dtg rumah aku, tapi terus direct gi rumah Hanom.. sampai sana baru depa tepon aku suruh aku dtg rumah Hanom.. merajuk betul aku masa tu, sampai tahun depannya aku ungkit lagi!! ehheheh
ada sekali kami konvoi naik moto pulak, ni dh besar sikit, harus form 4 atau form 5 kot... aku naik ngan hanom, wati naik ngan ju.. budak2 lelaki konvoi ntah berapa bijik moto tah... tahun tu lah kami dapat beraya byk sikit rumah sbb senang nak gerak... taklah nak kena tgu bas...
disebabkan tu, kami semua rapat ngan parent each others, sbb dah tentu sekampung.. pastu kalau berkumpul tu, bukannya tanya nama kita, tapi depa tanya, "ko ni anak sapa?" "anak saad, makcik, cucu uteh" "ooooo.... !" mmg gitu lah cara org kg beramah mesra, kannnn...
bila time depa menyerang rumah aku plak, bapak aku mesti join sekaki sekejap seblom mak aku plak join... tapi selalunya depa pun memang kenal semua kawan2 aku so takde lah nak intebiu bagai... macam mak aku kata "alah mak ngan mak dia tu sama2 bawak perut ke klinik dulu.. " ngandung sama2 lah tu!! hehheeh..
rindunya aku ngan kawan2 sekampung aku tu!! kalaulah masa boleh diputarkan semula, aku nak bersama2 mereka merayau kampung, menziarah dari satu rumah ke satu rumah, makan kuih raya dan maruku sambil minum sirap bergelas2, sambil layan tv dan menghimbau cerita2 kelakar di sekolah rendah..
skrg ni masing2 sudah berkeluarga dan punya tanggungjawab terhadap suami/isteri disamping tanggungjawab hakiki kepada ibubapa.. masa cuti yang makin singkat pulak perlu dibahagi 2 kampung, dan banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk sesi ziarah rumah kawan2..
harapanku semoga semua sahabat2 sekampungku bergembira di hari raya yang mulia ini, dan sentiasa menyimpan kenangan manis usia remaja, dan mengenang diriku walau secebis sebagai salah satu fragmen yang pernah hadir dalam hidup mereka, sepertimana aku mengenang mereka sebagai sahabat2ku... insyaAllah, jika ada rezeki dan umur panjang, kita akan berjumpa semula, dan aku yakin sangat yang kita akan menghimbau semula cerita2 kelakar di sekolah rendah tu dan membina semula ikatan ukhuwah yang lebih erat. Amiinnnn...
Monday, August 1, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakah!
Kepada semua sahabat2ku diseluruh pelusuk alam, kutitipkan salam Ramadhan dgn penuh kesyukuran.. tahun ini kita berpeluang mengucup wajah Ramadhan lagi, berpeluang juga menghirup nafas dalam bulan yang suci ini... buatlah Ramadhan ini sebagai satu penghijrahan diri ke arah yang lebih baik lagi..
insaf rasanya akan kekerdilan diri, tahun ini kembali menyambut Ramadhan ditanahair tercinta.. terkenang juga pengalaman di rantau org dulu, di mana roh Ramadhan tidak disambut oleh rakyatnya.. jadi terpulang kepada kita utk menghidupkan semangat Ramadhan.. berbuka dan bersahur pun tidak sesempurna mana, namun itulah asam garam kehidupan di tempat org..
tahun lepas, Shukor berbuka di tempat keje shj, jadi peluang utk kami berbuka bersama, hanya 1, 2 hari shj, sementelah pula masatu shukor cover chik piah, yg pulang ke malaysia utk data collection. Jadi aku kena balik awal dr uni, masak ala kadar,dan bekalkan abang lauk + nasik.. kemudian tinggallah aku sorang2 di rumah, berbuka sendirian.. sahur pula kami makan sempoi2 aje, sbb siang pendek, jadi tak lapar sgt..
tahun ni, kami berazam utk berjimat cermat walaupun kehidupan Ramadhan di Malaysia dilimpahi makanan dan kuih muih sebagaimana lazimnya.. tengok, samada kami mampu utk melayani akal pikiran dari dikuasai nafsu makanan melampau.. huhuhuhu
kepada semua sahabat2 ku di luar negara, jadilah seperti ikan di laut, yang tidak masin isinya walaupun seumur hidupnya dalam air masin.. jadilah seperti kelapa yang semakin tua, semakin tebal isinya dan banyak pula gunanya... jadilah seperti padi yang semakin tunduk pula bila ia semakin sarat dgn isi dan semakin matang...
kepada semua sahabat2 seagama, saudara2ku di dunia dan diakhirat, marilah kita hidupkan roh Ramadhan sedaya kita, sebagai umat akhir zaman yang penuh dihimpit cabaran.. yakin BOLEH!!
