Showing posts with label Kehidupan Auckland. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan Auckland. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Hari Raya dah makin hampir...

Oh sungguh gembira dapat menyambut raya di tanahair sendiri... namun bukan itulah yang penting, yang penting sekali, kita meraikannya dengan cara yang betul, walau dimana bumi dipijak...

ketika di NZ tahun lepas, kami menghidupkan ramadhan di tempat orang kapir tu dengan tadarus, disusuli majlis khatam quran... juga kami buat dodol beramai2 sebagai pelepas kerinduan... malam raya pula kami buat takbir dari rumah ke rumah... pagi raya, kami berkumpul di rumah terbesar di kalangan kami, untuk menikmati suasana pagi hari raya... namun, pemberian angpau raya bukan tradisi di sana, maklumlah, semua pun hidup atas elaun diberi orang.. hehheh...

tahun ini, kemeriahan raya ada di mana2... jangankan pasaraya2 terkemuka, kedai runcit ah kau dan pasar mini ramayya pun meriah jugak... dengan pasar ramadhan di sana sini, bazar ramadan yg tumbuh melata, khemah2 menjual lemang serunding dan rendang, termasuk yang menjual mercun dan bunga api!

itulah tradisi yang takbleh tak ujud..

yang bestnya, tahun ni kami mengambil langkah drastik sekali untuk tidak melakukan apa yang lazim dibuat orang:

1. kami tak shopping baju raya pun.. semuanya recycle tahun2 lepas punya..
2. kami langsung tak berbuka luar, samada kedai tomyan atau hotel 2, 3 bintang.. (hotel 5 bintang memang tak pernah gi, kecuali org belanja huhuhu)
3. kami minimize habis penjengahan pasar ramadhan.. ada 2 kali je pegi kat area rumah aku nih, dan kat kg ku kat bidor, sekali je..
4. aku buat sendiri kuih raya iaitu almond london dan tart nenas... sedap!! dan paling penting, jimat..
5. kami merajinkan diri gi solat terawih since surau sgt dekat dan takde apa aral sbb tak buat kuih raya utk niaga pun.. yeehaaaa!
6. boleh dikatakan 80% abang yang masak lauk berbuka, aku cuma touch up sikit2 je huhuhuhu

tahun ni aku akan menyambut raya di Klang dahulu seblom balik ke kampungku di Bidor, mungkin ptg raya pertama, atau raya kedua... sambutan di klang tidak semeriah di bidor, namun kenalah bertolak ansur kan... kalau di bidor, pagi2 selepas balik sembahyang raya, mesti berkumpul dan bersalaman ikut umur.. aku lah yang start dulu, sampai adik yang bongsu.. mesti ikut giliran.. lepas tu biasanya keluarga makngah dan mak andak akan dtg ke rumah sbb mak ku anak sulung, mestilah adik yang mintak maap ngan kakak kan... tu lah tradisinya.. pastu kami ramai2 pulak ke kubur, untuk meraikan hari raya dengan mereka yang tersayang yang telah pergi menemui Ilahi - arwah Opah, Paklang, Tokmok, TokWan, abangku Yop Ajam dan sedara mara yang lain spt Opah emak (onyang), sepupu2 nya yang dah tiada spt Yang Mat, kawanku Rusman sekeluarga dan ramai lagi.

balik dari kubur, kami akan beramai pulak menyerang rumah mak andak dan rumah mak ngah... melepak makan kuih raya sambil bercerita itu dan ini.. ptg sikit, jika tiada sedara mara datang bertandang, barulah kami gerak ke rumah Opah Chik (mak saudara abah) di Tapah, atau Maklong Siah (kakak abah) di Teluk Buluh. Dulu kami akan juga ke rumah Maksu (adik abah) di Batu Masjid, dan rumah Tokcik (adik opah - bapa saudara mak) di Kg Cegar, namun maksu dah berkerat rotan berpatah arang dgn abah, dan Tokcik pula tak berapa sihat dan dibawa anaknya (MakNgah Khairi) ke Kedah.

saudara mara belah mak paling ramai datang berkunjung compare dgn sebelah abah. lagipun, rumah kami terletak seblah rumah opah, jadi sejak opah tiada, otomatik, mereka akan ke rumah kami, mentelah mak anak sulung dan paling dikenali oleh sedara mara.

tahun ni, anak2 mak semuanya raya rumah mentua masing2, tinggal 2 org yg bujang tu aje lah... mak pun bercadang buat lemang lepas raya je, sbb takde sapa nak tolong bako.. sian mak... sabarlah ye mak.. anakanda balik nanti kita buat lemang, ok!

opis pun dh sunyi, sbb ada yg dh mula bercuti... suasana dh makin terasa!!

Selamat Hari Raya semua!! Semoga Syawal ini membawa cahaya dalam hidup kita, dunia dan akhirat.. aminnnnn....

Sunday, May 22, 2011

South of North Island - Hari 1 dan 2

Intention kami untuk menghabiskan round seluruh New Zealand akhirnya terlaksana jua.. inilah kisah perjalanan kami yg terakhir selama 5 hari selepas 4 hari ke Northland pada awal Mei haritu (masih belum diupdate dlm blog - later lah nampaknya.. langkah bendul huhuhu) *gambar akan diupdate kemudian

Hari 1
Lepas solat subuh, masing2 punyal ngantok, so tido dulu. pukul 8 baru bangun, padahal dah janji dgn Ajeep pukul 8 akan sampai kat rumah dia. ding dong sana, ding dong sini, pukul 9.00 pagi baru gerak ke rumah Nida. kami singgah makan nasik goreng dan punggah barang2 batch terakhir dari rumah 557 East Coast Rd. Akhirnya, dalam pukul 10 barulah sampai ke rumah Ajeep. Kesian Ajeep kena hantar kami pulak sedangkan Ajeep dan Dina tengah sibok untuk kemas barang2, mereka juga akan pulang ke Malaysia. si Ziqr pun sama sibuk tolong mengemas huhuhu..

Kami sampai di Ace Rental Car jam 11.00 pagi. Ajeep drop kami, dan dia terus balik. Ada org nak ambik TV dan barang2 kotak. Aku settlekan keta kejap. Dalam 20 minit urusan pun setel, dan kami dapat kereta comel macam keta Myvi, cuma beza kat boot dia je. Interior dalaman pun sama menyebabkan aku teringat keta Myvi merahku si WakkeRTu tu huhuhu... Apa2 pun, let's hit the road! KIta nak menjelajah south of north island ni, so enjoy!!

Plan perjalanan hari ni sangatlah panjang. Kami akan direct dari Auckland ke Hamilton. Dari Hamilton, kami akan ikut hiway 3 melalui Ohaupo, Te Awamutu, terus ke Otorohanga. Di Otorohanga kami berhenti sekejap untuk solat dan refresh. Kami minum kopi je, dan cari cenderamata. Dari Otorohanga, kami terus ke Te Kuiti, masih di hiway 3, terus ke Mokau dan straight ke pekan New Plymouth. Adalah berhenti sekejap2 untuk ambil2 gambar dan posing2. Kami sampai di New Plymouth, jam dah pukul 5.00 petang, so tak dapat nak singgah. Kedai cenderamata pun dah tutup, sedih betul. tapi perjalanan masih jauh nih, so kami tak tunggu lama.

Di New Plymouth, kami potong ke Inglewood, ikut hiway 3, dan menuju ke Stratford, Hawera dan menyusur tepi melalui pekan Patea dan Waitotara menuju Wanganui. Dari Wanganui, kami tak berhenti langsung, terus je melalui Bulls dan Sanson menuju Palmerston North. Kami sampai di PN, jam dah pukul 9.30. Kesian kak Laila yang mengantuk menunggu kami, sampai si bungsu Alya tertidur di sofa. Kami borak2 jap, pastu dihidangkan nasik panas. Sodap bukan main sampai berpeluh2 shukor makan hehheeh..

Pastu kami masuk tidur sbb esok kak laila dan abang mat keje dan anak2 semua nak sekolah. so, good nite!!


Hari 2
Pagi ni cam biasa lepas solat subuh, sambung sikit lagi tido. tapi kami dikejutkan dengan ketukan di pintu - si Alya, yang nak ke sekolah, nak salam dengan kami takut tak jumpa lagi. lepas salam2, tengok2 kat tangan dia ada kotak cadbury fundraising, bila tanya, rupanya ada 2 keping je lagi coklat yang tinggal, so aku suruh shukor beli. Shukor lak cakap, sayang pokde dulu, baru pokde beli. Sian si Alya ni, sangggup gi cium pokde dia yang masih tak gosok gigi lagi tu heiiiii....

Kol 9 lebih kami dan kak laila ke rumah kak shikin pulak. Ezanee dan wife nya Misah dah ada kat sana. Kak Shikin masak nasik lemak, sa,bal ikan bilis dan bahan2 nasik lemak yang lain, siap telur rebus. borak2 sakan, pastu Azanee terpaksa balik. Tak lama kemudian, Thaharah dan taufik plak sampai. Sambung lah lagi berborak. Sampai 10.30 terpaksa lah gerak sbb kak laila ada kelas dan kak shikin kena handle talk. tapi sempat lagi aku, shukor dan kak shikin gi kindi Farzana (anak kecil kak shikin - 2.5 years) kejap sbb nak jumpa budak comel tu.. geramnya tengok farzana yang dh pandai cakap sikit2 "i am pretty" tapi malangnya taknak kat orang.

Kejap je jumpa farzana, pastu kami gi Massey Univ pulak. Sampai sana, lepas parking, kami posing2 dulu, jalan2 ke kawasan library, kedai buku, bank dll, pastu balik. On the way nak keluar kawasan uni tu, stop dulu ambil gambar2 kat jalan utama. Cantik sgt gambar pokokr rapat2 dan daun yang banyak dah gugur.

