Thursday, June 4, 2009

House items


More items on sale. Contact 019-2007654 for details or for booking. You can also leave message in comment box. First come first serve. Items available NOW!

Mesin pancing Penn International II SW50. Rare species. Solid metal.

2 speed. Tiptop condition. RM2000.


Flowers worth RM60 in a RM30 paper vase must go for RM40 only!
SOLD


Flowers worth RM70 in a RM30 paper vase must go for RM40 only!
SOLD


Twin poliester pillow brand Preston from Dreamland. Never used. RM40.


Wall accesories, ayat Kursi in beautiful case, RM50


Flower worth RM30 in a special vase must go for RM20 only!

Electrical Appliances

More items on sale. Contact 019-2007654 for details or for booking. You can also leave message in comment box. First come first serve. Items available in August.



Imar steam iron. Good condition. RM50.

Printer Colour 4 in 1 Lexmark. Print, Scan, Copy, Fax. Tip top condition.

Just a year old. RM230 nego.
Aircond set complete with remote. Brand TopAire.
Just 2 years old. RM500.
SOLD

Electric Guitar brand Samick. Left handed. Special edition, signature series.
Intonation tuned by Man Kidal. RM6000.
Amplifier for electric guitar, complete with sound cable. Good condition.
Brand Freeman (not available in Malaysia). RM1200

DVD player brand Orbitz. Complete with remote.
Good condition. RM100.

Washing machine semi auto. Brand Pensonic.
Kapasiti 7kg. RM200 nego.

Kipas angin meja brand Euro Uno. 3 speed capacity. RM100

TV 28 inci brand GC. RM100.
Meja TV 4 kaki RM50.
Both (TV and meja) RM130.
SOLD

Vacuum cleaner brand Pensonic. Just 1 year old. RM100.

Furniture on sale

More items on sale. Contact 019-2007654 for details or for booking. You can also leave message in comment box. First come first serve. Items available in August.


Set cussion 3 seater + 1 seater. Good condition.

Cover are washable, easy to maintain. RM150.
SOLD

Glass side table with chrome legs: RM20

Coffee table teakwood. 5 feets long. RM150

Dinner table rubberwood 1 + 4 (1 chair not in the picture). RM150

Teakwood yuyu 2 seater, RM100 SOLD

Large mirror 3 feet x 4 feet. RM50. SOLD


Pictures on the side of mirror, 1 for RM15, 2 for RM25. SOLD

Wednesday, June 3, 2009

Mak - Maimun bt Haji Yusof

Emak adalah wanita paling tabah dan berjiwa besar. Mak hanyalah orang kampung yang seumur hidupnya dihabiskan di kampung je. Sejarah hidup mak tidak berwarna warni sangat seperti adik-adiknya yang lain. Mak sekolah hanya setakat darjah 3 aje, selepas tu tugasnya menjaga adik2 dan anak2 jiran, serta memasak. Opah dulu rajin berkebun, so Mak dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan makan kat rumah. Hasilnya, jadilah mak seorang wanita yang penuh sifat keibuan, pandai memasak dan menjaga rumahtangga, namun mak tak boleh membaca. Mak kenal huruf, tapi tak boleh baca perkataan. Namun, itulah yang menjadikan mak wanita super special.



Mak dan Anisah, semasa Anisah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya.


Semasa mudanya Mak sangat cantik, dan menjadi rebutan di kampung. Namun sebab Mak dari keluarga berada, tak semua berani meminang Mak. Abah pula adalah orang asing di kampung kami (kampung Abah asalnya di Lambor Kiri, Parit, Perak), namun pinangan Abah diterima kerana Abah dulu belajar pondok, dan ilmu agama sangat terpandang dalam keluarga kami. Maka kawinlah Mak dengan Abah yang hanya dikenalinya semasa bertunang. Hidup Mak memang tak susah kerana Abah kuat bekerja mencari rezeki.


Gambar keluarga semasa Hari Raya Aidilfitri 2008. Semua ahli keluarga
besar kami berkumpul bersama.


