Thursday, April 8, 2010

Perpisahan itu...

Keluarga Malaysian di Albany ni sangat sedikit.. kesian betul.. kami cuma ada dalam 10 keluarga aje.... ada ramai lagi keluarga Cina Malaysia, tapi tak kenal.. yg 10 keluarga ni adalah yg bernaung di bawah Mapsa, tambah dgn family Abg Azhar, staff Massey Univ.

Jadi, bila dah komuniti nya kecil, kami jadi rapat.. sbb takde aktiviti yg nak dibuat di sini, melainkan melawat rumah kawan2 dan potluck aje. Itu aje aktiviti yang mudah dan MURAH.. biasanya rumah kawan2 yg agak besar jadi tumpuan, namun rumah yg kecik (mcm rumah aku) pun boleh aje jadik port.. cuma agak risau org komplen kalau budak2 melompat je (sbb rumah aku kat tingkat atas)..

Makanya, bila keluarga Adnan + Asna berpindah ke Hamilton, terasa kehilangan sangat. Nan terpaksa bertukar universiti kerana supervisor nya berpindah ke Waikato Univ. Dan 2nd and 3rd supervisor tak sudi ambik Nan heheh.. maka terpaksa lah pindah demi meneruskan perjuangan memegang title Dr.

Officially mereka pindah pada 2hb.. pada 1hb lori angkut barang2 rumah dah selamat bergerak ke Hamilton. Asna dan anak2 melepak umah kawan2 lain - brekfes dan lunch kat rumah aku, makan malam kat rumah Nida, dan brekfes esoknya kat umah Abg Suhaimi. Dorang tido kat umah Nida, selesa sikit, umah Nida 3 bilik.

Tak dapat lah kami lepak umah dorang di Glamorgan Drive lagi.. port utama masa makan2 potluck.. tak de lah dengar suara Wafa menjerit pada kadar 10 decibell lagi.. atau bergaduh dgn Zahin.. takde lah Arif yang rajin melayan Zafran.. takde lah Najwa geng Mizah nak buat lompat terbalik atau nyanyi "I'm a barbie girl...!" dan jadik ketua pompom girls kalau ada futsal lagi... dan takdelah Yasmin yang malas mandi tapi suka makan sayur, main girl games, sambil minum "bak" dan ada nama samaran Bedah.. heheh

Rindunya pada korang semua!! Namun pertemuan dan perpisahan adalah adat kehidupan... dan hidup perlu terus demi mencapai cita2.

Semoga ukhuwah berpanjangan hendaknya.

Tuesday, April 6, 2010

Kenduri di negeri orang..

dah lama tak jenguk blogku ini kerana hambatan kerja dan tugas2 lain serta macam2 perkara yang berlaku menyebabkan aku tak berkesempatan nak update blog.

sekarang ni aku tgh sibuk nak cari rumah baru yg lebih murah dari rumah sekarang, rupanya proses cari rumah ni tak mudah sangat.. hairan jugak sbb rumah sewa skrg ni dulu, tengok je terus setuju dan terus sign aggreement dan terus dapat kunci.. terus boleh pindah haritu jugak.. tapi skrg ni, ada tapisan bagai.. dan belum tentu dapat lagi.. hmm.. sabar ajelah.. mudah2an kami dapat rumah yang ok, murah, mudah dan selesa...

cerita ni dah hampir 3 minggu berlalu, namun aku masih nak cerita jugak. alkisahnya, kami dapat tender untuk menyediakan makanan untuk pelajar2 undergrad di AUT, dalam function mereka bertemu dgn pegawai MSD, iaitu pegawai yang menguruskan pelajar2 malaysia di new zealand.

since function tu berlangsung hari sabtu 20hb mac, so preparation berlangsung sepanjang minggu, dan majlis rewang start pada hari jumaat 19hb.. kisah rewang ni ada diceritakan dalam blog Nida, di sini. kami mula dari pukul 11 pagi lagi, dengan acara memotong bawang, basuh ayam, goreng ayam, blender segala bawang, bawang putih, cili kering dsb nya. Masakan yg diorder adalah nasik tomato, lauknya ayam masak merah dan sayur acar jelatah. untuk VIP kami juga sediakan papedom sikit.

mujur rumah nida yang jadik port memasak tu agak besar, ada kawasan luas kat luor rumahnya utk tempat rewang, dan ada garage untuk tempat budak2 main supaya tak ganggu para ibu2 nih... alhamdulillah, by pukul 5 petang, ayam dah habis goreng, dan sambal utk ayam masak merah tu pun dah selamat buat sebanyak 4 kali kuali besar. maklumlah, kat sini kami takde kuali yg ala2 kawah.. semuanya kuali comel2 je hehehh... terpaksa masak banyak kali... sayur2 pun dah siap potong semuanya.. alhamdulillah jugak peti ais Nida besar, dan muat lah untuk sumbat segala sayur2 tu..

malam tu, lepas maghrib dalam pukul 8.30, kami start masak nasik tomato nya pulak.. tak boleh nak tunggu pagi esok, sbb takut tak sempat.. kami takde periuk besar, so terpaksa pakai periuk nasik 5 bijik.. berapa round tak ingat dah.. periuk paling besar cuma dapat masak untuk 20 orang.. so kira lah berapa round kami masak.. mujur jugak ada banyak chilly bin yang kami dapat pinjam untuk letak nasik yg dah di masak tu..

pagi esoknya, pukul 7.30 aku dh sampai rumah nida untuk masak nasik last batch. sengaja kami tinggalkan 1 batch supaya boleh letak kat atas nasik yg di masak malam tadi supaya nasik2 tu kekal panas.. dan pagi tu jugak gaulkan sayur acar.. alhamdulillah sempat buat semuanya..

kami 4 orang, aku, shukor, adnan dan nida pun bergeraklah ke AUT dalam pukul 9 lebih, sbb makan nya pukul 11.30 tapi kami takut sesat sbb tak pernah masuk AUT. alhamdulillah, dapat call hasniyati s/u Mapsa, so dia lah yg tolong bawakan kami kat tempat function dan mintak budak2 undergrad utk tolong..

masa depa serbu nak makan tu, kami terus gabra tengok ramai giler.. dalam hati dah saspen, cukupke tak makanan yg ada nih? mujur jugak VIP yg asalnya 50 pax, cuma tinggal dalam 10 pax jer.. so tariklah bahagian depa kasik kat student. syukur sangat cukup2 aje lauk yg ada. dapat jugaklah org MSD tu menambah ayam jadik 2 ketul heheh..
petang tu, masa balik kami singgah pulak beli barang2 utk kenduri umah adnan esoknya pulak.. sampai rumah dah pukul 3 petang.. memang pewai sangat.. sbb tak cukup tido.. ptg tu aku ngan shukor bantai tidor sampai kol 8 malam baru bangun.. perghhhh... sakit2 badan ku sbb buat keje2 memasak2 nih...

anyway, dapatlah jugak untung sikit2 untuk dibahagi2kan kepada kengkawan.. walaupun, masih tak dapat lagi separuh payment yg dijanjikan.. tapi insyaAllah ada.. kalau dapat nanti, saya pass kan kat korang yea..


nanti, kalau ada projek lain lagi, boleh kita buat lagik... ni layan lah gambar2 masa kat function tu..