Hmm.. merata org dah cakap pasal isu ni, so aku pun taknak mengulas lanjut sbb aku tak pandai ekonomi. Kalau nak baca review yang membina minda dan berbeza perspektif, boleh baca kat sini:
Ulasan Berilmiah Dari Perspektif Berbeza
Aku just nak nasihat sket je kat semua.
Teknik2 berjimat cermat
1. Rajin2 lah baca flyers yg dihantar ke rumah kita oleh various shopping market tu seperti Giant, Tesco, Carrefour dsbnya. Buat perbandingan harga dan kena bersikap ambik tahu sikit tentang perbezaan harga. Jgn pegi byk2 tempat dalam 1 bulan - pegi 1 tempat je, so check harga betul2, buat perbandingan dari segi harga, berat dan kesegaran. Jauh jarak pun kena take into account jugak, ok.
2. Kurangkan makan kat luar. Katakan dulu selang sehari makan kat luar, sekarang ni limit kepada seminggu sekali je. And yang sekali tu ko belasah ler order bagai nak rak, takpe, dibenarkan. Lain2 hari ko masak kat rumah yea. Goreng ikan bilis pun takpe, sbb kalau kena geng lauk2 nya, sedap jgn cerita ler.
3. Jgn membazir beras. ingat bahwa beras mahal dan sgt berharga. So, budget berapa byk nak masak 1 hari, kalau terlebih, simpan dalam fridge. Kalau esok masak nasik, letak kat atas nasik tu, dia akan lembut semula dan boleh makan. Kalau masak nasik goreng, boleh bubuh air sikit dalam nasik tu bagi lembut masa goreng. Kalau rajin, kukus dulu nasik before goreng. Aku selalu buat cara paling senang - rebus air dalam periuk, letak penapis kelapa atasnya dan letak nasik sejuk tu dalam penapis kelapa tu. kira macam open kukus camtu.
4. Masak lauk dalam kuantiti yg boleh dihabiskan. Jgn masak byk sgt dan jgnlah ciput sgt sampai tak cukup pulak.
5. Kalau ada kenduri kawin ke, kenduri doa selamat ke, majlis harijadi ke atau sebarang majlis yg dianjurkan oleh kawan2, rajin2lah pergi kerana boleh makan free hehhe. Maklumlah, sekarang kan cuti sekolah. Hujung minggu ni dah penuh jadual kenduri heheh!!
Friday, June 6, 2008
Harga minyak naik?
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|