Friday, October 29, 2010

Alfatihah buat Paklang Haji Salehhuddin Haji Yusuf

Kenangan aku dengan paklang bermula agak lewat, kerana ketika aku lahir, paklang berada di luar negara, di London, kerana melanjutkan pelajaran degree nya. Namun, paklang ada menghadiahkan aku satu gaun girlish warna kuning separas lutut, yang disebut oleh makku sbg, Gaun dari London, lengkap sepasang dgn boot kaler kuning jugak. seingat aku, aku berusia dalam 2 tahun, bergambar dgn gaun dan boot tersebut, duduk bertinggung di tepi pokok buluh di hadapan rumah opah. mata aku mengerenyit menahan panas matahari, namun aku tersenyum sakan.. rambutku kerinting2 halus tapi mak ikat tocang 2, siap pakai reben kaler kuning jugak. Gaun tersebut di bahagian dadanya ada zip, sampai ke pinggang, dan kemudian, lama selepas tu, aku ingat zip tu rosak, jadi mak jahit terus bahagian tu.. kiranya zip tu dh tak boleh pakai lagi. gaun tu berkolar mcm kolar kemeja, dan lengannya di bahagian bahu menggelembung sikit mcm fesyen budak2 perempuan zaman tu, agaknya... sekeping lagi gambar dgn baju yg sama, aku duduk di riba mak di atas tangga kayu rumah opah.. mak andak aku di belakang mak nampak budak2 lagi, mcm belum mandi.. mak pakai baju blouse kaler kuning bunga2, skirt labuh kaler coklat, dan rambut mak lurus panjang separas ketiak sangat cantik dan ayu, rambut di bahagian dahinya, sebelah menutup dahi mcm fesyen lady diana..

kemudian paklang balik dan dapat keje di Teluk Intan. Ada sekeping gambar, malam raya, ketika paklang masih bujang. gambar tu, gambar abah, pak ngah dan paklang duduk di kerusi rotan 3-seater, dan kami 3 beradik duduk di depan mereka atas lantai. aku duduk di tengah2... kami 3 beradik pakai baju dr kayu yang sama warna merah ketam kosong takde corak, cuma jalur2 tak kelihatan aje, aku baju kurung siap selendang merah ikat bawah dagu.. dengan rambut terjulur kat dahi.. adik2 aku baju melayu siap songkok, tersengih sakan.. agaknya teringat nak collect duit raya esoknya lah kot...

paklang selalu bagi aku duit raya dgn banyak - 50rm, dgn pesanan, jgn bagitau adik2 kamu yea.. heheheh... sbb aku kan paling besar, paling sulung so patut la dapat paling banyak.. lagi satu, kalau periksa aku bagus, aku pasti dapat hadiah duit dari paklang lagi.. memang tunggu2 paklang balik kampung, sbb nak bagitau nombor periksa..

paklang kawen masa aku tadika atau drjh 1.. tak pasti.. tapi kenangan paling kuingat, aku kena bisul di pergelangan tangan... bisul tu pecah waktu malam, yang esoknya hari kenduri... mandi pagi tu aku menangis sakit sbb bisul tu melekat ngan tgn baju kurung aku dan tersangat lah sakit nak lekangkan dari kulit ku... adoii... masih teringat lagi kesakitannya... paling best, sbb paklang keje TNB, seluruh kawasan rumah opah di pasang mentol kaler2.. ada warna merah, hijau, biru dan kuning.. malah jalan nak ke rumah aku jugak di pasang lampu.. memang terang benderang..! kawan2 paklang datang naik lori TNB.. buat gempak satu kampung heheheh...

ketika aku sekolah di Ipoh, kebetulan paklang pun keje di Ipoh jugak. ada beberapa kali aku bermalam hujung minggu di rumah paklang, di area Gunung Rapat.. kebetulan Hanom, kawan sekampungku, bersekolah di Sekolah Agama Gunung Rapat, so, aku jalan kaki je dari umah paklang ke sekolah hanom... ada lah beberapa kali aku melawat Hanom di sekolahnya tu.. cuma yang agak menyegankan aku, sebelah rumah paklang tu adalah rumah cikgu sekolah aku, iaitu cikgu Mahzan Bee.. betul2 sebelah pagar je.. kiranya geng maklang ku bertukar2 lauk di bulan puasa lah gitu.. itu yg buat aku segan sangat tu, maklumla... tak dpt nak buat perangai hehehe...
paklang sambung belajar sarjana di UTM, kemudian ke canada utk ambil PhD.. ketika aku dpt tawaran masuk UM, paklang masih di Canada, namun selepas itu, bila paklang nak balik semula dan aku dh masuk degree, banyak kali juga aku menumpang paklang balik ke kg atau balik semula ke KL kerana paklang duduk di seksyen 14 PJ, tak jauh dari asrama luar kampusku di seksyen 17, PJ. Kiranya, kalau aku shopping2 di Cold Storage seksyen 14 tu, memang boleh terserempak dgn paklang... pernah sekali masa aku keje time cuti semester sbg cashier di Guardian dalam Jaya Supermarket tu, tertembung paklang yg dtg beli barang kat situ... masa tu, buku cerita terbaru Sidney Sheldon baru keluar bertajuk Morning, Noon and Night, dan aku mmg mengidam nak beli buku tu cuma tak mampu.. maklumle, hidup dgn duit biasiswa... jadi, aku pun mintak ngan paklang, bolehke belikan aku buku tu, terus paklang belikan... punyelah suka hati ku dpt buku cerita yang diidam2kan sekian lama...