Mak adalah tunggak kebahagiaan keluarga besar kami. Disebabkan Mak tak belajar tinggi, Mak sangat menitikberatkan pendidikan kepada kami 8 beradik, anak-anaknya. Mak bukan sahaja sentiasa mengasak kami dengan nasihat, galakan dan semangat, malah Mak akan turut sama menemankan kami belajar, menyediakan juadah ringan, menyediakan pakaian dan segalanya. Semasa aku kecil dulu, tiap2 hari mak akan tocangkan rambut aku dan ikatkan riben supaya lebih cantik. Aku pulak, tak tahan mandi air sejuk, jadi Mak akan masakkan 1 cerek utk air mandi aku, dan 1 cerek lagi untuk buatkan bekal kami (biasanya teh o aje). Namun aku telah keluar dari kampung sejak aku Tingkatan 1 lagi, jadi hubungan aku dan Mak tidak rapat sangat dibandingkan dengan adik2 aku.


Mak menjadi penglipurlara di kalangan keluarga. Semua suka mendengar Mak bercerita.
Mak ada gaya sendiri, mampu mengajuk cara percakapan dan loghat orglain, dan sentiasa menyelitkan unsur2 lucu dan bersahaja. Mak memang istimewa.
Ketika usia remajaku dulu, seingat aku, aku jarang bercerita dengan Mak tentang lelaki2 yang kukenali, masalah2 pengajian, masalah2 remaja dan 1001 cerita 'student's life' aku. Aku rasa kekok untuk bercerita dengan Mak, apatah lagi berbincang berdiskusi minta pendapat dan sebagainya. Ketika aku berkawan dengan husband aku dulu pun, aku cuma cakap dengan Mak, "Kaknyah dah ada kawan". Mak cuma pesan "Ok, kawan baik-baik".

Mak dan Adik
Bila aku dah berkahwin, pandangan aku terhadap hubungan aku dan Mak terus bertukar. Husband aku jenis penyayang sangat, dengan Mak aku memang dia peluk cium. Katanya, "Kalau anak orang kita boleh peluk cium, apatah lagi Mak sendiri" Sejak itulah, aku dan Mak lebih terbuka, dan lebih selesa berbincang sebarang perkara. Barulah kutahu, wanita kampung yang tak pernah keluar dari kampung kecik ku itu, sebenarnya wanita hebat pemikiran dan berpandangan jauh, penuh motivasi diri dan bersedia berubah kearah positif setiap masa. Mak lah idola ku.



Mak kubawa melawat Pulau Langkawi, fully supported.
Kini, hampir setiap hari aku bercakap dengan Mak. Tak lengkap rasanya kalau tak bercerita dan mendengar cerita Mak. Aku harap Mak sihat sejahtera dan mampu melakukan ibadat seharian dengan sempurna. Semoga dijauhkan dari sebarang penyakit kronik dan tidak dibebankan dengan masalah dunia yang terlalu menghimpit. Semoga impian Mak untuk menunaikan haji juga akan tercapai dan semoga Mak murah rezekinya sehingga akhir hayat.
Tiada wanita sehebat Mak.

The next generation

Kini, hari ini, genap 2 minggu Opah meninggalkan kami, anak cucunya. Walaupun realitinya telah meresap dalam hidup kami, namun fantasinya masih menghantui dan mengisi malam-malam sebelum tidur. Memang banyak kenangan dengan Opah yang sukar diceritakan. Opah paling gembira kalau tahu ada cucu-cucunya yang nak bertunang, berkahwin atau mengandung. Kalau boleh dia nak semua cucu2nya kawin, malahan anak Mak Andak yang baru form 1 tu pun dia pernah tanya bila nak kawin. Kelakar je bila kenangkan sifat Opah yang satu tu.

Aku kawin dulu memang agak lewat sikit. Tapi, dalam famili aku, umur aku kawin tu memang biasa aje. Except Mak aku yang memang kawin muda (22 tahun), makcik2 aku yg lain semuanya kawin agak lewat. Makngah kawin umur 29, Makde kawin umur 28, MakAndak kawin umur 33. Aku pun kawin umur 29 jugak. Cuma adik aku Anisah, kawin umur 25. Yang bestnya, bila aku kawin je, terus berderet2 adik2 aku dan sepupu2 aku kawin, macam tak sabar2 je. Aku kawin 2003, adik aku Fairuz dan sepupu aku Milah, 2004, sepupu aku Khairurrijal 2005, adik aku Zunaidi dan Anisah, 2006, kemudian break sehinggalah Shahril tahun 2009.

