banyak sangat yang berlaku dalam hidup aku yang sempoi ni, namun kerterbatasan masa (dan rasa bersalah kalau mengadap pc tanpa membuat kerja2 PhD) membuatkan aku lambat mengupdate kisah2 hidupku.. so aku ceritakan terbalik lah, dr yag latest kepada yg paling basi sekali heheheh
Hari ahad yang lepas, aku dan Bejau tumpang kereta sewa Della, pegi ke city. sebenarnya di city (lokasi sebenar di Albert Park) ada berlangsung Lantern Festival, ala tanglung org china lah.. sempena hari chap goh mei kan.. tapi tanglung depa bukan setakat yg kertas merah ada rambu2 kat tepi tu dan lilin kat dalamnya.. depa punya gempak siap ada tema bagai.. cth: padang salji dgn gunung putih, arnab dan haiwan2 lain di tgh padang, tuan puteri tidur di sebalik bulan, hah macam2 lagi.. besar2 tanglung nya... aku pulak tak bawak kamera, so takde bukti.. bukan apa, sbb kupikirkan aku akan balik nanti naik bas, so malas lah nak leceh2 nak jaga kamera bagai kan..
wah seronoknyaaaaaaaaaa pergi lantern festival tu sbb ada banyak gerai malaysian dan halal lagik!! yeehaaa... dah rasa macam pegi pasar malam, tapi humang aiiii, mahalnyaaaaaaaaaaa harga makanan yg depa jual... aku mmg dah aim ABC, so sampai2 tu kita pusing 1 round dulu, jalan sampai habis ke belakang.. dh aim dh apa nak beli nih.. pastu ntah apa2 ntah, aku gi beli lak corn in cup 3dolar.. lahai.. depa kukus je dah.. kan kalau kita gaul ngan butter + garam + susu ke apeke kan.. depa takde.. dah le manis jagung je.. tak best nya... pastu aku makan lak takoyaki iaitu octopus ball.. macam cekodok sotong aje heheheh.. 5 ketul beso mcm fishball tu 5 dolar... huh... cekik darah btul.. pastu aku makan lak ABC (s'pore ice grated).. mmg pakai mesin yg kaler hijau tu, dan ais dia pun kasar2.. sedap sgt tu taklah sbb depa tak bubuh susu cair pun.. buh sirap2 tu je... semangkuk tu 5dolar..
penatnya jalan2.. org dah makin ramai bila dh menginjak jam 7 tu.. aku beli murtabak (sekeping 5dolar, aku beli 2 keping), popiah besar (1 3dolar, tapi 2 5dolar, so aku beli 2), dan mee goreng sebungkus dr kedai zati (5dolar).. bejau plak beli murtabak 1 dan sticky rice 2 ketul (1 ketul 3dolar).. tu je lah yg kami bawak balik..
sebelom balik tu, singgah jap umah della, aku nak tumpang solat asar.. pastu kami berdesup ke Britomart sbb nak kejar bas jam 8 northen expressway.. first time nih naik bas dr city balik ke Albany.. huhuhu.. kami sampai ke albany, kendian tgu lornie dtg ambik kami.. lornie kena lah pulak hantar aku balik rumah hehehehh...
pagi ahad tu iaitu pada hari yang sama (kan ini adalah kisah mengundur ke belakang, so cerita pun terbalik ikut first in last out hehheh), ada majlis tahlil di rumah dina.. sempena 40 hari pemergian bonda dina dan kak asiah.. sekejap aje masa berlalu, insyaAllah rohnya tenang di sana berkat doa anak2.. kak asiah dan dina buat nasik lemak, sambal sotong kering, ayam masak merah.. aku sumbangkan daging goreng kelantan style, dan kawan2 lain bawak kuih2 dan lauk jugak.. memang banyak jadinya makanan..mmg selalu camtu pun hehheh... menyebabkan balik dr tahlil tu aku bantai tido sampai asar.. yeeeehaaaa!! 2-2 ekoq kantoi buat taik mata heheh..
hari sabtu seblom tu, aku, abang dan abang suhaimi menghantar famili adnan ke airport Auckland. mereka akan pulang ke tanah air. Adnan sebenarnya datang ke NZ awal 1 minggu dari aku, namun rezeki dia mungkin di Malaysia. cabarannya bermula bila supervisornya berpindah ke Waikato, dan adnan ikut berpindah setelah 6 bulan di massey albany.. kemudian confirmation reportnya ditolak oleh supervisornya dan ala2 diberhentikan dr PhD.. adnan kemudian terpaksa mencari alternatif lain buat di malaysia, kerana tajuk beliau ni agak pelik sikit.. melibatkan linguistik tapi itu bukan bidang dia.. ntah macamana ntah.. namun ini adalah ketentuan Allah jua.. kita hanya mampu merancang, namun yang terbaik itu adalah apa yang dihadiahkan oleh Allah setelah kita berusaha.. mungkin inilah yang terbaik.. sayu sangat hatiku, bila Adnan telepon masa tu kami dlm perjalanan balik, dia dah nak masuk balai berlepas, bila dia cakap, doakanlah aku dalam sujud terakhirmu, semoga cita2 kita tercapai juga..
sebenarnya aku juga menghadapi masalah dalam pengajianku, namun berjuang terus berjuang.. jika kita percaya pada diri kita sendiri, insyaAllah akan ada lorong nya.. dulu abang selalu cakap pd aku.. kalau kita tenung sangkar burung tu lama2, suatu hari nanti mesti ada burung dalam tu.. yang penting FOKUS.. kalau kita letakkan fokus kita dalam apa yang kita sedang usahakan, insyaAllah, percayalah, lorong2 ke arahnya akan terbuka satu persatu untuk kita selusuri.. aku pernah mengalami situasi begini dulu.. dan aku amat percaya bahawa fokus disamping doa dan memohon dariNya, adalah ramuan paling mujarab untuk berjaya..
jadi, soalnya sekarang, bagaimana mahu fokus?? wahhh... nanti boleh jadi 10000 perkataan nih hehehhe...
oh yea.. cukup dulu kat sini.. nanti aku akan kisahkan tentang satu kursus yang aku hadiri.. yg mengubah diriku dan memberi keyakinan kepadaku untuk aku belajar dan terus belajar, kerana sesungguhnya ilmu Allah ini sangatlah banyak.. malu rasanya kalau mengaku pandai, sedangkan pandai itu juga subjektif sifatnya, dan pandai itu juga bukanlah ukuran apa2 kerana ilmu Allah itu boleh didapatkan oleh siapa2 pun asalkan dia berkehendak..
wallahualam bissawab..
Wednesday, February 23, 2011
Kisah last week (19-20 feb 2011)
Labels:
Food,
Jalan-Jalan,
Kehidupan Auckland,
Sejarah Hidup
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|