huhuhu.. asyik citer ikan je.. takde modal la tuuu... nak buat camner, dah ikan je yang banyak dalam peti ais rumahku yang comel ini hehhe...
petang sabtu yang damai, cuaca pun sepoi2 bahasa je, kami berangkat ke umah yg paling selesa kalau nak kumpul ramai2.. rumah sapelagi.. umah Nan ngan cikgu Asna laaa... janji nya kol 3 petang, tapi terlajak, kol 430 baru sampai ehhehe.. ni lah yg belum dapat ubah lagi: janji Melayu!
so projek dimulakan dengan sesi membelah ikan2 yang ada, untuk dibuangkan harta karun diperutnya.. kulit ikan pun kena buang jugak, sbb memang takleh kisar kulitnya tu.. mari kita belajar cara2 membuatnya:
ikan dibelah dibuang isi perut
sisir supaya tercerai isi dengan kulitnya, ambil isinya sahaja
kemudian baru basuh dan isi nya di blender pakai blender kering
tambahkan garam secukup rasa
masukkan sama banyak tepung ubi dan tepung kanji (kalau nak yakin, bubuh selang seli)
gaul sehingga agak2 boleh digentel dan tak tercerai
kemudian gelek2lah utk membentuk kerepok getei tuh
kemudian bolehla digoreng atau direbus
pastu ngap ajelah, jgn lupa sos nya buat peneman..
kalau nak belajar cara buat sos, boleh pegi kat sini
nak tengok gambar2 keropok yang lazat itu, boleh layan jugak kat sini
ok, sekian entri ikan.. hehheh
malam tadi abang pegi mancing lagi.. bangun pagi tadi tengok dalam sinki ada 2 ekor snapper merah dan 2 ekor selayang.. tanya abang, nak masak apa ikan tu?? buat ikan kering je.. hehhehe.. nampak gaya nya ada org tu dah kemaruk ikan kering huhuhu...
Monday, January 25, 2010
ikan punya cerita.. lagi??
Saturday, January 23, 2010
ikan kering
yang ni close up.. auwwww... malu laaa!!
yang sekor ni hasil semalam tu.. dah kering sikit dah.. tinggal nak touch up lagik kasik kering sikit lagi..
haiii... dah tak sabar nak buat gulai nih..!
Monday, January 18, 2010
Cabaran remaja.. hmmm..
Harini dengan semangatnya aku gi university.. ptg ni ada appointment dengan supervisorku.. memang tiap2 hari isnin pun aku mesti dating dengan si Tony tu heheh.. sampai2 ofis je aku on pc dulu segala... baca email dulu.. pas baca email Massey, bukak FB dulu.. pastu bukak email yahoo.. pastu bukak blog.. pastu bukak email Uniten pulak.. perghhh.. berapa banyak keje sampingan ni.. bila nak baca article nih? hehheh..
tapi yg aku nak share kat sini sebab 1 berita yang menggemparkan ni.. khamis lalu 2 org student Uniten (particularly student IT - student aku lah tu), ditangkap berkhalwat di area dewan Sri Sarjana kat dalam kampus.. DSS ni ada parking lot kat belakang nya, biasanya kalau dulu aku training volleyball, memang rebut parking belakang tu, sbb dekat dgn court volleyball.. kat situlah makhluk 2 ekor tu buat projek besar-besaran (bukan ringan2 dah tu!). masa pak guard pegi ambush dorang, ketuk tingkap keta, yg si jantan tu ketakutan amat.. (tahu pun takut.. dgn Allah tak takut yea!).. terus drive keta mendrift tgh2 malam buta (2.30 pagi berteman embun jantan) menuju kat pintu pagar utama Uniten. pak guard tu terus call member dia yg duty kat pintu pagar, suruh tutup pagar, jgn kasik keta ni keluar.. abih si jantan ni adrenalin dia dah memuncak, dia gi langgor pintu pagar tu high impact punya langgaran, pagar tu terbukak terpusing dan terlibas kat sorang guard ni terhimpit ke dinding guardhouse tu dgn high impact jugak..
cedera parah guard yg malang itu.. dengan kecederaan dalaman, rusuk patah riuk dan kecederaan serius kat kepala.. di bawak ke Hospital Serdang, terus dihantar ke HKL. 2 hari koma di ICU, dan pada sabtu petang, menghembuskan nafas yang terakhir.. tragis sangat.. boleh baca cerita dalam akhbar utusan...
