Bukanmenulis.. menaip.. well.. kesibukan tugas seharian terlalu mendesak sehingga tiada ruang untuk diluangkan di sini. Hujung bulan 5 ada 2 due date yg maha penting: 1. Permohonan PhD yang memang sgt2 diharapkan akan tiada masalah untuk dapat. Kemudian dengar ramai pulak yang mintak, sedangkan kuota utk fulltime oversea hanya 1 aje!! Aku harap i can make it. 2. Permohonan untuk naik pangkat. Yang ni walaupun telah diusahakan sedari awal bulan lagi, namun banyak sangat bukti2 yang perlu dikumpul, dikira semula, diklasifikasikan semula dan difailkan mengikut aturan. Hari khamis 29hb baru siap sepenuhnya, setebal 1.2 cm report nya beserta guided CV dan borang permohonan. Jumaat, aku dan Azie berkejar ke Bangi utk potostat 1 copy for our own reference in the future, pastu berkejar balik opis utk hantar ke HR. Dengan Mek Lani punya pun kami handle sekali sbb Mek Lani dah balik kg awal lg. Last2 dah hantar baru boleh tarik nafas lega sesgt.
Bulan 5 jugak aku berjaya masuk FaceBook (FB), yang mana dulunya tak boleh masuk kalau guna email opis. last2 aku guna email Yahoo, boleh pulak. Aku jumpa terlalu ramai kawan2 chatters aku masa aku aktif chatting kat BBS back in 1997 until 2000 dulu. Ramai mereka sekarang dah jadi parents kpd 2, 3 org anak, berkerjaya hebat2 belaka dan insyaAllah, boleh dikatakan hidup aman damai dan penuh kasih sayang. Tak sangka, after all these years, sekali jumpa balik, we catch up really fast. bak kata Fahroe "Once a chatter, always a chatter" Aku masih ingat masa zaman2 kegemilangan BBS dulu, aku memang rajin turun gathering, jumpa ramai chatters di sebalik nick2 dan berkenalan di alam sebenar. sesetengahnya terus jadi kawan sejati hingga kini, ada juga yg lost contact disebabkan desakan hidup yg sibuk dan masing2 berhaluan sendiri membina keluarga dan kerjaya. Tapi rakan BBS di alam realiti ni sama shj mcm di alam maya tu.. kalau jumpa masyaAllah kecohnya dan havocnya, tiada bandingan!! Macam tiada halangan, macam kawan yg dah kenal dari kecik, camtulah..
ok.. berbalik pada masa aku isi borang promotion tu, masa mengorek sana sini utk cari segala bukti2 yg ada, ntah macammana aku terjumpa diari lama. Bukannya terjumpa oke.. sbb aku memang simpan diari tu tak buang.. terbukak kot. Memang ada jugak dapat bukti dalam tu (industrial training lawat Masyu, and a year before that.. gilak aa.. tahun berapa tu.. 2000 kot?) But the most important, aku baca balik cerita2 yang aku tulis masa aku umur 23, 24, 25 tahun, manis sangat zaman tu. Tak takut dan berani mencuba, adventurous, atau dengan kata lain, Redah jerr... Keluar malam, tak lekat kat rumah. Hujung minggu je mesti ada aktiviti dengan kawan sekuliah, chatters atau paling2 pun, balik rumah Andak. Dengan Kancil aku yang comel tu, aku meredah ke mana je: pergi kenduri kawen kawan2 sampai ke Penang, Melaka, Johor, Pahang; lawat student praktikal sampai ke Alor Star, Seremban, Nilai; jalan2 cari makan sampai ke Muar, Melaka, Batu Gajah; join trip Mat2 Motor Besar sampai Port Dickson; handle gathering Chatters sambil jual keychain, dan macam2 lagi. Sedihlah Kancil aku dah takde - kami punya banyak kenangan bersama. Sobsobsob...
Oh yea.. dalam diari lama tu, aku jumpa 1 tutup hidung. Ala.. kan ada 1 time tu jerebu yg teruk ya amat tu, semua org pakai tutup hidung ala2 doktor bedah tu kan.. haa.. yg tu lah.. Tapi, tutup hidung dalamm diari aku ada bertulis "Genie, aku bahagia tengok ko bahagia. Your happiness is ours, too" hmmm.. pada si penulis yang tak perlulah cakap sapakan.. dia mesti tahu punya.. well.. the happiness memang milik kita masing2, tapi obviously, bukan dgn org yg kita couple masa tu hahahha... glorious time betullah.. memang akan tersimpan dalam sejarah hidupku menjadi antara helaian2 terindah usia remaja ahakss...
Friday, June 6, 2008
Lamanya tak menulis
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|