Friday, August 13, 2010

Ramadhan

Dah hampir 3 minggu tak menjengah blog. Bukan takde cerita nak distorikan, cuma masa tak mengizinkan. Kerja2 PhD terlalu banyak kusut masai yang perlu di'iron' dan diluruskan... kajian2 yg dulunya sentuh sana sikit, sentuh sini sikit, perlu dikait dan disulam betul2 agar jadi hamparan yang indah. itu yang menelan waktu dan ruang santai yang ada.

Alhamdulillah, walaupun belum kemas, namun dah nampak corak dan arah kajian aku nih. Supervisor pun macam setuju sangat dan gembira sbb kajian aku nih agak in-demand and ramai student lain pun buat bende yg sama walopon berlainan bidang. Pastu dia dah aturkan satu sesi presentation untuk aku present current finding, bersama dgn 2 org lagi student yg dh confirm, yg sama2 buat ontologies macam aku, cuma different area. itulah yg aku kerjakan dalam masa 2, 3 minggu ni, dan menyusun semula flow kajian aku supaya nampak teratur, tersusun serta mudah difahami. mencabar jugak.

diam tak diam, kami dah pun mula berpuasa di rantau orang. walaupun lewat sehari dr Malaysia tercinta, namun, di mana bumi di pijak, di situlah langit di junjung.. ikutlah cara di NZ, walopon hati terpaut di Malaysia. FIANZ tgk anak bulan pd hari rabu malam khamis, sedangkan Malayisan dah puasa pun hari rabu tu.. mujur nampak anak bulannya, so dapatlah kami puasa esok nya.

Walaubagaimanapun, aku blom dapat lagi menunaikan ibadah ke 3 rukun islam itu, biasalah, cuti wajib yg diberikan Allah. tak apelah. Abang ajelah yang puasa. Kesian juga tengok dia sahur sendirian, sbb aku pun tak sedar. Dah le abang berbuka kat tempat keje, langsung tak dapat berbuka di rumah kecuali hari Isnin, Selasa je iaitu hari abang cuti, baru dpt berbuka sama2. Kesian abang.. kesian kat aku jugak.. huhuhu..

Mula2 puasa, aku teringin nak makan mee goreng mamak. Barang2 takde, so bergegas gi DH supermarket jap.. hari ke2, abang lak request nak makan rendang daging.. layankan jer.. byk die bwk bekal keje, sekali 1 termos air kopi o... aku pulak msak pulut kuning.. memang tak tahan tgk rendang, mesti nak pulut...aku tanak je pulut tu, mudah lagi memudahkan..       

kalau di bumi Malaysia, aku ngan abang hadkan perbelanjaan di pasar ramadahn sebanyak rm10 .