Lepas tu kami ambil jalan kg aje menuju ke pekan Ashurst. Kalau sampai Palmy, memang le wajib untuk ke Wind Farm yang terkenal tu. Sampai pekan Ashhurst, pusing2 mencari jalan Blade Rd tak jumpa2.. last2 terpaksa tanya org stesen minyak. Barulah jumpa.. lega rasanya.. cantik sangat pemandangan di Wind Farm tu. dahla atas bukit, berangin kuat pulak tu, dan angin tu digunakan untuk jana electricity. Kan bagus kalau M'sia tiru teknik semulajadi ni. Kami posing2 tak lama sgt sbb hujan rintik2, sejuk jgn cerita la.. So, kami teruskan je perjalanan ke pekan Woodville. Kami singgah jap cari toilet, solat dan refresh, sebelom terus menuju ke Hastings ikut hiway 2.

Kami sampai di Hastings, jam dah pukul 5 petang, so, kami pusing2 bandar jap, tapi tak singgah mana pun. Kami terus tuju ke Napier, iaitu ke depan dalam 20km. Hotel kami iaiatu Spanish Lady Motel terletak sebelum Napier City Centre, tapi disebabkan kami sesat2, kami masuk jugak city center. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke motel jam 5.30 petang, leganya dapat rest2 atas katil.

bilik kami yang diberi iailah 1 bedroom motel, maknanya, ada 1 katil queen di ruang tamu, dan ada 1 bilik yg ada 2 single. dalam bilik tu takde heater (sejuk nak mampus!), so kami tidur di luar tu je.. ada dapur dan microwave, cerek, fridge dan perkakas memasak dan cutleries.. pendekkata, lengkaplah!

Tak lama lepas kami lepak2 jap dalam bilik, dapat call dari Thahirah, yang skrg bekerja di Napier buat sementara. Kami pun siap2 mandi dan solat dan keluar makan ngan Thahirah dan anaknya yang cheeky dan suka tersenyum - Fatihah. Kami makan di West Quay Rd, restoran Laos dan makan tomyam. nyum2 yummy!!Kemudian thahirah balik dan kami pun balik lah sendiri. Abang awal2 dh tidur - dia kan jadi drebar, so kena cukup rest. Aku layan TV jap, pastu tidor!

Wednesday, February 23, 2011

Kisah last week (19-20 feb 2011)

banyak sangat yang berlaku dalam hidup aku yang sempoi ni, namun kerterbatasan masa (dan rasa bersalah kalau mengadap pc tanpa membuat kerja2 PhD) membuatkan aku lambat mengupdate kisah2 hidupku.. so aku ceritakan terbalik lah, dr yag latest kepada yg paling basi sekali heheheh

Hari ahad yang lepas, aku dan Bejau tumpang kereta sewa Della, pegi ke city. sebenarnya di city (lokasi sebenar di Albert Park) ada berlangsung Lantern Festival, ala tanglung org china lah.. sempena hari chap goh mei kan.. tapi tanglung depa bukan setakat yg kertas merah ada rambu2 kat tepi tu dan lilin kat dalamnya.. depa punya gempak siap ada tema bagai.. cth: padang salji dgn gunung putih, arnab dan haiwan2 lain di tgh padang, tuan puteri tidur di sebalik bulan, hah macam2 lagi.. besar2 tanglung nya... aku pulak tak bawak kamera, so takde bukti.. bukan apa, sbb kupikirkan aku akan balik nanti naik bas, so malas lah nak leceh2 nak jaga kamera bagai kan..

wah seronoknyaaaaaaaaaa pergi lantern festival tu sbb ada banyak gerai malaysian dan halal lagik!! yeehaaa... dah rasa macam pegi pasar malam, tapi humang aiiii, mahalnyaaaaaaaaaaa harga makanan yg depa jual... aku mmg dah aim ABC, so sampai2 tu kita pusing 1 round dulu, jalan sampai habis ke belakang.. dh aim dh apa nak beli nih.. pastu ntah apa2 ntah, aku gi beli lak corn in cup 3dolar.. lahai.. depa kukus je dah.. kan kalau kita gaul ngan butter + garam + susu ke apeke kan.. depa takde.. dah le manis jagung je.. tak best nya... pastu aku makan lak takoyaki iaitu octopus ball.. macam cekodok sotong aje heheheh.. 5 ketul beso mcm fishball tu 5 dolar... huh... cekik darah btul.. pastu aku makan lak ABC (s'pore ice grated).. mmg pakai mesin yg kaler hijau tu, dan ais dia pun kasar2.. sedap sgt tu taklah sbb depa tak bubuh susu cair pun.. buh sirap2 tu je... semangkuk tu 5dolar..

penatnya jalan2.. org dah makin ramai bila dh menginjak jam 7 tu.. aku beli murtabak (sekeping 5dolar, aku beli 2 keping), popiah besar (1 3dolar, tapi 2 5dolar, so aku beli 2), dan mee goreng sebungkus dr kedai zati (5dolar).. bejau plak beli murtabak 1 dan sticky rice 2 ketul (1 ketul 3dolar).. tu je lah yg kami bawak balik..

sebelom balik tu, singgah jap umah della, aku nak tumpang solat asar.. pastu kami berdesup ke Britomart sbb nak kejar bas jam 8 northen expressway.. first time nih naik bas dr city balik ke Albany.. huhuhu.. kami sampai ke albany, kendian tgu lornie dtg ambik kami.. lornie kena lah pulak hantar aku balik rumah hehehehh...

pagi ahad tu iaitu pada hari yang sama (kan ini adalah kisah mengundur ke belakang, so cerita pun terbalik ikut first in last out hehheh), ada majlis tahlil di rumah dina.. sempena 40 hari pemergian bonda dina dan kak asiah.. sekejap aje masa berlalu, insyaAllah rohnya tenang di sana berkat doa anak2.. kak asiah dan dina buat nasik lemak, sambal sotong kering, ayam masak merah.. aku sumbangkan daging goreng kelantan style, dan kawan2 lain bawak kuih2 dan lauk jugak.. memang banyak jadinya makanan..mmg selalu camtu pun hehheh... menyebabkan balik dr tahlil tu aku bantai tido sampai asar.. yeeeehaaaa!! 2-2 ekoq kantoi buat taik mata heheh..

hari sabtu seblom tu, aku, abang dan abang suhaimi menghantar famili adnan ke airport Auckland. mereka akan pulang ke tanah air. Adnan sebenarnya datang ke NZ awal 1 minggu dari aku, namun rezeki dia mungkin di Malaysia. cabarannya bermula bila supervisornya berpindah ke Waikato, dan adnan ikut berpindah setelah 6 bulan di massey albany.. kemudian confirmation reportnya ditolak oleh supervisornya dan ala2 diberhentikan dr PhD.. adnan kemudian terpaksa mencari alternatif lain buat di malaysia, kerana tajuk beliau ni agak pelik sikit.. melibatkan linguistik tapi itu bukan bidang dia.. ntah macamana ntah.. namun ini adalah ketentuan Allah jua.. kita hanya mampu merancang, namun yang terbaik itu adalah apa yang dihadiahkan oleh Allah setelah kita berusaha.. mungkin inilah yang terbaik.. sayu sangat hatiku, bila Adnan telepon masa tu kami dlm perjalanan balik, dia dah nak masuk balai berlepas, bila dia cakap, doakanlah aku dalam sujud terakhirmu, semoga cita2 kita tercapai juga..

sebenarnya aku juga menghadapi masalah dalam pengajianku, namun berjuang terus berjuang.. jika kita percaya pada diri kita sendiri, insyaAllah akan ada lorong nya.. dulu abang selalu cakap pd aku.. kalau kita tenung sangkar burung tu lama2, suatu hari nanti mesti ada burung dalam tu.. yang penting FOKUS.. kalau kita letakkan fokus kita dalam apa yang kita sedang usahakan, insyaAllah, percayalah, lorong2 ke arahnya akan terbuka satu persatu untuk kita selusuri.. aku pernah mengalami situasi begini dulu.. dan aku amat percaya bahawa fokus disamping doa dan memohon dariNya, adalah ramuan paling mujarab untuk berjaya..

jadi, soalnya sekarang, bagaimana mahu fokus?? wahhh... nanti boleh jadi 10000 perkataan nih hehehhe...

oh yea.. cukup dulu kat sini.. nanti aku akan kisahkan tentang satu kursus yang aku hadiri.. yg mengubah diriku dan memberi keyakinan kepadaku untuk aku belajar dan terus belajar, kerana sesungguhnya ilmu Allah ini sangatlah banyak.. malu rasanya kalau mengaku pandai, sedangkan pandai itu juga subjektif sifatnya, dan pandai itu juga bukanlah ukuran apa2 kerana ilmu Allah itu boleh didapatkan oleh siapa2 pun asalkan dia berkehendak..

wallahualam bissawab..

Monday, February 21, 2011

South Island Hari 14 dan rumusan

alhamdulillah, kisah perjalanan aku ke South Island haritu dapat juga dimanfaatkan kepada orang lain yang punye misi serupa.. yelah, bumi NZ ni diibaratkan seperti "last heaven on earth" disebabkan kecantikan mukabuminya yang terpelihara zaman berzaman.. itu sudah rezeki mereka lah gamaknya.. jadi baiklah aku menghabiskan catatan perjalanan ku di hari ke 14 dan rumusan perbelanjaan, perjalanan, dan segalanya berkaitan trip 2 minggu tersebut.