Friday, July 22, 2011
ke Kuantan mencari kedamaian..
ini kisah minggu lepas... dah berhari2 aku cakap ngan shukor, nak pegi Kuantan sbb nak jumpa Adnan dan Asna, dan anak2 mereka.. shukor plak buat tak tahu je.. membara je aku dalam hati jelah... huhuhu... tup2 pagi sabtu tu dia cakap, ha cepat siap2, kata nak gi Kuantan.. selalu camtu tau.. buat aku kelam kabut... taknak kawan!!
tapi sbb dia sudi drive ke kuantan, so aku kawan balik heheheh... kami gerak dlm pukul 11 pagi, selepas brekfast oat mcm biasa, kakngah bekalkan nasik lemak sebungkus, bhgn shukor, shukor jenis tak makan pagi2 sgt, so dia cuma makan biskut kering je... oklah, mari kita ke Kuantan!!
wahahahah... aku dh tertidur seblom masuk MRR2 lagik.. sedor2 je dah sampai Karak.. berenti kat petronas di KM 10, Karak.. wuhuhu.. aku teringat citer movie KARAK yang aku tengok masa kat umah Cail di PD haritu, perghhhh seramnyaaa... tapi mujor lah tghhari a.k.a. siang terang benderang, so aku pun tak takut lahhh... ehheheh... berhenti kat petronas, buang air, beli air, dan siram kereta dgn air sbb kereta berdebu kaler merah... tak comel dh Myvi aku tu.. cian dia..
kami tak ikut hiway, sbb sengaja mahu jimat duit tol.. shukor kan rajin drive jauh2 nih... dan ada 2 eksiden sepanjang perjalanan, memang jadi jem sekejap... siap ada org call lagi dalam radio Sinar, merepot tentang jem tu... kami sampai ke area Maran (ke Gambang?), berhenti kat tempat org jual durian.. phewww... menimbun duriannya... ada yg selonggok rm10, selonggok rm15, dan ada gak yang main timbang... kami decide nak makan kat situ je, so ambik yg selonggok rm15 tu je.. yg rm10 tu stok utk buat tempoyak boleh lah tu... wahhh.. sedap bangat duriannya.. ada macam2 jenis, dan kalau tak elok, dia ganti lak yang lain... best best... sampai ada belen 2 pangsa, kami dh kekenyangan giler...
oklah, mari kita teruskan perjalanan ke Kuantan... ada dalam 30 km lagi nih... kami pun mengejar waktu asar dah nak habis, masih belom solat nih... masuk je Kuantan, shukor terus belok masuk Seri Malaysia, aku pun terus tanya rega, semalam (weekend) kena 170.. wah agak mahal nih... tapi kami dah tak larat nak ronda, dan takut terlepas waktu solat so kami terus je check-in... dapat bilik hujung sekali, level bawah tu je, tak payah naik tangga... alhamdulillah...
kami terus solat dulu, pastu, selepas rehat dan mandi menyegarkan badan, kami keluar nak cari makan.. hajat di hati nak pekena ikan bakar.. so, kami ronda sampai pantai teluk cempedak, org punyelaaa ramai... kami park keta dan jalan ke pantai.. ingatkan ada kedai makan, namun tak jumpa yg jual ikan bakar.. so, kami patah balik ke belakang.... stop kat satu restoran ni, tercangak2 kot ada jual ikan bakar, tapi hampa lagi... sekali aku terus terjah je org yg baru lepas makan kat situ, tanya kat mana ada gerai ikan bakar.. mamat tu nampak brutal, dgn baju takde lengan, body mcm awie, pastu muka mmg garang, tapi baik giler, siap explain detail lagi camne nak pegi.. rupanya banyak ada di tanjung lumpur!!
gopoh2 kami bergerak pegi... memang gembira sangat hati aku tengok punyelaa banyak kedai ikan bakar!! kami selusur gerai yg memula tu, tapi tak berkenan ikan2nya, so makan next kedai... ambik sotong sekor buat goreng tepung, ikan sebelah buat bakar, ketam sekor utk goreng cili, dan puyuh sekor goreng garam kunyit.. marvellous makan sampai terover2 kenyang si shukor!! huhuhuhu...
