Tuesday, December 14, 2010

Bercuti lama...

Maaf kerana lama menyepi.. bukan merajuk.. tak kuasa lah nak merajuk heheh... sebenarnya, aku bercuti ke South Island selama 2 minggu dari 5Dis sampai 18 Dis.. sekarang ni je baru dapat free internet connection sebb tu boleh bersiaran.. kalau tak, malas lah nak kena bayar harga internet.. sesekali cuba hidup tanpa internet heheh..

Jam dah pukul 9.10 malam, aku kat reception di penginapan kami di Motueka, kawasan Nelson, utara South Island.. kami tidur di chalet studio, kepunyaan Kim dan John, kawasan sekitar penuh dgn pokok2 tanaman mereka.. ada pokok hazelnut dan macadamia, dan ladang bunga matahari yang banyak dan sedang berkembang.. mereka memang suka menanam pokok2.. tengok tomato, anggur, cabbage, cauliflower, corn, salad dan macam2 lagi.. pokok bunga pun banyak..

besok kami akan naik water taxi menjelajah area Abel Tasman National Park.. separuh hari atas bot melihat kecantikan pantai dan batu2 menghadap laut Tasman yang bergelora ni.. ada jugak lagoon dan sebagainya.. nanti aku akan update perjalanan aku ke sini sepanjang 14 hari menjelajah bumi South Island.. macam2 tempat kami tidur, macam2 orang kami jumpa, dan macam2 tempat kami pergi, cuma makanan aje yg terbatas disebabkan harammm...

sementara tu, sapa rajin, google lah tentang Abel Tasman National Park tersebut.. memang cantik!!

Doakanlah kami selamat semuanya sehingga tamat percutian kami nih, dan boleh update blog nih lagi nanti.. dah hampir 8000 words dh yg aku tulis pasal perjalanan nih (hampir nak sama banyak ngan confirmation report huhuhu).. nanti sabo ajelah korang membaca nya.. :)

bye dan wassalam dulu setakat ini...