Monday, October 25, 2010

yang patah kan tumbuh, namun takkan sama...

Keluarga kami baru sahaja mendapat berita gembira dan duka.. begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini, bagaikan roda yang sentiasa berputar. sekejap diatas, sekejap di bawah.. namun bagaimana berat dugaan Allah, pasti ada sinar yang menanti..

berturut2 berita keluarga kami, dimulai dgn sepupuku Norafifah (anak makngah no 3) yang dirisik orang dalam bulan Syawal haritu.. keputusan dibuat untuk majlis bertunang pd 1.1. 2011 nanti... dalam waktu lebih kurang sama, adik aku yg no 6 juga dirisik orang, dan dijangka akan bertunang selepas raya haji ni. kemudian adik aku no 7 dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik Bagan Datoh pula, kena daftar pada hujung bulan 11 ni.

11/10 pulak, kami menerima ahli baru yg comel, anak kepada adik aku no 3.. seorang puteri yang suka tersenyum dinamakan Nur Damya Safira, sempena nama kakaknya Nur Dania Safiyah..



dalam kegembiraan tu, di samping keseronokan merancang pelbagai perkara utk majlis pertunangan adik aku, tiba2 kami direntap dgn berita yang sgt menyedihkan, bila bapa saudaraku satu2nya dipanggil Ilahi tanpa lengah sesaat pun, meninggalkan isteri dan 2 anak lelaki, dan kaum keluarga yang menyayangi dan mengagumi beliau, dan ratusan teman handai taulan kenalan yg kepiluan. Nanti aku buat 1 entry khas untuk beliau.

Paklang lah sebenarnya memberi semangat utk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD ini. ketika mak dan arwah opah menentang keputusan aku untuk melanjutkan pelajaran ke luar negaraa, paklang lah yg memujuk mereka dgn rasional. Aku paham mak dan opah taknak aku jauh dr mata mereka, kalau boleh mak nak Uniten tu ada kat belakang rumah dia je, paklang lah yang memahamkan mak dan opah ketika itu. paklang jugak jadi penjamin pertama aku ke sini, dan memberi aku wang untuk perbelanjaan awal ke sini. terlalu banyak jasa paklang..

AlFatihah buat arwah Paklang.. damai lah paklang di sana sampai ketika kami menyusul pula...