sbb makan byk sangat, bangun esok pun abang masih rasa kenyang heheheh... tapi tak kira, mesti mau try breakfast kat Seri Malaysia nih.. sbb mahal dh bayo rega bilik kan... hmmm.. ok jugak makanan kat seri malaysia nih... sedap sedap semuanya!! lepas checkout, kami menuju ke pantai teluk cempedak.. janji nak jumpa Nan dgn Asna kol 3.30, so lama lagi nih... kami pun park keta dan pusing2 tengok barang2 org jual, sampai jalan2 kat tepian pantai.. wahhh... rasa mcm damai bangat, tenang je walopon org punyelah ramai tak hengat!!
dalam pukul 3 camtu, kami pun gerak ke tempat dijanjikan... pusing2 kat area tg lumpur tu, kami berhenti solat dulu kat masjid tg lumpur... pastu, jumpa la nan dan angkatan tenteranya... kami makan kat restoran ikan bakar lagi, kali ni, fancy sket lauk2nya sbb ada lala masak cili, sotong goreng tepung, sotong masak pedas, ikan jenahak dan caru, bakar... sedapnyaaa makan ikan.. favourite aku kan!!
lepas makan, kami gerak ke rumah chik nan.. lalu kat rumah chik piah/nida, dan sempat pulak tu call depa di NZ, sekadar nak confirmkan rumah yang mana satu!! hehehheh... selepas tu, kami gi gerai org jual durian, beli durian lak 4 bijik... sampai rumah Nan, masak pulak kuah durian dan pulut... nak makan pengat durian lah pulak.. perghhh... keje melantak jek ko yea... habis diet ko june!!
hahahah... senang hati... lepas solat bagai, kami gerak dari rumah Nan, jam dah pukul 9.40 malam... mata pun dh ngantuk..abang drive ikut jalan lama je.. memang sunyi takde org.. huhuhu... aku separuh jalan je dh tertidur... sedo2 je dh sampai umah kakngah di bangi pukul 1.30 pagi.. wah laju jugak ekk abang aku drive nih... aduioyaiii ngantok nyeee... jom lah tido jom!!!
oh ya, lupa nak citer... tentang sorang kawan aku nih.. kawan sama2 sekolah rendah, kawan sekampung... kalau masa kecik2 dulu, memang kami rapat sangat, dan sering bersaing untuk dapat markah tertinggi dalam apa subjek pun... namanya Hanom... kalau korang ingat, aku pernah ceritakan tentang Hanom dalam entri aku di sini dan sini... Hanom kini menetap di Kuantan.. jadi, malam smasa tunggu ikan bakar siap dibakar tu, aku pun gempurlah adik aku, utk dapatkan nombor Hanom dari adik hanom, yang merupakan kawan dia (aku dan hanom sebaya, adikku dan adik hanom pun sebaya).. dipendekkan citer, dapatlah aku nombor si Hanom.. dgn semangatnya aku teponlah dia.. Hanom masa tu ada di area Kuantan lah, jalan2 dlm keta dgn anak2nya (husband dia outstation ke Lipis).. tapi takde pun dia sound excited dpt call aku... shukor kata, kalau exciter, mestilah ajak dtg ke rumah ke, atau ajak makan lunch ke apeke... namun takde... so hanom janji nak jumpa lah esok, dia nak dtg seri malaysia je.. ok lah... namun, esoknya, aku punyelah tunggu kot2 dia nak call, hampa... bile kami dh checkout, aku pun call lah dia, tanya nak jumpa tak.. katanya dia takleh nak kuor, risaukan anak dia tak balik rumah lagi sbb keluar dgn cikgu dan balik sendiri.. katanya, nanti kita jumpalah, raya ke, raya haji ke... tapi bila aku tanya, dh berapa lama ko tak balik kg nih Nom... katanya, anak dia yg kecik tu, tak penah balik ke kg, budak tu dh umur 7 tahun dh... punyelah lama dia tak balik.. kalah org duduk luor negara... tensen aku... geram sbb kawan aku jadi camnih... kesian makbapak dia... sedih tengok muke depa... dhle ayah dia memang org kuat kalau ada majlis2 kahwin adik2aku... hmmm... sedih!! sampai sudah aku tak jumpa Hanom.. :(


