Wednesday, September 15, 2010

Ramadhan-Syawal 2010

Alhamdulillah.. pengalaman berpuasa di tempat orang, jauh dari sanak saudara dan kaum keluarga telah kami lalui dengan pengisian sewajarnya. Dimana kita berada tak penting, yang penting apa yang kita lakukan untuyk menghidupkan bulan seribu rahmat itu. Kami buat majlis berbuka puasa, majlis terawih, majlis mendodol, program tadarus dan majlis khatam quran.. semuanya berjalan lancar seperti dirancang.. dan mendapat kerjasama semua warga Albany, menjadikan ukhuwah lebih terjalin dan Ramadhan lebih bererti. Walaupun terasa rindu nak berbuka bersama bonda tersayang, namun inilah pengalaman hidup yang takkan dapat dijual beli. Kiranya nanti kalau org tanya, apa pengalaman berpuasa di rantau orang, sekurang2nya kita boleh menjawabnya first hand, sbb telah melaluinya sendiri.

Tahun ini, di NZ, kami puasa cuma 29 hari shj. Kami start puasa hari khamis (malaysia hari Rabu) dan raya hari Jumaat, sama dengan Malaysia, malahan awal 4 jam dari Malaysia. Sempat juga telepon keluarga di Malaysia malam sebelum raya mendengar mereka membakar mercun bermain bunga api, dan melayan borak kosong anak2 buah yang meminta itu dan ini dari kejauhan. Terhibur hati mendengar adik2 dan adik2 ipar sedang sibuk memasak rendang, mengisi kuih raya, mengemas rumah dan sebagainya seperti lazim yang kami lakukan. Tahun ni keluarga ku semuanya berkumpul di Bidor, kecuali aku. Sukalah bonda ku tu, sbb ramai anaknya berkumpul. Nanti tahun depan sedihla dia bile semua turn raya rumah mertua, tinggal anak2 bujang aje. Nak buat macammana, kena lah adil dan saksama kan mak kan.. :)
Malam 1 Syawal, kaum lelaki buat bacaan takbir dari rumah ke rumah. Rumah aku start dulu sbb rumah yang paling jauh. Walaupun Shukor takde sbb keje, namun aku kan ada. Selepas mereka pulang dalam jam 9.30, aku terus bertungkus lumus memasak rendang daging dan sambal sotong kering, rebus ketupat dan panaskan semula kuah kacang yang telah dimasak sehari sebelumnya. Alhamdulillah, abang dapat makan semua tu balik keje malam tu jugak, tradisi biasa menjelang malam raya.

Pagi raya, aku tak dapat ikut sama solat hari raya kerana cuti, jadi aku tunggu abg balik untuk pegi berkumpul di rumah Abag Mie/kak asiah. Della dan Hezli dari city datang dan join kami beraya. Kami duduk makan dan berborak di rumah abg mie sampai pukul 3, kaum lelaki balik solat jumaat, dan disebabkan tak tahu nak buat apa, terus cadang nak dtg beraya ke rumahku.

Pukul 3 lebih, keluarga Zack, dan Nihra datang. mesti dah bosan nak makan ketupat kan, so aku hidangkan rojak atau gado-gado kalau kat perak. selepas mereka balik, keluarga abg mie dan ajeep pulak datang, sampai lepas maghrib. Kamudian kami follow dorang ke rumah Nihra dan rumah Biha last sekali malam tu. Aku memang terover kenyang, sampaikan balik rumah malam tu, aku muntah habis semua yang aku makan mlm tu. Sia2 je.



Esoknya dalam pukul 11 pagi, kami ke rumah Abg Ridwan makan nasik tomato, kemudian rumah Ajeep makan mee kari, rumah Azwan makan mihun soto, rumah Abg Azhar makan puding caramel, dan last sekali rumah Aki makan nasik goreng dan kek lapis sarawak. Memang penat beraya namun dah namanya pun beraya kan, tentulah ziarah menziarahi. Cuma di sini tiada budaya kasik duit raya pada anak2 kecik, mungkin sbb masing2 pun miskin aje, maklumlah, hidup pun atas elaun belajar, memanglah semuanya berbudget huhuhu..

Ahad, raya ke 3, aku tak kemana2 sbb badan rasa letih teramat. cuma paginya pegi Browns Bay sekejap, pastu balik rumah dan tidur je. Memang penat sangat rasa badan, mujur tak demam.

Isnin dah kembali kepada rutin asal. bangun pagi, pegi uni, jumpa supervisor dan menyiapkan report2 yang dah nak due. Diam tak diam, dah hampir setahun aku dan abang bermastautin di bumi Albany ni. Diam tak diam jugak, dah sampai masa untuk aku menyiapkan confirmation report, dan menyiapkan report utk 6 bulan ke dua di Massey. Alhamdulillah, walaupun kerje2 yg aku buat selama ni, masih banyak lagi loophole di sana sini, namun flow research ni nampak tersusun, tinggal nak caturkan atas kertas tu yang jadi masalah. Aku anggap itu sbg satu cabaran yang mesti aku tempuhi dan kutip pengalaman ini sebanyak mungkin.

Harap2nya, lepas ni kajian aku akan gerak laju bila dah confirm nanti. Mungkin bila dah susun cantik atas kertas, baru aku nampak lebih jelas dan haluan tu harapnya taklah terlalu bengkang bengkok. Pada masa sama, aku perlu improvekan cara penulisan formal berstructur dan technical writing yang jarang dipraktikkan tu. harap2 Allah permudahkan usaha ku ini, aminnnn...

:)