budak2 tu?? alahai budaknya nerd abis.. menurut kawanku yang ajar depa last sem, siap cium tangan lagi bila abis kelas.. budak baru 2nd sem tu... hmmm... dengar citer gak, mak bapak ada kabel besar batang kelapa.. kalau tutup kes memang sengaja mengundang kontroversi la tu...
bila aku buat tenungan makrifat kisah yang tragis ni, aku terpikir kat mana budak2 ni letak akal fikiran dan rasa takut pada perkara macamni. Buat maksiat tu dah macam takde pebenda. kalau pun depa dah tak rasa takut dengan Allah tu, langsung takde ke rasa respek pada diri sendiri.. apalah nilai diri dibuat macam2 dalam kereta pukul 2 pagi kat belakang dewan dah hampir nak sama dengan pel***r plak dah.. sedangkan pel***r tu pun buat atas katil tau.. dalam hotel pulak tu.. ada nilai plak tu, sbb kena bayar..! yang ni, kasik free je... Ya Allah Ya Tuhanku, kau jauhilah kaum keluarga ku dari aib sebegini dan limpahilah rahmahMu dalam kasih sayangMu, semoga kami menjadi orang-orang yang sering takut akanMu dan sentiasa mencari keredhaanMu Ya Allah...
Waktu macamni mula lah aku rasa risau sangat dengan adik2 aku.. yang masih bujang ada 3 orang lagi tu, semua perempuan.. yang tertua antara 3 orang tu S, insyaAllah aku rasa dia boleh mengawal dirinya sendiri, sbb dari cara pembawakan dirinya, dia banyak berfikir tentang keluarga. Adik yang kedua bongsu tu pula M, agak tomboy sikit.. aku pun rasa lebih selamat dia begitu, dan dari kawan2nya, aku tahu macammana peribadi dia. Kadang2 dia lebih berakal dari kakaknya S. Dia memang banyak bertindak sebagai orang dewasa kat rumah despite dia baru je masuk 20 tahun. Yang merisaukan aku ialah si bongsu A, yang tahun ni nak ambil SPM. A ni antara budak pandai masa sekolah rendahnya dulu, tidaklah dapat nombor 1, tapi antara budak2 terpilih lah di sekolah kampungku yang kecik tu.. Jadi, bila dia dapat masuk asrama di Sungkai, dalam keterpaksaan, Mak hantar jugak walaupun sedih nak berpisah dgn anak bungsu.. kat sini lah masalahnya, bila sekolah ni asrama + harian, budak2 lelaki dan perempuan.. dia berkawan dengan ramai budak lelaki, katanya abang angkat. Handset yang kami bagi utk kemudahan dia (tapi tak bwk ke sekolah, dia cuma pakai masa cuti je), selalu lah kakak2 dan abang2 nya buat spotcek. Boleh dikatakan 80% nama lelaki je.. semua dikatanya abang angkat. Masa nak PMR dulu, jenuh aku telepon satu2 nama jantan jongos tu, sound supaya jangan kacau atau layan adik aku, sebelum tu adik aku dah kena tengking herdik dan amaran2 keras (nak ditangankan kesian pulak.. isk) dgn adik lelaki aku dulu, siap semua nombor dlm tepon tu kami delete, tepon tu nak ambik balik kesian pulak.. iskk..
penyudahnya, result PMR dia tak seberapa pun.. semua ahli keluarga frust sangat dgn dia.. sbb semua tahu dia boleh buat lebih baik.. adalah jugak penyebab lain, antaranya dia aktif sangat dgn aktiviti sekolah walaupun dah dekat sangat nak exam.. cikgunya pun boleh jugak suruh dia masuk itu ini, siap ada lawatan ke putrajaya dan nilai 3 waktu 2 minggu lagi nak exam. sakit betul hati aku nih..
Bila ambik result PMR dia, menangis jugak dia tengok keputusan periksa dia macam tu.. aku buat keputusan keluarkan dia dari sekolah tu dan masukkan dia ke sekolah harian dekat rumah je.. sambil dipantau keras oleh kakaknya si M, yang waktu tu masuk form 6.. selalu aku spotcek dia kat mana kalau petang2, aku tahu dia mesti kat rumah.. kalau keluar mesti dgn akak2 si S atau M atau mak aku.. terpaksa la buat camtu..
cabaran betul.. ni belum masuk univ/kolej/poli atau apa2 yang jauh di mata lagi.. takut sangat aku jadi yang bukan2.. mintak2 semoga keluarga aku dipelihara dari kejadian yang tidak diingini..
ya Allah Ya Tuhanku.. kepadaMu aku berserah dan memohon perlindungan...