Hari empat belas

hari ini kami berada di bumi christchurch sekali lagi, melengkapkan pusingan seluruh south island dalam masa 2 minggu. disebabkan kami tidur di Comfort Inn, agak selesa sebab boleh masak dan sebagainya, jadi kami usaha menghabiskan semua stok2 makanan yang ada.. mana yang lebih kami tinggalkan atau buang aje lah.. perlu diingat, kami ambik tiket flight yg paling murah, iaitu hanya hand luggage shj dibenarkan.. takde simpan beg dalam perut kapalterbang..

pagi2 lagi aku dh membasuh kain baju yg kotor, sbb kupikir senang kalau dh basuh siap2.. tak perlu pikir kain baju nak asing yang kotor dan masih bersih.. kami checkout macam biasa jam 10 pagi, dan terus tuju ke city center.. sbb kami dah breakfast siap2 kat bilik tadi (menghabiskan saki baki makanan), so kami terus boleh jalan2..

perkara pertama dibuat adalah menuju ke cathedral junction, untuk beli teket nak naik tran dan punting.. alhaamdulillah dapat parking dgn mudahnya, tambah pulak hari ahad, so senang sikit.. tapi parking still kena bayo walopon ahad, tapi kebetulan haritu ada function ape ntah, dapat free parking 2 jam kat certain2 jalan.. tapi rasanya jalan yg kami park tu kena bayo kot heheh...

ada 3 perkara2 yg best di CH nih.. 1) naik gondola 2) naik tram, dan 3) punting di avon river.. harga lain2, tapi kalau ambik combo, murah le sikit.. kalau ambik combo 3-3 sekali, lagi lah murah.. tapi memandangkan kami tak punya banyak masa, so, kami ambik tiket tram dan punting shj.. teket tram tu laku untuk 2 hari dan boleh pakai naik turun banyak mana pun sesuka hati.. dan memang kerap jugak tram tu frequensi nya.. memang menarik.. ala2 naik keretapi tgh bandar.. dan yg best dia lalu di kawasan2 yang jadi tempat tarikan, so kita hop-out kat A, pusing2, dan hop-in next tram utk ke destinasi seterusnya.. memang best!

salah 1 destinasi tram tu ialah avon river, yang boleh punting.. ada 2 tempat utk naik nih, samada nak melewati kawasan city centre, atau nak melewati botanical garden.. tiket yg kita beli tu hanya valid utk 1 je.. so kami pilih yg city centre.. sbb aku nih tak minat sgt bunga2 an.. heheh.. tukang bawak kami tu kelakar orgnya.. mcm2 die borak nga kitorang.. oh ye.. kebetulan naik punting tu 5 org je, semua org mesia.. yg 3 lagi tu chinese, husband and wife dgn anak lelaki dia.. peramah sgt auntie tu, siap kami berborak sakan dalam BM je heheheh...

lepas punting bagai, kami dah kelaparan.. so kami jalan2 kedai makan semua banyak pulak yg tutup.. mmg trend kat sini, lunch time 12-3 lebih kurang, pastu depa tutup kedai.. bukak balik kol 6 petang karang.. wah susah jugak nak cari kedai makan yg bukak.. last2 kami jumpa kedai siam.. hmmm ok ajelah.. kami makan yg seafood aje, termasuk kerabu sotong.. dan banana deep fried.. kerabu sangat sodapp... dan deep fried banana tu ialah pisang yg dibungkus macam popiah.. hehehhe... makan dgn aiskrim.. ok jugakla.. dh lapo tu semua sodap heheh..

lepas tu kami dah takleh nak kemana2 dah sbb kena pulangka kereta by 5pm.. kami terus je tuju ke Aces Rental, pulangkan kereta dan depa hantar kami ke airport.. hari masih awal lagi, walopon flight kami jam 7 malam.. kami sempat solat di airport.. just duduk je kat kerusi, make sure hadap kiblat (kompas kena ada yea), dan solat duduk atas kerusi.. alhamdulillah, masih diberi kesempatan solat, walaupun dalam kesulitan begitu.. takde lah darurat mana pun.. hehheh

naik flight jam 7 malam, kami sampai semula ke auckland jam 8.30 lebih kurang.. nihra ambil kami dari airport, dan bawa kami straight ke rumah chik piah.. wah wah wahhhh.. rupa2nya nida sudah masak nasik dan lauk best2 utk kami yg separa kebuluran heheheh... sedap ajelah makan heheh.. mekasih semua org!! welove you all!!

Rumusan

perbelanjaan kami ke South Island terbahagi 6 bahagian 1) teket kapalterbang 2) sewa kereta 3) hotel 4) perbelanjaan masuk tempat2 pelancongan 5) minyak kereta dan 6) rencam utk makan2 sepanjang perjalanan dan membeli cenderahati serta serba sedikit kenang2an

duit yang terlibat
1) 240 pergi balik AUCK-CH utk 2 org
2) 560 utk 14 hari
3) 1100 utk 14 malam di 13 tempat (te anau 2 malam)
4) 850
5) 450
6) tak dapat kira

tapi setelah disemak akaun bank dan diodit oleh diriku sendiri, didapati semua sekali dari A sampai Z, kami telah berbelanja 4400nzd.. wah banyaknya.. namun, insyaAllah dibayar dengan keindahan alam semulajadi yang terbentang didepan mata, tak boleh digambarkan.. juga kepuasan melihat bumi NZ dengan mata kepala sendiri, pengalaman melihat cara hidup org, dan pusing tempat2 yang tak pernah aku pegi, itu semua tidak dapat dinilaikan dgn wang ringgit..

insyaAllah, duit boleh di cari dan datang dan pergi dengan sekejapan, namun pengalaman dan coretan ini akan kekal, dan diharapkan boleh pula dimanfaatkan oleh orang lain.

Monday, January 24, 2011

Naik bas

Selalu nya aku balik uni, samada aku drive serena kami atau aku naik bas aje.. rutin sekarang nih, setiap hari aku drive sendiri, kemudian balik rumah dalam pukul 4.30, makan, solat asar kat rumah, kemudian hantar abang gi Reservoir, dan aku duduk kat opis sampai malam. kecuali hari jumaat, sbb aku agak saspen duduk opis sampai malam kerana budak2 ramai mabuk todi kat dalam univ tu, ada bar kat dalam tu Ferguson Bar.. so, aku tak drive, tapi balik sendiri naik bas.

Biasanya bas kat sini memang punctual.. tak payahle nak tunggu lama2, asalkan tahu timing yang betul.. aku jugak dah beli kad bas Ritchie (syarikat bas), 10 trip hanya 10.20 je, compare kalu biasa (normal person), 10 trip 18dolar.. so jimat banyak kat situ..

untuk balik ke rumahku di East Coast Rd, malangnya takde direct bas yang lalu. so, aku terpaksa ambik 2 bas. dan route yang paling dekat adalah dari Massey ke Constellation Station, kemudian dari Constellation Station ke East Coast Rd. maknanya, 1 hari aku pakai 2 trip, makanya 10 trip tu bertahan 5 hari shj, lainlah kalu ada driver bas yang baikhati yg kasik free ride (selalu dapat free ride kalau dah muka yang sama je naik bas dia kan, driver bas sini baik2, byknya org fiji/samoa dan india)

dari univ, aku ada 2 choices, samada naik bas 880 atau bas 887.. utk isnin-jumaat, dua2 bas beroperasi setiap setengah jam, 5 min pass the hour, cam 8.05, 8.35, 9.05, 9.35 dsbnya tapi 880 hanya sehingga 6.05 petang je. selepas itu, sejam sekali, iaitu pukul 7.05, 8.05, 9.05, 10.05, 11.05 malam. 887 pulak beroperasi setengah jam tapi 10 minute pass the hour, macam 8.10, 8.40, 9.10, 9.40 gitu.. sampailah 6.40.. lepastu, every hour lak, cam 7.40, 8.40, 9.40, 10.40.. maknanya, kalau siang, banyak lah choices yang ada, tapi dh lewwat tu, agak sikit lah..

tapi, disebabkan aku kena ambik 1 lagi bas dr constellation station utk balik, jadi kenalah disynchronizekan dgn another bas, iaitu bas nombor 886.. bas ni akan bertolak dari stesen, every hour tepat on the hour itself. di sinilah pentinganya perancangan. kalau balik lewat, kalau aku naik 880 jam 8.05 misalannya, aku akan sampai di Constellation jam 8.20, dan tercangak lah sampai pukul 9 malam.. utk mengelakkan tu, kalau aku balik lewat, aku akan ambil 887 instead, katakan 8.40, so sampai stesen 8.55, dan aku akan ngam2 sempat naik bas pukul 9 malam.. takdelah lama sgt tgu kat stesen tu kan..

ok tu kisah balik uni, aku dh memang expert.. huhuhu.. tapi, pagi tadi, aku bangun tidur je dalam pukul 9 gitu, tgk2 abang dh takde, tgk van pun takde, rupa2nya dia gi ke Devonport sana memancing... huhuhu.. camne nak gi opis nih, kalau nak suruh abang balik pun, ambik masa 30 minit jugak tu.. last2 aku buat2 merajuk dan cakap, takpelah, saya naik bas jer.. huhuhuu..

saspen jugak nak naik bas nih, tapi aku malas nak adventurous sgt, so aku naik je bas reverse order heheh.. naik 886 ke stesen, dan naik 887 ke uni, padahal aku tgk bas 550 yg ke uni pun ada dan akan sampai lebih cepat, tapi ah malas nak ambik pusing.. (sebenarnya malas nak baca peta jadual dan merancang dalam hujan gerimis lagi tu, sejuk pulak tuuu)

rekod gak pagi tadi, aku ditahan kereta, didalamnya org kesesatan jalan, menanyakan manakah arah Carlisle Rd.. Org tu tunjuk peta, so senanglah aku nak detect ye tak.. wah, dgn senang hatinya aku bagi instruction "u have to u-turn, and go back that way, go straight until u find big traffic light 4 junctions with Shell on your right, then turn right" heheh.. tak sangka aku dh adapt selok belok  liku2 albany nih.. terharu lak pagi2 tak buta sangat tuh heheheh...

tu je lah citer nya.. naik bas.. sape2 yg jarang naik bas tu, boleh la try.. seronoknya bas kat sini bab punctual tu.. memang tak dapek di Malaysia..!

Monday, January 17, 2011

South Island Hari 12 dan 13

Hari DuaBelas

Disebabkan perjalanan harini adalah yang paling pendek sekali (Blenheim – Kaikoura = 130km), maka kami malas nak gerak awal2 sangat.. pagi tu kami breakfast maggi je, dan minum air panas bancuh kat bilik.. dlm pukul 10 baru check-out dan kami terus tuju ke Makana Confectionery. Makana ni kilang buat coklat dan mcm2 candy berasaskan coklat.. memang kagum lah tgk pekerja dia salut coklat sebijik2 guna tangan je, manually pulak tu.. kami beli jugak sekotal candy bersalut coklat dan ditabur kacang macadamia.. mahal jugak tu 25dolar… satu tu je lah mampu nak beli heheh..

