Sunday, May 30, 2010

Raya?

Aku dah selamat shopping baju2 raya utk mak dan adik2 aku.. utk mak mertua pun aku dh beli jugak.. jauh dari tanahair bukan alasan utk aku melaksanakan tanggungjawab yang sekian lama aku pikul tu.. sekarang kan dah mudah.. perkhidmatan online melambak2.. cuma klik2 aje, dan selesai.

kita dijangka mula berpuasa pd pertengahan bulan 8. kalau di Malaysia, dulu2, 2.5 bulan sebelum puasa, iaitu waktu sekarang ni lah, aku dan suami dan mula bizi mencari bahan2 utk buat kuih. Kami kan jual kuih Almond London, dan adalah amat penting budget masa supaya semua tempahan dapat diselesaikan.

Biasanya awal2 ni yg paling penting ialah badan biji. Biasanya kami beli 1 kotak badam, yang beratnya 50 paun iaitu lebih kurang 22.54 kg. Harga badam sgt mempengaruhi harga Almond London, sbb badam ni berbeza dari tahun ke tahun. masa tahun mula2 dulu, rega nya 18/kg, kemudian naik 23/kg, kemudian 30/kg. paling mahal dulu pernah cecah 35/kg.. memang sadis, sbb kami serap semua harga kenaikan tu, dan cuma naikkan 3rm je utk 100pcs (dr 30rm ke 33rm).

badam ni hendaklah dipanggang rangup. cara nak tahu dia dh masak, ialah dengar bunyi dalam oven tu. kalau ada bunyi meletup2 maknanya dia dh masaklah tu. kaup2 kan byk2 kali supaya masak sekata. Badam tak boleh terus dibuat biskutnya waktu panas2. So, esoknya baru kita boleh pakai badam yg dibakar harini.

bahan kedua yang penting ialah tepung biskut dan butter. kami hanya guna butter Tatura yang terkenal sedap, kalau di kalangan org buat kuih. ia setara dgn SCS butter, tapi kalau beli dr kedai kuih, dapat murah sikit. kami beli sekotak ada dlm 60 ketul 250g. 1 bungkus tepung biskut 500g sepadan dgn 1 ketul butter 250g.

biskut disiapkan terlebih dahulu. biasanya 2 bulan dr masa 2.5 bulan sebelum puasa tu memang dihabiskan utk buat biskut shj. Mula2 dulu kami isi biskut tu dalam tin biskut yg 4 segi tu, namun masalah pulak nak dispose bila dh habis pakai semua biskutnya, so kami dpt idea dr cara org2 Sungai Besar simpan kerepek2 mereka - dalam plastik aje. Kami susun plastik2 berisi biskut kat atas katil bilik no 2 yg tak pakai.

bile dah masuk aje bulan puasa, atau lagi 2 minggu nak puasa, sesi mengtopping pun bermula. sesi ni tak boleh buat seorang, sbb tak sempat nak tabur badan, susun dan masukkan biskut dlm coklat. Coklat perlu dimasak secara double boil, dan dimasukkan cocoa butter utk kasik dia berkilat dan lambat beku. kemudian coklat dmasukkan dalam coklat tu, sebelum dikaup satu persatu utk diletakkan dalam cup kertas. kemudian badam cincang ditabur seblum coklat mengeras.

biskut2 yg dh siap, kena terus disusun dalam bekas, dan diseal dgn sellotape, takut masuk semut.

camtulah kaedahnya. kalau hari cuti, memang tak tido sampai subuh. biasanya, utk sahur tu, kami pegi lah makan kedai mana2 atau pegi mcdonald aje.. lepas subuh, baru tidur bagai nak pengsan.

paling tak tahan, sakit pinggang sbb duduk lama sgt kat lantai.. kaki pun lenguh jugak.. nanti jalan pun mcm org tua.. huhuhu

kita dah pencen kan abang kan?? tak buat dh kuih utk jual kan?? huhuhu...