Dalam 2, 3 hari ini (in fact, sepanjang minggu ni), aku bagaikan terkesima dengan kisah seorang Pahlawan Nasional Indonesia dalam bidang sastera, Tengku Amir Hamzah (TAH). TAH memperjuangkan penggunaan bahasa melayu ketika bahasa belanda diwajibkan di seluruh indonesia.
Alkisah aku telah membeli 1 buku cerita karya Masriah Masrom bertajuk "Nyanyi Sunyi". tajuk ni diambil dari satu ontologi puisi TAH dgn tajuk yang sama. Aku kebetulan teringat buku yang pernah kubaca dulu iaitu "Nyanyi Sunyi Seorang Bisu" karya Pramoedya Ananta Toer. Karya2 dari penulis Indonesia memang aku suka, tapi karya penulis malaysia pun aku ghairah juga huhu (kecuali penulis2 buku seperti yang melambak di pasaran - aku kurang minat kisah cinta tak berhaluan - maaf yea!)
dalam buku cerita tersebut, wataknya sangat diinspirasikan dengan hidup TAH dan wanita disekelilingnya. Kisah ini membuatkan aku nak sangat tahu tentang TAH, lalu apelagi, aku surf internet mencari bahan.
yang paling kukagumi dalam kisah TAH ini adalah kekuatan jiwa orang2 yang disayangi/menyayangi beliau. Semuanya mempunyai jiwa yang sangat besar. Pertama sekali, ibunya Tengku Mahjiwa yang melepaskan anak bungsunya belayar jauh mencari ilmu. ketika dia sakit tenat pun, masih direlakan anaknya tidak pulang kerana bakal menempuh periksa akhir, dan pergi menemui Ilahi tanpa sempat memeluk dan mencium anak tersayang.
kekasih hati TAH, Ilik Sundari lebih besar jiwa dan hatinya kerana merelakan kekasihnya menikahi perempuan lain. Ilik wanita terpelajar yang menguasai ilmu sastera hingga peringkat tinggi. Dia bukan sebarang orang, malahan puteri Solo dari keturunan Raden. Tapi demi TAH memberitahu yang dia perlu menikahi Tengku Kamaliah atas urusan tugas, Ilik memahami sesungguhnya TAH bukan miliknya lagi.
oh, betapa beratnya hati melepaskan kekasih yang tercinta, bila diketahui sang kekasih juga tidak rela!
Tengku Kamaliah kurang cantik dibandingkan dengan Ilik. Badannya sedikit berisi dengan muka bulat, sedangkan Ilik bermuka bujur dengan dahi luas, tulang pipi yang tinggi dan mulut menguntum seperti ciri biasa masyarakat Keraton Jawa. Namun hati Tengku Kamaliah bersih, ikhlas mencintai TAH selayaknya seorang isteri mencintai suami.Walaupun dia tahu keluh kesah TAH yang patah hati, sedikit pun dia tidak mengamuk atau marah2 menengking herdik, malah dia terasa bersalah pula memisahkan 2 hati itu. Niat sucinya nak menerjakan haji ber4 (TAH, Tengku Kamaliah, anaknya Tengku Tahura dan Ilik Sundari) tidak kesampaian kerana TAH ditangkap orang dan tidak kembali lagi.
Keinginan untuk mengorek cerita TAH lebih lanjut membuatkan aku kepingin sangat mencari buku karya NH Dini bertajuk Amir Hamzah: Seorang Pangeran Dari Seberang. Buku ini mengupas secara total seluruh kehidupan TAH dari mula dia lahir hingga saat dia dipenggal kepalanya semata-mata kerana fahaman anti-feudal dan beliau keluarga bangsawan. Tamatlah kisah beliau dalam umur 35 tahun, sangat muda.
"Cintaku hanya satu. Dan yang satu itu telah kuberikan kepadamu." - Amir Hamzah kepada Ilik Sundari.
Sayunya hatiku membaca kisah cinta trajis ini. Namun ringkasnya, mereka sentiasa meletakkan kecintaan yang lebih besar dihadapan mereka dan mendahulukan orang yang tersayang dari diri mereka sendiri.
1. Amir Hamzah mendahulukan tugasnya kepada masyarakat untuk mengembangkan sastera dan budaya bangsa dari mengikut kata hatinya untuk mengahwini Ilik.
2. Ilik Sundari mendahulukan Amir Hamzah dengan merelakannya pergi dan menikahi oranglain sedangkan Amir ialah kekasih hatinya, belahan jiwanya.
3. Tengku Kamaliah mendahulukan Amir Hamzah dalam kehidupannya sehingga sanggup dimadukan jika itu boleh membuatkan Amir hidup bahagia.
"Bukankah kebahagiaan itu melihat orang yang dicintai hidup bahagia? - Masriah Masrom, Nyanyi Sunyi.
Alangkah bahagianya jika semua orang mendahulukan orang lain dalam kehidupan untuk mencapai kebahagiaan abadi. Alangkah!!
Friday, August 26, 2011
Kisah raja-raja.. Tengku Amir Hamzah
Labels:
Amir Hamzah,
Nyanyi Sunyi,
Sejarah Untuk Dikenang
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|