Pastu kami tuju pulak ke Omaka Aviation Heritage Centre (20 + 25).. ni adalah tempat pasal sejarah perang dunia dulu bagi semua negara2 terlibat, semuanya ada.. kebanyakkan pesawat yang digunakan, dibina semula ikut saiz sebenar dan org2 yg berjasa dipaparkan sejarah hidup mereka, pingat2 yang diterima dan jasa2 mereka.. memang seronok baca tentang kisah2 perjuangan begini, membuat kita insaf duduk dalam keadaan aman tenteram takde peperangan.

Lepas tu kami pusing balik jalan balik ke hotel smalam, sbb masa dtg ptg smalam kami Nampak ada tempat boleh petik your own cherry.. so, kami pun nak pegi lah utk pick our own cherry. Wah.. memang best sangat dan sangat lah sedapnya buah cherry tu.. buah cherry yang ditanam di kebun tu ada 2 jenis, iaitu yang biasa tu yang warna merah dan kehitaman bila dah tua tu, dan satu lagi, namanya white cherry, yang memang takkan kaler merah sepenuhnya.. kalernya macam buah peach je… tapi bila kami makan dua2 jenis, rupanya white cherry tu lebih sedap la pulak.. so kami pun ambik jugak dua2 jenis .. end-up, kami kutip 1.3 kg, which reganya per kg ialah 9dolar.. sangatlah murahnya even compare ngan beli semalam tu pun masih murah lagi sbb smalam tu 600gm je dh 10dolar..

kilang coklat

ladang anggur

Omaka Aviation Heritage

ladang cherry

yummeh!

bestnye nak petik cherry

kat sini bleh pegang sealion..

mkn crayfish a.k.a. lobster..

depan bilik motel kami

Dah kenyang makan buah tu so kami memang tak makan lunch.. kami gi city centre jap utk cari cenderamata, pastu terus masuk highway 1 menuju ke Kaikoura.. dlm perjalanan kami singgah kat satu tempat apetah namanya, tapi kat situ dapat tgk seal colony dengan sangat dekatnya… siap boleh posing2 lagi dgn seal tersebut.. abang suka sangat dpt dok dekat2 tu, tapi aku tak larat dok lama2 sbb bau sekitaran sgt busuk.. aku suspect tu bau bahan buangan seal2 tersebut, agaknyelah…

Pastu kami teruskan perjalanan lagi.. dah dekat nak sampai tu Nampak van tepi jalan yang jual crayfish fresh.. abang ajak singgah utk try crayfish tersebut… rupanya lobster yang dijual.. setiap sekor lobster tu rehanya dalam lingkungan 44-48 dolar, so kami ambiklah sekor, masak butter garlic.. memang superb sekali.. sedap sangat.. tambah2 lagi makan kat tepi pantai sambil tgk ombak memukul pantai dan angin bertiup perlahan, perghhh… kat situ gak terserempak ngan sorang akak dari JB yang kawin ngan org NZ, asal dari Nelson.. actually husband dia yg org Kiwi tu yg tegur kami dulu, cakap “apa khabar?”.. wah terperanjat kami tgk org kiwi cakap melayu pulak.. rupanya dia kawen org JB dan duduk di JB dah 10 tahun heheheh… ni katanya, balik kampong la… sampai2 imigresen je terus bukak kasut.. kelakar je.. memang dia berkaki ayam pun masa tu heheheh… akak tu pun peramah sgt.. seronok bersembang..

Lepas makan crayfish tu kami tak singgah mana2 dah.. terus je ke kaikoura… dari highway 1, masuk jalan West End menuju ke town centre… esok boleh ambik highway 1 tu utk terus ke Christchurch.. oh tak sangka percutian kami dah nak sampai ke penghujungnya.. aku dh mula pikir pasal research aku semula.. ohhhh serabut terus kepala aku nih huhuhu…

Kat town centre tu, hanya jalan West End tu yg hujungnya bercantum ngan jalan Esplanade je yg happening.. so kebanyakkan motel, hotel, lodge dsb semuanya terletak di jalan tu, sbb facing ke laut.. memang seronok dapat layan laut lepas depan mata.. kami jalan2 jap kat kedai2 cenderamata yg ada sbb masatu belum pun pukul 5… dah jumpa apa yang dicari, kami pun gi check-in motel..

Motel kami Clearwater Motel yg terletak di jalan esplanade, betul2 menghadap laut.. bilik kami ada katil double, dan masuk lagi, jumpa dapur dulu, baru jumpa toilet dan bilik mandi, kemudian ada 1 lagi bilik tidur katil king.. wah… mewah betul ngan katil hehhehe…. Best jugak bilik ni selesa jugak, Cuma TV nya kecik je dan rendah.. kalau baring atas katil, tak nampak sgt tv tu hehehh..

Lepas solat dan lepak2 jap, kami keluar semula ke pekan.. perut dh rasa lapar… kami memang dah aim dari tadi, ada satu restoran thai, nak makan tomyam.. so, terus je tuju ke situ, kami order tomyam seafood, popiah vege, dan prawn apatah.. nasik putih 2, dan air kosong.. nak kata sedap sgt tomyam tu takdelah.. tapi bolehlah kalau nak tukar menu kan… asyik makan fish and chips je (aku suka, tapi abang tak lalu dah), kira boleh laaaa….

Lepas makan, kami pusing2 bandar kaikoura jap.. tapi takda apa pun sbb town centre Kaikoura adalah jalan West End – Esplanade ini lah.. so, jalan tu je lah yg happening nya pun huhuhu…

Kami pun balik bilik je, perut pun dh kenyang, sementara nak tgu isyak, aku tertidur dulu.. huhuhu… ni baru lah bangun semula, menulis diari ni dan layan TV jap.. kedengaran bunyi ombak menghempas pantai kat luar sana, maklumlah depan bilik aku ni jalan besar, past uterus laut lepas.. abang dah pun tidur, and aku pun dah ngantok nih… so, sambung je esok.. ada 2 hari je lagi aku nak menulis ni…

Hari TigaBelas
Dalam bahasa Maori, “kai” tu maknanya food, “kaura” tu maknanya crayfish.. jadi paham2 jelah Bandar kaikoura ni memang terkenal ngan crayfish.. kalau semalam masa dlm perjalanan tu kami boleh beli sekor dgn harga 45 dolar, sampai pekan kaikoura nih, sekor jadi 80dolar… separuh ekor dapatle 40dolar… mahal betul.. tapi memang sedap lah makan nya pun.. dh Kami terbangun agak lambat.. biasalah lepas subuh sambung dulu sepicing dua picing, last2 terbangun kol 9 pagi.. tapi aku tak kelam kabut sbb check-out rumah ni, walopon pukul 10, tapi sempoi je.. just tinggalkan kunci dalam bilik, dan tutup je pintu.. senang je heheh.. so aku terus prepare buat roti tuna salut telur.. kami pikir nak habiskan stok barang2 makanan je sbb malam ni adalah malam terakhir kami di South Island nih, dan esok last day kami… so kalau dah siap2 kemaskan barang2 nanti belasah ajelah makan kedai hehehhe…

Lepas makan roti ala kadar, dan minum air panas sorang secawan, kami pun gerak le ke tempat2 yg telah diplan lebih awal.. tapi kami perlukan info terlebih dahulu supaya pergerakan jadi lancar.. jadi kami terus ke i-centre dulu utk information.. di NZ ni i-centre atau i-site (Bandar besar ada i-site, tapi i-centre ni banyak di merata2) memang membantu.. kalau rasa tak tahu nak cari hotel ke, kereta sewa ke, sesat ke, atau nak tanya apa aktiviti menarik kat satu2 tempat2 ke, semuanya boleh dapat di i-centre.. mereka akan bantu dgn baik sekali..

Aku tanya kat i-centre berkenaan scenic flight utk tgk whales sbb kami plan nak pegi.. lepas dpt info, dan tanya lokasi, kami pun geraklah.. tempat pertama kami tuju ialah Farm Park yg terletak di luar kwsn Bandar Kaikoura, iaitu di Kowhai Rd.. bayaran masuk sorang 10dolar.. tapi kami dapat animal food free sbb ada kupon.. Farm park ni ada banyak binatang yang dipelihara nya, termasuklah guinea pig ada 2 ekor besar giler.. awal2 masuk aku terus bagitahu, on religious purposes, kami nak elakkan pig dan dog.. dia mcm terkejut tapi customers always right hehheh… so anjing dia, dia tambat dlm rumah, dan pig dia mmg dlm kandang, so kami takde lah masuk kandang yg ada pig tu…

kat farm park

abg bagi makan..

aloh comey comeyyyy

minum kopi dibelanja dek pilot huhuhu

scenery

Masuk2 je kandang yg ada kambing, goat, ilama, wallaby, ada sekor kambing kaler putih dtg meluru kat aku yg tgh pegang makanan tu… mak datuk terperanjat aku.. terus aku lari tapi dia dok kejar aku huhuhu.. cepat2 aku pas cawan food tu kat abang, terus dia ikut abang pulak.. huhuhu.. menakutkan.. tapi yg paling kelakar kambing tu je yg nak konker makanan tu sampaikan yg lain tak dpt.. kalau kami pegi jauh sikit, cepat2 dia dtg kat kami.. yg kelakar waktu tu hujan turun renyai2.. dan biasanya kambing2 lain nyorok takut hujan, tapi yang ni tak kira hujan, nak jugak makan hehehh..

Kami tgk rabbit, pastu tgk merak dan mcm2 burung serta haiwan2 lain mcm ayam yang pelik sikit rupanya tak mcm ayam yg biasa kita tengok tu, ada itik, ada turkey dan lain2.. kami tak lama sgt kat situ, ada lah dalam 45min, sbb hujan dan berlecak, tapi kami pakai boot yg disediakan dan pinjam baju hujan depa gak.. susah nak ambik gambar sbb kamera nanti basah..

