Thursday, September 30, 2010

dah masuk musim bunga?

ye dah masuk dah.. musim nih lah musim paling cantik sbb bunga mula muncul di sana sini.. hatta rumput2 tepi jalan tu pun mengeluarkan bunga yang cantik2 sangat.. berwarna warni dengan kelopak2 terjuntai dan melambai2 ditiup angin syahdu.. perghhh.. teringat buat karangan masa darjah 5 dulu, ayat angin sepoi2 bahasa tu kira jadi ayat wajib heheheh... konon dah canggih sangat dah tu.. hehehe

tak ketinggalan lah taman kecik kat blkg rumah aku tu.. bunga2 rumput kecil warna putih dan kuning dah jadi macam hamparan dah. dan rumput pulak, toksah cakaplah.. galak amat naik tinggi.. kejapan aje dah tinggi.. terpakse di potong lagi dan lagi.. pokok besar depan pintu rumahku, yang masa musim luruh haritu dah togel habis, daun2nya masa luruh tu masuk rumahku dengan sewenang2nya, sampai kontang tak berdaun, sekarang dh ada daun baru.. pucuk2 baru hijau tulus perlahan2 keluar menemui matahari, menambah seri pada pokok tanpa daun itu. humm... nanti penuh lagi dauh kau, dan nanti luruh lagi daun kau, dan lagi dan lagi.. selagi kau tak ditebang selagi itulah ko dgn setia menanda perubahan musim dengan jelas dan nyata, bagi yang mahu berfikir...

abang dah mula galak balik dgn pokok2 bunga nya.. dulu terencat sbb musim sejuk melanda, menyebabkan taman bunga kami terbiar ditumbuhi rumput rampai dan ada yang mati tak tahan sejuk.. ada jugak yang masih hidup, tapi mcm hidup segan mati tak mahu.. ada jugaklah beberapa pokok yang betul2 mantap terus berbunga dan berbunga, cantik pulak tu kaler2 nya.. nak uruskan dulu cuaca sejuk sgt, beku kalau berada di luar, dan siang pun pendek sgt, pukul 5 dh gelap.. now, inilah masanya utk kita create balik taman bunga kita tu..

2 hari berturut2 abang menziarah Warehouse dan Bunnings, mencari pokok2 bunga. masa gi Warehouse tu, aku ikut sekali, dan sempat gak aku sambar 2 pokok strawberi, 1 pokok tomato, 1 pokok capcicum, 1 pokok timun, 4 pokok jagung dan 3 bungkus benih.. (pokok tomato aku sampai rumah dh innalillah sbb kena hempap dgn beras 5 kilo - mujur murah, 99sen je).. abg pulak beli mcm2... masa pegi Bunnings aku tak ikut, balik keje tgk kanmain lawa bunga2 kaler kuning, merah, biru, purple.. semua ada.. meriah!!






bulan puasa pun dah nak abis, tinggal berapa hari je lagi... kat sini takde sangat org buat open house, so tak terasa la syawal berlalu.. yelah.. rumah kecik, duit pun limited, so, pepaham aje lah hehehe...

last saturday, daylight saving pun dh bermula.. maknanya sekrg, waktu2 siang yang panjang telah bermula.. malam 26 sept tu, selepas jam 2 pagi, terus lompat 4 pagi.. takde pukul 3... hilang 1 jam.. dan akan dicover balik bulan 10 nanti hehehe... memang konpius dibuatnya... kalu henpon dan komputer di sini, memang otomatik tukar, tapi pc yg bwk dr mesia tu, dan jam dinding cap ayam kena laa tukar sendiri.. tu yang mula2 tu agak konpius tu heheheh

aku tgh sibuk menyiapkan confirmation report yang kena disiapkan paling lewat by Nov. sbb insyaAllah, disember ni aku dan abang akan membuat penjelajahan ke South Island selama 2 minggu. setakat ini, tiket kapalterbang dh tempah, dan kereta sewa juga dah confirm. tinggal nak settlekan tempat tidur aje yg masih berterabur lagi. itinerary perjalanan kami juga dh siap, maklumlah 14 hari tuuu... so, wajiblah diatur sebaik mungkin supaya semua tempat dapat dilawati dan dikenang sepanjang hayat kan??

org kata, South Island amatlah cantiknya, so, kecantikkan tu kalau tak dicapture, sgtlah rugi. Jadi, kami berpakat2 utk beli kamera baru utk digunakan nanti, memandangkan kamera yg ada skrg hanyalah kamera digital kecil brand Samsung dan tidak berdaya menghasilkan gambar yg cantik. Pikir punya pikir, kami pun setuju beli DSLR brand Sony aje, Sony Alpha 380 yang tak mahal sgt pun, sesuai utk amatur mcm kami nih. reganya cuma dalam 1000 dolar, dapat free beg, extra batery, flash, kad 4G, hood lense dan cover lense sekali.. rasanya, dh memang good deal lah yg kami dapat nih.. Alhamdulillah..

now, tgh proses belajo guna kamera.. ni satu hasilnya yg aku ambik guna Potrait.. menghasilkan gambo yg blurr di belakang, dan jelas di depan utk gambar dekat spt bunga dan org... ok tak??



ha ni 1 lagi menggunakan teknik atas rumput hehhehe... maafkan makcik penunggu gua.. makcik budak baru belajar.. ohhh rindunya kat buah cempedak heheheh..