Sunday, January 10, 2010
makan lagi..
hari ini aku semangat giler memasak.. pagi2 aku dah menggoreng bihun, dan goreng cucur badak yang aku buat semalam.. habis je goreng bihun segala, aku rebus ikan pulak.. cadang nak buat kuah laksa.. pergh..
lepas balik dari browns bay, Chik Piah ajak ke rumah baru nya di John Jenning.. ok gak sinca harini takde apa2 plan pun.. boring gak dok umah je.. so balik umah dulu, rebus cili dan blend bwg, cili kering dan ikan (yang dah direbus tadi) masuk semua lam bekas.. siap buh bunga kantan ngan daun kesum, garam2 sudu ngan asam keping, pastu berdesup gi umah depa. Sampai sana terus masuk lam periuk baru masakkan kuah laksa nya hehehh...
so, tgh hari tu aku makan makanan yang selalu membawa aku teringat ke sekolah menengah ku dulu, sbb mknn special yg selalu aku makan waktu balik prep malam adalah: bihun kuah laksa! sedapnyaaa!! memang patriotik sungguh aku pd sekolah lamaku itu hehheehh...
Nida masak mcm2.. gulai lemak labu kuning, masak kicap daging, goreng ikan masin, cencaluk tak tinggal hehheh.. sampai hampir habis nasik dalam periuk kami makan.. lepas makan nasik, makan laksa pulak... hmm...
petang tu lepas rehat2 kejap, aku dan nida memulakan eksperimen memasak solok lada huhuhu.. kebetulan dorang beli pokok lada yg dah siap berbuahkan lada hijau.. ada dalam 11 bijik dah buahnya.. tapi kami ambik 9 bijik je.. yg lain tu buat pujuk pokok jgn merajuk hehehhe...
bahan2 utk solok lada:
ikan kahawai sebesar lengan.. ikut suka la nak pakai lengan sapa pun.. kalau lengan aku, beso sikit hehhehe
bawang merah 1 bijik
bawang putih 2 ulas
halia 1 inci
lada hitan dalam setengah sudu
kerisik 2 sudu besar
kelapa parut
santan cair
cili muda
cara-caranya:
ikan kahawai direbus atau dikukus.. diambil isinya shj yea..
bwg merah, bwg putih, halia dan lada hitam ditumbuk lumat..
campurkan semua sekali, isi ikan, bahan2 yg ditumbuk, kerisik dan kelapa parut dalam 1 bekas, tambahkan garam secukup rasa..
cili dibelah tak putus, dibuang bijinya, dan disumbat dgn bahan yg digaul tadi. Sumbat sesedap rasa sampai agak2 takleh nak sumbat dah..
susun dalam periuk cantik2 dan tuang santan cair agak2 separuh cili tenggelam, buh garam sikit dalam santan tu, dan rebus dengan api kecil sampai masak.
angkat dan hidangkan.. boleh makan camtu je atau makan ngan nasik atau makan sambil menghirup udara diluar rumah.. jgn makan dalam bilik air dah le.. tak elok okeh...
gambar takde la pulak... nanti suruh cikgu nida upload kan... heheh..
Tuesday, January 5, 2010
Buku buku buku
The Fourth Estate $2, Path of Glory tu mahal sikit sbb buku baru keluar, $7.
Semua buku ni rega nya cuma $1 each. Best kan??
haiii student..
Tadi aku bukak email UNITEN. Ada 1 email dari student aku.. actually student ni adalah advisee aku kat sana. Di UNITEN setiap lecturer kena jaga dalam lebih kurang 15-25 org pelajar sebagai advisee.. biasanya perjumpaan wajib sekali setiap semester, dan yang tak wajib tu bergantung kepada kerajinan advisor masing2 lah..
Aku banyak kali juga buat acara tak wajib tu.. ada lah buat acara Breakfast Bersama, kemudian pernah juga Majlis Buka Puasa, Majlis Sambutan Raya.. kiranya mereka ni macam anak2 lah ngan aku tu..
so, berbalik pada email tadi, student tu nak buat appointment dengan aku untuk review permohonan dia untuk bergraduat.. memang advisee kena dapatkan signature advisor masing2 untuk bergraduat, sbb advisor akan cek samada student ni dah memenuhi syarat bergraduat dan dah ambik certain credit hour dsb nya.
abih tu, dah aku kat sini, aku channelkan dia pada HOD department aku lah..
Hai.. aku dah bagitau dah haritu, aku nak sambung belajo.. pastu takde pulak nak cari aku kat opis, sampai tak tahu aku dah takde kat UNITEN. tu laa.. suruh jumpa selalu, taknak.. kan dah ketinggalan keretapi.. isk..
sabo je aku...