Massey Recreation and Sport Centre ada buat kelas Zumba setiap hari isnin, rabu dan jumaat jam 6.15 petang sampai 7.15 petang.. Best bangat tuh!!
Zumba ni adalah senaman berasakan tarian latin dan samba. Semua lagu2nya memang tak paham, sbb bahasa latino dan spanish. Zumba menggabungkan tarian2 samba dan chachacha, hiphop, salsa dan macam2 lagi, disamping gerakan2 earobik biasa spt march, squat, single single double, gerakan2 tangan spt punch, gerakan2 kaki seperti heels touch, tap, dan kicking. yg ketara bezanya, dalam zumba paling banyak menggunakan urat perut dan bahu sbb byk bergelek dan infact, ada 1 lagu yg hanya specific utk perut dan bahu shj. Byk gerakan yang seksi sesuai dgn jiwa latin yang memang penuh erotis.
Di Malaysia, aku byk ikut kelas2 aerobik anjuran IKAL, di bawah tunjukajar kak Mastura Johar. Memang dari zaman anak dara dulu lagi aku beraerobik, namun aerobik itu memang khasnya utk eksesais lah.. walopon lagu2 yg digunakan adalah lagu kontemporari mengikut edaran semasa (aku masih ingat lagu cooling down dulu, kak mas pasang lagu annuar zain yg mendayu tu apetah tajuk.. memang best!), namun beza dgn zumba ni, dengar lagu dia je pun dh rasa nak menari dan bergoyang.
Alkisahnya, Isnin baruni, aku join lah kelas Zumba tu buat pertama kali. aku dah lama register membership kat massey recreation centre tu cuma tak berkesempatan nak join, sbb masa musim sejuk dulu, siang pendek sangat, kol 5 dh malam, so 6.15 tu dah macam gelap sangat. Dan lagi, sangat sejuk kalu aku nak stay kat luar. Now, cuaca dh agak cantik.. maghrib pun masuk jam 7.50 gitu, so lama lah siang nya.. kira pukul 8 tu pun masih cerah lagi lah..
Cikgu kelas Zumba ni rasanya memang org spanish, sbb semua lagu2 tu dia hapal.. die menyanyi sama2 lagu tu! dan seksi bangat, pakai baju top sama seluar pjg besar yg dipakai di bawah pusat tu.. memang seluar tu ada cop Zumba.. tapi yg paling penting, orgnya cantik bangat.. macam Salma Hayek.. memang teruja betulla kelas tu!!
tak sabar nak pegi lagi!!
Wednesday, October 6, 2010
ZUMBA fitness dance
Labels:
Kehidupan Auckland
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|