Di UNITEN, paklang memang famous sbg salah seorg org Power Engineering yg hebat.. paklang selalu mengajar kursus2 atau kelas2 utk Master dan PhD di Uniten.. tapi paklang sgt humble orangnya.. ketika aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran, paklang antara org terawal yang aku beritahu utk minta pendapat beliau.. yelah, sapelagi aku nak tanya.. kebetulan maklang pula memang expert pasal new zealand, so, konfiden sikit aku...

selepas Opah meninggal dunia, paklang berjanji ngan atok dan mak utk balik ke kg tiap2 minggu.. sbb atok pun semakin tak sihat, dan mak juga, sebagai kakak sulung paklang, semakin kurang kederat.. dan benar lah paklang memang menunaikan janjinya... paklang tak pernah miss balik ke kg setiap minggu, malahan kadang2 tak sampai seminggu pun paklang dh balik ke kg.. kalau dia ada hal pd hujung minggu, pasti hari bekerja tu paklang akan sampai menjenguk muka.. selalunya macam2 yang dibawa paklang utk atok dan mak.. teh tarik 3 in 1 atok, serta biskut2 atok.. memang wajib... mak pun selalu masak lauk2 kegemaran paklang pd hari2 yg paklang balik ke kg mcm pajeri terung.

kali terakhir aku jumpa paklang adalah semasa di KLIA menghantar aku dan Shukor ke mari... paklang balik ke kg utk bawa Atok ke KLIA sbb atok asalnya taknak datang.. biasalah orang tua.. malas nak berjalan.. dan haritu pun paklang balik awal sikit sbb nak hantar atok balik ke kg.. aku sempat kirim pd paklang 1 beg baju kotor ku yg tak sempat di basuh dan memang taknak bawa ke sini.. minta paklang bawak balik ke kg aje sbb kereta orglain semuanya penuh... itulah kali terakhir aku bercakap dgn paklang, bersalam dan mencium tangannya...


Masa kat KLIA, nak hantar kami ke NZ. Kiri: Shukor, Paklang, Maklang, aku dan Zhafran.

Paklang seorg yg sangat pemurah dgn kaummkeluarga, sementelah beliau juga org berada, dan satu2nya anak lelaki opah dan atok, sudah menjadi tanggungjawab beliau lah menjaga keluarga.. ketika makde aku kematian suami pun, paklang yang bersuara minta dgn keluarga pakde supaya makde keluar dr rumah peninggalan dan menyewa sendiri rumah lain.. ketika aku kawen, paklang lah yang jadi wakil pihak aku ketika keluarga Klang datang semasa majlis pernikahan ku dulu.. paklang jarang menghampakan sebarang majlis di kampungku, jikalau paklang diberutahu, pasti akan muncul.. semua upacara merisik, bertunang adik2ku yang jauh atau dekat semuanya paklang hadir.. malahan semasa kenduri adikku di kelantan, paklang sanggup datang seorg diri naik flight dan tidur hotel.. memang paklang sangat ambil berat hal keluarga terutama pelajaran anak2 saudaranya yang ramai nih...

paklang ada nasihatkan aku sebelum aku dtg ke new zealand dulu, bahawa pengajian PhD ni bukanlah mudah, teruatama bahagian menulis thesis di akhir nanti.. byk org yang kalah di part tersebut.. paklang juga berpesan padaku, jika ada sebarang urusan pengajianku yg tersangkut, atau perlukan pertolongan samada perlukan data ke atau nak interview sesiapa ke, bagitahu je.. paklang boleh tolong, katanya...

semangat paklang yg cintakan ilmu dan sayangkan keluarga itu lah yang ku simpan rapi dalam sanubariku... aku mahu mengikut jejak paklang walaupun berat yang kupikul, akan ku pikul jua.. api juang dalam kehidupan paklang tak boleh padam, akan ku pastikan terus marak menyala dalam diriku dan diri adik2ku,sepupu2ku, dan cucu2 Tok Alang, Dr Hj Sallehuddin b Hj Yusuf, seorang manusia berjiwa sangat besar yang ku kagumi..

Semoga arwah paklang bersemadi dengan aman damai di sebelah arwah Opah, ibunya, Allah lebih menyayangi beliau, dan perancangan Allah itu ada hikmahNya.. semoga paklang di tempatkan di kalangan org beriman dan beramal soleh, sesuai namanya... sampai masa, kami juga akan menyusul, doaku semoga kita berkumpul semula di dalam syurga, insyaAllah...