Monday, October 31, 2011

Bulan baru cerita baru..

Dalam diam kita dah pun masuk bulan November, dah nak masuk hujung tahun... macam2 peristiwa yang aku lalui sepanjang 2011 ini.. begitu juga kehidupan aku berubah dengan pelbagai warna dan corak.. dari New Zealand aku balik ke Malaysia, dan berpindah lagi barang2 rumah.. kami menyewa pula rumah lain dan memulakan kehidupan baru bermula dari kosong. kemudian aku mendaftar sbg pelajar pula dan meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.

perubahan dalam diriku secara luarannya takde apa pun, cuma rohaniah nya aku sedang berusaha menjadi insan yang lebih baik, samada sebagai isteri, anak, kakak, sahabat, pengajar dan pelajar. Banyaknya topi aku! Alhamdulillah, aku dan abang sering memuhasabah diri masing2 dan belajar lebih kuat lagi untuk mencari keredhaan Ilahi. Mujurlah, aku bersyukur sangat ditemukan dengan CD2 ceramah Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus yang memang banyak melambak di pasaran..

Kepada keluarga dan sahabat handai, marilah kita membaiki diri. Sentiasa ada ruang untuk perubahan. Masa semakin berjalan dan umur makin meningkat, tiada tentu yang kita akan hidup setahun atau sebulan atau seminggu atau sehari lagi. Mulakan dengan membaiki solat kita. Ambil masa untuk membaiki bacaan dalam solat dan cuba menghasilkan solat yang berkualiti. Semoga Allah merahmati usaha kita dan memberi lebih baik lagi..