Monday, March 31, 2008

Aja yang ku kenali..

heheh.. Aja ni kawan ku yang baik hati. Aku kenal dia dari sejak aku 2nd year di UM dulu sbb dia muda setahun dariku. Dia berkawan baik dgn beberapa housemates aku yang sebaya dia lah, kira 1 batch dia, so selalu datang lepak rumah kami. Masuk tahun berikutnya, dia pindah masuk rumah kami. Time tu aku 3rd year dan Aja 2nd year lah. Hubungan kami terus baik, sehingga aku grad, dan tahun berikutnya Aja pulak grad. Disebabkan Aja ni ambik course perguruan (TESL), maka bila posting tu, tup2 dapat kat kampung ku tercinta.

7 tahun Aja mengajar kat kampungku, dia kerap melawat mak dan adik2 kat rumah, lama2 jadi anak angkat mak. Sementelah, tak lama selepas Aja berpindah sekolah balik mengajar di kampung halamannya pula, ibu kandungnya meninggal dunia. Jadi mak ku lah jadi mak Aja, tempat dia mengadu masalah yang biasa dilakukan anak perempuan-mak.

Aja akhirnya mendirikan rumahtangga hujung tahun lepas dengan seorang ahli bomba yg tinggal di Johor. Seawal usia 2 bulan berkahwin, Aja disahkan mengandung. Tapi malangnya, bukan rezeki dia, Aja keguguran. Selain itu, kehidupannya biasa aje.

Hujung minggu lepas, Aja bertandang ke rumah mak. Yang pertama kali sejak dia berkahwin. Dia dalam perjalanan ke Cameron Highland untuk berbulan madu, jadi singgah di kampungku untuk jumpa mak dan tidur 1 malam di sana. Kebetulan aku pun balik kampung juga, jadi banyaklah cerita antara kami. Maklumlah, lama tak jumpa gitu.

Hehehe.. Aja ni rupa2nya ada problem.. Biasalah, orang baru kawen, baru nak adjust. Asyik gaduh aje katanya, benda kecik pun nak merajuk, itulah inilah. Mak cakap ' Alah siang gaduh, malam ko peluk jugak' hehehe.. adatlah kan, adjusting time. Memang banyak gaduh, banyak nangis.

'Kadang2 rasa macam nak gostan je time' katanya. Mak cakap 'Mana boleh. Dah tentu ada yg takleh nak digostan' hehehhe

Sabo je lah Aja. Ambik masa sikitlah nak adjust tu. Maklumlah, time bujang, ikut kepala sendiri aje. Nak kemana, makan apa, nak buat apa. Now kena mintak izin bagai. 'Izin tapi tak restu' Camne tu?

Nanti kita jumpa, kita sembang2 lagi yea Aja!