Masa aku mendaftar masuk ke Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA), mak sedara aku dah memang ada kat sekolah tu, masa tu dia tingkatan 3. Begitu gak dengan adik kpd best friend ayah aku form 3 gak. So, aku masuk situ memang dah siap2 ada bodyguard hehe.. Anyway, masuk je aku diassignkan ke Rumah Biru Bilik B (ringkasnya RBBB). Semua sekali ada 5 rumah aje - Putih, Biru, Merah, Hijau, Kuning. Dan bilik2 plak ada A, B, C dan D, tapi tak semua rumah ada 4 bilik. Rumah Putih ada RPBA dan RPBC jer. Masa tu RPBB jadi library, dan RPBD adalah 2 bilik kelas. Rumah Biru ada RBBA dan RBBB jer. RBBC jadi sekerat bilik kelas, sekerat lg Bilik TV. RBBD pulak, sekerat jadi bilik rekreasi, sebelah lagi bilik Sains Rumah Tangga (SRT) . Rumah Merah ada RMBA, RMBB dan RMBC. RMBD adalah sekerat kantin, sekerat lg Bilik Sakit. Rumah Hijau ada full RHBA, RHBB, RHBC dan RHBD. Rumah Kuning pulak ada RKBA, RKBB dan RKBC. RKBD masa tu jadi surau kami (hujung tahun 1990 kami ada bangunan surau sendiri, tapi RKBD kekal kosong. Mungkin sekrang jadi bilik lah kot aganya). Ringkasnya, Rumah Hijau ada 4 bilik, Rumah Merah dan Kuning ada 3 bilik, Rumah Putih dan Biru paling sikit penghuni sbb ada 2 bilik jer.
Masuk2 situ aku first2 kenal dgn budak Ipoh, namanya Khadijah Zulkifly, yg kemudian dikenali sbg Ijah. Kemudian aku kenal Norakmar Abdul Ghani (Kema), budak Gopeng dan Shazlin Md Isa (Lin), budak Batu Gajah. Kami semua 1 bilik, dan kami jd geng ber4 tapi aku dan Ijah paling rapat sekali. Kami selalu pakai baju yg sama, kasut sama sampai kawan2 lain panggil kami kembar tak seiras hikhik.. dah tentu muka kami tak sama.
Kelas pulak, aku masuk kelas 1B sama dgn Ijah. Masa tu kelas kami di bawah bilik RBBA, kiranya a part of RBBC lah.. selalu kami ngintai senior2 yg lalu depan kelas kami, sbb kalau balik tghhari, utk ke dewan makan memang kena lalu kelas kami. Masa ni aku ada sorang kakak angkat, namanya Haslinda Tahid, org Sabah, aku panggil kak lin. Dia form 2, so selalu lah dia bg buku2 form 1 dia kat aku. Kemudian ada sorang lg ambik aku jd adik angkat, namanya Sazaazti Rasdi, aku pangil kak saza. Kak saza ni cantik orgnya, putih dan the only girl dlm famili dia. Kak saza ni form 3. Tapi, aku lebih rapat dgn kak lin sbb kak lin ni kelakar orgnya dan kami selalu lepak kat bilik malam2 lampu dah tutup sambil makan maggi. Lampu kat bilik akan ditutup pukul 12 malam dan kami selalunya kelaparan selepas balik prep pukul 10.30 tu. Biasalah, maggi jelah.
Masa form 1, byklah rules yg hanya form 1 je kena ikut. Hampeh. cthnya, pakai kelambu. Semua form 1 wajib pakai kelambu utk tidur, dan lagipun kami tidur katil atas. Memang leceh pakai kelambu, sbb esok paginya nak mengemas kelambu tu yg malas. Kelambu tu perlu digulung kemas2 dan ditarik tegang2 disangkut dihujung 1 lagi. kalau tak tegang nanti ketua bilik akan sound dan kita akan malu lah gitu. Form 1 juga takkan dapat katil bawah, semua katil atas. Form 1 jugak wajib tukar pakai baju tidur seblum tidur. Ketua bilik kami kak Salina ke Saliha nama dia tak ingat dah. Tapi masa tu jugak, kami sgt rapat dgn akak2 form 3 yg lain spt Kak Zirah (Hazirah Amran), Kak Ana (Rohana Ismail), Kak Zu (Zuraini) & Kak Z (Zuraida). Akak2 ni sgt happening dan merupakan geng kami ponteng prep, solat kat bilik, mandi lambat hari ahad, main carom tgh2 malam buta, main seremban, main terup, posing sakan tgh2 malam dan byk lagi lah. Seronok gile lah geng ngan akak2 tu sbb diorg sgt baik dgn kami.
ok nanti sambung lagi.. buntu dah kenangan2 lama best sgt dikenang semula.. mana mereka sekarang yea??
Friday, June 6, 2008
Zaman sekolah menengah..
Labels:
Sejarah Hidup
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|