:)

Wednesday, September 15, 2010

Ramadhan-Syawal 2010

Alhamdulillah.. pengalaman berpuasa di tempat orang, jauh dari sanak saudara dan kaum keluarga telah kami lalui dengan pengisian sewajarnya. Dimana kita berada tak penting, yang penting apa yang kita lakukan untuyk menghidupkan bulan seribu rahmat itu. Kami buat majlis berbuka puasa, majlis terawih, majlis mendodol, program tadarus dan majlis khatam quran.. semuanya berjalan lancar seperti dirancang.. dan mendapat kerjasama semua warga Albany, menjadikan ukhuwah lebih terjalin dan Ramadhan lebih bererti. Walaupun terasa rindu nak berbuka bersama bonda tersayang, namun inilah pengalaman hidup yang takkan dapat dijual beli. Kiranya nanti kalau org tanya, apa pengalaman berpuasa di rantau orang, sekurang2nya kita boleh menjawabnya first hand, sbb telah melaluinya sendiri.

Tahun ini, di NZ, kami puasa cuma 29 hari shj. Kami start puasa hari khamis (malaysia hari Rabu) dan raya hari Jumaat, sama dengan Malaysia, malahan awal 4 jam dari Malaysia. Sempat juga telepon keluarga di Malaysia malam sebelum raya mendengar mereka membakar mercun bermain bunga api, dan melayan borak kosong anak2 buah yang meminta itu dan ini dari kejauhan. Terhibur hati mendengar adik2 dan adik2 ipar sedang sibuk memasak rendang, mengisi kuih raya, mengemas rumah dan sebagainya seperti lazim yang kami lakukan. Tahun ni keluarga ku semuanya berkumpul di Bidor, kecuali aku. Sukalah bonda ku tu, sbb ramai anaknya berkumpul. Nanti tahun depan sedihla dia bile semua turn raya rumah mertua, tinggal anak2 bujang aje. Nak buat macammana, kena lah adil dan saksama kan mak kan.. :)
Malam 1 Syawal, kaum lelaki buat bacaan takbir dari rumah ke rumah. Rumah aku start dulu sbb rumah yang paling jauh. Walaupun Shukor takde sbb keje, namun aku kan ada. Selepas mereka pulang dalam jam 9.30, aku terus bertungkus lumus memasak rendang daging dan sambal sotong kering, rebus ketupat dan panaskan semula kuah kacang yang telah dimasak sehari sebelumnya. Alhamdulillah, abang dapat makan semua tu balik keje malam tu jugak, tradisi biasa menjelang malam raya.

Pagi raya, aku tak dapat ikut sama solat hari raya kerana cuti, jadi aku tunggu abg balik untuk pegi berkumpul di rumah Abag Mie/kak asiah. Della dan Hezli dari city datang dan join kami beraya. Kami duduk makan dan berborak di rumah abg mie sampai pukul 3, kaum lelaki balik solat jumaat, dan disebabkan tak tahu nak buat apa, terus cadang nak dtg beraya ke rumahku.

Pukul 3 lebih, keluarga Zack, dan Nihra datang. mesti dah bosan nak makan ketupat kan, so aku hidangkan rojak atau gado-gado kalau kat perak. selepas mereka balik, keluarga abg mie dan ajeep pulak datang, sampai lepas maghrib. Kamudian kami follow dorang ke rumah Nihra dan rumah Biha last sekali malam tu. Aku memang terover kenyang, sampaikan balik rumah malam tu, aku muntah habis semua yang aku makan mlm tu. Sia2 je.



Esoknya dalam pukul 11 pagi, kami ke rumah Abg Ridwan makan nasik tomato, kemudian rumah Ajeep makan mee kari, rumah Azwan makan mihun soto, rumah Abg Azhar makan puding caramel, dan last sekali rumah Aki makan nasik goreng dan kek lapis sarawak. Memang penat beraya namun dah namanya pun beraya kan, tentulah ziarah menziarahi. Cuma di sini tiada budaya kasik duit raya pada anak2 kecik, mungkin sbb masing2 pun miskin aje, maklumlah, hidup pun atas elaun belajar, memanglah semuanya berbudget huhuhu..

Ahad, raya ke 3, aku tak kemana2 sbb badan rasa letih teramat. cuma paginya pegi Browns Bay sekejap, pastu balik rumah dan tidur je. Memang penat sangat rasa badan, mujur tak demam.

Isnin dah kembali kepada rutin asal. bangun pagi, pegi uni, jumpa supervisor dan menyiapkan report2 yang dah nak due. Diam tak diam, dah hampir setahun aku dan abang bermastautin di bumi Albany ni. Diam tak diam jugak, dah sampai masa untuk aku menyiapkan confirmation report, dan menyiapkan report utk 6 bulan ke dua di Massey. Alhamdulillah, walaupun kerje2 yg aku buat selama ni, masih banyak lagi loophole di sana sini, namun flow research ni nampak tersusun, tinggal nak caturkan atas kertas tu yang jadi masalah. Aku anggap itu sbg satu cabaran yang mesti aku tempuhi dan kutip pengalaman ini sebanyak mungkin.

Harap2nya, lepas ni kajian aku akan gerak laju bila dah confirm nanti. Mungkin bila dah susun cantik atas kertas, baru aku nampak lebih jelas dan haluan tu harapnya taklah terlalu bengkang bengkok. Pada masa sama, aku perlu improvekan cara penulisan formal berstructur dan technical writing yang jarang dipraktikkan tu. harap2 Allah permudahkan usaha ku ini, aminnnn...

:)