Pas keluar dari Farm Park, hujan macam selo sikit tapi kabus kuat pulak.. so masa sampai kat sebelah airport Kaikoura, tempat nak naik scenic flight utk Wings Over Whales, cuaca memang tak sesuai.. pastu kami bayo rega teket (165x2), dan kapten tu beri penerangan tentang whales dan cara2 jika berlaku kecemasan.. nama kapten tu Pete, dan dia lah yg akan jadi pilot kami nanti.. sepatutnya flight kami pukul 12, tapi Pete suruh tunggu dulu kot2 mau clear.. tapi sampai 12.45 masih tak clear, last2 Pete kata terpaksa kenselkan je, dan dia refund semula duit kami.. siap bancuhkan kami mochacino sorang secawan pulak tu huhuh.. bukan senang nak rasa kopi yg dibancuh oleh pilot hehhehe…

Lepas tak dapat naik flight tu kami terus je menuju ke Christchurch.. ingat nak lalu jalan dalam, dan melencong ke Hanmer Springs, tapi abang dah malas nak mandi thermal spa so kami ikut jalan tepi pantai scenic route aje.. pemandangan kiri kanan, depan belakang memang sgt2 cantik, menyebabkan aku dok snap sana snap sini aje dlm keta.. kami singgah sekejap di Amberley, isi minyak kereta lagi 68.00 dolar, singgah toilet, dan teruskan perjalanan lagi sampai ke Christchurch…

Kami sampai hari masih awal, dalam pukul 4 petang.. aku ajak abang jalan2 dulu ke CBD, naik tram atau pegi lawat mana2 dulu, namun abang nak terus check-in.. katanya ptg nanti baru keluar.. aku yakin kalau dah masuk bilik tu, maknanya takde lah nak kuar lagi dah tu, memandangkan cuaca yg tak berapa cantik ni kan.. so, kami terus je lah check-in di Comfort Motel Carlton Mill, dapat bilik no 1 lagi tu hehheh… tapi yg tak best sikit, bilik tu kat tingkat 1, so kena naik tangga.. agak susah sbb barang2 kami agak banyak..

Naik je bilik terus suka sbb bilik ni ada dapur yang tertutup dr katil.. so takdelah berbau katil kita kan.. bilik air pun luas, Cuma toilet nye terasing dr bilik mandi, susah sikit lah bagi kita yg jenis nak guna air utk mencuci2 ni kan huhuhu… pastu dgn niat nak perabihkan barang2 yg ada, aku terus rebus telur 4 bijik, dan plan nak masak kari menggunakan rencah segera kari yang aku beli di Te Anau haritu.. sekali bila dah masak, sama gak tak sedap macam tomyam haritu.. terus kami masing2 masak maggi je, makan maggi ngan telur rebus tu sorang 2 bijik.. huhuhu.. frust betul la…

Pastu ptg tu aku gi laundry kain baju kotor, sbb senang sikit bawak baju dah siap basuh je balik.. sambil tu aku guna internet utk web check-in utk esok.. seat yg free dh tak banyak, terpaksa duduk belakang je.. takpelah.. kami pun dh nak balik.. janji sampai Auckland sudah lah.. huhuhu…

Malam tu sambil tengok tv baru lah masing2 kelaparan… kami pun turun ke bawah, masuk keta dan masuk ke CBD utk cari McD.. makan le sorang satu fillet o fish sama kentang.. restoran ni air nya free flow, so kejap2 tukar air lain, kejap karang dh ambik air lain lak heheheh…

Balik dr McD, kami lepak2 jap borang2 sambil tengok TV.. pastu tido.. besok byk lagi bende nak kena buat nih… hehehh… malam ni merupakan malam terakhir kami di South Island ni.. aku masih tak puas bercuti, abang pulak tak sabar nak balik.. hahhha… sabo aje laaa…!

Saturday, January 15, 2011

South Island Hari 10 dan 11

Hari Sepuluh

Pagi2 ni, aku masak nasik lemak, sambal tumis marinara, goring udang, potong timun dan rebus telur… perghhh punyelah sedap brekfas kami harini.. makan punyelah banyak huhuhu… ada lebih sikit lagi, kami bawak bekal je utk makan ptg nanti..

Kami keluar dari rumah ni dalam pukul 10 pagi, dan terus tuju ke Coaltown museum.. nak masuk ni kena bayar, (10x2). Coaltown ni museum ni asalnya tempat brewery wine, yang disedekahkan pada penduduk town Westport ni.. penduduk town ni jadikan bangunan tu sbg museum untuk memperingati kehidupan awal datuk nenek moyang mereka dulukala tahun 1850an.. memang bumi Westport kaya dgn hasil galian, emas, jade, arang batu, sampai maju pekan ni disebabkan dibina keretapi, tram, kereta kuda, kereta enjin dan sebagainya.. semuanya ditunjukkan dalam museum nih, malahan barang2 sebenar macam enjin wap, kepala kereta, stereng kapal, sauh kapal yg angkut arang batu, wool, emas, semuanya disimpan di museum nih.. rasa berbaloi sangat masuk sini…

Pastu kami jalan2 cari cenderamata.. masuk kedai antic kat pekan dia, tak lama pun kat situ, kami terus je memecut ke perhentian seterusnya iaitu Riwaka, Motueka.. kami sampai agak awal since takde apa2 aktiviti yang nak dibuat… rumah kami malam ni, terletak ke depan sikit dr pekan Motueka, nama kawasan tu Riwaka. Kawasan ni memang rumah sebijik sebijik dan kawasan tanah yang luas, semua org bercucuk tanam.. sepanjang perjalanan banyak nampak jualan sayur2an, buah2an, cherries, dan mcm2 lagi…

Kami sampai ke rumah penginapan, terletak agak jauh ke dalam dari jalan besar Riwaka.. tuan rumah kami menanam 1 rumah green house yg besar pokok bunga matahari, yang dijual a bunch 5dolar.. dia jugak jual hazelnut dan macadamia nut serta menanam macam2 sayuran mcm kacang, kobis, cauliflower, salad, jagung, dan macam2 lagi…

dalam coaltown

bahan sejarah dalam coaltown

scenery

kat mana tah..

kebun bunga matahari tpt kami menyewa chalet

Kami sampai2 je, terus masuk rumah dan rileks.. rumah kami studio style, ada dapur sekali dan sofa tmpt rehat.. ada jugak meja makan utk 2 org dan katil yg sangat sangat best.. cadar dia best sgt… dan katil nya pun sgt best.. kami keluarkan makanan pagi tadi, dan nasik lemak tu + nasik sejuk sebelum tu aku buat nasik goring.. kami makan ngan sambal marinara dan balance udang goring.. sedap giler lah heheheh…

Hari Sebelas
Harini memang kami dh plan nak naik water taxi di Kaiteriteri, iaitu terletak lebih kurang 10 minit dr Riwaka, dan 15 minit dari Motueka. Kaiteriteri ni pusat segala aktiviti air macam kayak, cruise, walking tepi pantai dan sebagainya, selain Marahau, yg agak ke depan lagi dari Kaiteriteri. Kami bangun dan siap2, breakfast ngan roti aje.. sapu butter dan jem, pastu dah siap2 angkut barang, kami pun gerak ke Kaiteriteri kol 8.30.. sampai kat sana, aku terus beli teket dari Wilsons sbb company ni yg di suggest oleh tuan rumah smalam.. rega tiket lebih kurang sama je semua company pun (74x2), Cuma Wilsons ni boat nya lebih terbuka kat atas so dpt ambik gambo ngan lebih senang..

Boat gerak pukul 9.30, so kami pun sempat le jalan2 jap kat kedai cenderamata kat Kaiteriteri tu.. ada 1 aje pun, merangkap pasaraya yang ada. Kejap je pun dah naik boat.. boat kami ni gerak dari Kaiteriteri, melepasi Marahau, Apple Split Rock, Anchorage, sampai penghujung ke laut lepas Tataranui, kemudian pusing balik mengikut arah yang sama sampai semula ke Kaiteriteri. Sepanjang perjalanan, ada 3 tempat yang boat akan merapat ke pantai, dan sapa2 nak turun, boleh turun dan buat aktiviti jalan kaki sampai ke mana2 tempat ikut peta.. nanti petang akan ada boat lain kutip balik depa2 tu..

Naik water taxi ni sangatlah selo motion…. Sbb byk sgt berenti.. walaupun pemandangan cantik dan laut pun cantik, tapi kami dh jenuh tgk pemandangan lebih cantik masa di Milford Sound haritu.. so takde lah eager sgt ambik gambar.. lagipun, badan kami masih penat, so lepas sampai Tataranui tu, sepanjang perjalanan balik kami tertidur dengan jayanya… sangat lena hehheheh…sedar2 je dh nak sampai Kaiteriteri semula huhuhu..

depan tpt beli tiket

nak naik cruise

dlm cruise..

split rock.. betul2 bentuk epal yg terbelah dua..

ngan abang

yeay.. dh sampai balik ke kaiteriteri

Jam dah pukul 1 masa kami turun semula di Kaiteriteri.. perut pun dh lapar.. so kami gerak semula menuju ke pekan Motueka.. dlm perjalanan, masa lalu kat Riwaka, kami beli buah cherry fresh, sebungkus dlm 600g, reganya 10dolar… sedapnyaaa makan buah cherry yang besar, manis dan berair tu di tgh2 panas tghhari!! Pergh… Sampai pekan, kami makan kat restoran india, namanya Simply India.. abang makan Fish Curry ngan nasik, aku ambik garlic naan ngan onion naan.. cicah ngan kari abang… sedap sangat tu roti naan nya, kenyang sangat aku makan perghhh…

Pastu aktiviti wajib, kami jalan2 masuk kedai cenderamata.. punyelah susah nak cari cenderamata yang ada tulis Motueka, jenuh kami cari.. last2 beli fridge magnet je.. pastu, kami pun terus gerak menuju Blenheim je.. Blenheim ni kalau ikutkan tak jauh pun dr Motueka, dalam 180km je… kira kalau nak compare ngan lain2 hari, kira ni pendek aje lah heheh..

