Monday, December 20, 2010

South Island Hari 4 dan 5

Hari Empat

Oh yea.. setakat ni kami dah isi minyak sebanyak 56 +60.10 = 116.10.. pagi ni kami isi penuh lagi sebanyak 45dolar, walopon masih ada separuh.. sbb takut kat Te Anau nanti susah nak cari stesen minyak, dan kalau ada pun, mahal sesangat.. setakat ni, kami jumpa stesen paling murah 188sen/liter, dan paling mahal 199sen/liter.. pekan2 kecil lebih mahal le jawabnya.. ok dh isi minyak, mari kita makan pulak.. dh bosannya makan roti as brekfas (aku bukan pemakan roti pun sebenarnya), so kami jalan2 nampak McD lagi.. oklah mari kita singgah.. sekali tak macam McD kat Westfield yg ada jual pancake, semua kat sini ada bacon atau beef.. terpaksa la beli muffin (abang) dan custard pie (aku) dari McCafe aje.. pastu aku beli gak hash brown dr McD.. tu lah brekfas kami (plus mocha coffee)..

kat depan Southland Museum and Art Gallery

dalam museum

dlm perjalanan

swing bridge tapi dh tutup
Harini plannya nak melawat Southland Museum and Art Gallery aje, sbb tak banyak tempat boleh pegi di Invercargill nih.. walaupun pekannya ok sangat dan jalan2nya terancang, namun macam pekan2 lain di south island ni, tak banyak aktiviti.. org tak ramai dan pekannya aman damai je.. (tapi agak ramai jugak org brekfas kat Mcd tadi)..

Kami pun stop jap baca peta nak ke museum.. rupanya betul2 jalan yg bersetentang dgn McD aje.. hehhe… so, tak jauh le… kami sampai situ dalam kol 10 pagi.. kecik je museum nya, tapi seronok jugak.. byk informasi.. agak sejam kami kat situ, pastu ingat nak gi Rose Garden, tapi pusing2 tak jumpa.. mungkin kecik je garden nya kot, lagipun kami dh puas juga tengok rose garden kat Parnell di Auckland dulu, so kami decide utk terus je gi Te Anau..

Mcm biasa, kami stop sana stop sini utk ambik gambar.. rasa letih dok pakai dan bukak tali pinggang keledar hehhe… last2 byk gambar yg aku snap dari dalam keta je.. disebabkan kami gerak awal harini, so kami sampai ke pekan Te Anau dalam pukul 2 ptg.. sempat kami pusing2 pekan Te Anau, dan singgah supermarket dia utk beli telur, biskut dan snacks.. aku teringat jugak ikan salmon yg beli di farm haritu nak masak apa, sbb abang memang tak lalu makan ikan salmon sgt, so aku cari rempah kari atau asam pedas yg dh siap.. jumpa lah rempah chicken curry nyonya singapore style, belasah lah, beli jer.. di Milford Sound nanti takde kedai, dan kalau barang dijual di motel/lodge, mesti mahal harganya.. pastu kami singgah i-site utk dapatkan info pasal cruises yang ada di Milford Sound, dan terus register kat situ utk 2 org, jam 10.40 esok paginya.. harga satu adult 82, so kena bayar 164 kat situ je.. pastu kami isi minyak keta lagi kasik penuh sbb takut jugak apa2 hal memang takde dh stesen minyak nanti, so kena cukup utk pegi balik sejauh 240km.. kami isi penuh, kena 25dolar..

Masih awal lagi nih, so kami pun merendek kedai2 yang ada kat pekan Te Anau, sambil tengok2 kalau ada yg boleh dibeli.. mak datuk mahal sungguh barang2.. kami setakat jamu mata je lah… abang nak beli seluar pendek, sbb kami plan nak rendam kolam air panas kat Franz Josef nanti, tapi yg paling murah kami jumpa rega 25dolar.. tak sanggup nak beli.. takpelah, kita cari kat Queenstown je nanti, kedai 2 dolar huhuhu..

Pastu kami terus tuju ke lodge tempat kami akan bermalam 2 malam.. lodge kami ke depan dari pekan Te Anau sejauh 30km, so esok kami Cuma ada 90km aje lagi nak gi ke Milford Sound.. bilik kami bilik backpacker ensuite.. siap ada dapur dan ruang makan yg luas utk kegunaan ramai, dan bilik laundry yg lebih murah dr masa kat Dunedin Holiday Park..

dr dalam keta je nih



dari jeti
Sampai2 je perut memang tgh lapar.. so aku terus masak nasik, kerjakan ikan salmon tu dan masak lah curry ikan tu.. sekali rasa nya sedaplah pulakkk.. hehheh.. memang boleh rekemen.. rasa macam gulai nasik dagang tu.. so byk jugak makan.. ada separuh lagi ikan tu aku simpan utk esok dlm peti ais kat dapur..

