Emak adalah wanita paling tabah dan berjiwa besar. Mak hanyalah orang kampung yang seumur hidupnya dihabiskan di kampung je. Sejarah hidup mak tidak berwarna warni sangat seperti adik-adiknya yang lain. Mak sekolah hanya setakat darjah 3 aje, selepas tu tugasnya menjaga adik2 dan anak2 jiran, serta memasak. Opah dulu rajin berkebun, so Mak dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan makan kat rumah. Hasilnya, jadilah mak seorang wanita yang penuh sifat keibuan, pandai memasak dan menjaga rumahtangga, namun mak tak boleh membaca. Mak kenal huruf, tapi tak boleh baca perkataan. Namun, itulah yang menjadikan mak wanita super special.
Mak dan Anisah, semasa Anisah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya.
Semasa mudanya Mak sangat cantik, dan menjadi rebutan di kampung. Namun sebab Mak dari keluarga berada, tak semua berani meminang Mak. Abah pula adalah orang asing di kampung kami (kampung Abah asalnya di Lambor Kiri, Parit, Perak), namun pinangan Abah diterima kerana Abah dulu belajar pondok, dan ilmu agama sangat terpandang dalam keluarga kami. Maka kawinlah Mak dengan Abah yang hanya dikenalinya semasa bertunang. Hidup Mak memang tak susah kerana Abah kuat bekerja mencari rezeki.
Gambar keluarga semasa Hari Raya Aidilfitri 2008. Semua ahli keluarga
besar kami berkumpul bersama.
Mak adalah tunggak kebahagiaan keluarga besar kami. Disebabkan Mak tak belajar tinggi, Mak sangat menitikberatkan pendidikan kepada kami 8 beradik, anak-anaknya. Mak bukan sahaja sentiasa mengasak kami dengan nasihat, galakan dan semangat, malah Mak akan turut sama menemankan kami belajar, menyediakan juadah ringan, menyediakan pakaian dan segalanya. Semasa aku kecil dulu, tiap2 hari mak akan tocangkan rambut aku dan ikatkan riben supaya lebih cantik. Aku pulak, tak tahan mandi air sejuk, jadi Mak akan masakkan 1 cerek utk air mandi aku, dan 1 cerek lagi untuk buatkan bekal kami (biasanya teh o aje). Namun aku telah keluar dari kampung sejak aku Tingkatan 1 lagi, jadi hubungan aku dan Mak tidak rapat sangat dibandingkan dengan adik2 aku.
Mak ada gaya sendiri, mampu mengajuk cara percakapan dan loghat orglain, dan sentiasa menyelitkan unsur2 lucu dan bersahaja. Mak memang istimewa.
Ketika usia remajaku dulu, seingat aku, aku jarang bercerita dengan Mak tentang lelaki2 yang kukenali, masalah2 pengajian, masalah2 remaja dan 1001 cerita 'student's life' aku. Aku rasa kekok untuk bercerita dengan Mak, apatah lagi berbincang berdiskusi minta pendapat dan sebagainya. Ketika aku berkawan dengan husband aku dulu pun, aku cuma cakap dengan Mak, "Kaknyah dah ada kawan". Mak cuma pesan "Ok, kawan baik-baik".
Bila aku dah berkahwin, pandangan aku terhadap hubungan aku dan Mak terus bertukar. Husband aku jenis penyayang sangat, dengan Mak aku memang dia peluk cium. Katanya, "Kalau anak orang kita boleh peluk cium, apatah lagi Mak sendiri" Sejak itulah, aku dan Mak lebih terbuka, dan lebih selesa berbincang sebarang perkara. Barulah kutahu, wanita kampung yang tak pernah keluar dari kampung kecik ku itu, sebenarnya wanita hebat pemikiran dan berpandangan jauh, penuh motivasi diri dan bersedia berubah kearah positif setiap masa. Mak lah idola ku.
Kini, hampir setiap hari aku bercakap dengan Mak. Tak lengkap rasanya kalau tak bercerita dan mendengar cerita Mak. Aku harap Mak sihat sejahtera dan mampu melakukan ibadat seharian dengan sempurna. Semoga dijauhkan dari sebarang penyakit kronik dan tidak dibebankan dengan masalah dunia yang terlalu menghimpit. Semoga impian Mak untuk menunaikan haji juga akan tercapai dan semoga Mak murah rezekinya sehingga akhir hayat.
Tiada wanita sehebat Mak.
|