My family ada 1 tradisi yang dimulakan dengan saya since I am the eldest children (dengan sepupu2 kedua2 belah mak dan abah pun aku yang paling tua). Tradisi nya dijalankan pada hari perkahwinan kitorang lah. Siapa2 pun yang kawin (bermula dari aku), pada malam nya akan ada 1 majlis kecil untuk famili sahaja. Dimulai dengan bacaan doa oleh Tok, malam itu pengantin baru akan potong kek dan makan ramai2 dengan sanak sedara dan acara bukak hadiah2 kawin yang dapat pada siangnya. Akan ada sorang juruacara, biasanya juruacara ni kawan pengantin atau kawan adik beradik pengantin yang turut sama memeriahkan majlis perkahwinan tu. Juruacara ni akan baca nota pada kad yg disertakan bersama hadiah, sebelum hadiah tu diserahkan pd pengantin utk dibukak. Yang lain2 akan eager tak sabo nak tengok hadiah apa tambah2 pulak kalau yg bagi tu sedara mara sendiri atau kawan2 yang dikenali. Memang meriah acara ni.
Kemudian, akan ada sesi interview dengan pengantin. Pengantin pihak kami akan memperkenalkan isteri/suami nya dan kenalkan semua saudara mara pd isteri/suami nya tu. Masa ni dibuka untuk sesi interview. Sapa2 pun boleh tanya apa2 saje kat pengantin, dan pengantin mesti jawab sejujurnya. Biasanya soalan2 wajib adalah:
1. Kat mana jumpa?
2. Apa yang berkenan dengan isteri/suami?
3. Nak honeymoon kat mana?
4. soalan2 nakal yang dibombard oleh pakcik2 dan makcik2 ku yang laser heheh
masa aku dulu:
1. Kawan yang kenalkan. Terlibat dengan aktiviti persatuan, selalu jumpa, terbekenan pulak.
2. Berkongsi minat yang sama
3. Genting
Adik lelaki aku (Fairuz):
1. adikangkat - abang angkat. Last2 terangkat.
2. suara manja. ala2 ambik berat gitu.
3. Cameron highland.
Sepupu aku (Rijal):
1. Kawan dari sekolah menengah.
2. baik hati dan peramah.
3. tak tau (tak ingat)
Adik lelaki aku (Zunaidi):
1. Cinta pandang pertama.
2. Baik hati, caring dan mengambil berat.
3. tak tau la. *last2 tak sempat
Adik pompuan aku (Anis):
1. Cinta internet.
2. Berterus terang dan kelakar.
3. Pulau Pinang.
After that, pengantin kena buat 1 persembahan - tak kira lah samada ko nak menyanyi ke, bersajak ke, berpantun ke apa2 lah janji 1 persembahan. Pendek pun takpe, saje buat2 gelak dan bagi semua org gelakkan pengantin je heheh.
Lepas tu, bila semua org dah puashati mengusik pengantin dan pengantin pun macam "dah lah tu.. penat dah nih..", barulah sesi diteruskan pulak dengan persembahan oleh ahli keluarga. Masa ni, sapa2 nak menyumbangkan suara, atau nak berlakon atau nak bercerita, nak nyanyikan lagu sekolah, nak berduet nyanyi nasyid ke, sukahatilah! Boleh jer. Takde hal punya. Biasanya, tuan rumah akan offer, sapa buat persembahan dapat rm2 (duit hasil collection kenduri siangnya tu). So, berebutlah anak2 pakcik makcik aku yang sekolah rendah, sekolah tadika, sekolah menengah ni ambik giliran buat persembahan. Yang org besor2 ni, jadi tukang sorak, tukang tepuk tangan dan tukang gelak. Sambil2 tu, makan kek dah tentulah. Biasa ada hidangan sampingan lain, macam sate ke atau mee goreng ke, air teh o dan teh tarik serta kopi pekat, perghhhh!!
Akhir sekali, biasanya tuan rumah akan buat ucapan penutup, dengan mengucapkan terima kasih kepada semua kerana menjayakan majlis dari awal sampai akhir, mintak mahap kalau ada terlebih terkurang, dan bahagi2kan duit collection kepada sesiapa yang layak dapat lah. Kemudian sapa2 nak berucap pun boleh jugak.
Akhir majlis, biasanya kami akan tayang semula gambar2 yang diambil waktu kenduri siang tadi menggunakan TV (biasalah teknologi digital sekrg ni, dari kamera digital jer) sambil gelak2kan org dalam gambar tu. Masa tu, pinggan2 kek telah dikumpul dan dihantar ke dapur, dan bantal2 pulak telah dihulur ke depan untuk sape2 melabuhkan badan. Pengantin pandai2 la masuk bilik yea heheh..
Kalau nasik / lauk ada berlebih, acara akan sambung esok pagi, di mana semua kuarga akan datang untuk breakfast kat rumah kami. Berakhirlah 1 acara tradisi keluarga yang tujuannya tak lain tak bukan untuk merapatkan silaturrahim terutama di antara keluarga dengan ahli baru keluarga kami itu.
Thursday, June 19, 2008
Tradisi Mengeratkan Silaturrahim
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|