Dah lama balik dari DUBAI, masih tak sempat nak update. Ni ada beberapa gambar yang menarik dari sana:
Ni gambar Hotel Atlantis. Kalau ingat pasal Palm Jumeirah yang terkenal tu, di pucuk palm tu lah letaknya hotel nih. Mahal giler lah kalau nak stay kat hotel nih, tapi dengar cerita, dah reduce dah harga tu sbb tak laku.. yelah, berapa kerat yang mampu duduk kat sini.. takut jugak tu.. kalau ingatkan depa tambak 5km into the sea. berapa jauh ke tengah laut tuuu...
besar giler hotel ni.. memang sangat grandis gitu..
yang ni hanya boleh jumpa kat Gold Souq. Gold Souq sememangnya terkenal dengan emasnya yang dijual macam stail pasar lambak je. harga emas kat sini tak jauh beza dgn harga emas pasaran kat Malaysia, tapi harganya flunctuated every half day: pagi lain harga, petang lain harga.
boleh tawar menawar kat sini, senang jugaklah nak mintak kurang tu, tapi kena bertekak sakan, dan pura2 macam nak blah je.. taktik biasa kalau datang ke area2 souq macam nih..
nak datang ke Gold Souq ni boleh ada 2 cara: 1) naik teksi terus berhenti kat depan pintu masuk Gold Souq ni. 2) naik teksi berhenti kat depan Naif Police Station, dan jalan kaki menyusuri Naif Souq (terkenal dengan kain sutera yang murah2,perfume pelbagai jenama, jubah2 yang sangat cantik designnya, dan barangan2 cenderahati untuk bawak balik Malaysia. Jalan kaki ni tak jauh sangat, sbb agak berbaloi kalau nak shopping bagi yang hanya ada limited time kat Dubai.
Burj Arab ni designnya macam layar kapal. Actually ada satu lagi bangunan yang dibina dekat dgn Burj Arab nih yang macam kesinambungan dari Burj Arab ni lah. memang dasyat orang Dubai ni arkitek nya memang berinovasi dan berimaginasi tinggi. btw, burj = tower.
Aku duk kat sana 5 malam tapi almaklumlah kan.. keje.. so, takde sangat masa nak jenjalan..
ok lah.. nanti sambung citer majlis kawin adik aku plak.. hmm.. dan selamat dah pun..
|