Kami singgah di Nelson kejap sekadar tengok2 , dan meneruskan perjalanan… kami ikut highway 6 shj, jadi memang tak masuk pekan Picton. Pekan Picton ni taklah besar mana tapi penting sbb dianya Bandar penghubung jika nak ke North Island. Kami sampai ke pekan Blenheim, jam lebih kurang jam 5.. ingat nak terus ke Makana Confectionery sbb Makana ni tutup 5.30, tapi pikir2 balik, baik pegi esok pagi aje, lepak sikit.. taklah terkocoh2 sgt..

So kami terus gi check-in dulu di motel kami iaitu Admirals Motor Lodge, yang terletak di jalan utama iaitu Middle Renwick Rd.. kiranya, jalan highway 6 tu bercantum ngan Middle Renwick ni so memang senang nak cari… bilik hotel kami no 19. Terletak kat atas pulak.. alamak rasa leceh lak nak angkut barang2.. tapi tanya tuan punya tu boleh ke tukar yg bawah, dia cakap, yg bwh tu mahal le lagi, so aku redha ajelah dok atas pun.. janji murah heheh…

Masuk je bilik kami, wah best nyaaa… walaupun katilnya biasa je, tapi sbb barang2 dlm bilik tu yg lengkap buatkan kami suka hati hehheh… lepas lepak2 kat bilik, solat dan minum air panas, rasa lapo la pulak.. nak masak dh malas, so kami pun jalan ke pekan dan tgk apa2 yg boleh dibeli.. end up kami beli Dominos Pizza je, ambik garlic prawn, choc lava, cheesy garlic bread ngan cream brulee pastry. Kami bawak balik makan lam bilik je… Kenyang terover kami makan malam tu..

Petang tu hujan gerimis lagi, so kami miss jugak nak tengok sunset.. haii.. bile nak tangkap gambo sunset ni.. masih tak kesampaian…

Anyway, malam tu kami tido lambat (aku le, abang awal2 dh kalah) sbb layan movie.. motel ni walaupun nampak agak tua namun bagi kami Sky tuuu, hehhehe.. seronokle aku layan movie aje kejenya.. ok lah.. babai all.. sambung esok pulak…

Monday, January 3, 2011

South Island Hari 8 dan 9

Hari Lapan

Plan yang disusun utk Wanaka ni sebanarnya dah lari dr perancangan… ikut plannya, semalam, kami gerak awal ke Wanaka, dan habiskan sepetangan di Puzzling World.. esoknya pulak, pegi Museum of Cars and Toys pastu gerak ke Franz Josef.. tapi disebabkan decision last minute yang kami buat utk pegi cruise dan abg gi mancing, maka tak sempatlah gi Puzzling World ptgnya tu.. Jadi, hari ni kami nak spend masa dr pagi lagi di Puzzling World, pastu gi Museum, pastu baru gi Franz Josef.. harap2 tak lewat sgt tiba sana sbb agak jauh juga dari Wanaka ni.. lagipun, malam nanti kami plan nak berendam dalam Hot Pools kat sana..

Kami brekfas dgn roti vienna yg aku kerat tebal, kerat lg in between, sumbat sadin dan celup dlm telur, pastu goring dgn minyak sikit je… sampai habis semua roti sebuku tu aku buat, utk bekalan makan lunch sekali kalau berhenti kat mana2 nanti.. Bila check-out dr manuka Crescent Hotel, jam dah tunjukkan pukul 9.15.. okla ni kan.. sekali bila masuk pekan dia, kedai cenderamata semua blom bukak lagi.. camne nih?? Nak ke Puzzling World tu kita kena keluar dr pekan dah, tapi tak jauh la.. so kami pusing2 pekan, sekali terserempak ngan Sunday Art Market, atas padang depan Tasik Wanaka…. Sekali bila kami amati, kebanyakkan penjual nya adalah penjual yang sama yang menjual di Saturday Market di Queenstown semalam!!

Last2 kami Cuma beli buah cherry 1 punnet reganya 5dolar.. aku beli gak 2 punjut lavender kering reganya 2.50 satu… tu jer.. pastu kami decide, nak gi puzzling world dulu pastu baru balik semula ke pekan utk masuk kedai cenderamata dia… so off we go to puzzling world!! Hati aku bukanmain seronok lagi nak pegi nih sbb memang aku aim sangat nak pegi sini..

dalam Roman Toilet.. huhu


tere betulll!

tere tak aku diri gini hehheh...

kat luar bangunan..

kat air terjun fairfun..

Fox Glasier..

fox glasier lagi..

depan reception hotel kami..
Sampai2 je org agak ramai yg sampai set2 kami.. so takde ruang nak ambik gambar kat luar.. takpelah kami masuk dulu.. rega teket 12.50 sorang, tapi aku gunakan coupon Jason’s yang ada off 20%, so dapatlah 10dolar je.. memang best masuk puzzle world nih, ada macam2 mainan brain teaser.. ada 4 bilik yang setiap satunya ada lain2 puzzle.. kemudian kami masuk lak giant maze yang kena cari 4 tower dia pastu cari jalan keluar.. aku ngan abang Berjaya carik 4-4 tower dgn selamatnya..yeay!!!

Pastu kami masuk tolet dia dan tgk roman toilet yg famous tu.. pastu lak kami keluar nak balik tu barulah posing2 ambik gambo dgn bangunan dia dgn macam2 aksi.. best bangat…. Lepas tu kami balik semula ke town, dan beli cenderamata kecil. Lepas beli belah ala ,kadar, kami pun meneruskan perjalanan. Plan asal nak singgah museum terpaksa dibatalkan kerana museum tu terletak agak jauh menyimpang dari jalan utama kami menuju ke Franz Josef.

Dlm perjalanan. kami singgah kat air terjun Fairfun Waterfall.. duduk lepak kejap sambil makan bekal roti sadin tadi.. memang cantik pemandangan.. maklumle air terjun depan mata.. rasa macam nak mandi je, tapi ramai gak orang datang singgah2.. hehehhe… lagipun cuaca memang tak berapa elok.. hujan gerimis je sepanjang hari…

Kami meneruskan perjalanan menuju Haast, singgah sekejap utk isi minyak je, pastu terus lagi jalan ke depan sampai Fox Glasier.. kat sini kami stop jap, sbb nak tengok camne rupa Fox Glasier tu… sekali nya haritu ada flooding dan glasier jatuh jadi kami Cuma dapat masuk tak berapa jauh.. kalau nak masuk lebih jauh kena ada tour guide yg lengkap peralatan dia lah kan… so, kami Cuma Nampak dari jauh je.. sempat jugak posing sana posing sini dgn sungai yg terhasil dr glasier yang jatuh dan bergeser dgn bukit limestone yg ada, menghasilkan air sungai tu keruh dan berwarna grey mcm warna uban huhuhu…

Tak lama kami kat sini kami terus tuju pekan Fox Glasier.. kami masuk kedai cenderamata dia je, dan jalan2 sikit lah… kat sini agak meriah jugak, maklumlah aktiviti flight seeing dan trekking paling popular di sebelah2 glasier sini… sama macam di Franz Josef gak… minyak kereta masa ni dh nyawa2 ikan, tapi kami bertahan sampai pekan Franz Josef… sampai2 je terus isi minyak dulu, kena 78 dolar…

Kami teruskan perjalanan untuk check-in di hotel kami, jam pun dh nak pukul 6 petang.. hotel kami namanya Mueller hotel, terletak 800m ke depan sedikit dari pekan Franz Josef… tak jauh mana pun.. dan hotel kami tu ok sangat, Cuma takleh masak dan takde laundry… dlm bilik ada fridge dan cerek je… sampai2 je kami dh lapar.. so aku cepat2 panaskan ikan salmon masak sambal haritu yg memang dok dlm periuk nasik.. pastu aku goring telur mata kerbau dan telur dadar, pastu goring sayur kobis, last sekali masak nasik.. agak lambat le sbb guna periuk nasik kan.. tapi akhirnya masak siap semua, kami pun ngap le apelagi.. hehheh

Dah siap semua tu, aku ajak abang gi Glasier Hot Spa, tapi abang cakap hujan lebat nih camne nak gi.. tapi dh kol 10 malam tu aku ajak gak abang gi pekan… bosan dok bilik.. lagipun kena lah tengok apa ada kat pekan kan.. tadi tak sempat ronda… rupanya Glasier Hot Spa tu tutup kol 10 malam.. hai.. dh menyesal tak pegi awal2… pastu perasan ada 1 tempat WildKiwi namanya, tempat ternak kiwi yg dh endangered.. ok, esok boleh pegi nih…

Balik bilik pastu, kami tertidur awal.. aku lah tu.. kol 2 baru terbangun solat, pastu tido balik huhuhu…


Hari Sembilan
Disebabkan malam tadi tido lambat, dan mujo gak subuh aku terbangun nak kencing, terus solat, jadi pagi ni aku bangun lambat giler… masa bangun jam tunjuk pukul 9.20… check-out mcm biasa pukul 10… hmmm… redah aje lah.. tak payah mandi sbb plan nak gi mandi Hot Spa tu kan… so, gosok gigi, kemas2 barang, masuk kereta semua barang2 tu, tinggalkan kunci dlm bilii, tutup pintu dan berdesup kami pegi.. memang pun semalam dia suruh buat camtu bila nak check-out, tak payah pulangkan kunci ke reception..

