Thursday, November 12, 2009

Benang kuanyam menjadi hamparan...

Diam tak diam dah genap sebulan kami merantau di bumi Albany, Auckland ini. Kami menjejakkan kaki di airport Auckland pada 11 Oct lebih kurang jam 1.00 tgh hari. Dan hari ni dah bertarikh 12 Nov. 1 bulan 1 hari usia nya hehheh..


Walaupun masih baru di sini, namun kami rasakan macam dah lama sangat. Ingatan pada kampung halaman tak pernah padam. Kenangan pada semua kemudahan di Malaysia selalu terbayang2. Shukor selalu cakap kat aku rasa tidak percayanya dia yang kami berjaya mengharungi sebulan pertama di sini. Aku pernah terbaca dulu, kata-kata bijak pandai yang 21 hari pertama dalam apa2 saja perkara adalah waktu2 sukar untuk kita adjust diri dan minda. Benar sangatlah tu.

Perlahan-lahan realiti mula meresapi hidup kami. Inilah kehidupan yang akan kami jalani untuk 2 tahun 11 bulan akan datang. Bil-bil dah mula sampai ke mailbox kami dan surat-surat rasmi dari universiti dah mula menemani bil-bil tersebut hehehe. Terasa juga dalam hati bila melihat alamat di sampul surat tersebut menunjukkan kami sekarang ini adalah sebahagian dari warga Albany.

'Dimana saja korang pergi, pandai2lah membawa diri' pesan keluarga pada kami sewaktu kaki melangkah melepasi check-in di airport tempoh hari. Bak kata peribahasa Melayu, ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Di sini, kami berkawan dgn keluarga2 dari Malaysia yang lain, sebagai satu panduan agar semangat Malaysia terus hidup dan menyala. Mereka banyak membantu samada secara langsung atau tak langsung, membuat hidup jadi lebih mudah dan teratur. Keluarga Azwan dan Liza, keluarga Abg Mie dan Asiah, keluarga Zakhir dan Biha, keluarga Cik Piah dan Nida, keluarga Nihra dan Azlina, keluarga Lornie dan Bejau, keluarga Ajeep dan Dina serta keluarga Adnan dan Asna. Tanpa mereka, mungkin kami masih terpinga-pinga dan serba tak tahu.


Kepada semua, terima kasih kurakamkan dari lubuk hati terdalam.

Jauh dari keluarga, di tempat yang terlalu asing, hanya teman-teman tempat mengadu. Dalam kepayahan ini, kuharung jua, bak kata lagu Jentayu dendangan Nora feat Sheila Majid:

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya

Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan

Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku

Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua

Pinjamkanlah syahdumu......
~ditulis dalam office pada pagi Khamis 12 Nov jam 10.52 waktu Auckland~