Keluarga Malaysian di Albany ni sangat sedikit.. kesian betul.. kami cuma ada dalam 10 keluarga aje.... ada ramai lagi keluarga Cina Malaysia, tapi tak kenal.. yg 10 keluarga ni adalah yg bernaung di bawah Mapsa, tambah dgn family Abg Azhar, staff Massey Univ.
Jadi, bila dah komuniti nya kecil, kami jadi rapat.. sbb takde aktiviti yg nak dibuat di sini, melainkan melawat rumah kawan2 dan potluck aje. Itu aje aktiviti yang mudah dan MURAH.. biasanya rumah kawan2 yg agak besar jadi tumpuan, namun rumah yg kecik (mcm rumah aku) pun boleh aje jadik port.. cuma agak risau org komplen kalau budak2 melompat je (sbb rumah aku kat tingkat atas)..
Makanya, bila keluarga Adnan + Asna berpindah ke Hamilton, terasa kehilangan sangat. Nan terpaksa bertukar universiti kerana supervisor nya berpindah ke Waikato Univ. Dan 2nd and 3rd supervisor tak sudi ambik Nan heheh.. maka terpaksa lah pindah demi meneruskan perjuangan memegang title Dr.
Officially mereka pindah pada 2hb.. pada 1hb lori angkut barang2 rumah dah selamat bergerak ke Hamilton. Asna dan anak2 melepak umah kawan2 lain - brekfes dan lunch kat rumah aku, makan malam kat rumah Nida, dan brekfes esoknya kat umah Abg Suhaimi. Dorang tido kat umah Nida, selesa sikit, umah Nida 3 bilik.
Tak dapat lah kami lepak umah dorang di Glamorgan Drive lagi.. port utama masa makan2 potluck.. tak de lah dengar suara Wafa menjerit pada kadar 10 decibell lagi.. atau bergaduh dgn Zahin.. takde lah Arif yang rajin melayan Zafran.. takde lah Najwa geng Mizah nak buat lompat terbalik atau nyanyi "I'm a barbie girl...!" dan jadik ketua pompom girls kalau ada futsal lagi... dan takdelah Yasmin yang malas mandi tapi suka makan sayur, main girl games, sambil minum "bak" dan ada nama samaran Bedah.. heheh
Rindunya pada korang semua!! Namun pertemuan dan perpisahan adalah adat kehidupan... dan hidup perlu terus demi mencapai cita2.
Semoga ukhuwah berpanjangan hendaknya.
Thursday, April 8, 2010
Perpisahan itu...
Labels:
Kehidupan Auckland
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|