Then, the new generation start to emerge. Then suddenly, after few years time, there are Mohammad Farhan b Mohd Nor Fairuz, Mohd Daniel and Khadeja (Milah's), Balqis Ibtisam and Ilman Rizqi (Khairurrijal), Nur Dania Safiyah (Zunaidi) and Mohd Zhafran Afeef (Anisah). They proudly increase Mak, Makngah dan Maklong title jadi Opah on their own.

Now, after 2 weeks of one of the saddest things happen in my family, berita yang menggembirakan semua mula muncul semula, seolah macam matahari yang muncul selepas hujan lebat. Fresh, promising, bright and eager to just be there, macam satu kepastian.

Zhafran akan dapat adik, dan famili kami akan bertambah lagi. Walaupun ahli baru ini tidak berkesempatan mengenali Opah, namun yang pasti, semangat dan kasih sayang Opah tetap menjalar dan tumbuh mekar.

Kalau Opah masih ada, pasti berita ini bagai muzik paling indah di hatinya.

Alfatihah...

Thursday, May 28, 2009

Opah

Gambar-gambar Opah yang menjadi kenangan seumur hidup kepada semua yang mengenalinya.
Opah berbual dengan Opah Tam semasa kenduri Shahril di PD. Opah Tam pd masa tu duduk di rumah anaknya di PD.

Ini Opah (baju coklat) dengan besannya iaitu mak Pak Ngah, orang Kampung Balun. Pak Ngah kahwin dengan anak Opah no 2, Mak Ngah, adik mak aku.

Opah ketika bertemu dengan Opah Tak. Masa ni, Opah Tak baru baik dari sakit teruk, dan hingga sekarang tak boleh makan nasik. Hanya boleh makan bubur nasik dan benda-benda lembut shj.

Opah memang manja dengan Atok. Dari mudanya, Opah cerita, dia tidur atas lengan Atok je. Sampai tua ni walaupun selalu bertelingkah, namun masing-masing adalah punca semangat each other. Masa ni kenduri adik aku Shahril di PD. Atok memang susah nak tinggalkan kampung, tapi demi cucu kesayangannya, dia ikut juga.

Gambar kenangan kami: Shahril, Opah dan Aku, pada pagi sebelum majlis akad nikah Shahril. Opah pakai spek yang baru dibuat untuknya.
I miss my Opah!

Tuesday, May 26, 2009

Tribute to my grandmother - the late Hajah Uteh bt Haji Mu'aid

Arwah Opah telah meninggalkan kami semua pada jam 3.55 petang hari Rabu 20hb Mei 2009. Usia arwah 75 tahun. Arwah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kenangan Jeram Mengkuang, tidak jauh dari kubur kedua-dua orang tua nya. Tinggallah Atok kami yang masih ada - Haji Yusof bin Haji Ali, 85, sendirian melawan rasa sepinya. Memang sedih mengenangkan arwah Opah sangat pemurah orangnya. Semua cucu perempuan dan cucu menantu perempuan terima hadiah telekung dari beliau dalam majlis2 pertunangan atau perkahwinan. Beliau tidak lokek wang ringgit, tambah-tambah lagi bab makan minum. Memang dari muda beliau mewah dengan makanan, dan rajin bersedekah. Wasiat Opah yang paling kerap disebut2nya ialah 'jangan tinggal sembahyang'..


Opah yang kukasihi.. diakhir hayatnya, Opah diserang strok dan menyebabkan kedua-dua belah otak Opah gagal berfungsi. Opah seolah koma, dan pernafasannya dibantu mesin oksigen. Opah kena pada Isnin pagi 18hb, dan dimasukkan ke Hospital Tapah sehingga tghhari Rabu, kemudian dibawa balik ke rumah mak aku (Opah memang duduk rumah mak sejak 2, 3 tahun lepas). Setengah jam je beliau kat rumah, beliau kembali ke pangkuan Allah s.w.t.


Opah duduk hujung sekali sebelah kanan, semasa majlis pertunangan aku (2002). gambar2 ni gambar lama, sbb gambar baru ada dlm PC kat rumah.. nanti aku update gambar Opah terkini, later.

