Hai.. macam2 peel orang dalam dunia nih! ada yang kejenya memang tak suka tengok orang senang, ada yang suka nak menyusahkan orang, ada yg suka nak menyenangkan orang, ada yang suka tengok orang senang, ada jugak yang senang lenang.. huhuhu
harini mood bengang.. tapi aku masih usaha kontrol tahap kebengangan supaya tak jadi sama bangang macam org yang aku tengah bengang tu.. bangang dan bengang.. hmm.. walopon berbeza hanya 1 huruf je, tapi kalau salah penggunaan boleh menyebabkan bengang, dan marah macam ala2 bangang.. wah.. pening sudah!
huh!
sebelom aku datang ke NZ ni, memang aku telah diasak oleh pihak2 tertentu, bahawa "kalau dah tahu belajar kat obersi tu susah, jangan la pegi", "kalau rasa tak sanggup susah, jgn mengada2 nak mintak sponsor awal dulu", "dah tahu kan, belajo kat sana tu tak sama macam kat sini, janganlah banyak songel mengadu susah, tak cukup makan pakai, itu ini gedebuk gedebak"... hmmm... baik encik encik tuan tuan puan puan... saya takkan menyusahkan encik encik tuan tuan puan puan... biorlah saya hidup mati di sini segala kesusahan yang saya telah tempah itu saya tanggung di bawah batu jemala patik..
huh!
saya ingat sangat segala kata2 itu.. saya pegang sungguh kata2 itu.. maka saya usahakan untuk tidak mengada2 menelepon setiap 3 bulan sekali utk mengingatkan mereka tentang elaun ku yang akan datang, tidak juga meminta yang bukan selain hakku sebagai yang telah tertulis dalam kertas yang telah ku sain, penjamin2 ku sain, dan telah ku matikan setem berharga 10ringit di pejabat tanah di bandar baru bangi... termaktub dan tersurat.. tak lebih dan tak kurang.. not a penny more, not a penny less... ha apelagi yea...
huh!
maka, bila tiba masanya bila elaun tak masuk seperti sepatutnya, salahke kalau aku bertanya? salahke kalau aku meminta penjelasan? sebab aku di sini bukannya suka2 hati enjoy sana enjoy sini, huha sana huha sini, main FB 24 jam, tak payah makan minum, tak payah bayo sewa rumah, tak payah isi minyak kereta, tak payah beli beras dan gula, tak perlu semua2 tu ke?
huh!
bila aku tanya, marah kita balik. aku tahulah nada marah tu walaupun dalam email je atau sekadar status dalam fb je, ape ingat aku ni budak kecik ke tak paham bahasa tersirat? aku belajar la BM klasik masa SPM dulu, ko cakap bahasa Hang Tuah pun aku paham tau.. apetah lagi bahasa orang yang tengah marah tanpa sebab. tapi kalau ko cakap bahasa isyarat memang aku tak paham le.. ya ampun!
huh!
jangan lah buat aku macam aku ni pengemis, mengemis yang memang hak aku.. aku paham lah memang ada banyak prosidur yang perlu dilalui, tapi, cuba ko bersikap rasional dan profesional, beri penjelasan dan penerangan.. aku rasa takde sapa akan tuding jari menuduh yang bukan2, sekiranya penjelasan yang munasabah diberikan, bukannya aku takboleh bersabar, bukannya aku tak boleh memahami.. ha, ko paham tak nih?
huh!
aku tak nafikan hidup di sini tak seindah mana.. jangan salah paham, maksudku, ini sudah pilihanku, jadi keindahan itu tidak perlu jadi soal bicara lagi.. aku redha.. keindahan hidup di sini takboleh di ertikan dengan keindahan hidup di sana, tak sama.. tak seiring.. tapi aku terima seadanya kerana ini adalah pilihanku, aku sendiri yang sain surat perjanjian itu, takde sape2 letak pistol kat kepala aku suruh sain.. masalahnya, aku taknak pikir tentang msalah lain selain dari apa yang ada di sini, yang memang bahagian ku.. tolonglah setelkan bahagianmu, supaya kita sama2 bahagia.. supaya kita tak terbengang antara satu sama lain..
ko paham tak nih?
huh!
aku berterima kasih pun ko tak terima yek.. tak apelah.. aku serahkan je pada Allah untuk segala kerja2 yang ko telah lakukan dengan cemerlang.. semoga rahmat Allah melimpah ruah untukmu.. dan ucapan terima kasih aku tu memang datang dari lubuk hati kau yea.. kalau ko terasa sebaliknya, itu adalah kerana lubuk hati kau ada persepsi buruk.. biasalah... kadang2 manusia ni takut dengan bayang2 sendiri.. dia ingat hantu mak limah kejor dia agaknya.. padahei, hantu pun tak siyor.. baik die ngegholoh dalam jambo deghoyan, bawah geghotak mentekedarah.. piiiiraaaahhhh!!
huh!
Thursday, February 10, 2011
HUH?
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|