Tuesday, May 27, 2008

Zaman Sekolah Rendah - Part 2

Darjah 4
Masa Darjah 4 cikgu kelas kami Cikge Faezah. Cikgu ni terror English so memang tahun ni semua orang agak improve sikit English nya. Maklumlah, sekolah kampung kan.. English ni terror sikit2 pun org dah kagum gitu heheh.. Tahun ni kami banyak terlibat dengan persatuan dan sukan, so selalu lah balik lewat dari sekolah. Kadang2 tak balik, stay kat sekolah je sampai petang. Kadang2 balik rumah dulu, tukar baju pastu datang sekolah balik. Jarak ekolah dengan rumah aku adalah dalam tak sampai pun 100 meter so kalau jalan kaki tu kejap aje. Mak tak kasik bawak basikal sbb takut eksiden heheh, so sampai habis sekolah rendah memang tak pernah rasa naik basikal, in fact memang takde basikal pun.

Masa ni budak kelas aku cuma ada 29 org je.. sikit kan? Dan walaupun result akhir tahun lebih baik dari pertengahan tahun, aku hanya dapat no 2 je. No 1 Hanom, dan no 3 Rusman. Ni lah kawan2 aku yang asik bersaing ngan aku.

Darjah 5
Cikgu kelas kami adalah cikgu baru kat sekolah kami, namanya cikgu Arbain b Saidi. Cikgu ni sungguh berhemah, kerja2nya sangat teliti dan handwritingnya sungguh cantik. Dia ajar kami BM, dan beliau sungguh berwibawa. Kami memang seronok dia jadi guru kelas kami. Tahun ni kami ambik Peperiksaaan Penilaian Darjah 5 (PPDL), so selalu sangat ada tusyen. Guru besar pun sama turun padang mengajar kami Matematik. Yang bestnya, guru besar tak lokek. Siapa yang siap awal latihan dia dan betul semua akan dapat 20sen. Kalau tusyen hari sabtu atau ahad tu, kadang2 aku dapat kumpul dekat seringgit heheh. Kami semua benar2 teruja dan belajar bagai nak rak, and the result of PPDL memang melebihi jangkauan pihak sekolah. Rusman jadi satu2nya pelajar yang dapat 5A. Hanom dan aku dapat 4A1B dan 2 org lagi (Samad & Ridzauddin). Karim dapat 4A1C. Pada masa tu, itulah kejayaan paling besar bagi sekolah kami. Ramai juga kawan kami yang lain dapat 3A dsb. Pada hujung tahun itu (tahun 1985), Datuk Seri Abdullah Badawi datang ke sekolah kami untuk merasmikan bangunan baru (yg dah siap sejak bertahun dah) dan menyampaikan hadiah pd kami2 ni. Paklah adalah Menteri Pelajaran pd masa tu, dan upacara penyampaian hadiah dibuat diluar bangunan sekolah iaitu open air. Gembiranya dapat bersalam dengan menteri bagi kami anak2 kampung ni sukar nak diceritakan. Muka bangga para ibubapa pun jelas terpancar dan rasa gembira guru2 juga masih jelas di ingatan. Kami sungguh gembira pada hari itu, selain dapat salam menteri, diberi juga penghargaan mengharumkan nama sekolah.

Darjah 6
Since kami dah habis PPDL, so, tahun ni merupakan tahun honeymoon dan enjoy sakan. Walaubagaimanapun, tahun ni kami banyak terlibat dalam mengisi borang permohonan ke asrama, pegi ujian bertulis, jamuan makan dan lawatan. Yes, lawatan yang sebenar! Guru kelas kami masih Cikgu Arbain yang kami sayangi dan tahun ni aku dilantik jadi Ketua Kelas. Memang lain dari kebiasaan, biasanya Ketua Kelas lelaki, Penolongnya pompuan, tapi Cikgu Arbain nak kelainan, so pompuan lak jadi Ketua, dan penolongnya lelaki (Ridzauddin @ Din). Tahun ni kami ada buat collection kelas, tak ingat bayar berapa. So pada hujung tahun kami murid2 darjah 6 plan untuk buat majlis perpisahan dengan semua guru2. Semua nya kami rancang sendiri, dari segi makanan dan hiasan. Kami gunakan bilik sebelah yang kosong sebagai bilik jamuan tersebut, dan semua orang bertungkus lumus menghiasnya. Cantik sangat jadinya bilik tu siap ada riben yang merentangi bilik dan pintu pun bergantungan riben2 macam rumah kap lam ya nga pun ada. Makanan pun sedap giler semua orang bawak makanan. Memang best lah! Cikgu2 pun puji atas kerjasama kami dan depa terharu sebab belum pernah ada murid2 buat majlis untuk cikgu. Lawatan pulak, aku masih ingat kami buat lawatan ke Penang. Kira tu paling jauh la tu. Kami bertolak pukul 10 malam dan sampai sana tgh malam. Entah apa kejadah nya kami bertolak malam2 tu pun aku pun tak tahu.. ye laa.. aku kan budak lagi masa tu. Padahal Bidor - Penang tu tak berapa jauh sgt pun. Aku bawak duit adalah RM30 ++ hasil sumbangan mak, opah dan tok heheh tapi masa tu 30 besar woo nilainya. Aku masih ingat dalam tgh malam tu sampai penang, kami park kat depan rumah Francis Light sementara tunggu pagi. Dengar bunyi ombak pukul2 benteng tu buat semua org jadi segar. Tak ngantuk punwalaupun pukul 2, 3 pagi. So, esoknya kami pegi naik Bukit Bendera, pegi Tokong Ular, pegi Botanical Garden yang banyak monyet tu, dan macam2 lagi. Makan sate, makan pasembor, kemudian lepak kat tepi pantai mana tah.. memang happening giler lah trip tu. Aku beli hadiah untuk semua ahli kuarga aku dgn duit 30++ tu siap makan minum kat sana lagi. Seronok sangat trip ke Penang tu sbb sampai sekarang aku masih boleh rasa angin laut menampar2 pipi masa kami duk kat depan rumah Francis Light tu sambil cuba nak tidur tapi takboleh...