Persinggahan pertama kami, café kat pekan Franz Josef, sbb harini kami plan nak minum coffee kat kedai heheh… so, kami minum mochachino sorang 1, abang punya decaf, aku punya biasa je.. pastu kami order chowder soup, dia bagi sekali ngan roti french, toasted sekeping.. tulah brekfas kami pagi tu.. pastu kami gi ke WildLife tu dulu, sbb spa tu bukak kol 12.. lambat lagi.. kebetulan masa kami sampai WildLife tu, next session utk backstage (bwk tengok anak kiwi baru lahir), schedule kol 11, ngam le sbb kami sampai 10.45 kat situ.. terus beli teket utk 2 org (40x2), dan spend masa kat WildLife tu agak lama gak… sampai kol 12.15… memang best tengok anak kiwi yang sgt comel.. kiwi ni jenis kiwi Rowi, iaitu sepsis yang paling sikit bilangannya kat NZ.. dh nak hamper pupus pun.. ada 4 ekor kiwi dewasa yang dipelihara dlm tu, selama 6 bulan… lepas tu, tukar lagi ngan 4 ekor yg lain… kalau depa bertelur dalam tu, telur tu masuk incubator, pastu anak kiwi di jaga dalam kotak sendiri.. waktu ni ada 3 lg telur belum netas, dan ada 2 anak kiwi baru netas.. sekor umor 15 hari, namanye Wawe, sekor lagi baru umor 5 hari (tak ingat nama).. nanti, selepas sebulan, depa akan dihantar ke pusat lain, dijaga sampai setahun, baru dilepaskan di habitat asal mereka… comel sgt lah kiwi2 nih…

Pastu kami terus lak menuju ke Glasier Hot Spa.. kami ambik private pool je sbb senang aku tak payah nak pakai tudung kan… public pool reganya 25 dolar sorang, ada 3 pool lain2 suhu; 36, 38, 40 darjah… yg kami ambik nih offer private pool, utk 2 org 70dolar.. kalau nak masuk public pool pun boleh sbb private pool tu hanya sejam je… memang private habis.. walopon pool nya open air, tapi sekeliling adalah pokok2 paku pakis dan native NZ yg besar2 dan memang takde sape pun lalu situ.. so, enjoy la kami mandi sampai sejam.. sampai tertidur aku dalam kolam tu sbb sooth sangat dan rasa rileks giler…

Kami keluar dr kolam jam dh tunjuk 1.30 tghhari.. kami dh lapar, tapi taknakle makan kat Franz Josef sbb takde apa2 pun… kami masuk kedai cenderamata je, beli cenderamata, pastu kami berdesup tinggalkan pekan Franz Josef menuju ke Westport pula..

private pool di glasier hot spa and pools

di kedai di Hokitika

depan pintu shantytown

kuda ni tresenyum heheh

dapat bergambo aje, jadi le...





lagi 6km nak sampai westport.. yeayyyy

Kami singgah di Hokitika sekejap utk tgk kedai2 jade dan paua serta bone... jam dh pukul 3, kami makan seafood platter di takeaway nya, rega 16dolar, kami kongsi 2 org.. memang banyak.. kenyang jugaklah kitorang… Hokitika memang terkenal dgn Bandar Jade, memang nama gelarnya pun ‘the city of jade’, sbb tu sgt banyak kedai yang menjual jade2 nih, rega pun boleh tahan… dan kita pun boleh tengok org2 yg tgh keje mengukir jade nih.. kami jalan dari satu kedai ke satu kedai.. cantik2 jade yg dihasilkan, dan banyak jugak jualan murah yg ditawarkan, namun kami tak beli pun.. kami cuma nengok2 je heheh… leka sungguh sampai tak sedar jam dh pukul 5..

Cepat2 kami gerak menuju ke Greymouth, sbb plan nak pegi ShantyTown… malang sungguh kami sampai depan pagar ShantyTown tu jam dh pukul 5.20, sedangkan ia dibuka sampai kol 5 je.. frustnya aku.. ShantyTown ni adalah town lama yang dihidupkan semula utk menceritakan sejarah camna org dulu2 hidup dgn pelombongan sbg aktiviti utama mereka.. sampai skrg pun sebenarnya masih byk xtvt perlombongan.. yang terbaru kan kisah lombong runtuh dan membunuh kesemua 36 mangsa pelombong di dalamnya, yg termuda 17 tahun.. keluarga pelombong di Greymouth – Westport ni memang telah wujud selama beberapa generasi dan hidup mereka, kalau baca sejarah, memang pedih dan tidak mewah, namun ikatan sesame pelombong sangat kuat dan erat..

Dah frust tak dapat masuk ShantyTown, kami terus aje ke Westport, sejauh 107km lagi dari Greymouth.. sepanjang perjalanan ada jugak tempat2 cantik nak ambik gambar, tapi kami tak dapat nak snap banyak sbb hujan agak lebat. Memang dari Franz Josef tadi dah hujan tak berhenti2 sepanjang perjalanan.. Cuma ada yg gerimis, dan ada yg lebat.. memang rupanya area sebelah sini selalu hujan dgn bacaan hujan nya 5100mm setahun.. huhuhu.. tak paham ni.. kena tanya Azlina, kalau nak compare ngan Malaysia heheh..

Kami lalu Pancake Rock dan Blowhole Rock, namun tak singgah sbb hujan yg lebat.. kamera pun jengah sikit2 je.. kami terus je ke pekan Westport, dan check-in kat hotel dulu.. hotel kami namanya Westport Motels, terletak di jalan Esplanade, menghadap Buller River.. ingatkan betul2 mengadap sungai, sekali tak nampak pun sungainya, sbb kat depan tu byk bushes dan rumput rampai setinggi orang hehheh… masa check-in jam dh kol 7.30, so kami cepat2 solat, angkut barang masuk bilik dan keluar semula…

Oh yea, bilik kami ni, murah je, sbb dh buruk sikit, dan ada 3 katil single.. yg best, ada dapur dlm bilik, boleh masak yahoo… pastu ada fridge, microwave, toaster, cerek, dan tv pun ada freeview.. best jugak.. bilik air punyelaaa luas, sangat selesa! Ada guest laundry dan internet pun free kat reception..

Kami keluar ke Westport, masuk New World.. plan nak cari udang nak masak tomyam je malam ni.. semangat nih, sekali dh nak tutup dh so barang2 semua dia dh simpan.. laa… boring betul.. terpaksa beli yg frozen marinara tu yg campur2 udang, sotong, mussel tu.. oklah tu.. plan kalau tak habis, esok buat sambal tumis dan masak nasik lemas, pun ok jugak.. hehhehe… lepas beli barang, kami pun keluar.. pastu saje je try tengok supermarket countdown pulak, rupanya countdown bukak lagi, sampai kol 9.. new world tadi sampai kol 8.30 je.. so kami masuk plak countdown, sambung shopping.. baru jumpa udang beli 5, 6 ekor je pun hehheheh…

Pastu sebelum balik kami ronda2 sikit pekan Westport, tengok apa2 yg ada.. Nampak ada museum, esok boleh pegi… pastu kami terus balik rumah, dan aku apelagi, dok le kat dapur.. tomyam paste yg aku pakai, aku beli masa kat Te Anau haritu, rupanya tak sedap langsung!! Potong stim betul nak makan tomyam, tapi tak sedap.. arghhh tension!.. tapi makan jugakla kan, nak wat camne…

Lepas makan semua, kami lepak2 tgk TV, pastu solat… pastu selo2 mata pun layu laaa… mari kita tidur!

Wednesday, December 22, 2010

South Island Hari 6 dan 7

Hari Enam
Hari ni kami bangun tak awal tak lambat… sedang2 aje heheh.. harini nak masak siap2 lauk salmon yang separuh lagi, dan nak basuh kain baju yg dipakai 2 hari… so, pagi2 aku dah ke dapur dgn berkain batik je heheh… bila lagi nak kenalkan budaya kita kan?? So aku stir fry ikan salmon, dan masakkan sambal tuang atas ikan je.. letak dalam periuk nasik je so senang nak bawak.. kendian brekfas tu aku masak roti sadin balut telur mcm semalam punya gak.. habis terus stok roti kitorang perghhh hebat betul makan roti heheh…

Lepas masak2 bagai, barulah basuh baju.. pastu aku mandi dan bersiap2 utk check-out.. tunggu kain kering dulu, last2 kami keluar dr kawasan lodge tu jam 10.30… kami terus menuju ke Mirror Lake sbb memang dah plan smalam nak ambik lagi gambo kat mirror lake tu sbb tak puas hati lagi.. so kami terus tuju situ, adalaa dalam 30km dr lodge kami.. kat situ kami terjumpa lagi 1 group rombongan cik kiah makcik2 dan pakcik2 dr Malaysia… berborak sakan kami hehhe… kebetulan masa kami sampai tu ber bas2 datang singgah… terus crowded jadinya.. kami pun tak lama kat situ, angin masih kuat, lebih kuat dari semalam, so masih tak dapat gambar yg cantik.. kami terus gerak.. ingatkan nak terus gerak ke Queenstown, rupanya abang nak ke depan sikit lagi, nak ambik lagi gambar bunga Mountain Lupins tu.. ikutkan je lah, dah dia yg bawak keta hehhehe..


tempat penginapan di Te Anau - Fiordland National Park Lodge

depan Lake Te Anau

teringin sgt nak pancing trout..

dlm perjalanan ke Queenstown
dengan pelukis Tim Wilson
Lepas posing sana posing sini dgn bunga, sungai, batu2, gunung ganang, awan dan pokok2, kami pun menuju ke Te Anau semula.. sampai Te Anau, masih awal lagi, so kami cadang nak jalan2 dulu.. sebelum tu masuk pasaraya dulu, beli crushed chilli yg dh habis aku buatkan sambal ikan pagi tadi.. kalau takde cili tu, makan tak ummpphhhh, memang tak jalan le kalu dah lidah melayu tu hehheh…

Lepas tu, kami gi kat depan tasik Te Anau utk posing2 lagi dgn sampan2, boat2 dan jeti… pastu nampak van jual seafood, terus kami order 1 set seafood basket.. dlm tu ada fillet ikan cod tempura, squid ring, scallop 2 ketul, mussel 3 ketul, chips.. aku order gak oyster 1… nyum nyum sedapnyaaaaa!!.. pastu kami masuk kedai cenderamata nak carik barangan yg bertulis Te Anau ataupun milford sound.. end up kami beli t-shirt sorang satu (baru adil) yg tulis milford sound, dan loceng tulis ‘I love Te Anau’ 1 reganya 4.50dolar..