Lepas makan, kami jalan2 sekitar.. sbb kan rumah ni betul2 mengadap tasik, tatau tasik apa, so pemandangan cantikla jugak.. tapi dh byk tengok pemandangan yg cantik2, sampai tak larat dh nak ambik gambar… kami lepak kat reception, ada tv flat screen dan ada sky.. so aku duduk situ sampai kol 10 malam.. abang dh balik bilik lebih awal, nak tidur.. kat bilik ada gak tv tapi Cuma dapat tv 1, 2 dan 3 je.. dan tv nya fesyen 80an punya, yg channel nya kena tekan button satu2 (ada 10 button utk channel lain2, tapi the 1st three je yg ada siaran).. volume nya mcm volume radio, guna knob pusing2.. mmg old fashion.. aku nak tergelak tengok.. mujor nak carik channel tu tak guna button yg pusing2 mcm oven punya button nak carik tv1, 2 ngan 3 tu heheh.. tapi kat ruang makan ada gak TV besar yg guna remote hehhe..

Lepas solat segala bagai, kami tidor.. esok kena gerak awal sbb nak stop kat Mirror Lake nak ambik gambar waktu pagi.. dan tak sabar nak tgk keindahan Milford Sound.. huhuhu..


Hari Lima
Perkataan ‘sound’ tu sama maknanya dgn ‘fiord’ atau ‘fjord’ yang bermakna inlet ke laut tapi sound terhasil dr sungai manakala fiord atau fjord terhasil dr pencairan glasier.. kalau baca sejarahnya, nama2 kawasan sekitar sini semuanya diberi oleh penjelajah inggeris tahun 1770an dulu2..kalau inlet ke laut tu bercantum dgn tasik, kita guna nama sound.. kita ulangkaji pelajaran geografi yea adik2..

tapi disebabkan dh diberi nama sound, dan depa taknak ubah, jadilah milford sound yg sepatutnya milford fiord.. namun, ada 3 anak sungai yg terhasil dr tasik Te Anau, yg sepatutnya dinamakan sound, telah pulak di beri nama fiord.. tunggang langgang jadinya.. yg untungnya, disebabkan nama fiord tu, maka terhasillah Fiordland National Park di NZ nih… gitulah adik2.. (info ni ada dlm buku The Fjords of Fiordland, by John Hall-Jones)







selain dari Milford Sound, sebenarnya ada 14 sounds ni, iaitu Preservation Sound, Chalk Sound, Dusky Sound, Breaksea Sound, Daggy Sound, Doubtfull Sound, Thomson Sound, Nancy Sound, Charles Sound, Caswell Sound, George Sound, Bligh Sound, Sutherland Sound and Milford Sound. Setiap satu ada keistimewaan masing2 dan kecantikan tersendiri.. tapi yg paling glamer ialah Doubtful Sound dan Milford Sound.. paling ramai org pegi.. namun kalau nak pegi dua-dua memang tak mampule hehheh, so aku dan abang pegi Milford Sound sahaja.. selain dari itu ada gak Discovery Centre yang terletak 10 meter di bawah air, jadi kita boleh tengok haiwan2 bawah air dengan lebih dekat.. nak masuk situ kena bayo 36dolar sorang adult, tapi kami decide tak payah le… kalau nak gi situ, cruise tertentu je yg akan singgah, dan nanti kita di pick-up balik oleh cruise lain.. kena ikut time lah..

kami keluar dr lodge jam pukul 7.45.. pagi tu kami brekfas dgn telur dadar (abang buat) dan roti sadin balut telur yg aku buat banyak utk bekal sekali harung.. kami berhenti sekejap di beberapa tempat, namun sepanjang perjalanan memang cantik belaka.. sampai di terminal, tempat nak tunggu cruise, kami terserempak ngan 2 famili melayu, 1 famili dr Singapore, abang Yusuf dan kak Latifah, dan 2 anaknya.. 1 lagi family dr Bangi, dgn 5 anak dh besar2.. 2 anaknya baru je tamat belajar; sorang kat Auckland, sorang lg kat Christchurch.. tapi kami semua naik cruise lain2… abg yusuf tu ajak balik konvoi ngan dia sekali, so janji jumpa balik di terminal selepas habis nanti…

