Harini dengan semangatnya aku gi university.. ptg ni ada appointment dengan supervisorku.. memang tiap2 hari isnin pun aku mesti dating dengan si Tony tu heheh.. sampai2 ofis je aku on pc dulu segala... baca email dulu.. pas baca email Massey, bukak FB dulu.. pastu bukak email yahoo.. pastu bukak blog.. pastu bukak email Uniten pulak.. perghhh.. berapa banyak keje sampingan ni.. bila nak baca article nih? hehheh..
tapi yg aku nak share kat sini sebab 1 berita yang menggemparkan ni.. khamis lalu 2 org student Uniten (particularly student IT - student aku lah tu), ditangkap berkhalwat di area dewan Sri Sarjana kat dalam kampus.. DSS ni ada parking lot kat belakang nya, biasanya kalau dulu aku training volleyball, memang rebut parking belakang tu, sbb dekat dgn court volleyball.. kat situlah makhluk 2 ekor tu buat projek besar-besaran (bukan ringan2 dah tu!). masa pak guard pegi ambush dorang, ketuk tingkap keta, yg si jantan tu ketakutan amat.. (tahu pun takut.. dgn Allah tak takut yea!).. terus drive keta mendrift tgh2 malam buta (2.30 pagi berteman embun jantan) menuju kat pintu pagar utama Uniten. pak guard tu terus call member dia yg duty kat pintu pagar, suruh tutup pagar, jgn kasik keta ni keluar.. abih si jantan ni adrenalin dia dah memuncak, dia gi langgor pintu pagar tu high impact punya langgaran, pagar tu terbukak terpusing dan terlibas kat sorang guard ni terhimpit ke dinding guardhouse tu dgn high impact jugak..
cedera parah guard yg malang itu.. dengan kecederaan dalaman, rusuk patah riuk dan kecederaan serius kat kepala.. di bawak ke Hospital Serdang, terus dihantar ke HKL. 2 hari koma di ICU, dan pada sabtu petang, menghembuskan nafas yang terakhir.. tragis sangat.. boleh baca cerita dalam akhbar utusan...
budak2 tu?? alahai budaknya nerd abis.. menurut kawanku yang ajar depa last sem, siap cium tangan lagi bila abis kelas.. budak baru 2nd sem tu... hmmm... dengar citer gak, mak bapak ada kabel besar batang kelapa.. kalau tutup kes memang sengaja mengundang kontroversi la tu...
bila aku buat tenungan makrifat kisah yang tragis ni, aku terpikir kat mana budak2 ni letak akal fikiran dan rasa takut pada perkara macamni. Buat maksiat tu dah macam takde pebenda. kalau pun depa dah tak rasa takut dengan Allah tu, langsung takde ke rasa respek pada diri sendiri.. apalah nilai diri dibuat macam2 dalam kereta pukul 2 pagi kat belakang dewan dah hampir nak sama dengan pel***r plak dah.. sedangkan pel***r tu pun buat atas katil tau.. dalam hotel pulak tu.. ada nilai plak tu, sbb kena bayar..! yang ni, kasik free je... Ya Allah Ya Tuhanku, kau jauhilah kaum keluarga ku dari aib sebegini dan limpahilah rahmahMu dalam kasih sayangMu, semoga kami menjadi orang-orang yang sering takut akanMu dan sentiasa mencari keredhaanMu Ya Allah...
Waktu macamni mula lah aku rasa risau sangat dengan adik2 aku.. yang masih bujang ada 3 orang lagi tu, semua perempuan.. yang tertua antara 3 orang tu S, insyaAllah aku rasa dia boleh mengawal dirinya sendiri, sbb dari cara pembawakan dirinya, dia banyak berfikir tentang keluarga. Adik yang kedua bongsu tu pula M, agak tomboy sikit.. aku pun rasa lebih selamat dia begitu, dan dari kawan2nya, aku tahu macammana peribadi dia. Kadang2 dia lebih berakal dari kakaknya S. Dia memang banyak bertindak sebagai orang dewasa kat rumah despite dia baru je masuk 20 tahun. Yang merisaukan aku ialah si bongsu A, yang tahun ni nak ambil SPM. A ni antara budak pandai masa sekolah rendahnya dulu, tidaklah dapat nombor 1, tapi antara budak2 terpilih lah di sekolah kampungku yang kecik tu.. Jadi, bila dia dapat masuk asrama di Sungkai, dalam keterpaksaan, Mak hantar jugak walaupun sedih nak berpisah dgn anak bungsu.. kat sini lah masalahnya, bila sekolah ni asrama + harian, budak2 lelaki dan perempuan.. dia berkawan dengan ramai budak lelaki, katanya abang angkat. Handset yang kami bagi utk kemudahan dia (tapi tak bwk ke sekolah, dia cuma pakai masa cuti je), selalu lah kakak2 dan abang2 nya buat spotcek. Boleh dikatakan 80% nama lelaki je.. semua dikatanya abang angkat. Masa nak PMR dulu, jenuh aku telepon satu2 nama jantan jongos tu, sound supaya jangan kacau atau layan adik aku, sebelum tu adik aku dah kena tengking herdik dan amaran2 keras (nak ditangankan kesian pulak.. isk) dgn adik lelaki aku dulu, siap semua nombor dlm tepon tu kami delete, tepon tu nak ambik balik kesian pulak.. iskk..
penyudahnya, result PMR dia tak seberapa pun.. semua ahli keluarga frust sangat dgn dia.. sbb semua tahu dia boleh buat lebih baik.. adalah jugak penyebab lain, antaranya dia aktif sangat dgn aktiviti sekolah walaupun dah dekat sangat nak exam.. cikgunya pun boleh jugak suruh dia masuk itu ini, siap ada lawatan ke putrajaya dan nilai 3 waktu 2 minggu lagi nak exam. sakit betul hati aku nih..
Bila ambik result PMR dia, menangis jugak dia tengok keputusan periksa dia macam tu.. aku buat keputusan keluarkan dia dari sekolah tu dan masukkan dia ke sekolah harian dekat rumah je.. sambil dipantau keras oleh kakaknya si M, yang waktu tu masuk form 6.. selalu aku spotcek dia kat mana kalau petang2, aku tahu dia mesti kat rumah.. kalau keluar mesti dgn akak2 si S atau M atau mak aku.. terpaksa la buat camtu..
cabaran betul.. ni belum masuk univ/kolej/poli atau apa2 yang jauh di mata lagi.. takut sangat aku jadi yang bukan2.. mintak2 semoga keluarga aku dipelihara dari kejadian yang tidak diingini..
ya Allah Ya Tuhanku.. kepadaMu aku berserah dan memohon perlindungan...
Monday, January 18, 2010
Cabaran remaja.. hmmm..
Labels:
Famili,
Sejarah Hidup
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|