Entry lepas terputus camtu je, sbb aku dah mengantuk sangat.. heheheh.. last2 terus post aje entry yang separuh masak tu..
anyway, pengalaman berpuasa di tempat orang sudah tentulah berbeza.. namun perbezaan ini lah yang aku tunggu2 sesangat.. mkalumlah, nak rasa sendiri pengalamn berpuasa dan berhari raya di rantau orang, jauh dari kaun keluarga dan sahabat saudara mara... nanti, kalau ditanya orang, 'apa perasaan berpuasa ri tempat orang?' haa.. bolehla aku jawab dengan confiden sbb aku dah rasa sendiri..
kat sini wakt siangnya pendek sangat. subuh tamat pukul 7 pagi (lebih kurang lah) dan waktu berbuka pulak pukul 5.45.. jadi kami puasa tak sampai 12 jam pun. cuaca pun sejuk menyebabkan kita takde terasa haus atau letih. seronok je kalu dapat tidor seharian huhuhu.. aku biasanya balik univ pukul 4.30, pukul 5 lebih tu dh berbuka.. sekejap je.. tapi disebabkan abang masuk keje pukul 5, jadi dia terpakse berbuka di tempat keje, so, terpaksa bawak bekal. jadi petang2 tu aku agak kelam kabut jugaklah menyiapkan bekal abang by 5. kesian pulak kalu masak cincai2 je kan...
Kalau kat Malaysia, memang rancak Pasar Ramadhan di sana sini, untuk memudahkan para ibu yg tak sempat masak ni mencari juadah berbuka. 2 tahun lepas, waktu kami tgh rancak buat kuih raya, memang kami tak masak kat rumah, sbb masak, kemas, dan sbgnya akan ambik masa dan tenaga, yg sepatutnya digunakan utk buat kuih. So, solutionnya, kami beli lauk dr pasar ramadhan aje, dan masak nasik di rumah. Ada 1 gerai makcik tu yang lauk2 nya sangat sedap dan tak kedekut, dan murah pulak tu, gerai tu lah yang selalu aku tuju tiap2 hari. bayangkan, lauk kari kepala ikan tu dijualnya dgn harga 5rm je.. memang murah la kalu ikut rega pasar ramadhan yang mencekik darah tu.
tahun lepas kami tak buat kuih, tapi kami tolong kakak ipar ku (kakak shukor) menjual mangkuk tingkat.. iaitu lauk siap masak utk ibu2 berkerjaya di opis aku tu.. ramai juga yang ambik pakej lauk2 kak ngah tu, termasuklah aku sekali heheh.. kak ngah jual lauk 3 jenis utk 2 org makan rm15, utk bulan puasa, ada pulak pakej a, b, c.. pakej A tu lauk 3 jenis shj. pakej B tu = pakej A + kuih, pakej C pulak pakej B + mee/bihun/laksa.. harga pun lain2 lah.. tapi memang well-fed lah aku dan abang masa tu hehehh..
tahun lepas kami berterawih hampir setiap malam di surau kecik taman pinggiran putra.. sama macam surau atau masid2 lain, budak2 kecik sangat mengganggu konsentrasi jemaah sampai satu ketika aku rasa macm nak bertempik nak marahkan budak2 tu.. haii... sapelah parent2 yang bawak anak pastu biarkan je anak2 menjerit sekuat hati, berlari2 dan ketawa semahu2, mengganggu jemaah lain tanpa ada perasaan bersalah! tolonglah.. kalau nak menggalakkan anak2 ke surau pun, tolonglah pantau...
tahun ni, langsung takde situasi macam tu.. aku solat terawih sendirian je di rumah, atau dgn shukor ketika dia tak keje. dunia berputar, kan?
kawan2 ku di tanahair semua dah bising. semuanya nak kan kad raya dari new zealand.. kelakar betul.. kat sini takde sape pun tahu apa itu kad raya, kad krismas ader la.. hehehhe... namun biasalah, kawan2 ku yang kemaruk kad raya sebenar tu.. kupikir2kan, best juga kalau dapat pos kad raya sebenar, walopon kad print sendiri.. sbb di malaysia, budaya berkad raya dah semakin pupus.. semua dh tukar budaya MMS dan SMS aje.. nak umpa kad raya pun payah. so, sementara aku di rantau org nih, ada baik jugak kalu aku menghidupkan semua budaya berkad raya ni.. kan kan kan..??
aku ingat dulu sewaktu aku di univ, kad raya dh jadi satu perkara wajib ada during bulan ramadhan. rekod aku dpt kad raya terbanyak, hampir 100 keping. maklumlah, dulu2 rajin berkawan dan berchatting.. kawan chatting, kemudian jadi kawan karib sampai skrg.. jadinya, tak rasa rugi pun dalam bab2 berkawan ni, kita keluarkan modal sikit untuk gembirakan hati kawan2 lain.. kan kan kan..?? lagipun, masa tu takde henpon, sms dan mms adalah bende yang tak tercapai dek akal... memang surat dan kad aje yg jadi medium utama perhubungan...
kawan2 aku dulu yg studi di jepun, australia, uk, canada, taiwan dsbnya, semua dh tamat belajar.. dan dh jadi somebody di tanahair sendiri.. (oh yea.. ada sorang adik tu yg terus jadi org jepun dan kawen org jepun.. hmmm sape yea.. tak ingat nama.. ).. dan dh jadik parent jugak skrg nih.. dunia terus berputar.. dan kita terus ikut sama dalam hidup, kenangan2 dulu sangat indah dikenang2..
apa2pun, kita takkan hidup dlm kenangan aje. kena berpijak di bumi nyata. makanya, teruskan perjuangan. Dan kutiplah sebanyak mana amal kebaikan yang kita boleh kutip selagi rezeki bernafas ini masih diberi Allah, tambah2 lagi rezeki berada dalam Ramadhan yang berkat. Alhamdulillah....
Monday, August 16, 2010
Ramadhan - 2
Labels:
Kehidupan Auckland,
Sejarah Hidup
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|