Yeszaa... lamanya tak update blog.. aku bizi dong baca blog2 orang je hehehh.. sampaikan malas nak update blog sendiri...
UTM skrg baru je mula semester baru, so lepas ni aku akan bizi semula dgn kelas, walopon sem nih aku cuma ambik 2 kelas je, tu pun 1 tu aku nak drop sbb subjek tu aku sendiri ajar sem ni kat uniten.. harap2 boleh exempted...
yang aku nak stori ni ialah kes aku berjumpa semula dengan kawan baik aku masa sekolah taayah.. dalam ramai2 kawan, aku dan Mizah ni, sekelas dari form 1 sampai form 4.. tak pernah berpisah.. sorang lagi dengan Suhaila Hasbollah atau kami panggil Sbol.. Kami memang close la namun lepas je SPM, terus lenyap macam debu di tiup angin... hilang... lesap... tak dapat di kesan...
alkisah, selasa lepas time aku tgh layan FB sbb sekarang aku terlibat dalam karnival sukan budak2, so update kat dorang just announce dlm FB je.. tiba2 aku disapa oleh si Mizah.. menjerit aku dibuatnya! memang lama sangat dah aku dok cari Mizah ni, rupa2nya dia keje kat seblah UNITEN ni je... punyela dekat...
so kami janji makan nasik arab kat food court masjid.. kecoh juga lah dibuatnya bila masing2 nak bercerita selepas 21 tahun tak jumpa!!
dulu kami berkongsi hobi.. iaitu collect puisi2 yang keluar dalam suratkhabar, gunting dan tampal dalam 1 buku.. Buku tu Mizah yang punya.. suratkhabar tu pulak, waktu tu kelas kami melanggan, so memang cepat2 la cop puisi tu dan seterusnya.. ketika dah nak habis SPM, Mizah janji nak kasik pada aku buku puisi tu sebagai kenangan kami, tapi kami tak jumpa masa last2 tu (aku ingat lagi, maksu yang pickup aku kat sekolah dan bawak ke rumah dia sebaik je habis peksa).. sampailah hari ni.. so buku tu Mizah still simpan lagi..
semangat kami berborak macam2 isu dari kawan2 sampailah cikgu cikgu.. masuk juga kehidupan sekranga dan keluarga masing2... sampai org sekeliling dok jeling2 uhuhuhu..
rindu bangat pada Mizah.. nanti kita dating lagi yea..!!
Friday, February 24, 2012
Khairul Hamizah
Labels:
Kengkawan,
Sejarah Hidup,
Taayah
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)