Thursday, May 28, 2009
Opah
Tuesday, May 26, 2009
Tribute to my grandmother - the late Hajah Uteh bt Haji Mu'aid
Arwah Opah telah meninggalkan kami semua pada jam 3.55 petang hari Rabu 20hb Mei 2009. Usia arwah 75 tahun. Arwah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kenangan Jeram Mengkuang, tidak jauh dari kubur kedua-dua orang tua nya. Tinggallah Atok kami yang masih ada - Haji Yusof bin Haji Ali, 85, sendirian melawan rasa sepinya. Memang sedih mengenangkan arwah Opah sangat pemurah orangnya. Semua cucu perempuan dan cucu menantu perempuan terima hadiah telekung dari beliau dalam majlis2 pertunangan atau perkahwinan. Beliau tidak lokek wang ringgit, tambah-tambah lagi bab makan minum. Memang dari muda beliau mewah dengan makanan, dan rajin bersedekah. Wasiat Opah yang paling kerap disebut2nya ialah 'jangan tinggal sembahyang'..
Opah yang kukasihi.. diakhir hayatnya, Opah diserang strok dan menyebabkan kedua-dua belah otak Opah gagal berfungsi. Opah seolah koma, dan pernafasannya dibantu mesin oksigen. Opah kena pada Isnin pagi 18hb, dan dimasukkan ke Hospital Tapah sehingga tghhari Rabu, kemudian dibawa balik ke rumah mak aku (Opah memang duduk rumah mak sejak 2, 3 tahun lepas). Setengah jam je beliau kat rumah, beliau kembali ke pangkuan Allah s.w.t.
Friday, May 15, 2009
Jualan Murah - Kamera
Kamera Canon untuk dijual, berserta card memori 2.GB. Bateri tak termasuk. Harga semua sekali RM600 negotiable. Contact 019-2007654 for details.
Thursday, May 14, 2009
Jualan Murah - Buku (Part1)
To all yang nak beli buku-buku ni, boleh la contact saya di 019-2007654. Harga range dari RM5 hingga RM10 aje. More books to be added from time to time.
Wednesday, May 6, 2009
Majlis Kahwin Shahril
Shahril ni adik aku yg no 5. Hmm... sebenarnya dia no 5 dalam keluarga. Aku yang sulung, no 2 Fairuz, no 3 Zunaidi, no 4 Anisah, no 5 Shahril. Dia bertemu jodoh dengan orang Port Dickson, Lin namanya. Depa dah bertunang tahun lepas, so sebelum aku gi further study, depa sepakat kawin lah dulu supaya dapatlah aku sesama memeriahkan majlis ewahhhh... heheheh...
Malam tu, penuh rumah dengan orang. Aja datang dari Johor dengan husbandnya Pok Lah, dan keluarga Mak Ngah join malam tu. Datang lewat sikit sbb ada hal lain. Kami kemas2kan barang2 hantaran termasuklah buat sirih junjung tu. memang kronik sbb semuanya tangan keras.. asal boleh je bikin.
Minggu depannya, kenduri kat rumah aku kat kampung pulak. Langsir bukan main cantik lagi hasil kerja tangan Anisah. Hidangan makan beradap disediakan oleh adik aku sorang lagi, Adik. memang ikut tradisi famili kami, jika sapa2 kawin, yang adik bawah dia yang akan sponsor hidangan makan beradap tu. Masa aku kawin, Fairuz yang sponsor. Masa Fairuz kawin, Zunaidi yang sponsor dan seterusnya, nanti masa adik aku yang bungsu kawin, si Anje, barulah aku yang sponsor... hehheeh.. lama lagi tu...
kali ni, kami ada buat baju seragam utk semua adik2 beradik pompuan. Maklumlah, adik beradik aku je yang pompuan dah 5 orang, campur menantu pompuan 2 orang, cucu pompuan sorang, campur mak ngan opah. Mau tak 1 kayu habis hehhe... itupun, mak beli kemudian utk makcik2 dan opah sedara. And tema kali ni ialah warna bitu yang tak gelap sangat, tak terang sangat.
Monday, May 4, 2009
Dubai UAE
Dah lama balik dari DUBAI, masih tak sempat nak update. Ni ada beberapa gambar yang menarik dari sana:
Ni gambar Hotel Atlantis. Kalau ingat pasal Palm Jumeirah yang terkenal tu, di pucuk palm tu lah letaknya hotel nih. Mahal giler lah kalau nak stay kat hotel nih, tapi dengar cerita, dah reduce dah harga tu sbb tak laku.. yelah, berapa kerat yang mampu duduk kat sini.. takut jugak tu.. kalau ingatkan depa tambak 5km into the sea. berapa jauh ke tengah laut tuuu...
besar giler hotel ni.. memang sangat grandis gitu..
yang ni hanya boleh jumpa kat Gold Souq. Gold Souq sememangnya terkenal dengan emasnya yang dijual macam stail pasar lambak je. harga emas kat sini tak jauh beza dgn harga emas pasaran kat Malaysia, tapi harganya flunctuated every half day: pagi lain harga, petang lain harga.