Lepas habis beli terus belah le heheheh… kami pun straight menuju ke Queenstown, sbb plan nak tgk sunset di The Remarkable.. kami tiba di Comfort Inn Melbourne Lodge pukul 5.30 ptg dh.. lepas check in, kami lepak2 jap layan TV.. dlm kol 6 lepas solat bagai, kami keluar meronda pekan Queenstown, tgk apa yang ada.. byk betul kedai2 cenderamata, sampai rambang mata nak memilih.. macam byk sgt duit pun hehhe.. last2 kami beli loceng yg sama mcm Te Anau tu tapi tulis ‘I love Queenstown’… best jugak kalu dapat kumpul semua buat koleksi ye tak hehehe…

Kami masuk macam2 kedai cenderamata, dan jugak masuk art gallery Tim Wilson.. memang cantik gambar2 pemandangan yang dia lukis, rasa macam gambar sebenar.. rupa2nya si pelukis nya pun ada kat situ, so dapatlah kami berborak2 sakan dan Tanya macam2 soklan bodoh hehheh.. lukisan2 yg dipamerkan di gallery tu punyelah mahal mak datuk… yang paling murah pun 11 ribu nzd… malahan yang besar utk letak kat dinding tu, aku rasa ukuran 1m x 1m, dia jual rega 18ribu.. ada gak 2 keping bersambung setiap satu lebih kurang 1 x 1 gak, dia jual 70ribu… perghhhh… kami Cuma mampu sengih2 ajelah tengok rega yang ditayangkan… giler betull..!!

Kami jumpa kedai asean, tapi mahalnya masyaAllah.. ikan bilis nya sampai 12dolar, rasa mcm tak mampu le nak beli.. durian yang biasa jual kat DH rega 7dolar, kat sini jual 15dolar.. petai yg biasa rega 3.50, kat sini jual 6dolar.. tapi Nampak ikan kembung rebus tu mcm menarik je.. kalau ok, esok le kami dtg beli hehheh… masa jalan2 nampak kedai makan style tandoori nih, dan yang penting kat pintu dia tulis depa pakai ayam brinks.. dan memang ramai org islam yg makan kat dalam tu, so kami makan butter chicken dan lamb vindaloo.. dgn nasik putih le.. sedap dan pedas sampai abang berpeluh2 dibuatnya!!! Puas hati makan hehheh…

Masa nak keluar tu terserempak pulak ngan geng2 makcik dan pakcik yg kami jumpa di mirror lake tadi.. wahhh.. kecoh dibuatnya… baik sungguh makcik2 tu sampai seronok sungguh kami bersembang… siap bagi contact number lagi, balik nanti, dtg temerloh, makcik masakkan tempoyak ikan patin.. wahhh!! Akan ku tuntut janjimu itu wahai makcik hasanah!!! Hehhehe

Plan asal kami nak pegi The Remakable tak dapat dibuat sbb cuaca tak elok.. kami nak tengok sunset kat situ tapi malangnya matahari pun tak namak bayang.. cuaca memang gerimis je sepjg hari… Lepas makan2 tu, dah takde plan, macam biasa, mood ngantok dh datang… so kami dgn girangnya balik le ke hotel… lepas solat dan layan tv sikit2, kami pun kebaboommmm tidoq… gudnite all!!

Hari Tujuh

Bilik penginapan kami di Queenstown ni, iaitu Comfort Inn Melbourne Lodge terletak di jalan Melbourne, kalau nak jalan kaki ke city centre memang boleh, tapi kami naik kereta je.. bilik kami sangat selesa sbb katil yg diberi katil king super duper besar… kalau aku golek, boleh pusing byk kali baru sampai hujung sana heheheh… tapi kat sini takleh masak, dan dlm bilik Cuma ada peti ais dan cerek je (seterika ngan hair dryer tu ade la tapi aku tak pakai benda2 tu).. microwave pun takde huhuhu…

Pagi ni kami bangun macam biasa.. aku kemas2 barang, siap2 semua, brekfas apa2 yang ada je, dan minum air panas.. abang gi hantar barang2 kat keta dulu, tapi since awal lagi, so kami lepak je kat bilik sampai 9.30 pagi… lepas check-out, kami terus tuju ke city centre.. kami cadang nak posing2 kat Lake Wakatipu tu sbb semalam tak pegi tepi lake pun… lepas dapat parking cantik punya, kami pun apelagi… posing sana posing sini lah sesuka hati hehheheh… kemudian masa kami jalan2 kat jeti tu Nampak offer cruise pusing Lake Wakatipu tu hanya 25dolar je, durationnya 90minit.. memang ok sangatlah kan.. actually memang sebelom tu kami dh tengok brosure dan mcm nak join cruise tu tapi takde no tepon kat brosure tu, so, bila kebetulan Nampak tu, terus kami gi Tanya, dan terus register 2 adult.. bayo terus kat situ 50dolar…


depan Lake Wakatipu, Queenstown

di Saturday Market

mcm2 barangan art yang dijual

dalam Million Dollar Cruise.. keliling Lake Wakatipu

scenery Lake Wakatipu dari cruise

interior dalaman cruise

abang bawak cruise tu heheh

geng2 gi mancing.. kanan sekali boatman..

kat jeti di Wanaka, Lake Wanaka

Cruise tu pukul 11, so, sementara nak tunggu tu, kami jalan2 kat Saturday market dia kat tepi jeti tu, yang jual barang kraftangan artistic je semuanya.. memang menarik.. macam2 jenis art yang terjual macam lukisan canvas, arca dr kaca, kayu, batu, segala jade, greenstone dan paua, lukisan t-shirt dan t-shirt2 yang depa corakkan sendiri, bangles dari benang bulu kambing, baju dan scarf dr benang bulu kambing, merino dsbnya… memang mengasyikkan menikmati barang2 tu, tapi nak beli mahal sangat… kendian adalah sorang pakcik tu jual rantai jade yang paling murah sekali diantara semua penjual2 yg ada, so abang beli 1 rantai, dan belikan aku 1.. tu je lah yang termampu huhuhu..

Ahli rombongan cruise kami adalah dalam 15 org, cukupla tu sbb boat nya pun comey aje.. tapi interior dalamannya cukup cantik dan selesa… tempat duduk dalam ruang bertutupnya dari kayu rimu, dan ruang luarnya ada diletakkan kerusi kiri kanan dan open kat depan kapal.. boleh gak duduk atas dek, open untuk kita menikmati pemandangan sekitar 360darjah.. kami dibawak pusing seluruh Lake Wakatipu dan diberi penerangan tentang sejarah dulu2 dan kisah2 pembangunan sekitar tasik tersebut.. byknya pasal perlombongan lah.. very informative.. enjoy sgt dan rileks je sbb org tak ramai.. kami sampai balik ke jeti pukul 12.45.. abang terus Tanya kat kaunter tu utk pakej memancing salmon/trout pulak.. utk minima 2 jam, sorang kena 120.. aku memang tak rajin nak ikut, so abang pegi sorang dgn 2 lagi orang korea, dan boatman kiwi namanya Hardy…

So, sepanjang abang gi mancing tu, aku menghabiskan masa dgn ronda segala kedai2 cenderamata yg ada.. sebenarnya aku agak lapo nih, dan terasa nak makan squid ring.. tgh dok survey2 tu sekali terserempak ngan family yg sewa campervan tu.. barulah jumpa ngan si isteri, namanya Akma.. peramah gak akma nih, terus bersembang sakan la jugak kami kat situ.. rupa2nya husband dia gi buat bunge jumping (ke swing bungee), so dia pun jalan2 gak nak killing the time heheh…

Pastu depa gi ke Saturday market tu, and aku gi Hoki Doki dan beli fish platter sama squid ring, semua sekali rega 25dolar… sekali sampai makanannya punyelah banyak… aku makan lah sorang2 dgn selo2 sgt sbb nak tunggu abang balik mancing.. dlm pukul 3.15 abang balik, dia call, aku suruh dtg ke tmpt aku, dan abang tolong habiskan makanan.. abang bawak balik ikan salmon sekor…

Pastu masa kami nak keluar dari city nak teruskan perjalanan menuju ke Wanaka, sekali ternampak akma tgh cross jalan.. kami pusing kereta dan cari akma, bagi dia ikan salmon tu.. sbb kami pun dh tak lalu nak makan.. yelah, aku sorang je makan, abang cuit2 sikit je.. dia bukannya makan ikan air tawar nih, saje je suka mancing.. mujor juga aku ni pemakan ikan yang tegar hehhehe…

Pastu kami terus je ke Wanaka, baru je nak masuk highway, Nampak Nando’s kat sblh kanan… memang Nando’s kat Queenstown nih halal (ada certificate lagi kat depan pintunya), so kami pun singgah le beli buat bekal makan kat Wanaka nanti.. kami beli ayam separuh dan coleslaw je, memandangkan tadi dh makan fish platter kan, so masih kenyang le lagi..

Kami sampai Wanaka jam dah pukul 6 petang.. kami duduk di Manuka Crescent Lodge.. bilik yang kami dapat ada 1 katil queen dan 1 katil single, dapurnya ada portable double hotplate, microwave, cerek dan toaster.. bilik airnya luas bangat, dan kwsn sekitar nya ada swimming pool dan trampoline… depan bilik ada playground utk budak2 dan banyak kerusi meja outdoot utk lepak2.. best sgt..

Ptg tu, dalam pukul 8.30 kami keluar dgn harapan nak tgk sunset, sbb semalam masa kat queenstown tak dpt tengok sbb hari hujan.. sekali harini pun tak dpt jugak sbb matahari nya terlindung dek gunung apa ntah yg membatasi Lake Wanaka.. sudahnya, kami Cuma pusing2 bandar Wanaka je sebab kedai2 pun dh tutup, kami pegi jeti tepi tasik utk posing2 dan balik le ke bilik semula.. bilik ni dpt sky movie, so kita layan tv aje lah.. hehheh..