Harini 20 Mei 2010, genap setahun pemergian arwah Opahku yang tercinta, Hajah Uteh Rodziah bt Haji Mu'aid. Beliau pergi dikelilingi suami, Haji Yusof Md Ali, semua anak2, cucu2 dan kaum kelurga serta jiran tetangga dengan kesedihan dan keredhaan.
Opah suka bercerita. Tabiat yang menurun pada anak2 dan cucu2nya. Kalau malam kenduri kawen makcik2 aku masa aku kecil2 dulu, malam nak kenduri tu memang tak dpt tidur.. sbb semua org akan bercerita dalam gelap.. opah dan kakaknya (opah tak) biasanya akan bukak citer lama2.. kemudian, disampuk oleh mak aku dan adik beradiknya.. saling bertingkah, gelak2 dan ingat2 lupa kisah di sana sini.. kami yang kecik2 nih akan dengar dan menyampuk sesekali dgn ayat "kat mana mak?", "dgn siapa opah?" "best tak makngah?" "masa tu mak umor berapa?", "opah dh kawen ke belom?", "tok hensem tak opah? (ayat gatal)", dan macam2 lagi.. biasanya bile sampai soklan2 gatal tu, nanti opah akan sound.. "udah.. tido le... maleih aku layan kome" katanya.. tapi kami terus gak desak.. "ala opah.. citer laaa..." hehheheh... sampai lah sorang2 tertidor.. biasanya paling awal tido Mak Ude aku... nanti semua org akan kutuk.. "hmmhhh.. de kamu... takleh ajak berlawan sembang... hanyuttttt aje dia..."... pastu de akan ala2 terjaga dan tanya "apadia?" dan semua akan tukar topik otomatik supaya dia konpius... dan tidor balik lepas tu... hehheheh....
Opah nih kg asalnya ialah kg Air mati di pinggir sungai perak.. tempat W.W. Birch mati kena tetak si Putum... tahun 1885.. opah aku belum lahir lagi masa tu... Datuk maharajalela yang kemudiannya dihukum gantung, adalah pemerintah/pembesar daerah pasir salak pd masa tu. datuk maharajalela berketurunan bugis, dari daeng sedili... (mohon ckLah tolong betulkan fakta2 nih yea.. ).. Opah aku dulu selalu cakap, yang kami ni keturunan Bugis.. aku rasa Opah ni memang ada darah Bugis agaknyelah..
Ayah Opah ni iaitu onyang aku Hj Mu'aid, adalah anak jati Pasir Salak, duduk di Mekah selama 25 tahun, baru balik dan berkahwin dgn orang Perak. Aku syak Onyang aku ni berketurunan Rawa sbb darah Bugis tu dan beberapa pangkat gelar dlm keluarga aku. firstnya, beberapa lama dulu, masa aku buat blog walking, aku jumpa satu info tentang Raja Rawa yang ambik anak Raja Bugis jadi penggantinya selepas anaknya dibunuh atas arahan baginda raja jugak (suruh bunuh semua anak lelaki yg lahir tahun sekian2 selepasa dpt mimpi ada anak lelaki yg akan rampas tahtanya, tanpa pengetahuannya, anaknya turut dibunuh). 2ndly, dlm keluarga aku, yang paling tua di panggil Wah atau Uwah (pompuan) dan Wak (lelaki) oleh anak buah, yang mana sgt tak sama dgn pangkat gelar org Perak, iaitu MakYong atau PakYob. Dlm blog walking tu juga, aku jumpa perkataan Uwah ni, merujuk kepada kakak sulung bapa penulis blog, iaitu pangkat mak sedara, yang tua. 3rdly, masa paklang aku kawen dgn maklang aku, maklang aku nih memang org Rawa sejati (dr daerah Gunung Mesah, Gopeng, tempat Rawa sejati), bile diselidik, rupanya opah aku dan besannya tu bersedara. Jadi mungkin jugak Opah aku keturunan Rawa. 4thly, kampung aku memang ramai org Rawa, dan aku sebetulnya boleh sikit2 cakap Rawa dan paham cakap Rawa.
Opah selalu bercerita tentang kehidupannya masa zaman Jepun dan pengalamannya dengan adik beradiknya yg masih kecil2 lagi masa tu. Ada 2 orang adiknya yang mati masa keadaan darurat tu, bile dia bercerita, masih lagi nampak die mengalirkan airmata.. sedih sgt mengenangkan adiknya yg telah lama meninggalkan alam ini.
Agaknya disebabkan dulu opah usah nak dapat makan yang sedap2, bila dh kawin, hidupnya dilimpahi kesenangan dan opah terbiasa makan makanan yang sedap2. Opah seingat aku, selalu beli ikan potong, yang memang mahal harganya. Dulu masa kami kecik2, susah jugak hidup kami, biasanya opah akan beli ikan mahal utk dirinya, dan beli ikan kembung atau ikan plata atau ikan bijik nangka dan sedekah kat kami. Mak tak kisah pun sbb kami asal ada lauk je semua makan. Tabiat makan sedap2 nih sekarang dah menular pulak pd mak aku, hari2 nak makan yg best2 aje. Aku rasa, sbb dulu time anak kecik2, tak kira sedap, janji ada aje dh cukup. Sbb ada je org lain yg tak dapat makan, lagi kesian. tapi skrg, sbb dh makin tua, tekak mula memilih. Mungkin jugak aku pun macamtu bile dah berusia mcm mak skrg :)
Ikan yg opah suka ialah ikan aji-aji, ikan tofu dan ikan nyoknyok... lauk yg dia suke pajeri nenas, masak tempoyak ikan patin sama timun ladang, rendang pedas udang galah dan macam2 lagi lah. rindu aku nak makan masakan opah, empoi aje dia maak tapi sedapnya bukan main lagi.
harini, aku teringat sgt kat opah. pagi2 tadi aku terus goreng kelapa parut, buat kerisik. rebus cili, blend dengan bawang, bwg putih, halia, serai, kunyit, dan masak rendang pedas udang. cuma takde daun kunyit aje, kat sini memang tak jumpa daun kunyit frozen, dan susah pulak nak carik ibu kunyit. takpelah.
Opah, semadilah dengan tenang di sana. cerita2mu akan jadi kisah2 pula untuk anak cucu akan datang. InsyaAllah kita akan jumpa lagi di alam sana, di suatu masa yang ntah bila, namun pasti.
salam sayang teramat sayang dariku, cucumu yang sulung.
Thursday, May 20, 2010
Rindu Opah
Labels:
Famili,
Sejarah Hidup
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|