Monday, June 9, 2008

Zaman sekolah menengah Part 2

Cikgu masa Form 1 ni, guru kelas namanya Cikgu Zaitun. Cikgu ni ngajar kami English. Garangnya cikgu ni jgn cerita, kasut dia dari jauh dah dengar denting dentang, semua dah pakat duduk kat kerusi senyap bagai anak murid mithali. Cikgu ni selalu bagi kerja rumah maha banyak, dan kalau esoknya suruh baca dalam kelas, dia akan suruh bangun 1 barisan demi 1 barisan. Ada sekali tu, masa barisan aku bangun, aku siap2 lah kira ngan member seblah aku nombor berapa yg kami kena baca.. pastu siap praktis bagai. Bila tiba tima aku, dia langkau di suruhnya kami baca yg nombor lain which is aku tak buat pulak tu. Memang keluar peluh jantan la jugak. Last2 nya piunggggg... melayang buku exercise tu keluar kelas kena campak. hampir separuh kelas kena dudul kat kaki lima kelas sambil siapkan latihan tu. Malu gila tambah2 time tu time rehat, so akak2 senior lalu kat tepi koridor tu sambil tersengih2, kami pulak rasa macam nak sorok muka dalam kain je rasa heheh.. Cikgu Zaitun oh Cikgu Zaitun.

Masa Form 3 ada sorang Ustazah ni, namanya Ustazah Masniah. Dia ni rajin sangat buat kelas tuisyen, kat mana2 kelas pun takpe. Hujung tahun, lepas periksa akhir tahun, kan adalah waktu honeymoon, so malam2 memang free, waktu prep adalah waktu melalak je kejenya. Time2 tu lah Ustazah Masniah ni meronda, dan mana2 kelas kosong takde cikgu tu dia akan masuk dan terus buat tusyen bahasa arab. Ada sekali tu, kami dari jauh dah nampak Ustazah Masniah ni datang, so, ramai2 kami pakat duduk dalam kelas, kunci pintu depan belakang dan duduk diam sediam2nya. Dengar je tapak kaki dia datang, pastu ketuk pintu kami berkali2. Kitorang diam je tak bukak pun pintu sampai akhirnya Ustazah blah gitu jer.. meneruskan cari kelas lain agaknya. Selamatttttt...

Kat sekolah kami juga ada 1 permainan, namanya Monito. Selalunya dimainkan pd hujung tahun bile dah habis exam final. Monito melibatkan 2 pihak, samada kelas dengan kelas, atau asrama dengan asrama. Cthnya, masa aku form 1, kelas aku 1B main dengan kelas 2A, dan bilik RBBB main dengan RPBA. Masa aku form 2, kelas kami 2B main dengan kelas 4C, dan RBBB main dengan bilik RMBA. Masa form 3, RBBB main dengan RHBD, dan seterusnya dah tak ingat dah. Mula2 1 bilik akan initiate permainan ni, iaitu 'melamar'. Cthnya, RBBB melamar RMBA. Bila melamar tu, kita akan buat rombongan Cik Kiah ke RMBA, jumpa dengan ketua bilik RMBA dan cakapkan tujuan kita, ajak main monito. Ketua bilik akan bincang ngan anak buah dia la budak2 bilik tu lah, setuju ke tak setuju. Takut dah ada lamaran bilik lain pulak lah kan. Kalau clear, takde sapa2 lamar lagi, pihak RMBA akan hantar wakil ke RBBB cakap setuju. Habis 1st phase. 2nd phase pulak, now budak2 RBBB akan create nama samaran masing2. Ikut suka hatilah nak buh nama apa pun - Napoleon, Ronaldinho, Misbun Sidek, Erra Fazira, Semah Janda, Makcik Kantin, Abang Macho, segala macam tok nenek yang teringat lah. Setiap sorang yang nak main tu boleh bagi seberapa banyak pun nama yg dia suka, boleh jugak kalau taknak main. Sukati ko lah.. takde paksaan punye. Pastu adalah sorang wakil pegi hanto nama2 tu ke RMBA.. bubuhla dalam plastik ke takut tercicir kan.. Pastu, balik bilik dan lepakje tunggu surat dari RMBA pulak. Yang budak2 kat RMBA pulak, once depa dah dapat nama2 tu, depa pilihlah ikut suka hati depa, dan depa pun create la nama samaran jugak, dan balaslah surat2 tu. Kemudian wakil depa hanto ke RBBB pulak dan seterusnya lah. Kalau ko bernasib baik, ko dapatlah monito yang best giler, rajin tulih surat, bagi hadiah bagai, balik prep ada plak laksa ke air sirap ke. Kalau ko dapat monito yang hampeh, tulih surat pun malas, tulih pun macam ala2 malas, jarang belanja makan, hadiah jauh sekali.. hmmm.. malang la ko. Tapi, kita pun kena laa rajin jugak membalas surat, membelanja akak/adik monito kita tu, dan bagi2 hadiah simple2 pun takpe macam buku nota, maggi sebungkus, roti bun yg 20sen tu, maruku ke macam2 lah. Syarat utama, before balik bercuti hujung tahun, mesti dah reveal identiti sebenar kat each other. Ha lepas tu, nasib jugaklah, samada korang jadik kamceng giler atau jadik biasa2 je atau terus tak ngam langsung heheh. Masa aku Form 1, akak monito kelas 2A tu namanya kak Rohaida. Yg bilik tu aku tak ingat. Masa form 2, akak 4C tu kak Salina Ibrahim yang sekarang ni jd penulis/wartawan/pengarang yg glamour. Tak caya cuba google dan cari. Yg RMBA plak, kak apa tah lupa nama nya. Wah dah ramai akak2 dan adik2 monito aku yg terlupa.. tapi best giler lah main monito nih, kalau ada bilik/kelas dtg melamar, seronok je rasa.

