Masa aku kecik aku sekolah pun kat kampung je.. jalan kaki je dah sampai. Sepanjang aku sekolah rendah tu (dari tadika sampai drjh 6) ada beberapa kawan yang aku memang tak dengar khabar berita sampai sekarang ni. Antaranya:
1. Latha. Dia ni salah sorang dari 2 org je budak india perempuan kelasku. Dengan dia ni aku kamceng sangat dan waktu rehat memang aku ngam lah lepak dgn dia. Dia rajin ajar aku perkataan2 hindi dan kadang2 buat pop kuiz kat aku pulak hehhe. Dulu memang geng main batu seremban time rehat. Sanggup tak makan tuuu..
2. Norlela. Dia ni seingat aku pendiam sangat. Biasa aje takle kamceng sangat. Kalau ingatkan muka dia ni, jenis muka yang kahwin awal. Agaknya anak dah sekolah menengah kot hehhehe..
3. Zaitun. Zaitun ni kamceng dengan aku masa sekolah rendah dah besar sikit, macam drjh 3, 4, 5 tuu. Geng aku kalau cikgu suruh beli apa2 kat kedai seberang jalan depan sekolah (beli susu anak dia), kami mesti pergi berdua. Biasanya cikgu (cikgu Khamsiah tak silap aku) akan bagi extra la duit tu, nanti aku beli Krispy atau pun asam masin untuk makan dengan limau kasturi (limau kasturi tu pokoknya belakang sekolah, kena panjat pagar untuk ambik buahnya. Sapa punya pokok tak tau).
4. Supirabi. Nama dia ni memang pelik tapi org Melayu kita je. Rumah dia rasanya paling jauh dari sekolah menghala ke hilir. Insiden aku dan dia yang masih terpahat di ingatan aku ialah ada satu hari tu, hujan, dia datang rumah aku kna ajak pegi main2. Tapi dek kerana hujan, last2 kami main bawah rumah aku je. Kami korek lubang dan main congkak atas tanah tu. Kotor gile tangan, kuku semua penuh tanah. Tapi the feeling masa tu sampai sekarang masih teringat, tak tau lah kenapa. Supi dah kawin awal dia kawin dah beranak pinak dah pun, tapi tak pernah jumpa lepas sekolah rendah tu.
5. Nazri. Dia ni OKU, tapi perangainya nakal masyaAllah. Kaki dia sebelah hanya setakat lutut je, jadi kalau dia berdiri sebelah kaki, sama tinggi lah dengan kami, tapi kalau dia drop kaki nya, maka die setakat pinggang kami jer. Dia sekolah kat kampung aku sampai djh 2 aje kot. Dia selalu buat dajal kat org, biasanya tackle org sampai jatuh sbb dia kan pendek je. Ntah camne tah. Pandai jugak die ni, tak silap aku masa djh 1, aku dapat no 1 dia dapat no 2. So masa penyampaian hadiah tu, dia duduk sebelah aku la sbb seat kan cikgu2 dah susun ikut aturan naik pentas. Masa tu je kami baik sikit.
Ada beberapa org lg tapi aku tak ingat dah nama. Rasanya ada sorang Singh, masa kami tadika, ada lawatan ke kampung sebelah, khemah kat situ runtuh sbb hujan lebt. Khemah tu timpa anak singh ni, rasanya macam parah jugak. Aku pun tak reti sbb masa tu aku tadika. Ada Saiful, lawa budaknya. Masa tadika, masa hari persembahan aku ingat si Saiful ni jadi arnab hehhehe. Anak cikgu kelas aku, Azman namanya. Dia sekolah kejap je kat sekolah aku pastu dia tukar sekolah. Aku ingat dia ni hensem gile sampaikan ramai yg crush kat dia (termasuklah aku kot heheh). Setahun je dia sekolah kat kg aku, pastu tahun depan nya dia sekolah kat pekan bidor cehh.. Ada Mahanum gak, yang rupa2nya sedara aku tapi jauh la. Mahanum ni tinggi orangnya tapi badan agak bongkok sikit. Selalu lepak dgn dia petang2 bila habis training bolajaring kat padang.
Hmmm.. Sapa lg yea.. ramai jugak rupanya kawan2 aku yg da lost contact.. Kat mana depa ni sekarang yea??
Tuesday, March 25, 2008
Kawan2 masa kecik..
Labels:
Sejarah Hidup
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|