Dulu, masa aku kecik2, dapat tidur dengan Opah adalah perkara paling best sekali. Kalau pegi lepak rumah Opah, memang rasa happening giler. Masa aku sekolah asrama (form1-form 5), setiap kali balik bercuti, aku akan tidur dengan Opah. Kalau balik hujung minggu, 1 malam tidur dengan rumah mak, 1 malam lagi mesti nak tidur dengan Opah. Opah tidur dalam kelambu, dan tak tahu kenapa, environment tu masih hangat terasa sampai sekarang.
Disebabkan aku cucu sulung Opah, aku paling banyak kenangan dengan Opah compared dengan adik beradik lain atau sepupu2 aku yang lain. Masa kecil, aku selalu ikut Opah jalan2, samada gi pasar ke atau rombongan ke atau lawat orang sakit ke atau gi kenduri kawin ke.. selalu ikut Opah.. lagipun mak biasanya beranak kecil, so memang payah nak jalan2 nih..
Opah kat tengah2 saudara mara, masa majlis perkahwinan aku di Klang (2003).
Keluarga Opah keluarga yang terpandang dalam kampung kami. Ayahnya Haji Mu'aid adalah orang Air Tawar (kampung di mana J.W.W Birch dibunuh), yang duduk diMekah berpuluhan tahun. Bila balik ke Malaysia, duduk menetap di Bidor, dan berkahwin dengan anak jati Bidor, Hajah Saamah. Haji Mu'aid menjadi Tok Guru mengajar agama di masjid-masjid sekitar Bidor/Sungkai/Tapah. Masjid Jamek kampung kami dinamakan sempena nama beliau - Masjid Jamek Muaidiah Sorang sepupu kami juga dinamakan sempena nama beliau - Muaidzuddin.
Adik beradik Opah ada ramai, tapi yang masih ada sekarang ada 3 lagi - kakak 2 orang iaitu Hajah Fatimah (Opah Tak) dan Hajah Bidayah (Opah Tam), dan sorang adik lelaki Haji Hassan (Tok Cik). Opah Tak juga dah uzur, hanya mampu makan bubur nasik sahaja. Opah Tam diserang strok tahun 2003, namun masih boleh berjalan menggunakan kayu topang berkaki 4. Masing-masing bergerak jauh menggunakan kerusi roda. Tok Cik meneruskan legenda Haji Mu'aid dengan menjadi Tok Guru mengajar di masjid2 sekitar Bidor dan Sungkai, malah ada datang mengajar di masjid kampung kami pada malam2 tertentu ikut jadual pengajarannya. Opah Cik (isteri Tok Cik) juga tidak berapa kuat lagi.
Opah glowing in the middle of people.
Antara semua kelompok saudara mara, tiada siapa pun yang boleh disamakan hubungannya dengan hubungan erat antara Mak dan Opah. Mereka lebih dari hubungan anak dan ibu - jauh lebih dari itu. Mereka tak pernah berpisah, mereka tak sanggup berpisah. Mak dengan Opah macam isi dengan kuku, malahan semua keluarga tahu ayat yang selalu Opah ucapkan 'kalau salah seorang pegi, sorang lagi mesti merana'. Semasa opah sakit, hanya nama mak aje yang meniti dibibirnya, walaupun anak2 Opah yang lain berkerumum sekelilingnya. 'Mun.. mun.. ooo mun..' sbb nama mak Maimun. Masa kat hospital, nama mak juga yang disebut2nya walaupun orang lain yang jaga Opah, sehinggakan semua nurse kenal 'ooo.. inike Mun yang makcik ni panggil?' Hati mak saat ini adalah sangat rapuh dan sunyi. Tanpa suara yang menyeru namanya tu, Mak rasa macam kehilangan kompas dalam hidupnya. Hanya Allah sahaja yang mampu mengurangkan rasa rindu mak pada Opah.
Opah pergi membawa sebahagian dari hati kami, terutamanya keluarga kami yang menjaga Opah siang dan malam. Adik-adikku yang banyak berbakti pada Opah, cucu-cucu kesayangannya adalah anak2 mak yang memang dekat di mata dan dihatinya. Opah memang tiada galang gantinya.
Semoga Allah menumpahkan rahmatNya dan memelihara rohnya agar tenang di alam yang kekal. Kita semua akan menyusul Opah, cuma bila dan caranya, hanya Allah yang maha mengetahui. Semoga aku dimatikan dalam iman...
Innalillahi wainna ilaihi roji'uuunnn... tenanglah Opah disana...