Oh yea, masa aku form 2, aku dan Ijah berpakat nak ambik adik angkat. Sbb kami ni close, so kami pun ambik adik angkat pun 2-2 sebilik (RPBA). Adik angkat aku namanya Juhaida Tajuddin, adik angkat Ijah namanya Azizah Arbain (Juhaida sekrg ni eksekutif TNB manakala Azizah pulak jd cikgu sekolaPerak). Kami selalu juga lepak berempat dan rajin lah adik2 tu datang tidur bilik kami kalau hujung minggu tu. Masa Form 3, aku dan Kema pulak ambik adik angkat bersama, maknanya kami kongsilah adik angkat tu, namanya Suhana Mokhtar atau Sue. Sue ni baik budaknya, pendiam tapi kalau baik ngan dia, byk gak boraknya. Masa ni kami2 dah jadi agak senior la kan.. maklumla dah Form 3. Tapi walaupun tahun ni banyak kenangan2 indah, tapi kami ada SRP hujung tahunnya, so kena study jugak. Masa tahun ni, aku kamceng ngan budak2 kelas aku spt Zalie (Zalina Abu Zaid), Mizah (Khairul Hamizah Abdul Raof), Sue (Suhaila Hasbollah), Maei (Maidiatul Hashimah) dan ramai lagi lah.. selalu kami study kalau hujung minggu tu, kami dah setkan, minggu ni bilik sapa, so semua akan kumpul kat bilik tu pd hari sabtu malam ahad. Konon2 study, tapi berborak je lebih heheh..

Tahun ni jugak kami ada pertandingan persembahan every 2 minggu, berselang2 tingkatan. Cthnya, minggu ni Form 1, lg 2 minggu Form 2, lg 2 minggu Form 3, dan seterusnya. Sebab kat sekolah takde entertainment lain, sbb tu lah ada malam persembahan ni. Setiap form ada 3 kelas, so paling2 teruk pun dapat no 3 je heheh.. anyway, kitorg cukup enjoy buat persembahan2 tu mcm drama purba, tarian billie jeans, lakonan, dikir barat dsb nya.

Sehingga lah hari peperiksaan datang dan pergi. Kami semua berusaha bersungguh2 untuk stay kat Serata, takut2 kena buang sekolah kalau result teruk. Dan kami semua berjanji untuk stay kat Serata sampai Form 5.

Cuti hujung tahun ni aku spend kat rumah Mak Ngah aku kat Sungai Besar. Kemudian bila result keluar, Alhamdulillah aku dapat keputusan yang ok. Aku punya benchmark ialah mak sedara aku yg tahun tu ambik SPM. Dan result SRP aku sama ngan dia masa dia SRP, so aku lega la dan happy sangat dgn keputusan aku..

Sambung lg utk masa2 terindah dalam zaman persekolahanku - Form 4 dan 5.