Wednesday, June 3, 2009

The next generation

Kini, hari ini, genap 2 minggu Opah meninggalkan kami, anak cucunya. Walaupun realitinya telah meresap dalam hidup kami, namun fantasinya masih menghantui dan mengisi malam-malam sebelum tidur. Memang banyak kenangan dengan Opah yang sukar diceritakan. Opah paling gembira kalau tahu ada cucu-cucunya yang nak bertunang, berkahwin atau mengandung. Kalau boleh dia nak semua cucu2nya kawin, malahan anak Mak Andak yang baru form 1 tu pun dia pernah tanya bila nak kawin. Kelakar je bila kenangkan sifat Opah yang satu tu.

Aku kawin dulu memang agak lewat sikit. Tapi, dalam famili aku, umur aku kawin tu memang biasa aje. Except Mak aku yang memang kawin muda (22 tahun), makcik2 aku yg lain semuanya kawin agak lewat. Makngah kawin umur 29, Makde kawin umur 28, MakAndak kawin umur 33. Aku pun kawin umur 29 jugak. Cuma adik aku Anisah, kawin umur 25. Yang bestnya, bila aku kawin je, terus berderet2 adik2 aku dan sepupu2 aku kawin, macam tak sabar2 je. Aku kawin 2003, adik aku Fairuz dan sepupu aku Milah, 2004, sepupu aku Khairurrijal 2005, adik aku Zunaidi dan Anisah, 2006, kemudian break sehinggalah Shahril tahun 2009.

Then, the new generation start to emerge. Then suddenly, after few years time, there are Mohammad Farhan b Mohd Nor Fairuz, Mohd Daniel and Khadeja (Milah's), Balqis Ibtisam and Ilman Rizqi (Khairurrijal), Nur Dania Safiyah (Zunaidi) and Mohd Zhafran Afeef (Anisah). They proudly increase Mak, Makngah dan Maklong title jadi Opah on their own.

Now, after 2 weeks of one of the saddest things happen in my family, berita yang menggembirakan semua mula muncul semula, seolah macam matahari yang muncul selepas hujan lebat. Fresh, promising, bright and eager to just be there, macam satu kepastian.

Zhafran akan dapat adik, dan famili kami akan bertambah lagi. Walaupun ahli baru ini tidak berkesempatan mengenali Opah, namun yang pasti, semangat dan kasih sayang Opah tetap menjalar dan tumbuh mekar.

Kalau Opah masih ada, pasti berita ini bagai muzik paling indah di hatinya.

Alfatihah...