kami gerak tepat jam 10.40.. kami naik MV Sinbad, dengan 2 layer cruisenya.. level bawah tempat duduk dan makan serta ada cafĂ© utk kita beli sandwich atau coffee mcm mocha, cappuchino dsb.. teh dan coffee yang biasa tu free flow aje, sendiri ambil mcm style hotel.. kat level atas ada dek yg terbuka di kiri kanan depan dan belakang, so boleh tengok pemandangan tanpa sekatan, Cuma org ramai ajelah.. ada ketika angin sangat kuat, sangat sejuk, nak ambik gambar pun tak boleh, terpaksa masuk dlm dek bertutup atau pun duduk kat belakang di mana anginnya boleh tahan le jugak.. tapi duduk belakang lambat le dpt ambik gambar2 kat depan hehehh…

pemandangan di milford sound memang lah out of this world.. dengan gunung2 bongkah yang besar2, dan hutan2 menghijau serta laut yag membiru dengan awan yang beralun2 tak hairan lah kalau ia di label sbg 8th wonders of the world.. mmg breathtaking, dan menakjubkan.. sangat hebat ciptaan Allah ni.., kami tak putus2 bergambar.. kebetulan ada 1 famili Singapore sama2 naik cruise kami, Tito dan isterinya Angela, serta anak mereka Ian dan yg kecik tatau nama.. Angela ni org Serani + China, Tito pulak mcm ala2 Hans Isaac, sangat baik hati dan byk kali tolong ambikkan gambar kami berdua walaupun kami tak sempat nak mintak tolong.. banyak jugak borak ngan Tito, tapi depa sekeluarga turun kat Discovery Centre masa on the way balik tu..



abang dan Tito



aku dan keluarga abg Yusuf dan kak Latifah


Mirror Lake

tour guide kami Estee namanya sangat bagus.. byk info2 menarik yang diceritakan pada kami dalam perjalanan nature cruise ni yang ambil masa 2jm 15 min.. kami di bawa tengok tree avalanche (bukan salji je ada avalanche), air terjun, seal tgh rileks2, dolphin dgn akrobatiknya, dinding tebing yang paling tinggi, sejarah itu dan ini, dan macam2 lagilah… sungguh berbaloi!!

Balik dr cruise, kat terminal aku terjumpa Ija (Hazel).. kawan chatting (kemudian jadi kawan dunia sebenar) aku masa zaman belajar2 dulu.. Ija buat PhD di Sydney, dah nak submit dah pun.. tak sangka jumpa ija… kat Malaysia pun jarang jumpa tup2 terjumpa kat tempat yang jauh dari tanahair tercinta. Kejap je borak ngan ija sbb dia naik cruise kol 2.. kendian kami dan family abg yusuf konvoi sama2 nak balik ke Te Anau.. on the way tu byk kali jugak kami stop sana stop sini nak ambik gambar.. sampai kat mirror lake, macam kesian lak kat abg yusuf sbb die dah pegi mirror lake tu, tapi nak tunggu kami, so kami berpisah setakat tu je lah.. aku ngan abang lepak kat mirror lake tu agak lama gak, dalam 20 minit… sekali jumpa 1 lagi family dr Malaysia, husband and wife serta anak 2 org kecik2 lagi, ngan parent dia… depa sewa campervan so mmg teruja lah aku menanya macam2 pasal campervan tu… dia sewa for 11 days, 1700dolar camtu.. hmm..ok jugaklah tu memandangkan family dia 6 org kan…

Setelah borak2 bagai, dan ambik gambar sana sini, kami pun balik ke lodge.. badan punyelah letih.. tapi perut lapar nih.. so aku makan nasik balance semalam aku gorengkan, makan ngan lebihan curry salmon, abang plak makan maggi 2 bungkus.. ptg tu aku terbongkang tidur kepenatan.. abang tak tidur sbb nanti dia takleh tidur malam.. huhuhu… pas aku bangun, ingat nak jalan2, tapi dah malas… so kami jalan2 sekitar lodge je.. memang cantik pun lodge tu sbb betul2 berhadapan ngan tasik dan berlatarkan gunung ganang… so takyah gi jauh pun hehhe..

Malam tu, abang tidur awal… aku mcm biasa, upload gambar dulu, tulis diari dulu, kemas kain baju dan barang2 makanan, baruuuuu lah dapat merebahkan badan.. zzzzzzzz…….