Hujung tahun ni, aku dapat tawaran masuk Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Hanom dapat 2 tawaran, Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Agama Gunung Rapat, 2-2 kat Ipoh. Rusman dapat Sekolah Sultan Abdul Halim, Jitra. Samad dapat sekolah Teknik kat Ipoh dan Karim dapat Sekolah Anderson, Ipoh. Din dapat Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Walaupun Hanom dapat sama sekolah ngan aku, tapi kami setuju untuk pegi sekolah lain2 sbb nanti kami boleh tukar2 kertas soalan dan mesti dapat kawan2 baru. Pengalaman pun berbeza so adalah cerita2 yang boleh dikongsi.

Periksa hujung tahun tu, Hanom dapat no 1, aku no 2 dan Rusman no 3. Kemudian, kami bawa haluan masing2 menuju sekolah2 yang berlainan. Tapi hubungan kami tak putus sbb semua satu kampung, so setiap kali cuti sekolah, atau hari raya kami akan berkumpul semula dan mengenang kenangan2 manis ketika sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang, Bidor, Perak yang tercinta.

Update:
Hanom antara yang paling awal kahwin. Balik dari oversea (Univ. of Newcastle upon Tyne), dia terus bertunang dan kawin tahun 1998. Sekarang ni anak dia 4 orang (semua lelaki), yg sulung dah darjah 3. Hanom pernah keje dgn Commerce Bank sblum ikut husband dia sambung belajar. Balik tu tak tahu keje mana, but now duduk kat area keramat/gombak sana.

Din pun kawin agak awal gak. Tamat sekolah teknik, Din sambung politeknik. Kemudian keje di Majlis Bandaran Ipoh. Isterinya 1 pejabat dengan dia. Anaknya seorang je, lelaki, now drjh 3.

Rusman masuk UPM lepas SPM, kemudian sambung di USM. Kat sana dia jumpa isteri nya. Mereka kawin tahun 2000, dapat 2 orang anak perempuan. Kemudian mereka sekeluarga pindah keje kat Sabah. Pd tahun 2004, mereka sekeluarga terkorban dalam kejadian banjir /air melimpah yang turut mengorbankan orggaji mereka. Keempat2 mereka dikebumikan dalam 1 kubur di Tanah Perkuburan Kampung Jeram Mengkuang pd waktu hampir senja dengan kesayuan seisi kampung tak dapat diceritakan.

Samad melanjutkan pelajaran ke politeknik dan bekerja sebagai pegawai bank di BSN. Dia kemudian berkahwin dengan anggota polis dan dapat 2 anak, yang sulung pompuan, yg kedua lelaki. Samad duduk di Kampung Pasir, sebelah Kampung Jeram Mengkuang dengan mak dan adik perempuannya.

Karim kawin agak lewat tapi mungkin sebab dia anak bongsu so kena jaga emaknya. Karim keje di Teluk Intan sekarang, isterinya orang situ juga. Mereka juga tinggal di kampung Pasir.

Cikgu Arbain dah tak mengajar di kampung kami lagi. Dia duduk di Tapah, jalan menghala ke Cameron Highland. Pada hari raya sebelum Hanom kawin (tahun 1998), kami beramai2 ada pergi ke rumahnya, tapi Cikgu Arbain tiada di rumah. Mungkin balik kampung agaknya. Takde rezeki nak jumpa cikgu.

Kawan2 lain: Razak meninggal masa kami sekolah menengah, eksiden betul2 di depan rumah dia. Zura kawin agak awal jugak, anak 2. Maslina kawen sebaik shj tamat SPM, anaknya 3 org. Jayan kawin masa sekolah menengah lagi, anaknya 5 org. Roslan pun ada 2 anak. Rozaini keje di IWK, anak sorang. Hamizat ada 2 anak. Norizan baru bertunang. Samsul ada sorang anak. Supi keje di Pulau Pinang, ada 2 anak. Wati keje di KL, ada 3 anak. Zanian keje di Tapah, taktahu berapa anaknya. Annuar A, Anuar B, Hamid A, Hamid B, Khairi, Mahairi, Jamal, tak dapat berita terkini. Mungkin mereka ada contact kawan2 lelaki yg lain kot.

Sambung pula citer aku sekolah menengah.