Tidak semua orang layak untuk segalanya. Hanya yang terpilih sahaja mampu memikul tanggungjawab tersebut. Itu yang aku baca dalam suratkhabar semalam (Ahad 23 Mac 2008). Berdesup rasanya masuk dalam jantung bila terbaca perkataan2 tu. Tak cukup bersyukurkah aku bila segalanya serba lengkap? Aku cuma belum dikurniakan anak penyambung zuriat tapi tidak semua orang layak untuk segalanya.
Kami dah hampir 5 tahun kahwin, namun belum ada rezeki. Pernah kusuarakan niat untuk ambil anak angkat namun suami tak mahu. Kami berusaha namun mungkin belum cukup usaha. Aku letakkan segalanya ditangan Dia yang lebih mengetahui kerana aku yakin sangat masa depan kita tak siapa tahu. Mungkin kalau kami ambil anak angkat, turn up dia tidaklah seperti yang dikehendaki, takut termenyesal pulak nanti. Kalau anak sendiri tu lainlah.
Makcik aku pun macam aku juga. Takada anak. 13 tahun lalu dia ambik anak angkat sorang. Lelaki. sekarang ni umur nya dah 13 tahun lah. MasyAllah degilnya. Pada hari kematian ayahnya (pakcikku lah), time orang sibuk2 tu dia boleh pegi cybercafe.. main game. Sepupu aku pegi, dapat pelempang sebijik. Tiap2 hari pegi CC, solat memang malas, belajar dah tentu la malas. Kesian makcikku, tambah2 lagi sekarang dia hadapi sorang2 kerenah anaknya since suami dah tiada.
Mungkin nasib aku taklah macamtu, mungkin juga macamtu, siapa tahu, kan?? Well, hanya Dia yang lebih mengetahui...
Monday, March 24, 2008
Dia lebih mengetahui...
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|