.... dah bersawang di sana sini... fuhhhh... penat menyapu sarang labah2 tadi... sembur sikit pewangi udara dan tukar2 sikit kedudukan.. baru selesa...
ok.. apa nak cerita yea.. yang utama, aku dah pindah rumah.. rumah lama di Carolina Place dah tamat tempoh kontraknya, dan memang kami taknak sambung sebab mahal sangat. pemburuan rumah baru memang memenatkan. Proses kat sini tak sama macam kat Malaysia, sbb kalau kita dah berkenan satu2 rumah tu, belum tentu kita dapat. TUan rumah boleh pilih ikut sukahati dia nak pilih sapa jadik tenant. So banyak ugak rumah yang kami tengok, rasanya ada 10 bijik kot.. ada yg tak terpilh, ada yg terpilih tapi kali tolak sbb agak jauh, bilik tak berpintu, macam2 lah..
so rumah yang kami duduk sekarang, tuanrumahnya Chinese dari Negara China sana.. kaya landlady nih, rumah sewanya ada ntah berapa bijik ntah.. dia single mother, anak sorang lelaki, dah besar jugak, macam 16 gitu.. mungkin sbb dia immigrant, dan dtg dr belah2 sana, so dia pilih kitorang agaknya.. dan kami pun memang berkenan sangat rumah nih.. kawasan kelilingnya luas dan boleh bercucuk tanam.. luar pintu sliding bilik ada pelantar boleh lepak2.. pemandangan sgt marvellous, nampak laut Browns Bay yang kebiruan.. kalau hari cerah tak berkabus, kejauhan nampak Rangitoto Island yang terkenal dgn aktiviti lasak mcm jungle trekking dan climbing.. pokok2 bunga kwsn rumah ni eksotik semuanya mcm pokok Bird of Paradise, rose merah, bunga raya kuning, malah ada pokok pisang lagi, cuma daunnya byk koyak2 sbb angin kuat sangat..
sewa rumah baru nih kurang 70dolar seminggu dari rumah lama.. so sebulan dah jimat 280dolar.. bil api dan air termasuk dalam sewa, dan internet dikongsi sama2.. alhamdulillah, dalam sebulan kami boleh kurangkan belanja kasar sebanyak 400dolar.. bolehla kami hidup selesa sikit, dan berjimat.. target kami, taknak korek duit gaji aku pun dah cukup baik.. kebetulan sejak 2 bulan lepas abang pun dah keje sebagai Kitchen Hand di Reservoir, dapatlah buat duit belanja harian. Ikan pun abang pancing sendiri, banyak juga dapat ikan yellowtail, snapper merah, kahawai, belanak. Ada jugak dapat sotong fresh. Cukupla tu, malah boleh jual lagi pada kawan2 kat sini.
Sejak duduk sini jugak, barulah aku tahu yang rumah2 kat sini kebanyakkan nya dibina mengadap utara untuk dapatkan cahaya matahari yang maksimum. Maklumlah, kat Malaysia, kat mana2 ko pacak rumah pun, memang confirm dapat matahari punya.. lain lah kalau duduk bawah jambatan hehehh.. jadi, tiap2 pagi kita bukak langsir supaya matahari menyinar masuk dlm rumah, dan agak2 dah petang, cepat2 tutup langsir supaya panas kekal dlm rumah.. susah jugak rupanya dok negara 4 musim nih.. kena ada ilmu jugak hehhe..
sekarang ni dah masuk autumn.. daun2 dah banyak kaler merah, kering dan gugur. Kat depan pintu rumah aku ada satu pokok ni yg tgh galak meluruhkan daunnya. Kalau bukak pintu je, angin bertiup penuh daun masuk rumah aku hehhe.. bilik kami cuma 1 aje, tapi cukup luas sampai boleh letakkan katil, tv, recliner, meja komputer dgn amp gitar abang dan macam2 lagi.. syukur sangat lah dengan semua2 nih..
pasal study aku pulak, diam tak diam now dah 6 bulan aku kat sini, nak masuk 7 bulan pun.. masa mula2 dulu aku kena banyak membaca paper2 oranglain, mujur bidang aku ni tak banyak sgt paper yg nak dibaca.. skrg ni supervisor aku si Tony, dah suruh aku start menulis paper utk conference atau jurnal.. mula2 aku tulis haritu direjectnya 2 dari 3 isi penting dlm tu, dan dia suruh kembangkan yang 1 tu je.. bila aku tulis yang 1 tu pulak, direjectnya semua sekali.. sedih betul aku huhuhu... tapi takpe.. itukan proses belajo huhu.. so, dia suruh aku concentrate yang lain pulak, sbb kalau takde bahan, dia taknak hantar paper, buat malukan dia je.. gitulah..
antara perkara yg selalu dia cakap kat aku, suruh berfikir.. deep thinking... jgn scratch on the surface je.. tu master level, katanya.. hmm... tapi betul sgt dia cakap tu.. bila aku dok perati, fokus dan consentrate, memang aku dapat idea yg lain dari yang sedia ada.. dan bila aku tunjuk kat dia hasil yg aku dapat, dia mcm suka, dia cakap aku dah mula berfikir, so kekalkan pemikiran macamtu.. satu lagi yang dia komen tentang english lah.. dia byk betulkan dan komplen english aku.. hmm.. bila aku compare nota aku masa minggu2 awal dulu dgn sekarang ni, memang berbeza jugak cara menulis aku.. tony memang supervisor yg bagus.. untung sangat aku dapat dia nih hehhe...
terpikir jugak aku, kalau aku dh habis belajar nanti, dan balik berkerja, mampu ke aku jadi seorg supervisor sebaik Tony? bila ingat2kan camtu, rasa diri sangatlah kerdil.. dari segi ilmu tu memang confirmlah... dari segi karismatik sbg supervisor tu, bolehke aku? ahhh... yg penting kutip dulu ilmu sebanyak mungkin..
cuaca skrg sangatlah sejuk.. sejuk tu satu hal lak, yang tak tahan tu berangin sesangat tu.. dan hujan lebat sangat.. teringat masa aku pegi Bandung, bulan April ialah bulan hujan.. memang sejuklah.. camni lah kat sini, cuma berangin bagai nak terbang aku dibuatnya.. malam2 kami tidur terpaksa pasang heater, pakai stokin tebal, pakai baju tidur tebal, selimut fleece lagi. Cadar pun kena pakai kain fleece, kalau pakai cadar Malaysia, memang tak sanggup nak baring.. rasa macam tidur atas ais..
mujur kat opis, suam2 kuku aje suhunya, so selesa lah kalau nak membaca dan menulis.. cuma kalau nak gi solat tu payah sikit.. sbb tempat solat agak jauh, kena jalan kaki... tak tahan hujan dan kesejukan..
hai.. ni belum winter optima lagik nih.. camne lah nanti... cukup ke tak baju2 yang ada nih untuk menampung kesejukan, kami pun tak tahu lah.. sbb belum pernah tempuh lagi.. harapnya ok aje..
wah pjgnya aku menulis kali nih.. byk cerita yang terangkum... insyaAllah nanti lepasni aku akan tulis lagi, lebih kerap heheh..
Wednesday, May 12, 2010
Lamanya tak update blogku...
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|